Assalamualaikum pembaca budiman. Topik kali ini, berkenaan produk Shaklee yang tak kurang hebatnya : Collagen Powder untuk sakit sendi. Pernahkah anda alami masalah sakit sendi akibat bekerja berlebihan dan penat, ataupun pernah terjatuh dan tercedera? Atau mungkin tersalah gaya tidur, tak sengaja angkat beban berat, kerap mengangkat beban berat ataupun berada dalam posisi yang terlalu lama di hadapan komputer menyebabkan anda sakit-sakit badan?
Walau apa pun, ia adalah masalah yang kerap terjadi, tidak kira anda umur berapa. Tapi, paling kerap mengalaminya tentulah mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Semakin bertambah usia kita, semakin banyaklah kerosakan tubuh badan yang kita alami. Semakin banyaklah juga sakit-sakit badan yang dirasai. Dan tentulah semakin banyak keperluan tubuh kita.
Perasan kan, lagi kita berusia, lagi mudah kita sakit badan dan sakit di sendi. Sendi-sendi ni tak terhad kepada lutut atau pinggang saja. Tapi ia turut termasuk sendi-sendi yang terdapat di pergelangan tangan, jari-jemari tangan dan jari-jemari kaki, tapak kaki, tulang belakang kita, leher, bahu, pinggul. Pendek kata, semua bahagian pada tulang yang melibatkan pergerakan dan pembengkokan anggota badan.
Anatomi Sendi Yang Mempunyai Kolagen
Sendi merupakan struktur khusus pada tubuh yang menghubungkan dua tulang agar dapat bergerak. Fungsi utama sendi adalah memberikan fleksibiliti dan pergerakan.
Kolagen adalah struktur organik yang membina komponen utama kepada organ tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfa.
Kolagen ini akan menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen juga melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
Kolagen Berkurangan Seiring Usia
Penghasilan kolagen akan berkurangan dengan kadar 1-4g/sehari selepas berusia 20 tahun. Kesan pengurangannya mula ketara dan dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Sebab itulah kolagen dalam badan kita semakin berkurangan apabila kita semakin berusia.
Kepentingan Pengambilan Kolagen
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kolagen dalam diet seharian adalah baik untuk kesihatan anggota sendi. Pengambilan kolagen mungkin akan membekalkan bahan binaan yang diperlukan untuk penghasilan tulang rawan.
Kolagen juga adalah sangat penting untuk melindungi sendi daripada keroskan akibat radikal bebas. Sebab itu, adalah sangat bagus sekiranya kita mengambil kolagen berserta dengan nutrien-nutrien antioksidan seperti Vitamin C alam diet kita.
Kolagen sangat digalakkan untuk diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai masalah penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis (kerapuhan tulang), arteriosclerosis (plak terbentuk di dalam saluran darah arteri. Plak akan melemahkan dinding arteri menyebabkan arteri membengkak dan menonjol keluar), selain untuk kegunaan kosmetik dan kecantikan kulit bagi kelihatan lebih awet muda.
Kajian membuktikan bahawa kolagen dapat membantu melegakan kesakitan :
- Sakit belakang, slipped disc, sakit pinggang
- Sakit lutut dan pergelangan kaki
- Tangan dan jari
- Bahu dan leher atau tengkuk
- Kaki dan tumit
- Sengal-sengal otot dan kecederaan ligamen
Atau di mana-mana bahagian badan yang anda sedang perlukan.
Oleh yang demikian, jika anda mahukan lutut dan sendi yang kuat, janganlah sesekali abaikan kolagen dalam hidup anda. Ambillah tambahan suplemen kolagen untuk kesihatan sendi dan organ-organ penting dalam tubuh badan kita.
Collagen Powder untuk Sakit Sendi
Collagen Powder Shaklee menyediakan 4000mg kolagen proprietari Red Snapper scale (sisik ikan merah) iaitu kolagen daripada marin yang unggul dan berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah laut dalam.
Collagen Powder Shaklee mempunyai saiz molekul yang sangat kecil iaitu 1000 Dalton bagi memastikan penyerapan yang sempurna dan paling optimum oleh tubuh.
Collagen Powder Shaklee ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B. Vitamin C berfungsi untuk menggalakkan lagi penghasilan kolagen serta melindungi Collagen daripada mudah termusnah oleh radikal bebas.
Manakala Vitamin B2 dan Vitamin B6 menyokong metabolisme tenaga yang sangat penting dalam menghasilkan kolagen di dalam sel.
Collagen Powder Shaklee terbukti secara klinikal seawal 8 minggu. Terdapat perbezaan dan perubahan yang ketara pada pengambilan selama 8 minggu oleh pengguna.
Dibekalkan dalam bentuk pek individual sachet untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Testimoni Collagen Powder Untuk Sakit Sendi
Berikut ialah kisah Ayah kepada Master Farihah yang pernah terjatuh dan sakit pada lutut apabila tisu ligamen terkoyak. Selepas mengambil Collagen Powder Shaklee sekotak selama 2 minggu, sakit tu hilang dengan izin Allah.
Berikut ialah di antara testimoni keberkesanan Collagen Powder Shaklee untuk sakit sendi.
Baca juga :
- Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi
- Legakan Sakit Sendi dan Lutut dengan Set Sendi Shaklee
- Sakit Kaki Kerana Banyak Angkat Berat
Nak Dapatkan Collagen Powder Untuk Sakit Sendi?
Berminat nak dapatkan Collagen Powder Shaklee ataupun Set Sendi Shaklee? Boleh menghubungi saya. Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.
Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya