Anak ‘Extra’ Meragam Bila Dapat Adik?

By | 10/11/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Anak meragam atau ‘cranky’. Pernah saya tulis sebelum ni sebab-sebab kenapa anak-anak itu meragam. Biasanya antaranya adalah sebab tak cukup tidur, tak cukup rehat, badan letih atau tak selesa, pampers dah penuh, perut lapar. Kemudian kalau ada benda yang dia nak tak dapat, maka bermulalah adegan-adegan meragam ini. Semua ibu bapa PASTI melaluinya. Anda juga mungkin biasa melihat ibu bapa lain melaluinya. 
Tapi ini bukan sama dengan meragam nak dapat adik atau meragam dah dapat adik. Pelik kan? Tapi ya, ada situasi di mana anak-anak yang sulung, biasanya yang belum mencecah usia 3 tahun atau lebih kurang 3 tahun yang akan meragam berlebihan bila dia bakal mendapat adik ataupun sudah mendapat adik. Benda ini sama ada akan berlaku serta-merta setelah mendapat adik ataupun beberapa bulan setelah mendapat adik. 
Seolah-olah mengerti akan hal yang sedang dialami saya dan suami (termasuk kesemua ahli keluarga), Ibu Rose yang sering suka berkongsi berkenaan panduan mendidik emosi anak-anak kecil banyak berkongsi tentang isu ini di Facebooknya. Izinkan saya quote kata-kata serta nasihat Ibu Rose yang best sangat-sangat.

BAGAIMANA HINDARKAN ANAK JEALOUS DENGAN ADIK BARUNYA

Untuk pastikan si abang atau si kakak tidak jealous dengan adik, semasa preggy, gambarkan macamana nanti bila ada adik dia akan cium adik, belai adik, mama dan ayah cium dia lagi banyak…dia peluk dan dodoi adik…what you are doing is you are programming his/her mind for the desired behavior.

Inilah yang dilakukan oleh seorang ibu yang bijak…Alhamdulillah ianya mendatangkan hasil yang begitu menakjubkan..

Si abang yang baru 1 tahun 6 bulan itu sangat sayangkan adiknya. Dia yang menjaga adiknya. Bila adik menangis, dia yang panggil Mamanya dan mintak Mama beri adik menyusu.

Bila adik menangis tengah malam, dia akan bangun dan belai adik dia, usap adik dia…sebenarnya tidak mustahil anak kecil di bawah 2 tahun untuk tidak jealous dengan adiknya…nanti Ibu akan sharekan apa yang Mama Bijak itu lakukan…

==

Bila anak yang baru hendak mendapat adik sering diingatkan apa yang dia tidak boleh buat lagi bila ada adik…anak ini mudah berasa kurang senang hati dengan kedatangan adik…

Contoh, “Nanti bila adik lahir, abang dah tak boleh tidur dengan mama..”

Ubah cara bercakap…kata begini…” Nanti bila adik lahir, abang boleh tidur kat tempat baru…abang boleh letak toys di tempat baru…abang boleh pilih cadar yang abang nak pakai…sebab bila dah ada adik, abang boleh jaga mama dan adik…abang jadi mama little helper or little hero”

Always sells the advantage not just reminding them of what they will lose  😉

===

Bila mendapat anak baru sedangkan kakak/abangnya itu pun tidak sampai 3 tahun…ketahuilah jika anda tidak cukup menyediakan anak itu secara mental dan emosi…anda akan nampak bibit rasa tidak selamat di dalam diri anak itu melalui perangai peliknya…contohnya, mudah merajuk, kuat menangis, degil yang berlebihan, nakal yang berlebihan, mengigau semasa tidur, memukul adik baru…

UBATNYA…PELUK dan PELUK jangan langsung ditengking atau dimarah berlebihan…sebab anda tidak menyediakan dia sebelum ini, maka itulah kesan yang terpaksa anda terima…oleh itu…suami isteri, bantulah dikakak atau siabang berasa lebih selamat walaupun ada adik baru…dengan kesabaran dan kelembutan anda…sekejab saja anda perlu melalui fasa cemburu dan curiga ini.

===

Bersama anak, datangnya set pembelajaran yang akan mematangkan kita melalui cabaran yang terpaksa kita tempuh membesarkannya.
Berusaha memahami pelajaran itu.

Contoh; bila mendapat anak yang kuat menangis…apakah pelajaran yang boleh anda raih dari situ…mungkin belajar bersabar…mungkin belajar bagaimana perihnya ibu anda membesarkan anda…mungkin anda belajar anda menjumpai cara yang baik menenangkan anak dan boleh dikongsikan dengan orang lain…

Ingat semua set pelajaran yang anda lalui mendidik, membesarkan anak-anak anda bukan sia-sia…ianya ada tujuan mulia.

==
PELUK PUN TERUS MENGAMUK…APA NAK BUAT IBU?

Semalam Ibu ada menulis…

“Bila mendapat anak baru sedangkan kakak/abangnya itu pun tidak sampai 3 tahun…ketahuilah jika anda tidak cukup menyediakan anak itu secara mental dan emosi…….UBATNYA…PELUK dan PELUK jangan langsung ditengking atau dimarah berlebihan..” (kalau ada yang terlepas, just come to my page & scroll ke bawah untuk posting itu.

Hari ini Ibu nak menyambung perkongsian di atas topik ini. Sebab ada yang bertanya dan mengatakan anak mereka dipeluk pun tidak jalan juga…masih mengamuk atau merajuk.

Sebenarnya, bila ada perubahan di dalam hidup kita, kebanyakan kita akan rasa kurang selamat. Apatah lagi bagi anak-anak kecil.Cara memberi rasa selamat ialah KASIH-SAYANG TANPA SYARAT.

Namun, ada anak, dia memerlukan lebih kepastian dari ibu atau bapa bahawa dia tetap disayangi. Maka inilah kesnya bila kita pujuk masih merajuk. Bukan cara itu tidak berhasil, cuma BELUM berhasil. Maka gunalah cara lain yang menegapkan rasa dikasihi bagi anak itu.

Adakalanya anda perlu diam saja. Adakalanya anda tidak perlu memeluk dia memadai duduk di sebelahnya menarik perhatian kepada sesuatu yang dia suka. Adakalanya, dia nak memberontak dan tidak mahu buat benda lain selain dari nak menangis dan memukul…maka dengarkan tangisannya dan bagi dia bantal untuk dia pukul, jadi punching bag.

Ini bukan kita manjakan anak itu. Kita perlu faham, dalam banyak hal perkara seperti ini berlaku, adalah kerana ibu bapa tidak menunjukkan cara bagaimana anak itu boleh menangani rasa yang bergolak di hatinya.

Maafkan Ibu bila Ibu mengatakan, ramai ibu bapa hanya menunjukkan cara marah, bila mereka menghadapi rasa bergolak di dalam hati mereka. Contoh, bila anak buat bising…ramai ibu bapa untuk menyuruh anak tidak bising akan marah dan ada juga yang memukul. Bila anak tersilap sesuatu perkara, contoh terlanggar orang semasa menolak troley, ramai ibu bapa hanya marah-marah tanpa menunjukkan bagaimana untuk meminta maaf kepada orang yang dilanggar dan bagaimana untuk lebih berhati-hati…
Bila ibu bapa stress di ofis, bila balik akan mudah melepaskan marah dan menengking anak-anak.

Oleh itu, ramai anak-anak kecil belajar mengendalikan kekecewaan mereka dengan mengamuk dan marah-marah juga.

Tujuan perkongsian Ibu ini bukan hendak menyalahkan ibu bapa. Jauh dari itu. Tujuan Ibu adalah untuk kita memahami, bagaimana anak-anak tidak bijak mengendalikan kekecewaan atau emosi bergolak dengan cara yang lebih menenangkan.

SOLUSINYA…bila anda resah atau anda nampak anak resah…ajak dia mengambil wuduk atau anda mengambil wuduk di depannya kalau dia masih kecil. Atau anda ajak dia BERDOA. Paling baik, ajak anak bersembahyang. Berdoa dan bersembahyang ini ada bagi setiap agama.

Jika masa atau keadaan agak susah nak ajak bersolat…maka ajak anak bernafas PERLAHAN-LAHAN…dengan bernafas kadar perlahan-lahan…anak akan menjadi lebih tenang.

Didik anak untuk melihat sesuatu yang baik mengenainya atau perkara yang dia sedih itu. Ini mungkin memerlu sedikit skil berkomunikasi…belajarlah.

Satu yang kita mesti ingat…ANAK ITU DATANG KEPADA KITA IBARAT KAIN PUTIH…jarang ada anak yang didatangkan memang untuk menyusahkan ibu bapa mereka dengan perangai buruk mereka.

Ini memberi kita kuasa kerana yang perlu berubah dan memperbaiki situasi bergantung banyak kepada kita. Ini adalah THE POINT OF POWER.
 

 

Jadi ibu bapa bukannya kita akan terus pandai semua, tahu apa yang patut buat dalam semua perkara atau tahu apa yang tak patut buat bila sesuatu yang tak biasa kita alami tiba-tiba berlaku. Banyaknya benda yang perlu kita belajar. Membaca tips dan nasihat pula sememangnya mudah. Tapi nak aplikasikannya nanti pula belum tentu kita boleh buat lagi. 
Bila tiba keadaan mencabar seperti ini, mulalah nak tanya-tanya bagaimana pengalaman ibu bapa lain dan macamana nak mengatasi masalah macam ni. Sangkaan saya, hanya anak kita je yang over mengamuk, over meragam, over mengada atau sebagainya. Namun apabila Ibu Rose banyak berkongsi, saya sedari yang perkara ini sebenarnya ‘biasa berlaku’, bukannya ganjil dan ramai ibu bapa lain yang mengalami pengalaman yang sama juga sebenarnya.
Terima kasih juga kepada Ibu Rose yang banyak mengajar. Jom ramai-ramai follow Ibu Rose untuk dapatkan banyak tips dan nasihat dari yang pakar sepertinya.
Moga kita sama-sama dapat belajar BERSABAR dalam mendidik anak-anak mengikut acuan yang sebaiknya. Mohon kekuatan daripada Allah banyak-banyak.
Berkenaan sabar, petikan quote Ibu Rose lagi…

Bila kita hendak SABAR yang membantu kita untuk SABAR ialah sikap kita terhadap menjadi ibu dan bapa, serta sikap kita terhadap mendidik anak itu. Selain itu sikap kita terhadap anak kita itu juga sangat penting. Jika awal-awal kita sudah lebelkan anak itu degil dan jahat…maka bagaimana sabar boleh wujud dalam diri kita terhadap anak itu…

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge