Detoks Perut dan Usus Daripada Toksin dan Sisa Makanan Dengan Herb-Lax

By | 10/07/2017
Detoks perut dan usus daripada toksin

Detoks perut dan usus daripada toksin

Dah masuk musim open house raya dan kenduri-kendara perkahwinan sekarang ni mula lah kita akan banyak menikmati makanan. Biasa la bila dah habis seminggu pertama raya bersama keluarga, tiba pula masa untuk memenuhi jemputan rumah terbuka pula. Sabtu lepas saya sampai kena hadiri 4 jemputan. Bayangkan la banyak mana makanan dihidangkan. Hehe. Memang dah terfikir-fikir ku perlu detoks perut ni malam nanti.

Lepas dah habis semua, malamnya mula perut dah terasa penuh dan sangat kenyang. Badan rasa berat. Mata mengantuk, tanda semua darah dah berkumpul ke perut untuk tugas mencernakan makanan. Perut mula membuncit dan mula la ia akan menternak lemak dan toksin dalam perut dan usus kita.

Kalau macam ni la rutin kita, makan, makan dan makan, tapi buncit dan toksin dalam perut dan usus tidak dicuci bersih atau diservis selepas itu, lama-lama ia akan mengumpulkan toksin.

Bahaya toksin

Toksin ni bahaya tau. Ia bukan saja menghalang penyerapan nutrien daripada makanan yang kita ambil, malah ia akan membawa kepada simptom-simptom tidak sihat kepada tubuh badan kita seperti peluh berbau, badan cepat letih, kita cepat mengantuk, kita mudah jatuh sakit, muka berjerawat dan lain-lain simptom tanda badan kita bertoksik.

Percayalah, badan yang dipenuhi toksin dan kekotoran adalah punca awal kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Sebab kita nak dapat nutrien dan vitamin pun dah banyak terhalang, jadi bayangkanlah apa akan terjadi kepada badan kita bila kekurangan nutrisi dan zat makanan yang kita perlukan.

Sudahlah kita punya zat daripada makanan pun dah memang tak mencukupi, ditambahkan pulak perut dan usus kita dipenuhi toksin. Lagi bertambah masalah. Sebab itu la kita perlu sangat detoks perut dan usus kita.

Kurus idaman semua orang

Setiap wanita dan lelaki mengidamkan tubuh sihat, langsing dan rapi. Tapi cara yang betul untuk menguruskan badan adalah sangat penting dari segi mengekalkan otot-otot, bentuk badan yang seimbang dan nutrisi yang perlu untuk badan membina otot serta meningkatkan metabolisme tubuh.

Tak boleh ingat nak kurus tu hanya dengan mengehadkan makanan tau. Bukan semata-mata makan protein saja tau dan berhentikan karbohidrat. Tetapi sebenarnya nak kuruskan badan itu adalah dengan memberikan badan kita nutrisi yang ia perlukan dan hadkan pengambilan makanan berlemak. Yang penting kita tetap perlu makan, hanya makanan kita mestilah makanan yang sihat-sihat.

Di kalangan kenalan saya, ada yang diet hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Memang sudah kurus tetapi kurusnya tak seimbang, muka pucat dan kelihatan letih. Rasa-rasa sihat ke cara ini? Ia sebenarnya diet yang tidak sihat. Kesian badan kita yang perlukan protein dan nutrisi lain. Apa gunanya kan kalau badan kurus cekung tapi otot tak pejal, kan? Kita nak kurus dengan cara yang sihat, dengan otot yang fit dan badan yang makin cergas, bukannya semakin lesu.

Diet dan penurunan badan yang tak betul caranya juga akan menjejaskan otot tau. Bahaya kalau otot kita terjejas. Sebab ada kes orang yang berusaha nak kuruskan badan, tapi dengan otot-ototnya sekali terjejas. Sedangkan kita tetap perlu membina dan toning otot kita. Baru lah badan kita nampak fit.

Dan penurunan barat badan tanpa detoks terlebih dahulu hanya akan menyebabkan diet yang yo-yo effect. Apa itu diet yang yo-yo? Diet yo-yo ni maknanya dia berjaya kurus dengan diet sihat, tapi disebabkan toksin dalam badannya tak disingkirkan pun masa kuruskan badan tu, badannya akan mudah naik balik semula. Jadi bila dia dah berjaya kurus, kemudian bila dia ingat dia dah kurus dan sambung semula makan macam biasa, tak mustahil badannya akan mudah naik semula.

Jadi penting tau untuk kita detoks dahulu badan kita, bersihkannya daripada segala toksin terlebih dahulu. Jadikan badan kita sihat tanpa toksin. Kemudian dalam masa yang sama, badan kita juga sedang menguruskan badannya. Ya lah, badan kita gemuk pun, salah satu punca utamanya adalah kerana banyak toksin. Lemak pun sama. Jadi, singkirkanlah toksin ini, kemudian proses untuk menjadi kurus itu akan menjadi lebih berjaya dan badan kita pun terasa lebih ringan dan lebih sihat.

Tak ke untung two in one tu?

Detoks Perut dan Usus Kita dengan Herblax

Detoks Usus dengan Herblax

Detoks Perut dan Usus dengan Herblax

Melawaskan perut dan usus adalah proses yang penting bagi kita setiap hari. Ada orang yang pembuangan air besarnya 3 hari sekali. Ini memang ada masalah sembelit. Sepatutnya pencernaan dan perut yang bebas sembelit itu membuang setiap hari. Jadi kalau orang yang tiga hari sekali baru nak membuang, ini memang perlu mengamalkan penyucian perut dan usus (macam penyucian dosa pulak rasa). Jadi anda rasa-rasa anda ni sembelit tak? hehe.

Apa itu detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan dapat menyerap nutrien. Uish best kot rasa bila perut dan usus kita bersih. Bukan saja rasa badan bertambah ringan, malah terasa badan lebih sihat gitu dan yang paling penting, perut nampak lebih kempis tau!

Tahukah Anda?

Toksin dan lemak-lemak ini kalau tidak dibuang dari usus, usus kita akan menyerap semula toksin tu tau. Bayangkanlah bila toksin ni terkumpul selama beberapa kurun lamanya (ok over la berkurun kan. Tapi nak kata sangat lama la tak detoks). Ini akan menjadi kulit kita tidak bermaya, jerawat, mulut berbau dan badan menjadi gemuk. Oh my!!

Jadi nak tak nak, dalam proses kita nak kurus, kita mesti jugak detoks terlebih dahulu. Singkirkanlah benda-benda yang kita tak perlu tu dan detoks perut dan usus dulu and make sure badan kita clean and clear!

Tapi macam mana? Yes, cuba lah Herblax!

Info Produk : Herblax untuk Detoks Perut

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.

Mengandungi 9 herba semulajadi:

  1. Senna leaves (Daun Senna)
  2. Buckhorn bark (Kulit Pokok Buckhorn)
  3. Licorice root (Likuoris)
  4. Alfalfa leaves (Daun Alfalfa)
  5. Culver’s root (Akar Culver)
  6. Fennel seeds (Jintan Hitam)
  7. Anise seed (Jintan Manis)
  8. Rhubarb root (Akar Rhubarb)
  9. Blue malva flower (Bunga Mallow Biru)

Herblax ni memang bertujuan untuk pelawasan. Untuk kita mudah lawas ini pula, kita perlu mewujudkan pergerakan usus yang sihat. Pemakanan yang seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap akan menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat ini.

Manakala untuk melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, Herblax melegakan masalah sembelit.

Jadi Herblax ini akan menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi dan melindungi daripada masalah sembelit.

Keistimewaan Shaklee untuk Detoks Perut

Campuran proprietari Herblax termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi.

Ia merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Jadi jangan risau bila kita cuba mencuci dan detoks perut dan usus kita dengan herba semula jadi ini. InsyaAllah, ia membersihkan perut dan usus dengan lembut dan tanpa menyakitkan. Dan yang penting, ia terbukti selamat dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan atau kesan jangka masa panjang.

So jomm try HerbLax ni! Bestt sebab nanti perut menjadi kempis dan badan rasa ringan ??

Berminat untuk dapatkan Herblax? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

4 thoughts on “Detoks Perut dan Usus Daripada Toksin dan Sisa Makanan Dengan Herb-Lax

  1. Anuar

    Lepas raya ni produk ni mesti ramai orang cari …. Tapi mungkin tunggu gaji lah kot..

    Reply
  2. Pingback: Detoks Badan Secara Menyeluruh Dengan Set Detoks • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge