Assalamualaikum pembaca budiman. Bisnes online dah terlalu trending semenjak COVID-19 melanda dunia. Walaupun bisnes online dah bermula seawal tahun 2008 (pengalaman peribadi saja, bukan statistik sebenar), di dunia Google, Facebook dan Amazon waktu tu, tapi bila dah dilanda PKP satu negara pada musim wabak, orang semakin ramai terpaksa beralih kepada bisnes secara dalam talian untuk meneruskan perniagaan mereka ketika terpaksa terperap di rumah. Masa ni, kita mula belajar untuk menggunakan khidmat rider (Grab, Uber, MyCar), kemudian penghantar makanan (FoodPanda), meeting secara online (Zoom, Google Meet) dan sekolah pun secara online. Bisnes pun semua jadi “hidup” di dunia maya dan semua orang jadi ada banyak masa untuk mengadap online.
Pada masa tu, bisnes online jadi sangat trending dan tinggi demand. Order sana-sini. Sales meningkat secara mendadak dan orang mula terbiasa dengan rutin work from home. Bagi yang memiliki bisnes online sejak sekian lama, bisnes melonjak paling tinggi waktu PKP ini. Lebih-lebih lagi bisnes yang melibatkan niche kesihatan. Permintaan menjadi sangat tinggi dan bisnes menjadi sangat laku.
Walau bagaimanapun, ada juga bisnes yang menjadi semakin merudum pada waktu wabak. Tak kurang juga yang terpaksa gulung tikar kerana bisnes tak mampu sustain sekiranya negara berada dalam perintah kawalan pergerakan. Pada masa itu juga, ramai yang terpaksa hilang pekerjaan dan kurang mengambil job. Mengakibatkan pendapatan mereka terjejas dan hidup menjadi susah. Ingat tak bendera putih yang orang gantung depan rumah? Masa tu ramai yang hidup susah, takde pendapatan, takde makanan, ada yang terjangkit COVID dan ditambah lagi dengan mental stress. Kenangan tahun 2020-2021 masa tu.
Wabak yang melanda satu dunia pada tahun 2020 dan 2021 yang lalu telah memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi dunia. Telah berlaku inflasi dan kenaikan harga bahan mentah, pengangkutan, pembinaan, pembuatan, bahan asli dan sumber makanan.
Akibat daripadanya, maka pada hari ini, satu dunia sedang mengalami masalah inflasi dan kenaikan harga barang. Malaysia tentulah tidak terkecuali. Pasti kita juga sedang merasa bebannya. Lagi pula sekarang nak raya, ditambah lagi dengan pembukaan sekolah pada akhir Mac 2023. Banyak duit yang perlu dikeluarkan. Tahun 2024 juga, rutin yang sama kita bakal lalui; iaitu pembukaan sekolah dan Hari Raya yang berlaku serentak. Bagaimana dengan khabar kewangan kita? Banyak keperluan masa kini dan tanggungan kita juga makin bertambah. Maka tidak boleh tidak untuk kita bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Kita WAJIB mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan lain.
Jadi macam mana kita nak pilih bisnes yang terbaik? Ada bisnes yang menjadi, ada yang tak. Kemudian ada bisnes yang tak guna online, ada yang perlu platform online. Dan dengan kesempitan kewangan pada hari ni, kita pun kalau boleh nak cari bisnes yang memerlukan modal paling rendah tapi ada keuntungan. Banyak kriteria ni nak kena fikir. Jadi saya senaraikan di bawah, apakah ciri-ciri bisnes yang terbaik pada zaman kini?
Ciri-ciri Bisnes Online Yang Terbaik
- Modal RENDAH, risiko RENDAH tetapi pulangan TINGGI
- Kita tak nak invest berpuluh-puluh ribu untuk membuka restoran, membuka butik ataupun memborong stok yang banyak pada harga stokis untuk dijual.
- Ia sangat berisiko tinggi dan berat untuk kita yang baru sahaja nak memulakan bisnes online.
- Kita pun tengah tak banyak simpanan dan mahu menambah pendapatan melalui bisnes, maka mestilah nak cari peluang bisnes yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar agar kita mampu memulakannya.
- Economic BULLET PROOF – sentiasa ada DEMAND dan TIDAK BERMUSIM
- Pernah tak anda dengar produk yang pernah viral 5 atau 10 tahun dahulu? Di manakah produk itu pada hari ini?
- Produk yang viral dan bermusim tidak bertahan. Kita lah yang penat nanti. Bila produk dah tidak lagi viral, kita terpaksa cari produk lain untuk buat bisnes. Ulang dan ulang lagi untuk repeat step yang sama. Bisnes macam ni susah nak kekal fokus dan susah nak tahan lama.
- Pilihlah bisnes yang EVERGREEN. Di mana setiap tahun pun ia tetap relevan untuk dijual dan dipasarkan.
- Produk yang BERKUALITI, TERBUKTI dan SELAMAT
- Kita tak nak bisnes yang memberikan keuntungan yang tinggi, tetapi memberi risiko pula kepada customers kita. Kita pun tidak dapat tidur malam apabila ramai customer yang datang mengadu mengenai masalah yang mereka alami setelah consume produk yang kita jualkan.
- Syarikat yang STABIL dan ada REPUTASI
- Jangan terikut-ikut dengan bisnes kerana Founder. Founder hebat, cantik dan viral, maka kita pun berminat nak jadi agen produk dia. Founder buat produk lain, kita jual produk lain tu juga. One day Founder tutup bisnes? Apakah yang akan jadi kepada agen-agennya?
- Oleh sebab itu, cari syarikat yang sudah lama bertahan dan tetap terus provide kepada pengedarnya walaupun selepas 10, 20 atau 50 tahun sekalipun.
- Bisnes yang boleh bagi SLIP GAJI dan bank terima
- Amat susah apabila bisnes yang kita lakukan, tiada documentation untuk kita mampu apply untuk pembelian rumah ataupun kereta. Bayangkan jika kita terpaksa gunakan cash, tidakkah merugikan?
- Adalah lebih bijak untuk kita menggunakan documentation company, kemudian membeli aset atau hartanah menggunakan OPM ataupun other people’s money. Cash yang kita miliki pula kita invest di tempat yang boleh beranakkan lebih banyak duit untuk kegunaan kita.
- Cari bisnes yang berbaloi untuk kita buat. Dah alang-alang buat bisnes tu, biar yang ada payslip supaya membantu mencantikkan flow kewangan kita dan bank pun suka!
- Proven RESULTS, proven MENTOR, support SYSTEM
- Kalau kita tidak ada proven result dalam bisnes yang kita buat, bagaimana kita nak bersemangat untuk melakukan bisnes itu?
- Contohnya anda meminati jahitan dan berminat untuk menjual barang jahitan. Anda perlu ada mentor yang dah terbukti dengan menjahit dan menjual barang jahitan tu telah menjadi orang yang kaya dan hidup senang dengan membuka bisnes menjahit dan menjual barang jahitan. Mesti cari PROVEN MENTOR untuk anda rujuk dan kekal bersemangat untuk melakukan bisnes itu juga ok!!
- Bisnes yang boleh DIWARISKAN
- Biasa tonton drama Melayu yang selalu memiliki syarikat besar untuk diwarisi kepada anak-anak? Macam Megah Holdings? Mungkin kita tidak mampu untuk membuka syarikat yang gah sebegitu di ibu kota. Tidakkah ia merugikan je usaha-usaha kita tu.
- Lebih berbaloi sekiranya kita membina sebuah bisnes itu yang boleh diwariskan kepada generasi kita. Supaya kita tahu bahawa apa yang kita bina hari ini tidaklah sia-sia sebab aku usahakan ni one day anak aku pula yang akan mewarisinya.
Ketujuh-tujuh ciri-ciri bisnes online ni memang sangat terbaik untuk kita perolehi. Kalau ada bisnes macam ni, alangkah untungnya!
Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada kesesuaian diri kita. Pilihlah bisnes yang paling kita senangi, minati dan paling sesuai untuk kita. Mungkin anda selesa dengan bisnes online, atau mungkin juga tak selesa. Jadi anda lagi prefer bisnes berbentuk servis menggunakan kemahiran. Walau apa pun, lakukanlah timbang tara yang terbaik mengikut kemampuan diri.
Ada ke bisnes online yang ada ciri-ciri ni semua? YA, ADA!
Disebabkan saya merupakan seorang wanita, seorang isteri dan ibu stay-at-home-mom yang sibuk, maka saya memilih bisnes online yang saya rasa paling mudah dan selesa untuk saya yang sentiasa berada di rumah. Bisnes yang saya boleh lakukan secara fleksibel, tanpa mengabaikan tanggungjawab saya terhadap rumah, keluarga dan anak-anak. Saya tetap boleh menguruskan anak ke sekolah, uruskan makan minum mereka dan boleh fokus mengajar mereka di rumah. Suami saya pun selesa dengan saya yang banyak memainkan peranan menguruskan rumahtangga sementara dia sangat sibuk bekerja office hours di tempat kerjanya. Kadang-kadang waktu malam dan weekend pun dia terpaksa bekerja bila ada panggilan on-call (suami saya bekerja di hospital). Jadi, saya lah yang telah melepaskan kerjaya saya sebagai Design Engineer (Khusus dalam Biomedical Engineering) dan beralih kepada bisnes online dari rumah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya telah menemui bisnes Shaklee.
Bisnes Shaklee Yang Menjadi Pilihan Ramai
Saya telah memulai bisnes Shaklee secara online pada tahun 2015. Saya juga bermula dari bawah. Dari mula hingga kini, saya menjalankannya secara online. Dan kemudian semasa wabak dan PKP, bisnes online Shaklee menjadi lebih popular dan pilihan ramai. Ramai yang beralih ke bisnes Shaklee untuk menjana pendapatan sampingan.
Shaklee telah mencatat jualan syarikat yang tertinggi di dalam sejarah penubuhan Shaklee di Malaysia pada bulan Ogos 2021. Masa ni memang hari raya lah semua pengedar Shaklee di Malaysia. Sales naik gila-gila dan semua menikmati bonus yang paling tinggi masa tu. Ia berpunca daripada kesedaran rakyat mengenai kesihatan dan keperluan kepada makanan tambahan ketika wabak dan orang juga mencari peluang untuk menjana pendapatan dengannya.
Memandangkan Shaklee sangat mudah dijalankan secara online dan mudah diusahakan walaupun dari rumah sahaja, maka ia menjadi pilihan ramai golongan bekerjaya yang terjejas pendapatan mereka akibat PKP untuk buat Shaklee secara part-time. Mereka jadi sangat selesa dengan konsep Shaklee boleh buat secara online dan di mana-mana je. Bukan saja sangat fleksibel. tapi malah ia sangat menguntungkan.
Kemudahan Bisnes Online Shaklee
Shaklee sememangnya telah menyediakan platform bisnes yang sangat mudah kepada semua pengedarnya untuk mengakses website Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee mereka secara online.
Kalau nak search barang apa nak beli, tengok website.
Nak tengok harga, boleh rujuk di Shop website.
Nak order barang, order di website.
Nak buat bayaran, juga bayar secara online banking.
Nak track barang, track di website.
Kalau perlu konsultasi cara pemakanan, juga secara online dengan pengedar Shaklee yang aktif online.
Bagi yang ingin berjinak-jinak dengan bisnes online dan mencari bisnes apa yang mahu dibuat, bolehlah memilih untuk cuba bisnes online Shaklee kerana ia mudah dilakukan dan sesiapa saja pun boleh memulakannya.
Yang paling penting, Shaklee menepati kesemua ciri-ciri 7 bisnes online terbaik yang disenaraikan DI ATAS!
Oleh sebab itu, kerja pengedar Shaklee dah jadi sangat mudah dah. Kita hanya perlu fokus dalam berkongsi dan menyebar kebaikan Shaklee kepada mereka yang mahu mencari solusi kepada masalah kesihatan dan kecantikan. Terutamanya masa kini semakin ramai yang mengalami masalah sistem imun yang rendah terutamanya sewaktu musim wabak, ramai yang mengalami kepenatan dan stress kerana situasi diri sedang hamil atau menyusu sambil bekerja di tempat kerja. Ada juga yang alami masalah kulit yang tidak selesa dan mengurangkan keyakinan diri. Ada juga kaum lelaki yang mengalami masalah yang sama. (Baca : Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah).
Sentiasa akan ada orang yang memerlukan Shaklee kerana orang mementingkan kesihatan pada masa kini. Orang mahu tampil cantik dan mahu rasa bertenaga dalam kehidupan seharian.
Sekiranya anda tercari-cari bisnes online untuk diceburi bagi menambahkan sumber pendapatan sampingan, jemputlah untuk sertai saya dalam bisnes Shaklee.
Untuk sertai team saya dalam bisnes online Shaklee, ada 2 cara :
- Bayar yuran hanya dengan RM35 sahaja atau
- Beli mana-mana produk dengan harga RM350 (minima 100uv) untuk mendapat KEAHLIAN PERCUMA!
Boleh juga mendapatkan konsultasi percuma sebelum membuat pembelian daripada saya. Hubungi saya dengan KLIK DI SINI.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
Jadikan Shaklee bisnes and hari ini! Sertai komuniti bisnes Shaklee bersama-sama saya.
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua.. Lebih banyak info mengenai produk dan bisnes Shaklee di website : www.anakkuwiraku.com.
Bacakan juga tulisan Hazirah mengenai bisnes online terbaik, klik link : bisnes online.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya
Pingback: 5 Kelebihan Percutian Shaklee Yang Tiada Dalam Pakej Percutian Biasa • SyahidaShukri
Pingback: Berniaga Adalah 9/10 Sumber Rezeki • SyahidaShukri