Bila Ibu Mula Perasan Selera Anak Saya

By | 28/10/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Baru-baru ini saya telah pulang ke kampung saya ataupun rumah mak ayah saya. Sewaktu menyuapkan anak saya makan nasi, anak saya makan dengan penuh berselera. Kalau dulu, anak saya tak berapa suka nak makan. Kalau pun dia makan, dia hanya makan ikut ‘mood’ dia je dan nak makan makanan yang dia suka sahaja terutamanya ayam goreng. Ataupun sate itu pun kadang-kadang. 
Semasa anak saya sedang mengunyah-ngunyah tu, mak saya mula berkata yang anak saya dah makin banyak makan ye dan dah makin berselera. Sekarang nak pulak makan ikan goreng siap mintak lagi nak makan ikan. Saya pun kata, a’ah memang pun. Kalau kat rumah, pukul 11.30 pagi dah minta nak makan nasi dengan ayam. Saya katakan pada mak, sejak duk bagi Meal Shakes tu yang jadi macam ni. Ameerah mula suka makan dan meminta makanan. Lepas tu mak saya pun tanya Meal Shakes tu apa macam supplemen jugak eh? Saya hanya angguk dan katakan ye. Ada vitamin-vitamin la dalamnya :-). Mak pun paham dan tambah komen tentang penggalak makanan macam ni. 
Yang pastinya, mak mana atau nenek mana yang tak puas hati dan tak lega bila anak suka makan, kan? Tentulah kita suka, lega, gembira dan bersyukur. Selagi anak makan, selagi dia nak makan, kita suapkan saja sampailah dia kata dia dah tak nak. Saya lihat, sewaktu suami saya suapkan anak saya makan nasi pun, setengah pinggan nasi suami saya jugak lah anak saya habiskan. Anak saya baru 3 tahun. Untuk suami saya makan nasi, saya kena pula pergi tambahkan nasi. Itu pinggan nasi suami saya, bukannya pinggan nasi saya tu 😉

Saya jarang dengar anak saya ‘burp’ selepas makan. Tapi sekarang, sekali-sekala tu dengar juga. Kelakar pula rasanya kadang-kadang sebab biasanya baby je yang ‘burp’ =D. Agaknya inilah penangan Meal Shakes seperti yang kawan-kawan lain pernah ceritakan tentang anak-anak mereka.

Jujur saya katakan, canister Meal Shakes yang saya belikan untuk anak saya, saya beli sejak bulan Julai lagi dan sekarang dah bulan Oktober, masih tak habis-habis lagi Meal Shakes tu. Lebih kurang 3 bulan juga la tak habis-habis lagi ni. Siap saya ‘pow’ sekali sekala bila nak bancuh Tamar Coco buat diri saya sendiri bila tiba waktu yang dahaga dan lapar tu kan. Menjimatkan, kan? 
Saya lebih suka ‘invest’ duit saya dalam pemakanan dan makanan tambahan sebegini demi anak saya. Berapa sangat pun, ni je. Selain daripada beli stok beras dan ayam halalan toyyiban yang sentiasa perlu ada di rumah (anak saya suka ayam). Benda lain yang saya suka ‘invest’ dah tentulah buku-buku dan juga barang-barang permainan yang sesuai untuk anak-anak. Bab baju-baju dan pakaian, ye memang ada tapi tidak lah selalu. Hanya bila saiz baju-baju yang sedia ada dah semakin tak muat untuk anak dek kerana tumbesaran anak yang pesat, barulah saya akan membeli-belah bab pakaian pula. Satu lagi, mestilah ‘pampers’ tapi sekarang anak dah makin kurang pakai diapers sebab dah poo poo dan pee pee di tandas ;-). Jadi, saya boleh alihkan perbelanjaan membeli pampers tu kepada membeli makanan tambahan yang baik untuk tumbesaran anak.
Selebihnya tentang kebaikan Meal Shakes, boleh baca di Masalah Anak Kurang Selera Makan.
Sekiranya berminat untuk membaca Testimoni Meal Shakes daripada ibu-ibu lain, boleh baca di sini : Mencukupkan Nutrisi Anak-anak.
Saya suka kongsi kebaikan Meal Shakes dengan ibu-ibu lain. Hanya setelah saya sendiri mencubanya kepada anak saya. Berkenaan Kasihan Anak Kita yang semua ibu-ibu Malaysia patut tahu dan sedari yang pernah saya kongsikan di sini. 
 Antara kelebihan Meal Shake:

(1) Meal Shakes amat sesuai bagi anak yang:
– tiada/kurang selera makan.
– memilih makanan – tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
– selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
– mempunyai athma & bronchitis.
– mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
– mengandungi fiber dan membantu dalam pelawasan

(2) Meal Shakes sangat sesuai untuk wanita hamil yang mengalami morning sickness yang teruk. Ia dilengkapi dengan multivitamin serta protein yang dapat menampung lubang-lubang nutrisi yang lopong.

(3) Meal Shake + Vitalea + B-Complex sesuai untuk orang dewasa yang mahu menambah berat badan.

(4) Set Anak Bijak: Meal Shakes + Omega Guard + Chewable Vita-C.

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Shye
-Shaklee.Independent.Distributor-
SMS/Whatsapp : 012-6753078
Facebook : Wan Syahida Kahar
“It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver” – Mahatma Gandhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge