Cinch Shake untuk cepat kurus pada bulan puasa. Untuk melangsingkan tubuh, paling penting adalah amalan pemakanan dengan bijak dan bukannya semata-mata senaman. Setuju tak? Bayangkan kalau kita konsisten senaman setiap hari pun, tapi selepas bersenam, kita pekena pulak nasik lemak, nasi kandar, burger king atau lain-lain.. Tak ke ke laut jadinya senaman uolls? Sebab itulah, pemakanan sihat adalah yang teramat penting untuk menurunkan berat badan dan menguruskan tubuh badan.
Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat badan tersebut? Lagi-lagi bulan puasa ni kan. Pasti ramai yang ada azam nak kuruskan badan pada waktu berpuasa. Or at least kurangkan makan. Jika anda ingin menurunkan berat badan anda dengan berkesan especially ketika berpuasa, meh saya kongsikan caranya.
Gunakan Cinch Mixed Soy Protein Shake. Ia adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut. Disebabkan ia boleh bekalkan nutrien seumpama satu hidangan, maka ia BOLEH dijadikan pengganti makanan.
Sebab tu lah kita boleh ambil Cinch Shake ni sewaktu sahur. Semua nutrien berkhasiat untuk kita ambil dalam 1 meal dah cukup dalam Cinch Shake ni. Jadi sesambil kita bersahur dan mengenyangkan perut, kita juga sedang mengambil menu sahur yang tinggi protein, berkhasiat, mengenyangkan, mengenyangkan lebih lama dan paling penting sekali membantu menurunkan berat badan dan juga body inch.
Paling saya suka, ia sangat sangat mudah disediakan. Hanya blend dengan blender yang khusus kita gunakan untuk buat smoothie, boleh campurkan susu atau buah, then terus dah boleh minum. Beberapa teguk saja dah boleh terus settle sahur kita. Mudah dan cepat, kan?? Dah lah mudah, pastu mengenyangkan pula. InsyaAllah lebih mudah untuk kita.
Apa Yang Cinch Shake Ni Berikan?
Cinch Shake Mix memberikan khasiat tinggi protein dan kalsium. Bila tinggi protein, ia akan bantu kita cepat kenyang dan kenyang juga lebih lama. Dalam satu hidangan, ia memberikan:
- 6g fiber dalam setiap hidangan untuk memberikan rasa kenyang dan kenyang lebih lama.
- Leucine untuk memelihara kepejalan otot dan untuk memberikan berat badan yang sihat.
Cinch Shake ialah alternatif kepada makanan berminyak dan makanan yang tidak berkhasiat. Ia sesuai dijadikan sebagai menu sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Dan untuk bulan Ramadhan ni, Cinch paling sesuai diambil sewaktu kita bersahur. Biar kita bersahur dengan makanan tinggi protein dan badan akan bakar lemak kita instead of membakar karbohidrat yang kita makan pada waktu sahur itu sepanjang waktu kita berpuasa waktu siang. Barulah lemak-lemak kita dibakar dan kita pun semakin kurus.
Apa Yang Terkandung Dalam Cinch?
Tenaga: 180 kcal
Karbohidrat: 23g
Protein: 16g
Lemak: 3g
Termasuk Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, Kalsium, Besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, Kalium.
Istimewanya Cinch, ia turut dilengkapi dengan Leucine untuk membantu pembentukan otot.
Apa Itu Leucine?
Leucine ialah asid amino penting, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan. Oleh kerana tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan leusina, ia mesti diperolehi daripada sumber makanan.
Rujuk: What is Leucine?
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam:
- Menggalakkan pengeluaran otot.
- Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.
- Menyokong pemulihan otot.
- Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
Rujuk: A Review of Leucine for Weight Loss
Siapa yang memerlukan Leucine?
- Individu yang ingin mengawal berat badan
- Individu yang ingin mengekalkan jisim otot
- Yang sedang dalam rejim kecergasan
- Ingin mengambil makanan yang cepat dan berkhasiat selepas senaman
Apa Yang Anda Akan Rasa Selepas Mengambil Cinch?
Pengalaman saya mengambil Cinch Shake Mix ni, saya memang terasa sangat sangat kenyang. Dan kenyang saya terasa lebih lama. Bukan itu saja, badan pun akan rasa lebih bertenaga sebab minuman Cinch ni mempunyai Indeks Glisemik yang amat rendah.
Ini bermaksud, gula tidak terus ditukarkan kepada tenaga dengan cepat yang menyebabkan kita cepat lapar semula. Tetapi, bila Indeks Glisemik ini rendah, bermaksud tenaga akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Oleh itu, kita takkan rasa cepat lapar, tapi lapar kita perlahan-lahan dan kenyang pun rasa lebih lama. Lagi best kan puasa macam ni?
Rujukan:
Mero, A. Leucine Supplementation and Intensive Training. Sports Med 27, 347–358 (1999) doi:10.2165/00007256- 199927060-00001
Cinch Shake didatangkan dalam 3 perisa iaitu:
- Coklat
- Vanilla
- Caffe Latte
Cara membuatnya, blend 2 scoop Cinch Shake ini dengan minuman kegemaran seperti susu atau buah kegemaran untuk smoothie yang sedap dan creamy.
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Kesimpulan Manfaat Cinch Shake
Memang kalau u all tanya produk apa yang paling membantu untuk kurus dalam Shaklee? Jawapannya ialah Cinch Shake ni lah. Sebab Cinch Shake ni memang diformulasikan khusus untuk membantu kita menurunkan berat badan kerana khasiat Leucine nya.
Eh kalau u all jumpa protein shake jenama lain la kan, cuba check, ada ke Leucine ni dalam ingredients diorang? Kalau ada, hebat! Tapi kalau takde, anda kena akur yang hanya Cinch Shake ni je yang diperkaya dengan Leucine ni.
Leucine ni paling dicari mereka yang suka membina otot badan tau. Sebab dia nutrien yang membina otot dan memelihara otot. Bagi kita yang nak kuruskan berat badan, sesuailah pilih Cinch Shake ni kerana ia membantu body parts kita yang mana loose tu, jadi padat semula kerana Leucine membantu dalam pemeliharan otot-otot kita. Anda akan perasan gelebeh-gelebeh tu makin lama akan makin hilang dan akan menjadi padat. Itu lah effect yang u all akan nampak.
Tapi syaratnya mesti konsisten Cinch Shake ni lah!! So bila yang sesuai untuk konsisten? Bulan puasa ni lah yang sangat sesuai sebab kita akan berpuasa selama sebulan. Jadi amalkan je lah Cinch Shake ni setiap kali bersahur. Lagipun, anda nak kurus kan before Raya tahun ni? Hehehe…
Jangan lah time PKP ni kita makin menambahkan berat badan pulak ye!! Saya tahu ia sukar sebab kita duduk rumah jadi tak banyak bergerak dan lagi banyak makan!! Jadi, peliharalah diri kita, jaga berat badan kita dan kurangkan body inch kita dengan bantuan Cinch Shake ni.
Promosi Cinch Shake Pada Bulan April 2020
Berminat nak order untuk persediaan Ramadhan? Boleh hubungi saya, whatsapp 012-6753078.
Baca juga: Lain Macam Berpuasa dengan Performance Drink dan ESP!
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee (since 2014)
Wowww advance ni, dah puasa then minum fiber lagi, bertambah laaa cantik menawan body tu…Sis tak boleh minum fiber, minum aje perut sebu then sembelit huhuhu.. nanti nak cuba gak lee yang ni…
Sis Lin recently posted…MENU MAKAN PAGI HINGGA TENGAH HARI, MEE GORENG BASAH UDANG BESAR
Cuba kayy!
alhamdulilah dah nak berpuasa kita semua.. shakle jangan lupa minum, boleh maintain tenaga sepanjang hari sementara tunggu waktu berbuka tu
budak bandung laici recently posted…Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa & Raya Aidilfitri Sepanjang PKP Ini
Thanks support produk Shaklee 🙂
Twitter: roseqisteena
Kejap je kan nak puasa dah kita. Dalam keadaan kita tak boleh keluar rumah ni kan?. Banyak juga manfaat dia tu. Kita nak kurus dan juga pasti nak sihat juga.
Ezna Ahmad Khalili recently posted…Dapat keluar satu nikmat masa PKP
Ya betul tu. Sambil puasa sambil sihat dan kurus 🙂
Wah boleh buat smoothie. Best nya. Ada perisa chocolate pulak tu. Bagus jugak ni. Kurus dengan benda yang sedap. Siapa tak nak kan
Hi apakata mommy recently posted…Lirik Lagu Peluang Kedua Nabila Razali
Benda boleh sedap, kenapa tak nak kan. Hehe
Twitter: yatierowner
wa. ni kalau bab-bab cepat kurus, memang kita suka sangat. ok boleh kot cuba. tau la seharian berpuasa nanti kan. 🙂 terima kasih berkongsi 🙂
YatieOwner recently posted…Cara Renew Insurance dan Roadtax Kereta dengan BJAK.MY secara ONLINE. Compare First, Save More with BJAK.MY.
ok try ya.
Cinch Shake best… boleh try….
Twitter: shamieraosment
Tengok my frien ada yang suka minum cinch shake ni. Mengeyangkan ya? Bagus ada ni bulan puasa nanti. Eh anak-anak boleh minum juga ya?
Shamiera Osment recently posted…Shera Lee’s Summer Raya Collection 2020!
Ya sangat mengenyangkan. Tak yah susah2 makan nasik… Anak-anak pun boleh.. Tapi anak-anak lebih sesuai Meal Shakes…
Twitter: bel8868
Masa awal2 dulu, 5 yrs back memang popular sgt Cinch Shake. Sis pun beli siap botol air. Nanti nak start balik la.
Bella Jamal recently posted…Resepi Kuih Vadai (Masala Vadai)
Try la balik. Sangat untung 🙂
yes za dah beli dah cinch vanila untuk puasa tahun ni.. tahun lepas za amk cafe latte tapi sbb nak kurang kan kafein kita cuba vanilla pula.. mmg suka cinch ni dia bagi tenaga dan bole kawal berat badan ..
Wow! Thanks atas feedback Zaza :).. Semoga terus berpuasa dengan bertenaga 🙂
Twitter: nadiasamjohari
Baru tau pasl produk ni. Nampak sedap lagi yang coklat. Puasa ni minum air ni mesti bertenanga.. Selalunya minuman ni memng elok diambil. Nad pun minum susu.. Ada juga suplement lain
Yang chocolate ni paling sedap la bagi saya.. ada 3 perisa : Café Latte, Vanilla dan Chocolate.
Twitter: fairynasharina
banyak nye pilihan suplement shaklee ni ye.. hampir semua keperluan ada. nak ramadhan ni time puasa memang badan kita perlu nutrien tambahan
Ya betul tu… Macam-macam ada untuk bantu kita berpuasa dengan lebih sihat dan bertenaga 🙂
alhamdulillah memang selama ni menggunakan Cinch Shake untuk bantu berpuasa dan kuruskan badan. terbaik
RAIHANAH AHMAD recently posted…Vivix Bantu Pulihkan Batuk, Demam Selesema
Patut la sis kurus dan slimmm
kurang 7 hari dah kita nak puasa.
aduh, aida lom top up quaker oat aida.
aida kalau berpuasa, memang akan num secawan quaker oat time sahur and sebelum tidur, syahida.
ok la. terasa diri ni dpt bertahan seharian. then dari berbuka ke sebelum tidur, num la sebyk mungkin air suam.
aida elak air manis. alhamdulillah, seharian tak la letih teramat. gi keje, amik anta anak, ptg terus masak.
cinch shake ni byk member yg amalkan. semua pengamal dan bisnes shaklee la.
memang aida tahu sgt, mereka pun kata bagus. pada yg nak cuba, this is the best time to start, kan.
adianiez AIDA recently posted…Google Doodle | Coronavirus 2020
Bagus dah tu ambil quaker oat… tapi seeloknya tambahkan dengan protein untuk kenyang lebih lama… Shaklee ada protein.
Twitter: goldfigger
Kak blm pernah minum Cinch Shake ni tp baguslah amalkan dlm bulan puasa nti utk kesihatan, menantu kak mmg minum
Bagus menantu tu hehehehe.
Twitter: ayuarjuna
Bagus mwngambil mangambil.kesihatan. sangat membantu untuk aihat dan kekal aktif
Ayu Rafikah recently posted…Jom Muat Turun Aplikasi RodeoGo, Ada Banyak Ganjaran Menanti Korang!
Ya sangat membantu 🙂
ineresting
Twitter: Fariza Saidin
Bagus lah jika ada yg suka minuman ini tapi akk jarang minum macam ni. Lebih suka ais koaong.
Ooo blend dengan ais kosong. pun boleh 🙂
Pingback: Set Puasa Shaklee Untuk Rasa Sihat, Bertenaga dan Turunkan Berat • SyahidaShukri