Bagaimana Saya Mengajar Anak Saya Menghafal Al-Quran Pada Usia Bawah 3 Tahun

By | 30/01/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Sejak saya dah makin stabil menjadi WAHM dan dalam masa yang sama berupaya menguruskan rumahtangga dan menjaga anak sendiri di rumah, saya mula mengajar anak saya menghafaz Al-Quran. Bermula dengan surah-surah yang pendek sahaja dahulu. Setakat ini, Alhamdulillah dengan izin Allah, anak saya kini yang berumur 2 tahun 6 bulan telah pun menghafal Surah Al-Ikhlas, Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Kaafiruun separuh surah. 
Adakalanya apabila suami saya pulang dari kerja dan terdengar anak saya baca sendiri ayat-ayat yang dah dihafaznya, suami saya pun terkejut dan tanya “Siapa yang ajar?” Siapa la lagi kalau bukan Umminya ni :-). Mungkin orang lain yang dengar pun terkejut dan macam tak percaya.. Umur belum 3 tahun dah boleh menghafal? Takde yang peliknya tuan tuan dan puan puan. Kalau la anak kita dah boleh nyanyikan sendiri lagu-lagu Wonderpets, Umizoomi, atau apa-apa dalam rancangan kartun, maknanya benda lain seperti Al-Quran pun dia boleh juga hafal. Hanya bergantung kepada berapa banyak kali anak kita terdedah dengan bacaan Al-Quran tersebut tu jer.
Tak semestinya kita pun kena hafiz atau hafizah dulu baru boleh ajar anak mengaji atau menghafal. Saya sendiri, bukannya lulusan dalam bidang agama. Malah, tak pernah dihantar ke sekolah agama sekolah rendah pun. Background saya Engineering. Saya belajar dalam aliran Sains. Bersekolah di sekolah konvesional di bandar yang banyak campur Cina, India dan Melayu. Sekolah rendah dan menengah rendah saya di sekolah yang ada pengaruh Kristian tapi tak bermakna saya tak mampu mengajar anak saya.. Jadi, siapa-siapa pun mampu mengajar anak mereka tak kira la daripada latar belakang apa pun.
Mungkin saya bertuah kerana anak saya amat meminati buku. Bila dia meminati buku, dia juga meminati Al-Quran (berbentuk buku dan kita membacanya). Tapi nak didik anak sukakan buku bukannya magic juga. Saya dedahkan dengan buku-buku sejak anak saya bayi lagi. Selalu bacakan apa-apa buku dengan nada dan intonasi yang tinggi dan rendah bagi menarik perhatiannya. Lama-lama anak jadi suka dengan buku dan suka membaca buku. Bila dah suka, kita bacakan ayat-ayat Al-Quran pun dia suka juga. Dari situ, dah senang dah saya nak ajar satu persatu ayat dalam surah-surah pendek tu. 
Nak ajar anak hafal pun tidak la susah. Yang penting kita ulang-ulang baca dan ajak anak kita ikut baca sekali. Ulang saja benda yang sama sampai la lama-lama dia sendiri boleh bacakannya sendiri. Kadang-kadang bila suami saya menjadi Imam dan membaca Surah kuat-kuat, anak saya ikut sekali.. Dah hilang konsentrasi kami sikit :-). Kadang-kadang bila anak saya pegang sendiri buku yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, dia akan baca ayat-ayat yang dia dah sedia hafal. Tetiba je dia baca apa je yang dia dah ingat. That’s the only part that sounds magical; when you hear the result :-).
Jangan rasa diri kita tak boleh. Sebenarnya boleh. Kalau kenal dan tahu caranya. Yang penting kita praktikkan. Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge