Brunei Trip (Part 2)

By | 21/03/2015
Assalamualaikum.. πŸ™‚
(Sambungan daripada Brunei Trip – Part 1)
Bismillah…
On the next day, at 8am, kitorang menanti seorang kawan Abi yang lain, Abg Andy. Abg Andy ni local jugak, n colleague Abi di IJN jugak. Agak lama menanti, sebab Abg Andy datang dari Tutong yang agak jauh dari hotel kami tu.
Akhirnya Abg Andy datang dengan kereta Vios nyer. Siap dah tolong bawak stroller miliknya kat bonet! Dia ingatkan kami tak bawak stroller dari KL. Alahai terharu kami.
Abg Andy bawa kami jalan-jalan ke tempat yg sama yang kak Ema bawa kami malam sebelumnya, sebab plan kami pada hari tu adalah nak ke Kampung Air. Bila waktu siang, baru nampak pemandangan BSB dengan lebih jelas. πŸ™‚
Menaiki kereta Abg Andy
Memandangkan kami belum proper breakfast, Abg Andy bawa kami makan kat sebuah kedai mamak. Sana pun ada kaum mamak, memang typical.
Pekena roti canai dan teh tarik. Ameerah dah mamam masakan Ummi pagi tadi dah.
Kemudian kami lintas jalan untuk ke tempat bot-bot parking di jeti semalam tu. Lepas deal ngan seorang pembawa bot, kami pun naik la bot. Harga untuk semuanya, B$ 60 untuk 3 orang. Sebab include monkey-sight seeing yang terletak lebih jauh daripada tempat perumahan Kampung Air.
Ada sekolah, ada masjid. Semua atas air. Belakang tu, Masjid Omar Ali tu of course la bukan atas air. Haish
Ada nelayan yang kebetulan tengah menjala ikan, mencari rezeki pada waktu pagi.
Kami memang kagum dan tak sangka adanya kampung macam ni. Totally atas air dan memang ada beberapa komuniti dalam kampung Air ni. Seingat kami lah, ada 26 kampung dalam Kampung Air ni. Sekolah ada 16 buah, ada juga masjid, bomba, balai polis, klinik-klinik kesihatan, kedai2. Memang macam atas darat lah. Hanya medium nye air dan kenderaan mereka adalah bot-bot. So kalau kita parking kereta kat garaj, mereka parking bot kat bawah rumah..
Pelik kan? Kampung Air di Brunei adalah kampung air yang terbesar di dunia. Rumah batu pun ada atas air nih. Serious kagum kami melihatnya.
Kami buat pusingan menyelusuri kampung-kampung, sehingga ke kawasan pedalaman (part of the river that is inner to the land, further from the sea), kemudian pulang semula ke jeti. Semasa perjalanan ke kawasan pedalaman/hutan, kami dapat la lihat buaya, monyet dan pokok-pokok bakau. Pandai pemandu bot tu bawa kitorang cari buaya. Tapi tak dapat la kami tangkap gambar. Cepat je buaya tu berjaya menyelam sebelum kami sempat menangkap gambar dia. Monyet plak, main jauh kat atas2 pokok dan dalam2 hutan. Pun tak dapat kami menangkap gambar monyet2. Lain lah kalau ada camera taraf National Geographic tu kan. Kuikuikui. Ada gak terasa takut sebab kami ni bawa baby. Kalau biasa, kita bawa Ameerah tengok buaya kat zoo yang ada pagar. Tapi ni 1st time tengok buaya secara depan, dan di habitat asal mereka. Hohoho. Best tak.
Ameerah tido di awal-awal perjalanan menaiki bot. Pagi memang waktu tido dia. Dah naik bot, lagi lah sedap dia tido. Tambah pulak dipeluk dan didukung Ummi sepanjang masa. Hehe. 
Siap ada kapal ok. Hohoho. Kami mengagak sungai ni dalam jugalah memandangkan ada kapal boleh lalu. Tapi kapal ni hanya parking. 
Akhirnya Ameerah dah terjaga dan ceria sebab cukup tidur (muka baru bangun tdo). Kemudian Abi bertambah excited untuk snap gambar. Eh ni macam Ummi yg excited snap gambar Abi ngan Ameerah..
On the way pulang ke kawasan perkampungan, kami melintasi batuan yang rupanya seperti kapal yang tengah karam. Sebenarnya kami lintas dua kali lah sebab lintas sekali semasa pergi dan sekali lagi semasa pulang.
Kata driver boat tu,  batu ni ada cerita sejarahnya. Mungkin dongeng. Wallahua’lam.  Nama kisahnya Nakhoda Manis.   Tapi cuba korang tengok, betul2 rupa macam kapal tengah karam, kan. Mungkin Allah nak tinggalkan pengajaran kepada kita generasi seterusnya. 
Alkisahnya, batu ni macam kisah si Tanggang lah. Cuma ni versi kejadian di Brunei. Kisah anak derhaka. Setelah aku tanya pakcik Google, aku jumpa link yang menarik untuk dibaca. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, menarik dan penuh dengan fakta, boleh layari Lagenda Sungai Brunei
Lagi gambar2 kampung. Cantik2 juga halaman rumah diorang ni. Ada pasu2 bunga. Ada yang ada air cond, Astro. 
Sekolah, Balai Bomba dan Masjid.
Siap ada Petrol Station tau dalam air.. Haa jangan main-main! Ada ke pernah korang jumpa? Petrol Station in the river, only in Brunei. 
Lepas ni kalau ada orang buat teka teki, dalam banyak-banyak sungai, sungai mana yang ada petrol station? Sekarang kita dah bleh jawab. Kehkehkeh.
Haiii korang nih. Negara minyak lah katakan!! 
Bercakap mengenai minyak nih, of course satu dunia tahu tentang negara minyaknya dan kekayaan Brunei kerana hasil keluaran minyaknya. Kami sempat bertanya kepada pemandu bot kami tu, berapa bayarannya setiap kali mengisi minyak bot nya tu dan kekerapannya. Entah tak ingat. Haha. Brunei dollar 20 je kot sekali isi penuh. Harga satu liter minyak di sana hanya 30 sen (lebih kurang). So, sangat lah best kan. Macam ni baru la betul, harga minyak yg dikenakan kepada rakyat bagi sebuah negara pengeluar minyak… Rakyat ‘merasai’ murahnya. Syabas Sultan Brunei. Brunei mengambil langkah bijaksana apabila refuse untuk bergabung dengan Malaysia suatu ketika dahulu. Kalau Brunei dah masuk Malaysia, rakyat Brunei takkan dapat apa yg mereka dapat sekarang. Malah mungkin Brunei akan menjadi seperti Kelantan dan Terengganu. Lihat la Kelantan, Terengganu… Duit royalti minyak mereka semua ditelan kerajaan, dan rakyat mereka dapat ape? Bukan aje rakyat Kelantan atau Terengganu, seluruh rakyat Malaysia nih, dapat harga minyak yang tetap mahal… 
Memandangkan kenderaan berada di atas air, jadi kami excited nak tahu camne depa nih isi minyak dan bayar duit. Hehe. Hos minyak tu dilemparkan je. 
Oooo letak duit dan change dalam tin… hehe πŸ™‚
Rumah batu.
Disebabkan kebanyakan rumah di Kampung Air ni diperbuat daripada kayu, kebakaran mudah berlaku. Dan disebabkan kes-kes kebakaran telah banyak berlaku dan sangat serious, kerajaan Brunei sedang memulakan penempatan baru bagi penduduk Kampung Air. Rumah-rumah yang diperbuat daripada batu dan tentunya lebih selesa. Siap ada electric transmission lagi. Dengan adanya jambatan2 konkrit yang menyambung kampung-kampung. Sekarang dalam pembinaan dan pemindahan akan dibuat sedikit demi sedikit. 
So, tu la last.. Then kami pun menapak di atas daratan dan kembali ke parking lot. Ada masa lagi untuk jalan before gi lunch. So kami decide untuk berjalan ke Royal Regalia Museum atau Bangunan Alat Kebesaran Diraja yang terletak berdekatan.
On the way tu, kami singgah di Masjid Omar Ali Saifuddien. Omar Ali is the father of Sultan Hassanal Bolkiah. See the dome, it is made of gold. Dalam masjid tak dibenarkan menangkap gambar. Jadi, di luar saja lah yang dapat dikongsikan. πŸ™‚
Masjid Omar Ali Saifuddien, daytime.
Ameerah, going into 8 months old.
Kami berpeluang memasuki ruangan masjid. Dalam tu, memang awesome dan sangat sangat cantik. Maaf tak dapat kongsi. You all kena gi sendiri, baru lah boleh menikmati kecantikan ruangan dalam masjid. πŸ™‚
Bangunan Alat Kebesaran Diraja
Kemasukan adalah percuma untuk tengok semua yang ada dalam Bangunan Alat Kebesaran Diraja ni. Dalam ni, disimpan semua barang2 alat kebesaran diraja lah as the name calls it. Dan juga diceritakan semua nya lah pasal Sultan Brunei. Kalau kita nak lebih mengenali Brunei dan Sultannya, this is a best place to visit. Dalamnya ada air cond, bercarpet (kena buka kasut) dan sangat selesa untuk berpusing2. Tak ramai orang. Tapi tak dibenarkan menangkap gambar, as usual. πŸ™‚
Dalam ni juga disimpan semua hadiah-hadiah pemberian negara2 lain kepada Sultan Brunei. Punyalah banyak, tak terkira banyaknya. Sultan Brunei tak menyimpannya di istana dia. Semua disimpan di sini untuk ditatap rakyat jelata. Walaupun istana bukannya tak cukup besar untuk muat semua ni, tapi dah Sultan Brunei nak kongsi ngan rakyat. Antara yang menarik perhatian adalah pemberian2 daripada pemimpin2 Malaysia lah. Dan jugak negara2 di seluruh dunia. Memang hebat2 dan cantik-cantik. Korang nak tau, kena pi sendiri la tengok sendiri. Ngeh ngeh ngeh. 
Dalam bangunan ni juga dipamerkan semua alat-alat yang digunakan semasa Sultan Brunei diangkat menjadi Sultan. Kat kawasan ni boleh tangkap gambar. hehe.
This is Abang Andy, and Ameerah’s admirer. 
Ameerah had fun seeing a place such as this. πŸ™‚
Selepas tu, kami makan tengah hari di sebuah food court berdekatan hotel kami menginap. Brunei famous dengan Nasi Katok. So, kami teringin nak cuba. Dia versi Nasi Lemak di Malaysia lah..
Nasi Katok. 1 plate is B$ 1.
Ameerah tido dengan nyenyaknya sambil kami makan.
Selepas kenyang menjamu selera, kami ingin pergi menunaikan solat Zuhur dan Asar lah. So kami decide untuk ke Masjid Sultan Hassanal Bolkiah pulak. Bestnya kami sebab semunya Abang Andy yang bawakkan. Senang dia tahu semua jalan dan lagi best dapat naik kereta yang selesa. Hehe.
On the way tu, singgah la kat Istana Nurul Iman dan Nurul Hana yang terletak tak jauh juga daripada Masjid Hassanal Bolkiah tu. 
Istana Nurul Hana tu adalah istana lama, milik Sultan Omar Ali. Istana Nurul Iman pula adalah istana baru, milik Sultan Hassanal Bolkiah. Hanya leh tengok pagar istana je lah. 
Sepanjang berada di Brunei ni, a few times juga lah kami dapat lihat kereta2 diraja dan kereta2 escort kat atas jalan raya dengan polis2. Family diraja ni besar. Istana nya pun besar. 
Menurut Kak Ema dan Abang Andy, ada lagi satu istana yang sedang dalam pembinaan, ini istana milik isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang pada masa tu belum diceraikannya. Yup, bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah tu is that our Malaysian TV3 broadcaster, Azrinaz. Kita selama ni tak pernah tahu atau dengar apa-apa cerita pun pasal Azrinaz ni dan kenapalah dia cerai. Sampailah bila kami ke Brunei ni, baru la tahu. Seems like all the locals tahu kenapa dia kena cerai. Because Abg Andy dan Kak Ema cerita benda yg sama kepada kami. Kemudian bila dah cerai, pembinaan istana tu diberhentikan, dan sampai sekarang la dok macam tu, tergendala pembinaannya. Kami tak tangkap gambar istana tu, hanya lihat dari jauh. Azrinaz juga ada tempoh untuk still stay di Brunei selepas penceraian tu dan tak boleh pulang ke Malaysia lagi untuk menjaga nama baik Brunei dan juga sebagai hukuman kepadanya. 
Kemudian kami pun tiba la di Masjid Sultan Hassanal Bolkiah. Cantikkk giler masjid nih. Dan ramai gile visitors serta pelancong. Macam biasa camera tak dibenarkan jadi kami tak dapat la nak kongsi gambar2 menarik di dalam masjid. 
After done with our prayers.
Masjid ni pun besar la sangat, sampai susah benor aku nak cari ruang solat untuk wanita. Haih!! Naik sana turun sini, pusing sana pusing sini. Mengah jugak sambil bawak baby… Last2 aku solat di area belakang yang tak ramai orang untuk muslimat, bukannya di ruang utama masjid (tempat solat muslimin). Mujur Ameerah tak banyak meragam. Ummi hanya solat dan letak barang2 untuk Ameerah main di tepi, dan Ummi solat tanpa ada gangguan.
Usai solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar, Abang Andy pun bawa kami pulang ke hotel kami. Lebih kurang kul 4 kot masa tu. Kami berehat-rehat, mandi mandi dan bagi Ameerah makan. Siap sempat enjoy satu movie (tv hotel). Kemudian malam tu, selepas Maghrib, Abg Andy datang lagi untuk ajak kami makan malam di rumahnya di Tutong. Bab makan malam ni, Abg Andy dah awal-awal lagi ajak dan berhajaaat sangat supaya kami datang dinner di rumah maknya. Dah siap cakap jangan makan apa2 dan pastikan datang dengan perut kosong! Nanti mesti ready utk makan banyak-banyak… Huhu. Kami betul2 tak makan apa2 sebab bimbang nanti kena paksa makan banyak2.. 
Dalam kul 8 Abg Andy sampai. Kami pun dibawa ke rumahnya. Agak jauh jugak rupanya Tutong nih. FYI Tutong ni terletak berdekatan ngan pantai (Laut China Selatan), so patutlah agak jauh. Ada la lebih kurang KL-Seremban jauhnya. To eat dinner. Rupanya abg Andy travel sejauh ni untuk datang ke hotel kami dan bawa jalan2….
Sesampainya kami, wahhh banyaknya makanan. Terharu kot. Huu. Dah la banyak, pastu sedap giler. Fuh aku makan banyak dan tambah aje mana2 yg menambat selera (esp kerabu mangga). Rasa macam nak tangkap gambar satu meja makan tuh tapi malu giler kot. Yg pasti, penuh la meja makan mereka (meja makan besar ok) dengan semua juadah. So kami makan beramai-ramai dengan isteri Abg Andy, anak2 dia 3 orang bersama ibu dan bapanya. Meriah :-). Sambil berkongsi cerita tentang Brunei dan Malaysia. Rupanya mak abg Andy ni buah catering.. Patut lah macam2 juadahnya, siap banyak pulak tu. Fuh.. Semua juadahnya adalah mengikut selera kita orang Melayu. Pastinya amat menyelerakan lidah kami… Alhamdulillah…
Abg Andy’s mom, wife and children. 
Selepas menikmati juadah, lepak2.. dan pulang ke hotel.. sampai hotel dalam kul 12.. Huhu. Sangat penat dan kemudian zzzzz…. Penat sungguh. Esok nak jalan lagi. Dan esok adalah hari yang terakhir. Hehe..
OK. Wait for the next entry.  πŸ™‚

One thought on “Brunei Trip (Part 2)

  1. Pingback: Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge