Cinch Shake Untuk Cepat Kurus Pada Bulan Puasa

By | 15/04/2020

Cinch Shake untuk cepat kurus pada bulan puasa. Untuk melangsingkan tubuh, paling penting adalah amalan pemakanan dengan bijak dan bukannya semata-mata senaman. Setuju tak? Bayangkan kalau kita konsisten senaman setiap hari pun, tapi selepas bersenam, kita pekena pulak nasik lemak, nasi kandar, burger king atau lain-lain.. Tak ke ke laut jadinya senaman uolls? Sebab itulah, pemakanan sihat adalah yang teramat penting untuk menurunkan berat badan dan menguruskan tubuh badan.

Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat badan tersebut? Lagi-lagi bulan puasa ni kan. Pasti ramai yang ada azam nak kuruskan badan pada waktu berpuasa. Or at least kurangkan makan. Jika anda ingin menurunkan berat badan anda dengan berkesan especially ketika berpuasa, meh saya kongsikan caranya.

Cinch Shake
Cinch Shake Mix

Gunakan Cinch Mixed Soy Protein Shake. Ia adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut. Disebabkan ia boleh bekalkan nutrien seumpama satu hidangan, maka ia BOLEH dijadikan pengganti makanan.

Sebab tu lah kita boleh ambil Cinch Shake ni sewaktu sahur. Semua nutrien berkhasiat untuk kita ambil dalam 1 meal dah cukup dalam Cinch Shake ni. Jadi sesambil kita bersahur dan mengenyangkan perut, kita juga sedang mengambil menu sahur yang tinggi protein, berkhasiat, mengenyangkan, mengenyangkan lebih lama dan paling penting sekali membantu menurunkan berat badan dan juga body inch.

Cinch Shake

Paling saya suka, ia sangat sangat mudah disediakan. Hanya blend dengan blender yang khusus kita gunakan untuk buat smoothie, boleh campurkan susu atau buah, then terus dah boleh minum. Beberapa teguk saja dah boleh terus settle sahur kita. Mudah dan cepat, kan?? Dah lah mudah, pastu mengenyangkan pula. InsyaAllah lebih mudah untuk kita.

Apa Yang Cinch Shake Ni Berikan?

Cinch Shake Protein

Cinch Shake Mix memberikan khasiat tinggi protein dan kalsium. Bila tinggi protein, ia akan bantu kita cepat kenyang dan kenyang juga lebih lama. Dalam satu hidangan, ia memberikan:

  • 6g fiber dalam setiap hidangan untuk memberikan rasa kenyang dan kenyang lebih lama.
  • Leucine untuk memelihara kepejalan otot dan untuk memberikan berat badan yang sihat.

Cinch Shake ialah alternatif kepada makanan berminyak dan makanan yang tidak berkhasiat. Ia sesuai dijadikan sebagai menu sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Dan untuk bulan Ramadhan ni, Cinch paling sesuai diambil sewaktu kita bersahur. Biar kita bersahur dengan makanan tinggi protein dan badan akan bakar lemak kita instead of membakar karbohidrat yang kita makan pada waktu sahur itu sepanjang waktu kita berpuasa waktu siang. Barulah lemak-lemak kita dibakar dan kita pun semakin kurus.

Rutin puasa Ramadhan
Cadangan rutin harian. Ambil Cinch Shake sewaktu bersahur.

Apa Yang Terkandung Dalam Cinch?

Tenaga: 180 kcal
Karbohidrat: 23g
Protein: 16g
Lemak: 3g

Termasuk Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, Kalsium, Besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, Kalium.

Istimewanya Cinch, ia turut dilengkapi dengan Leucine untuk membantu pembentukan otot.

Apa Itu Leucine?

Leucine ialah asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan. Oleh kerana tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan leusina, ia mesti diperolehi daripada sumber makanan.

Rujuk: What is Leucine?

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam:

  • Menggalakkan pengeluaran otot.
  • Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
  • Menyokong pemulihan otot.
  • Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.

Rujuk: A Review of Leucine for Weight Loss

Siapa yang memerlukan Leucine?

  • Individu yang ingin mengawal berat badan
  • Individu yang ingin mengekalkan jisim otot
  • Yang sedang dalam rejim kecergasan
  • Ingin mengambil makanan yang cepat dan berkhasiat selepas senaman

Apa Yang Anda Akan Rasa Selepas Mengambil Cinch?

Pengalaman saya mengambil Cinch Shake Mix ni, saya memang terasa sangat sangat kenyang. Dan kenyang saya terasa lebih lama. Bukan itu saja, badan pun akan rasa lebih bertenaga sebab minuman Cinch ni mempunyai Indeks Glisemik yang amat rendah.

Cinch Shake

Ini bermaksud, gula tidak terus ditukarkan kepada tenaga dengan cepat yang menyebabkan kita cepat lapar semula. Tetapi, bila Indeks Glisemik ini rendah, bermaksud tenaga akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Oleh itu, kita takkan rasa cepat lapar, tapi lapar kita perlahan-lahan dan kenyang pun rasa lebih lama. Lagi best kan puasa macam ni?

Cinch Shake
Pukul 3pm pun masih steady ketika berpuasa! InsyaAllah.. Hanya pastikan water intake kita cukup dan kita juga jaga pemakanan kita.

Rujukan:
Mero, A. Leucine Supplementation and Intensive Training. Sports Med 27, 347–358 (1999) doi:10.2165/00007256- 199927060-00001

Cinch Shake didatangkan dalam 3 perisa iaitu:

  • Coklat
  • Vanilla
  • Caffe Latte

Cara membuatnya, blend 2 scoop Cinch Shake ini dengan minuman kegemaran seperti susu atau buah kegemaran untuk smoothie yang sedap dan creamy.

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Kesimpulan Manfaat Cinch Shake

Memang kalau u all tanya produk apa yang paling membantu untuk kurus dalam Shaklee? Jawapannya ialah Cinch Shake ni lah. Sebab Cinch Shake ni memang diformulasikan khusus untuk membantu kita menurunkan berat badan kerana khasiat Leucine nya.

Eh kalau u all jumpa protein shake jenama lain la kan, cuba check, ada ke Leucine ni dalam ingredients diorang? Kalau ada, hebat! Tapi kalau takde, anda kena akur yang hanya Cinch Shake ni je yang diperkaya dengan Leucine ni.

Leucine ni paling dicari mereka yang suka membina otot badan tau. Sebab dia nutrien yang membina otot dan memelihara otot. Bagi kita yang nak kuruskan berat badan, sesuailah pilih Cinch Shake ni kerana ia membantu body parts kita yang mana loose tu, jadi padat semula kerana Leucine membantu dalam pemeliharan otot-otot kita. Anda akan perasan gelebeh-gelebeh tu makin lama akan makin hilang dan akan menjadi padat. Itu lah effect yang u all akan nampak.

Tapi syaratnya mesti konsisten Cinch Shake ni lah!! So bila yang sesuai untuk konsisten? Bulan puasa ni lah yang sangat sesuai sebab kita akan berpuasa selama sebulan. Jadi amalkan je lah Cinch Shake ni setiap kali bersahur. Lagipun, anda nak kurus kan before Raya tahun ni? Hehehe…

Jangan lah time PKP ni kita makin menambahkan berat badan pulak ye!! Saya tahu ia sukar sebab kita duduk rumah jadi tak banyak bergerak dan lagi banyak makan!! Jadi, peliharalah diri kita, jaga berat badan kita dan kurangkan body inch kita dengan bantuan Cinch Shake ni.

Promosi Cinch Shake Pada Bulan April 2020

Berminat nak order untuk persediaan Ramadhan? Boleh hubungi saya, whatsapp 012-6753078.

Baca juga: Lain Macam Berpuasa dengan Performance Drink dan ESP!

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee (since 2014)

33 thoughts on “Cinch Shake Untuk Cepat Kurus Pada Bulan Puasa

    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Sambil puasa sambil sihat dan kurus 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Benda boleh sedap, kenapa tak nak kan. Hehe

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya sangat mengenyangkan. Tak yah susah2 makan nasik… Anak-anak pun boleh.. Tapi anak-anak lebih sesuai Meal Shakes…

      Reply
  1. Zaza Azman

    yes za dah beli dah cinch vanila untuk puasa tahun ni.. tahun lepas za amk cafe latte tapi sbb nak kurang kan kafein kita cuba vanilla pula.. mmg suka cinch ni dia bagi tenaga dan bole kawal berat badan ..

    Reply
    1. syahida Post author

      Wow! Thanks atas feedback Zaza :).. Semoga terus berpuasa dengan bertenaga 🙂

      Reply
  2. Nadia johari
    Twitter:

    Baru tau pasl produk ni. Nampak sedap lagi yang coklat. Puasa ni minum air ni mesti bertenanga.. Selalunya minuman ni memng elok diambil. Nad pun minum susu.. Ada juga suplement lain

    Reply
    1. syahida Post author

      Yang chocolate ni paling sedap la bagi saya.. ada 3 perisa : Café Latte, Vanilla dan Chocolate.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu… Macam-macam ada untuk bantu kita berpuasa dengan lebih sihat dan bertenaga 🙂

      Reply
  3. adianiez AIDA

    kurang 7 hari dah kita nak puasa.
    aduh, aida lom top up quaker oat aida.
    aida kalau berpuasa, memang akan num secawan quaker oat time sahur and sebelum tidur, syahida.
    ok la. terasa diri ni dpt bertahan seharian. then dari berbuka ke sebelum tidur, num la sebyk mungkin air suam.
    aida elak air manis. alhamdulillah, seharian tak la letih teramat. gi keje, amik anta anak, ptg terus masak.

    cinch shake ni byk member yg amalkan. semua pengamal dan bisnes shaklee la.
    memang aida tahu sgt, mereka pun kata bagus. pada yg nak cuba, this is the best time to start, kan.
    adianiez AIDA recently posted…Google Doodle | Coronavirus 2020My Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Bagus dah tu ambil quaker oat… tapi seeloknya tambahkan dengan protein untuk kenyang lebih lama… Shaklee ada protein.

      Reply
  4. Halimah
    Twitter:

    Kak blm pernah minum Cinch Shake ni tp baguslah amalkan dlm bulan puasa nti utk kesihatan, menantu kak mmg minum

    Reply
    1. syahida Post author

      Ooo blend dengan ais kosong. pun boleh 🙂

      Reply
  5. Pingback: Set Puasa Shaklee Untuk Rasa Sihat, Bertenaga dan Turunkan Berat • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge