Khasiat utama dalam Vivix ialah Polifenol. Resveratrol adalah sejenis Polifenol. Banyak supplemen tambahan suka menggunakan Resveratrol disebabkan khasiat dan kelebihannya. Dah beribu-ribu kajian saintifik diadakan oleh para saintis demi mengkaji kebaikan Resveratrol.
Resveratrol dalam 1 sudu Vivix adalah bersamaan dengan Resveratrol dalam 100 gelas wine. 100 kali ganda lebih banyak!! Jadi, bayangkan betapa berkuasanya Resveratrol dalam sebotol Vivix tu kan?
Sebenarnya ada banyak lagi produk lain yang ada Resveratrol ni. Tapi inilah kelebihan Vivix yang tidak ada pada produk lain. Resveratrol dalam produk lain 20%. Tapi Vivix ada 98% Resveratrol asli. Lebih 5 kali ganda banyaknya.
Vivix keluaran Shaklee ada kelebihan melangkaui organik (beyond organic), merupakan produk semulajadi, bebas bahan kimia dan turut mempunyai kajian saintifik Telomore Study (kajian DNA terhadap pengguna Vivix).
Untuk pengetahuan, Vivix mempunyai 4 kandungan botani yang utama, yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang paling kaya dengan Polifenol. Bila sebotol Vivix menggabungkan Resveratrol dan Polifenol ini, ia jadi 10 kali lebih berkesan dan berkuasa. Vivix ada 15 jenis Polifenol. Vivix juga siap ada patent pending lagi. Bermaksud, tiada produk lain yang seumpama dengannya.
Apa Itu Polifenol? Apa Kepentingannya? BACAKAN DI SINI : Vivix Res V – Anti-oksidan Terunggul
8 Kebaikan Polifenol Vivix
- Meningkatkan penghasilan tenaga
- Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat
- Mengawal tekanan darah yang sihat
- Menggalakkan fleksibiliti sendi
- Mengawal gula dalam darah
- Menyokong kesihatan mata
- Membantu pengurangan berat badan
- Mengurangkan risiko pertumbuhan sel abnormal
Kebaikan Vivix Shaklee
Vivix Shaklee adalah minuman botani yang kaya dengan Polifenol. Dengan 10 kali ganda lebih berkuasa daripada Polifenol sahaja. Kesemua kebaikan Polifenol di atas, akan diperolehi dengan mengamalkan Vivix.
Keberkesanan Vivix
Disclaimer :
Vivix adalah suplemen dan tidak berfungsi sebagai ubat. Vivix Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah hasil positif peribadi pengguna Vivix itu sendiri dan kesannya mungkin berbeza setiap individu.
Pengambilan vivix adalah sebagai langkah mengurangkan potensi risiko dan menjaga kesihatan sedia ada. Sebarang pengambilan ubatan atas arahan doktor/pakar hendaklah diteruskan sehingga doktor / pakar mengesahkan untuk berbuat sebaliknya.
Vivix amat disukai ramai sebenarnya kerana kualiti dan effect yang dirasai pengguna. Selama 10 tahun pemasarannya, ia telah pun terjual lebih 1 juta unit semenjak tahun 2010. Keberkesanan dan kualiti yang dirasai pengguna ni ketara mungkin kerana kemampuan Vivix untuk bertindak sehingga ke peringkat sel dan DNA tubuh badan seseorang.
Vivix ada kelebihan memperbaiki sel dan DNA, sebagai anti-penuaan dan anti-keradangan yang menjadi punca pelbagai pembentukan penyakit.
Ramai yang amalkan Vivix untuk memperbaiki tahap kesihatan. Vivix membantu dengan cara memperbaiki sel. Kemudian daripada sel yang sihat dan diperbaiki, maka tisu-tisu yang terbentuk daripada sel itu akan turut diperbaiki.
Tisu-tisu yang sihat akan menghasilkan organ yang sihat. Dan organ yang sihat akan menghasilkan sistem tubuh badan yang sihat.
Perlu difahami bahawa Vivix adalah minuman makanan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan yang kaya anti-oksidan. Ia bukannya ubat yang menyembuhkan sebarang penyakit. Tapi, ia adalah minuman kaya dengan polifenol yang memberi kekuatan anti-oksidan, untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan tua dalam tubuh badan.
Pengamal Vivix akan merasai tubuh badan yang lebih bertenaga, luka-luka cepat sembuh dan wajah yang nampak lebih muda. Sudah tentu pengamal Vivix akan turut merasa badan yang lebih sihat berbanding sebelumnya.
Cubalah… Untuk merasai keberkesanannya..
Apa Peranan Vivix? BACAKAN DI SINI : Vivix Shaklee: Suplemen Antioksidan dan Antipenuaan
Pengalaman Saya dan Keluarga Selama 7 Tahun Mengenali Vivix
Saya turut memberikan Vivix ni kepada ibu bapa saya, ibu bapa mertua, suami, diri sendiri, saudara mara dan ramai lagi. Mak dan ayah saya dapat rasa tubuh badan yang lebih bertenaga. Mak ayah mertua pun dah kurang sakit-sakit sendi dan badan. Paling konsisten amalkan Vivix ialah mak mertua saya yang mengidap kencing manis dan dia juga turut sakit lutut dan kaki. Disebabkan penyakit kroniknya, maka kami mengutamakan mak mertua untuk terus amalkan Vivix.
Pengamalan Vivix membantu mengurangkan sakit yang ditanggungnya. Kolestrol juga turut stabil (ditambah dengan amalan Omega Guard Shaklee). Paling lega, bila kesihatan mata dan buah pinggang tetap maintain. Kami perlu berusaha mengelak kebarangkalian perlu dialisis. Sebab tu, saya dan suami amat konsisten memberikan Vivix kepada mak mertua supaya dapat jauhi kerosakan organ yang lebih teruk. So far, dah lebih 5 tahun lah mak mertua amalkan Vivix ni. Tahap kesihatannya sangat stabil. Regular check-up dengan doktor pun, doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
Ubat-ubat kencing manis dan darah tinggi tetap terus perlu diamalkan. Tak boleh stop tanpa arahan doktor. Di samping itu, Vivix tetap diteruskan untuk melindungi sel dan organ daripada kerosakan. Bila dah berpenyakit kronik pada usia emas ni, lagi lah kita sebagai anak kena take care kesihatan ibu bapa kita. Dengan memberikan supplemen Shaklee yang premium seperti Vivix ni.
Alhamdulillah untuk usia dan kesihatan Mak Mertua sekarang. Semua stabil.
Mak saya pula, konsisten Vivix dan Carotomax (untuk kesihatan mata). Sekarang Mak pun dah lebih selesa membaca Al-Quran. Dah rasa mata makin terang. Kalau tengok TV dari jauh pun, Mak boleh baca subtitle di bawah yang kecik tu. Mak saya pakai spek mata semenjak muda dan powernya dalam 600 macam tu. So far kesihatan mata mak stabil dan tak makin teruk pun. Warga emas macam ni kena jaga mata baik-baik kan? Sebab nak baca Al-Quran hari-hari, siang dan malam. Kalau mata tak sihat, kabur atau pedih, tak selesa lah kan. So, ini ikhtiar saya untuk Mak.
Saya sendiri amalkan Vivix untuk tenaga dan kesihatan diri yang berpanjangan. Vivix ada manfaat anti-kanser dan anti-penuaan. Jadi, boleh la saya amalkan selalu untuk menjauhi kanser dan menjaga kecantikan diri. Lagi-lagi usia dah nak meniti 40-an. Jadi, ini lah masa yang terbaik untuk saya mulakan pengambilan supplemen yang premium seperti Vivix.
Suami saya amalkan Vivix pula untuk tenaga. Sebagai ketua keluarga, dia perlu sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai perkara dan bekerja. Kadang-kadang dia sakit lutut dan sendi selepas bermain badminton. Jadi amik lah Vivix untuk kurangkan sakit dan atasi sebarang luka atau keradangan. Lebih-lebih lagi, senaman akan selalu release radikal bebas. Penting untuk kita seimbangkan dengan amalan anti-oksidan selepas exercise. Vivix adalah pilihan yang tepat.
Sekadar perkongsian sebenar daripada saya.
Harapan saya, lebih ramai lagi orang yang berminat nak cuba Vivix ni. Kalau ia tak bagus, takkanlah ia mampu bertahan lebih 10 tahun dah. Vivix juga mengungguli carta Top 10 produk Shaklee di Malaysia dengan menjuarai nombor 1. Dengan jualan dah melebihi 1 juta unit selama 10 tahun pemasarannya di Malaysia. Walaupun harganya premium, RM380, tapi disebabkan nilainya yang hebat, membantu meningkatkan tahap kesihatan ramai orang dengan sangat berkesan dengan izin Allah, maka orang sanggup invest untuk Vivix biarpun ia berharga premium.
Saya sendiri, membelanjakan Vivix kepada ibu bapa saya di kedua-dua belah. Untuk saya sendiri dan juga untuk suami. Ini usaha kami untuk menjaga kesihatan dan amanah tubuh badan ini baik-baik. Supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Bila kita sihat, kita dapat lakukan banyak perkara dan provide kepada keluarga kita pula.
Jadi RM380 sebulan tu tak ternilai sebenarnya dengan kesihatan anggota tubuh kita dan organ-organ kita yang JAUH lebih mahal harganya. Biarlah saya melabur untuk kesihatan saya hari ni, daripada saya terpaksa spend untuk rawatan penyakit pada hari kemudian. Sekadar ikhtiar dari hari ni. Namun sekiranya penyakit ditakdirkan hadir, kita terimalah ketentuan Allah dengan hati yang redha. 🙂
Nak Dapatkan Vivix?
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan Vivix pada harga ahli, pendaftaran ahli seumur hidup secara percuma, dengan cash back pembelian, pengeposan percuma serta konsultasi yang terbaik.
Kenapa beli dengan saya?
Saya merupakan pengguna tegar Shaklee selama lebih 7 tahun. Dengan turut mempelajari secara terus mengenai nutrisi Vivix dan seluruh produk Shaklee dengan Ahli Nutrisi Shaklee di Malaysia dan US. Saya turut menemui saintis-saintis dari US (staff Shaklee) yang pernah turun ke Malaysia untuk menyampaikan nutrition talk.
Ini kelebihan yang biasa diberikan syarikat Shaklee kepada para pengedar Shaklee yang aktif dalam bisnes Shaklee. Bukannya kepada ahli-ahli biasa. Jadi, dapatkan produk Shaklee daripada pengedar yang serius dan aktif berbisnes, yang berilmu dan mengamalkan Shaklee sendiri kerana telah mempunyai lebih pengalaman.
Nak daftar jadi ahli Shaklee ? KLIK DI SINI UNTUK TERUS MENDAFTAR DI WEBSITE SHAKLEE
Atau boleh terus hubungi saya di 012-6753078.
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
FB : Wan Syahida Kahar
Shaklee Business Leader
Senior Coordinator
012-6753078