Category Archives: Uncategorized

Kesilapan Ibu Bapa Di Rumah Sebelum Anak Memasuki Taska, Tadika ataupun Sekolah Rendah

Bismillah. Ibu bapa adalah guru yang paling dekat dan terawal untuk anak-anak, bukannya guru-guru di taska mahupun tadika.  Saya merupakan seorang anak kepada seorang guru yang telah pencen daripada kerjaya guru di sepanjang kerjayanya. Saya banyak mendengar dan melihat sendiri pengalaman ibu saya yang menangani masalah anak-anak murid di sekolah rendah yang jauh ketinggalan daripada rakan-rakan sebayanya yang… Read More »

Buku-buku Parenting Yang Bagus dan Berbaloi Untuk Para Ibu Bapa Yang Suka Mencari Ilmu

Bismillah.   Masih tidak terlalu lambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca. Alhamdulillah. Ada azam baru tak? Apa kata jika kita jadikan Awal Muharram ini sebagai inspirasi untuk kita menggali dan mendalami lebih banyak ilmu?   Menabur wang kepada ilmu tak akan pernah rugi malah ia sebenarnya menguntungkan kita di dunia dan di akhirat. Cepat… Read More »

Ibu, Jangan Culas Mengemas Rumah

Bismillah.   Setiap ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah tentunya pernah menghadapi rumah atau ruang tamu atau ruang bilik yang bersepah-sepah disebabkan perbuatan anak-anak. Walaupun si ibu telah berkali-kali mengemas atau mungkin telah berbuih mulutnya berpesan kepada anak-anak supaya mengemaskan kembali barang mainan, tentu arahan ibu jarang diendahkan, bukan?   Salah satu peraturan yang saya sendiri… Read More »

Amalan-amalan Yang Baik Untuk Ibu Yang Mengandung

  Bismillah.   Adakah ada di antara anda yang sedang mengandung? Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Sudah mula membaca Al-Quran? Bagus jika sememangnya selalu membaca Al-Quran setiap hari walaupun ketika tidak mengandung. Sewaktu mengandung, seorang ibu seharusnya lebih kerap membaca Al-Quran.   Walaupun mungkin seorang ibu mengandung sedang berasa penat atau mengalami alahan yang teruk sehingga tidak terdaya membaca Al-Quran,… Read More »

Bilakah Sepatutnya Ibu Bapa Mula Mengajar Anak Membaca?

  Bismillah.   Mungkin terdapat ibu bapa yang bertanyakan soalan yang sedemikian. Tatkala melihat anak-anak mula membesar dan semakin bersiap sedia untuk ke taska atau tadika, mula lah ibu bapa berasa prihatin dengan bahan-bahan pendidikan anak-anak, dan mula lah mencari buku-buku yang bersesuaian untuk anak-anak mula belajar membaca. Atau mungkin sesudah anak-anak memasuki taska atau tadika dan mula… Read More »

Menjadi WAHM Pada Usia 29 Tahun

Bismillah. Sebenarnya saya tak pernah menyangka saya dapat menjadi seorang WAHM (Work-At-Home-Mom) seawal usia 29 tahun ini. Sememangnya telah lama saya impikannya. Namun untuk ia menjadi realiti, pelbagai perancangan perlu dilakukan. Setelah 5 tahun berpengalaman bekerja sebagai seorang Engineer dalam bidang Biomedical Engineering Design, saya mendapati bahawa kepuasan hidup saya bukannya di sana. Walaupun makan gaji dengan selesa,… Read More »

Kuala Lumpur Homestay – Petaling Jaya Homestay

Bismillah. Baru-baru ini, saya dan suami telah sama-sama mengusahakan sebuah rumah apartment homestay yang terletak di Jalan Klang Lama. Rumah ini saya telah beli sewaktu majlis pelancarannya di Petaling Jaya pada tahun 2009 dan ia telah siap dibina oleh pemaju pada tahun 2012. Kemudian, saya mendapat kunci rumah pada awal tahun 2013. Dan sekarang, pada bulan Oktober 2013,… Read More »

Mendidik Anak Ilmu Asas Al-Quran Pada Awal Usianya Dengan Menggunakan VCD

“Ini anak bongsu saya..alya..setahun setengah..tiap2 mlm minta pasang “alif ba ta” ..siap kekiri kekanan klu time nasyid tu…dah boleh sebut alif ba ta..walaupun tak penuh lagi..klu tunjuk flash card tu dah boleh kenal 4 ke 5 huruf ..walaupun kdg2 tu ada gak salah…..:))” – Puan Niza Kassim – Didik anak dengan ilmu asas Al-Quran sejak kecil. Semua bayi… Read More »

Teknik Mengajar Anak Membaca Pada Usia Awal

Tidakkah Terlalu Awal Bayi Belajar Membaca? Sebenarnya Anda Juga Mampu Melatih Anak Anda Membaca Dengan Cepat. Kami ada caranya:  Dapatkan SET SIRI CEPAT MEMBACA yang membantu Si Manja MEMBACA AL-QURAN, BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Ia telah terbukti oleh ramai bayi  dan kanak-kanak yang pernah menggunakannya!! Boleh lihat video testimoni ibu bapa dan guru di sini : http://bit.ly/15HPGTh Bagaimana Ia Boleh… Read More »

Memupuk Sikap Cintakan Buku Kepada Anak Sejak Kecil

Bismillah.. Ini gambar anak saya Ameerah yang membuka buku dengan sendirinya. Memang kegemarannya ‘membaca’ buku walaupun saya tidak faham apa yang disebutnya. Hakikatnya anak saya sebenarnya masih belum pandai membaca. Umurnya baru 2 tahun. Tapi dia tetap gemar membebel sendiri seolah-olah dia sedang membaca buku dengan betul. Biarpun salah bacaannya tapi anak saya sukakan buku malah amat suka… Read More »