Brunei Trip (Part 3)

By | 22/03/2015
Assalamualaikum..
OK ni Brunei entry 3rd part…
Hari ke-3, kami kuar jalan-jalan dengan kawan En. Husband (lagi). Kali ni kawan yang lain, nama dia Budi. Asal dari Indonesia. Dulu pernah bekerja di IJN. Kini bekerja di Brunei. Memandangkan dia lebih senior daripada En. Husband (and me hehe) so kami panggil dia Mas Budi lah.. Cakap Indon la pulak kami.. hehe. 
In the morning, Mas Budi datang amik kami di hotel. Walaupun dengan kereta buruk (kereta pinjam) tapi kami tak kesah, asalkan ada pengangkutan untuk kami. Dia sudi datang dan melayani kami pun dah cukup bagus,.. Alhamdulillah.. 3 hari kami di Brunei, ada 3 kawan En Husband yang banyak melayani kami dan membawa kami jalan2 menaiki kereta mereka… En Husband pun dah lama tak jumpa kawan2 dia yg kerja sama di IJN ni, jadi ini kira pengikat ukhuwwah lah… Selalu orang Brunei tanya bila nak datang Brunei? So, ini lah kedatangan kami.. 
Mas Budi bukan orang Brunei. Jadi bab-bab jalan ni dia tak arif. Since it was already our 3rd day there, kami boleh agak2 jalan mana nak amik untuk ke tempat yg kami nak tuju. Jadi, kami pun dengan mudah dapat sampai ke tempat yg kami nak pergi hari tu, iaitu, Tamu Kianggeh. Tamu Kianggeh ni terletak dekat dengan Kampung Air jer. Tamu Kianggeh ni, orang kata tempat yg wajib tourist datang. Dia just pasar je lah sebenarnya. Dan kalau kita nak beli ole-ole untuk bawa balik ke kampung halaman, di sini lah tempatnya. Kami tak teringin nak beli apa2 pun.. Hanya belikan keropok kerepek versi Brunei untuk dibawa balik… 
OK enjoy the pics!
Ini la Mas Budi. Kami di hadapan Tamu Kianggeh.
Tamu Kianggeh ni tepi sungai, sungai yg sama dengan Kampung Air tu. Dan peniaga2 yg menjual di sini pun ramai yg datang dari Kampung Air tu jugak.
Ameerah nak pegang rabbit.
Kat atas jambatan nak ke Tamu Kianggeh.. Panas terik sangat2 masa nih…
Selepas berjalan2 kat pasar, kami nak gi cari souvenir pulak. So mintak tolong Mas Budi rekemen kat mana nak beli barang2 cenderamata… Tak jauh dari hotel kami duduk jer.
At the souvenir shop..
And then kitorang pulang ke hotel dan check out. Lepas check out, Mas Budi ajak kami ke The Empire Hotel & Country Club kat Jerudong. Kami mula-mula memang tak tau apa2 la apa benda tu. Tapi Mas Budi kata sana cantik dan tenang… Mesti pergi. So, kami pun ikut je lah.. Kalau dia tak bagitau, kami pun tak tau akan kewujudan tempat nih… Tak jauh mana pun. Dalam 20 minit perjalanan macam tu. Hari pulak tengah terik. Pergi ke tempat yg ‘cantik dan tenang’ pada masa ni, best jugak!
Ada conference pasal breastfeeding kat Hotel ni masa ni. Hehe. 
OK. Hotel ni tempat orang selalu buat seminar2 dan conference rupanya. Heheh.. Cantik hotelnya.. Memang awesome. Tambah plak location tepi pantai dan berhadapan dengan Laut China Selatan. Binaan dia pun memang gah dan cantik sangat-sangat. Sesuai dengan kekayaan negara pengeluar minyak ni… 
Ameerah nyenyak tidur..
This was our last tourist destination in Brunei. The next is for Mas Budi to send us to the Airport.. 
So, berakhirlah percutian Brunei kami ni. I hope I’ve covered all that I know and all that we learnt. Yang bestnya tentang Brunei, adalah penegasan dia dalam mengamalkan tuntutan ajaran Islam. Sana bersih, selamat, kurang jenayah, takde masalah akhlak yg terlalu teruk… Kerajaan pun banyak berjimat dan banyak wang rakyat yg digunakan untuk perkara2 yg berfaedah dan yg kembali kepada rakyat. Sana tak perlu banyak perbelanjaan macam benda2 hiburan, pesta2 atau karnival2 yg hebat2, takde bangunan pencakar langit yg hebat2, takde juga pusat2 hiburan… Pendek kata tak perlu pun guna sebarang wang tu untuk perkara2 yg tak menjadi asas dalam keharmonian dan keamanan negara. Wang yg diblanjakan kerajaan, kebanyakannya dibelanjakan untuk pendidikan, kesihatan, penempatan, kos petrol, harga kereta yg murah… semua benda2 yg menjadi keperluan rakyat. Takde pemborosan. Bila dah wang yg digunakan semuanya diperuntukkan untuk perkara2 yg berfaedah dan berguna saja, maka, banyak lah wang yg dapat semula kepada rakyat… Seperti pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, kos penempatan dan harga kereta yg rendah, harga petrol yg rendah dan etc. Best kan? Terasa aman je negara Brunei ni. 
Kalau nak rasa sendiri keamanan dan ketenangan Brunei, kena la datang sendiri… Banyak benda yg kita dapat belajar. Especially tentang hak sesebuah negara akan negaranya sendiri. Brunei tak perlu mengikut telunjuk Malaysia untuk ikut bergabung membentuk sebuah negara. Tengok sekarang, hasil tindakan bijak Sultannya pada masa tu, Brunei tetap merdeka sebagai sebuah negara tersendiri yg berdaulat. Walaupun kemerdekaannya lebih lambat daripada Malaysia, tapi akhirnya mereka juga mencapai kemerdekaan dan menjadi negara yg maju. Malah lebih hebat daripada Malaysia dari segi keamanan, kestabilan dan sebagainya. Islam pun tertegak di bumi Brunei ni. Kami pun kagum melihat peribadi dan ketegasan Sultan Hassanal Bolkiah ni.. Sultan Brunei ni pun sebenarnya mendapat pendidikan agama yg baik dan memang dia berazam untuk menegakkan agama Islam di negara Brunei semasa dia diangkat menjadi Sultan. Memang ketua yg berkaliber, berpandangan jauh dan memang bagus lah dia ni… heheh.. Banyak info pasal Sultan ni, aku baca kat Bangunan Diraja Brunei tu.. Aku suka baca latar belakang orang yg hebat2.. How did they become who they are today.. Banyak kisahnya… Rajin-rajin la kita mencari ilmu yg berguna..
Sekian dulu entry pasal Brunei ni daripada kami. Hope you gained useful information for yourself.. Kalau nak ke Brunei, don’t forget to make use of our experiences ya. 
Bye Brunei!! – At the airport…

One thought on “Brunei Trip (Part 3)

  1. Pingback: Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge