Assalamualaikum pembaca budiman. Untuk memiliki kehidupan yang kaya, pasti ramai yang bersetuju bahawa berniaga adalah kaedah yang paling menguntungkan dan paling laju. Berniaga adalah 9/10 daripada sumber rezeki. Sesiapa yang berniaga, dia beruntung dengan cara mencari peluang untuk menyelesaikan masalah yang orang hadapi. Dan dengan idea serta penyelesaian daripadanya, dia memudahkan hidup orang lain dengan cara menjual produk ataupun servis yang bermanfaat untuk kehidupan seharian orang lain. InsyaAllah besar keuntungannya tu.
Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”
Maksudnya: “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”
Walau bagaimana pun, hadis yang tersebar luas dan disebut-sebut ini sebenarnya merupakan hadis yang dhaif. Ini berdasarkan penjelasan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Boleh rujuk di link : Irsyad Al-Hadith Siri Ke-292 : Perniagaan Adalah Sumber Rezeki Terbesar.
Walaupun demikian, kita boleh tetap memahami bahawa berniaga adalah sesuatu yang baik dan memberi keuntungan kepada sesiapa saja yang mengusahakannya. Asalkan ia adalah pekerjaan yang baik dan daripada sumber rezeki yang halal.
Berniaga Dari Rumah
Semenjak saya resigned daripada kerjaya engineer, saya merupakan surirumah sepenuh masa. Bermula pada tahun 2015, saya mula mengenali bisnes Shaklee dan perlahan-lahan cuba berkecimpung di dalamnya. Saya fahami ilmu nutrisi, manfaat setiap vitamin terhadap kesihatan dan cuba untuk berkongsi kebaikannya dengan ahli keluarga dan kenalan-kenalan saya.
Alhamdulillah dengan berkat usaha dan rezeki daripada Allah, saya mula membina income 4 angka dari rumah. Sampai ke hari ini pada tahun 2023, saya masih continue mendapat 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah. Sebagai seorang surirumah, siapa nak bagi income sampai 4 angka kan? Jadi, itulah pendapatan untuk saya tampung education untuk anak-anak, bayar yuran tuisyen dan beli benda-benda yang saya kehendaki.
Saya juga telah membeli sebuah kereta Proton X50 yang diserahkan kepada Ayah saya untuk kegunaannya bersama Mak saya. Kereta itulah yang Ayah gunakan untuk urusan seharian seperti pergi ke supermarket, pasar, masjid, even balik kampung di Kelantan.
Usaha Yang Berbaloi
Apa yang saya dapat rasakan, bahawa berniaga itu sememangnya berpenat-lelah dan memakan pengorbanan yang banyak dari segi wang, tenaga dan masa kita. Tapi, hasilnya teramat-amat berbaloi dan kita akan dapat menikmatinya bila tiba masanya nanti.
Memanglah tak ada benda yang senang. Semua benda pun susah, terutamanya sekali bila kita cuba melakukannya pertama kali. Tentulah susah. Tapi daripada kita rasa susah sebab hidup susah, lebih baik kita alami susah dalam perniagaan sehingga kita berjaya memperoleh hasilnya.
Itu yang saya pegang. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dalam berbisnes dan berniaga ini, bersedialah untuk mengorbankan banyak perkara. Kerana untuk memperoleh keuntungan, kita kena buat pelaburannya terlebih dahulu.
Jom Berniaga !
Sebagai seorang peniaga sendiri, khususnya perniagaan Shaklee, saya ingin ajak para pembaca untuk mula berjinak-jinak dalam perniagaan. Tolak ke tepi segala alasan dan kesusahan. Pasti ada caranya dan jalannya. Macam saya dulu, saya pun tak reti banyak perkara. Tapi saya redah je dan belajar slow-slow. Memang langgar dinding terutamanya bila kita cuba benda yang baru. Tapi dalam bisnes seperti Shaklee contohnya, kita ada mentor bisnes yang menjadi tempat rujukan dan bantuan untuk kita.
Kadang-kadang kita pun rasa macam stuck dan hilang. Jadi manfaatkanlah upline dan Master di atas kita. Selagi mereka masih melakukan bisnes Shaklee, selagi itulah kita boleh meminta coaching daripada dia. Dalam bisnes Shaklee saya, saya bersyukur yang saya masih ada Masters upline saya yang tetap teguh berbisnes Shaklee dari awal saya join sampailah ke hari ni. Mereka masih tak putus asa dalam bisnes Shaklee.
Jom Mulakan Bisnes Online dengan Shaklee
Kita ada panduan perniagaan dan support team yang kuat. Especially saya yang dah pun terlibat dalam bisnes Shaklee ni sejak 2015, tahun 2023 ni pun saya masih kukuh berada dalam bisnes ni. Sekiranya anda nak join team Shaklee, daftar dengan orang yang aktif dalam bisnes Shaklee, bukannya orang yang dah stop buat Shaklee. Daftar juga dengan orang yang betul-betul serius untuk berjaya dalam Shaklee dan yang bertahan dalam Shaklee, supaya anda tetap boleh mendapat bantuan cara pemakanan dan bimbingan bisnes yang berterusan.
Saya sedia membantu sekiranya anda berminat nak daftar Shaklee, nak start consume Set Shaklee dan nak mulakan membina bisnes online dengan bisnes Shaklee ini. Saya akan guide caranya. InsyaAllah.
Baca juga entries berkaitan ini :
- Bisnes Online Terbaik Malaysia
- Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee
- Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?
- Kenangkan Apa ‘Big Why’ Kita Dalam Bisnes Yang Kita Lakukan
- 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best
Jom amalkan Shaklee sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Hubungi saya dengan KLIK DI SINI.
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya
Pingback: Teruskan Berbisnes Shaklee 2024 • SyahidaShukri