Cara Mengubati Buasir Dengan Cepat dan Berkesan

By | 19/08/2016
Assalamualaikum pembaca saya yang budiman. 
Awal bulan yang lalu saya dihubungi oleh seseorang yang berminat dengan Vivix untuk membantu adiknya yang dah lama mempunyai buasir dan ibu mertuanya yang sakit tumor otak, diabetes dan darah tinggi. Yang hubungi saya ini wanita dan adiknya itu lelaki. Masih belum berkahwin dan muda belia. Kerana kasihankan adik, dia berminat nak try belikan Vivix untuk adiknya yang buasir. Satu lagi Vivix untuk ibu mertuanya.
Adiknya dah lama mempunyai buasir tapi tak sembuh-sembuh pun. Setelah mencuba Vivix tak sampai pun 2 minggu, adiknya beri feedback dah rasa makin lega. Dia pun teruskan minum Vivix sampailah buasirnya tu sembuh sepenuhnya. Wah! Memang menakjubkan!
Ini testimonial dan feedback daripadanya:
 
Untuk MIL (ibu mertua) pula, masih terlalu awal untuk melihat apa-apa kesan kerana dia menghidapi banyak penyakit. 
Saya kongsikan info mengenai buasir daripada website Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bacaan anda ye.

Apa itu buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

 

1. Buasir Dalaman

Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

2. Buasir Luaran

Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Mengapa Buasir Terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Perlukah Saya Berjumpa Dengan Doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa Yang Boleh Saya Lakukan? 

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

  1. Elakkan sembelit
    • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
    • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
    • Lakukan senaman setiap hari.
    • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
  2. Mengurangkan kesakitan
    • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
    • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
    • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
    • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Bila Saya Perlu Pembedahan/Prosedur?

Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.

Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:

Prosedur di klinik:

  1. ‘Rubber band ligation’ boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
  2. ‘sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.

Prosedur rawatan di hospital:

  1. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
  2. ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
  3. ‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah Masalah Buasir Ini Berulang?

Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit, tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.

Buasir Bagi Wanita Mengandung

Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

Sumber Artikel Mengenai Buasir Ini : http://www.myhealth.gov.my/buasir/
Di sini saya kongsikan pula Petua Menghilangkan Buasir ya. 

1. UBAH CORAK PEMAKANAN

Utama sekali, anda perlu ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.

2. MINUM AIR DENGAN KERAP

Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.

3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA

Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

4. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT

Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

5. JANGAN TAHAN BUANG AIR BESAR

Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

6. JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN

Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Di antara Petua-petua Secara Alami untuk Merawat Buasir pula:

KAEDAH DIET PEMAKANAN


Pemakanan Sumber Asli

1. Jus Lobak dan bayam – mampu membuang toksid pekat dalam aliran darah. 1-2 pain sehari. 6 oz bayam campur 10oz lobak.

2. Jus Celery – Mengandungi sulfur organik, besi kalsium. Boleh dicampur separuh dengan jus lobak, 2 pain sehari.

3. Batang-batang sayur – Dimasak sup air.

Elakkan dari makan:

Tepung Kanji, gula (roti, kuih manis), lada sulah dan makanan pedas.


Lagi Petua Makanan Yang Boleh Merawat Buasir

1. Ciku – Penawar Buasir

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium. 

tambahan lagi, petua ciku ini juga boleh dibuat seperti begini.7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

2. Sayuran dan Buahan yang kaya serat, disamping banyak minum air masak.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

3.Tapai ubi

Ada di antara kita yang menderita penyakit buasir. Cuba amalkan memakan tapai ubi atau tapai pulut, pastikan anda makan bersama airnya sekali. Paling baik ialah tapai yang dicampurkan gula pasir kerana ragi yang digunakan akan menghasilkan rasa manis pada tapai. Ragi inilah sebenarnya sangat baik untuk pencernaan. Jika buasir telah mencapai tahap serius yang mana darah akan keluar dari dubur, apabila anda mengamalkan petua ini, insyaallah darah akan terhenti dengan cepat. Anda boleh melihat kesannya dalam seminggu

4. Kulit Manggis

Kulit manggis jangan dibuang slps makan isinya. Basuh kulit manggis tersebut dan jemur hingga kering. Kemudia rebus kulit yang telah kering tadi dengan 5 gelas air sehingga menjadi secawan sahaja. Minum ketika air suam. Amalkan selalu insya-Allah

5. Tomato hampir masak

Ambil sebiji tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Kemudian biar ia sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

6. Timun/Mentimun

Ambil beberapa biji buah timun. Di belah dua kemudian kaut bijinya dengan menggunakan sudu. Bijinya sahaja yang perlu di makan.Amalkan setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas satu minggu.

7. 






Delima

Ada orang kata buah delima ni kalau untuk orang yang buasir adalah sesuai dan juga bagi perempuan yg mengalami masalah keputihan. Untuk yang mengalami masalah cacing juga.

Pokok buah delima ni boleh hidup sampai 200 tahun lamanya.

8. Terung susu kambing

Dalam perubatan Traditional Melayu, Terung ini digunakan bagi merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah payu dara.

9. Minyak belut

Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.

10. Jus prune

Jus prune rasanya memang sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Masa berpentang dulu pun nenek makan prune. Takde masalah kalau makan banyak-banyak. Rasa sedap.

11. Buah Sunkist yg super manis.

Boleh dibuat jus. Minum setiap pagi, lagi fresh. Minum suam bukan sejuk.

12. Yakult

Ada orang bagitahu yang ni bagus untuk pecernaan specially kanak-kanak. Diorang kata ia bagus dari vitagen. Bagi nenek, anak2 minum vitagen aje, memang senang membuang. Kekadang tengok anak 2hari tak membuang, memang nenek pergi beli vitagen. Satu diorg suka minum, tak payah nak paksa2. Lama sikit pastu mesti membuang. ?

13. Bersauna

Sauna bertindak mengalirkan darah ke seluruhan badan secara optimun. Proses percernaan pun lebih mudah. Memang lepas bersauna ni, membuang pun senang. Tak payah nak meneran2.

14. Buah epal fuji

Buah yang juga kaya serat. Boleh amalkan.

15. Paling penting banyak minum AIR MASAK. Jalan terbaik! mudah dan cepat

16. Lidah Buaya

Merebus lendir lidah buaya dengan kunyit muda minum setiap pagi dan petang

 

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH BANTU PULIHKAN BUASIR?
Apabila kita faham bagaimana buasir berlaku, baru kita tahu bagaimana untuk atasinya kan? Kita pulihkan dari root causenya. InsyaAllah berkesan. 
Penyakit buasir ini disebabkan oleh kekerapan meneran ketika membuang air besar oleh kerana masalah sembelit. Akibat daripada penambahan tekanan yang kerap terhadap salur vena di rektum dan dubur, ini menyebabkan pembengkakan maka terjadilah buasir. 

Jadi, cara untuk pulihkan buasir ini adalah dengan mengatasi masalah sembelit pesakit buasir ini dan juga mengatasi keradangan atau pembengkakan. 

Buasir ini disebabkan oleh sembelit dan bengkak. Jadi, kita perlu mengamalkan suplimen yang dapat mengatasi sembelit dan pada masa yang sama mampu menghalang keradangan. 

Dalam Shaklee, suplimen yang boleh membantu untuk tujuan ini adalah Ostematrix, OmegaGuard dan Vivix.

Bagaimana Ostematrix membantu dalam masalah buasir?

Ostematrix mengandungi kalsium. Kalsium ini bukan sahaja baik untuk tulang sahaja tau malah ia membantu pergerakan otot kita. Dan otot-otot ini termasuklah juga otot di saluran usus kita. Pastinya pergerakan najis dan sisa makanan di dalam saluran usus memerlukan pergerakan dan pengecutan otot. Jadi, kita berikan nutrien kalsium kepada otot agar ia membantu melancarkan pengeluaran najis.  
Kalsium Ostematrix ini dilengkapi juga dengan Vitamin D dan Magnesium bagi membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan maksimum. Pill kalsium yang terbaik mestilah ada gabungan ketiga-tiga Kalsium + Magnesium + Vitamin D. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium. Kita perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

 
  • Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
  • Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan kamposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Boron – membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.
Ostematrix Shaklee ini juga telah menjalani ujian keberkesanan di mana kalsiumnya diuraikan dan diserap sepenuhnya ke dalam badan dalam tempoh 12 jam selepas diambil.

 

Apabila pesakit buasir mengambil Ostematrix, kalsium ini akan melancarkan dan melawaskan pembuangan sisa pepejal daripada usus dan pesakit akan mudah membuang. Kesakitan juga dapat dikurangkan dan pembuangan tidak lagi menjadi pengalaman yang menakutkan. 

Jika masalah sembelit tidak diatasi, bagaimana ingin mengelak tekanan terhadap salur vena dan dubur kan? Jadi kita kurangkan sembelit agar buasir dapat diatasi. 
Di sinilah perlunya Ostematrix. 

Bagaimana pula OmegaGuard membantu masalah buasir?

Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak ini adalah berpunca daripada keradangan atau inflammation. OmegaGuard mengandungi fish oil atau minyak ikan Omega-3 yang bersifat anti-radang. Jadi OmegaGuard amat membantu untuk mengurangkan keradangan buasir sekaligus akan membantu mengecutkan bengkak itu.

Di samping itu, Omega Guard membantu melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan disebabkan itu ia membantu mencegah masalah di badan, mengelakkan ia terganggu, sekaligus mencegah bengkak.

Mereka yang mengalami bengkak buasir akibat keradangan ini, elok mengamalkan 3-6 biji minyak ikan OmegaGuard sehari untuk membantu mengurangkan keradangan yang berterusan. 

Apakah kebaikan OmegaGuard Shaklee ini berbanding dengan Fish Oil jenama lain?
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak daripada ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).

2. Tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega-3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

 
 

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA dan DHA.

 
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. Bahan-bahan ini merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

 

Ini berbeza dengan pengusaha minyak ikan jenama lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien, bahkan tidak dapat menapis kandungan logam berat yang membahayakan kesihatan.
Hati-hati memilih minyak ikan omega-3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin.
8. Softgel Omega Guard adalah halal

Semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia terbukti halal, mendapat pensijilan Halal daripada Islamic Services of America (ISA), iaitu badan Islam luar negara yang turut diiktiraf oleh JAKIM.



Bagaimana pula Vivix membantu masalah buasir?

Vivix miliki satu teknologi yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke peringkat paling asas di dalam tubuh kita iaitu ke peringkat DNA. 
Rosak atau sihatnya struktur DNA kita itu akan menentukan kesihatan struktur sel badan kita. Dan rosak atau sihatnya struktur sel dalam badan kita akan menentukan kesihatan tisu dalam organ kita. Dalam isu buasir ini organ yang dimaksudkan adalah organ usus. Jadi amat penting untuk kita pulihkan organ yang bermasalah itu di peringkat DNAnya lagi dan Vivix mampu melakukannya. Ia juga merupakan antioksida yang sangat tinggi. 

Biasanya kalau DNA rosak, ada 2 keadaan akan berlaku iaitu sel akan memperbaiki dirinya sendiri atau sel tersebut akan mati dengan sendirinya. Penyakit terjadi kalau DNA yang rosak tersebut tidak dibaiki dan tidak juga mati. Tetapi sebaliknya sel yang mengandungi DNA rosak ini menjadi sel baru yang tidak diperlukan badan. Sel baru tu pula sama cirinya dengan DNA yang rosak. Macam copy, dan dia copy benda yang rosak pulak.

Bagaimana Vivix bertindak untuk baiki DNA yang rosak dan seterusnya menghalang dari membiak menjadi sel tidak sihat? 

Ada 4 mekanisme tindakan VIVIX (lihat gambarajah):

 

Bahan utama yang bertindak ke atas DNA adalah RESVERATROL. Resveratrol salah satu manfaat dalam Vivix. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa RESVERATROL boleh membantu pencegahan penyakit kronik:

  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011, beberapa kajian awal menunjukkan bahawa RESVERATROL mungkin mempunyai kesan anti-kanser.
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen).

Bukan sahaja kanser, ia juga merangkumi pelbagai lagi penyakit kronik termasuk buasir.

 
Gabungan Vivix, Ostematrix dan OmegaGuard akan mengatasi masalah buasir dari akar umbinya. Dan pada masa yang sama akan membantu memulihkan pesakit buasir pulih dengan lebih cepat. 

Vivix membantu dalam mengatasi simptom-simptom sakit sembelit atau keradangan yang dirasai oleh pesakit buasir ini. Juga membantu memberikan tenaga yang cepat secara semulajadi.


Perlukah gabung 3 suplimen ini?

Apabila dilanda buasir, pedihnya hanya yang alaminya yang fahami. Kalau boleh, nak terus hilang hari ini jugak kan. Cadangan saya, 3 jenis suplimen di atas (Ostematrix, OmegaGuard dan Vivix) membantu menampung keperluan antara satu sama lain bagi memastikan pesakit buasir kembali pulih. Gabungan ini adalah yang terbaik bagi membantu kembali pulihkan kesihatan mereka yang alami buasir dengan cepat dan berkesan. 

 

Itu saja perkongsian saya hari ini. Anda inginkan Set Buasir ini dengan harga istimewa?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk konsultasi percuma dan harga istimewa. Yang penting, anda dan insan tersayang lebih sihat dan bebas dari buasir dengan segera.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

 

Boleh hubungi,

Wan Syahida

012-6753078

Rakan Konsultasi Shaklee Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge