Vitalea Melengkapkan Nutrisi Harian Yang Kurang Semasa Hari Raya

By | 06/07/2017

Vitalea Melengkapkan Nutrisi Harian Yang Kurang Semasa Hari Raya

Lengkapkan Nutrisi Harian Kita

Lengkapkan Nutrisi Harian Kita

Assalamualaikum semua. Mesti semua tengah mood beraya lagi kan? Sekarang hari bekerja memang stop sekejap tapi bila tiba hujung minggu, mula la kita nak hadiri open house sana sini. Majlis perkahwinan juga tak kurang banyaknya time Syawal ni. Masa ni la kita nak makan sana makan sini. Musim raya musim yang boleh dikatakan syurga makanan juga sebab kita akan kerap makan macam-macam juadah di open house dan rumah orang. Itu la yang paling syok masa raya ni bila kita boleh enjoy makan apa saja yang terhidang. Tapi yang jadi tak syoknya bila segala makanan berkhasiat yang kita sepatutnya amik setiap hari memang ke laut. Tak tau kat mana dan macamana nak bantu melengkapkan nutrisi seharian kita kalau musim raya ni.

Pergi umah sana sini makan sate ngan kuah kacang, lemang n nasi impit dengan rendang, laksa, nasik berlauk, dan bermacam lagi juadah yang sedap-sedap dan tak mungkin ditolak.

Belum lagi campur dengan makanan dan minuman yang serba manis aje raya ni. Ada biskut dan kuih raya yang manis-manis, kek dan dessert yang manis-manis, kemudian minuman dah tentu la yang manis aje. Paling biasa, tentulah air sirap dan air teh. Dua-dua banyak gula, kan?

Buah-buahan dengan sayur, boleh la dikira dengan jari je jumlahnya. Kalau ye pun ada, kita tentu akan makan sikit-sikit je. Selebihnya adalah juadah raya yang sedap-sedap.

Sedangkan buah-buah dan sayur-sayuran ni penting sangat untuk kita ambil setiap hari, dalam setiap meal sebagai sumber antioksidan bagi mengurangkan free radicals daripada makanan dan persekitaran kita. Ia akan menyeimbangkan makanan kita yang banyak terdiri daripada makanan berlemak, tinggi garam dan manis. Sebab tu kita disarankan untuk mengambil makanan seimbang iaitu suku-suku-separuh. Separuh tu sayur dan buah tau. Suku adalah nasi dan suku lagi adalah protein.

Jom layan video You Tube daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ni :


Tapi kalau sayur, buah dan antioksidan dalam menu kita sangat kurang, maka tak cukup antioksidan la kita untuk bantu neutralkan macam-macam makanan yang kita ambil tu. Bila antioksidan kita kurang, radikal bebas akan mula berkumpul dalam badan dan tak dihapuskan.

Tahukah anda, kalau radikal bebas ni build-up dalam badan, mula la ia menimbulkan masalah lain seperti toksin dan merosakkan sel-sel badan dan seterusnya organ. Ini juga adalah proses nak develop penyakit selepas berpuluh-puluh tahun.

Sebab tu jika habit kita sangat kurang makan buah-buahan, apatah lagi sayur-sayuran, maka kita akan kekurangan sumber antioksidan ini dan badan kita pun tak dapat ‘dibersihkan’ daripada pengoksidaan daripada makanan yang tak sihat. Anda pun tahu kan betapa tak sihatnya kalau kita ada habit tak suka makan sayur? Apa-apa pun kita mesti makan juga sayur dan buah.

Vitalea Bantu Melengkapkan Nutrisi Seharian

Jadi kalau saya, saya cuba untuk melengkapkan nutrisi seharian saya dengan Multivitamin Vitalea with Iron.

Vitalea melengkapkan nutrisi harian

Vitalea melengkapkan nutrisi harian

Energy pun terasa bila amalkan ni. Di sini saya kongsikan informasi mengenai Vitalea with Iron ini :

Vita-Lea Iron Formula : Nutrien Penting untuk Kesihatan Optimum –

Vita-Lea adalah formulasi yang dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangannya memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral yang kritikal, termasuklah Vitamin C dan Beta-Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea Iron Formula mengandungi 400 mcg asid folik, iaitu sejenis Vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik yang lebih berkesan.

Senarai Ramuan Yang Terkandung dalam Vita-Lea with Iron ini Bersama Amaunnya dalam Setiap Tablet :

  1. Vitamin A (sebagai Beta-Karotena) – 1250 IU
  2. Vitamin A (sebagai Vitamin A Asetat) – 1250 IU
  3. Vitamin C (sebagai asid askorbik) – 60 mg
  4. Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) – 200 IU
  5. Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat) – 30 IU
  6. Tiamina (sebagai tiamina mononitrat) – 0.75 mg
  7. Riboflavin0.85 mg
  8. Niasin (sebagai niasinamida) – 10 mg
  9. Vitamin B6 (sebagai pirodoksin hidroklorida) – 1 mg
  10. Folat (sebagai asid folik) – 200 mcg
  11. Vitamin B12 (sebagai cynacobalamin) – 3 mcg
  12. Biotin (sebagai biotin-d) – 150 mcg
  13. Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantonetat) – 5 mg
  14. Kalsium (sebagai dikalsium fosfat) – 225 mg
  15. Fosforus (sebagai dikalsium fosfat) – 175 mg
  16. Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut) – 75 mg
  17. Magnesium (sebagai magnesium oksida) – 100 mg
  18. Zink (sebagai zink glukonat) – 7.5 mg
  19. Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 35 mcg
  20. Kuprum (sebagai kuprum glukonat) – 1 mg
  21. Mangan (sebagai mangan glukonat) – 1 mg
  22. Kromium (sebagai mineral surih hidrosilat protein) – 60 mcg
  23. Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 37.5 mcg
  24. Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 7.5 mcg
  25. Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 5 mcg
  26. Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 10 mcg
  27. Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 0.5 mcg
  28. Zat Besi (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 9 mcg

Ha tu, cukup 28 Vitamin dan Mineral lengkapnya dalam satu hidangan. Satu hidangan di sini bermaksud 2 tablet. Hanya perlu ambil sekali sehari selepas makan.

Vitalea Melengkapkan Nutrisi

Vitalea Melengkapkan Nutrisi

Kalau nak tahu, antara kesemua produk Shaklee yang saya cuba, Vitalea inilah yang pertama kali saya cuba semasa hamil anak kedua dahulu kerana masalah lesu dan cepat letih walaupun saya hanyalah surirumah masa tu. Saya fikirkan, saya perlu mencari supplemen Multivitamin untuk bantu saya berikan tenaga yang lebih.

Hasilnya Alhamdulillah, saya rasa kurang lesu dan kurang penat. Malahan bacaan Hemoglobin (Hb) saya semasa check-up antenatal pun improved. Bacaan Hb ni memang sangat penting kan untuk ibu-ibu hamil supaya berada pada range yang selamat? Jadi syukur lah bila saya dah menjumpai Vitalea ni. Nurse pun dah tak bebel lagi kat saya sebab Hb low heheh.

Jadi untuk Raya ni, di samping Vitalea ini dapat membantu melengkapkan nutrisi seharian kita yang susah nak dicukupi dengan menu raya sahaja, ia juga dapat membantu memberikan kecergasan kepada kita sepanjang hari. InsyaAllah.

Terutama untuk kaum ibu-ibu yang mungkin tengah hamil, atau yang tengah menyusu ataupun yang dah ada ramai anak yang perlu diuruskan tu. Penat kot nak handle anak sambil beraya. Lagi-lagi kalau anak lelaki yang aktif kemain tu. Mak-mak mesti memahami, kan? hehehhe. Ye la kita ni takde bibik, so sila lah kuat sendiri ya nak buat semua.

Jadi bila saya sendiri amalkan Vitalea ni siap-siap selepas sarapan dan sebelum gi beraya, boleh la nak beraya dari pagi sampai malam tanpa lesu or penat melampau ?

InsyaAllah hujung minggu ni akan sambung beraya pulak. Hari ni baru Khamis. Tapi dah tak sabar-sabar nak weekend!

Beraya dengan sihat dan cergas baru best. Betul tak? ?

Cuba la try Multivitamin Vita-Lea ni. Especially bagi anda yang makan tak jaga, melantak suka hati, pastu badan pun mudah lesu, ha saya seru sangat-sangat. Amalkan la Multivitamin dan Multimineral ini untuk kesihatan dan kecergasan anda.

Memang very fast absorbing, fast delivering energy and it helps fulfil your nutrition gaps (melengkapkan nutrisi yang lopong).

Keistimewaan Shaklee Vita-Lea with Iron 

FYI, Vitalea ni dah 100+ years tau semenjak ia pertama kali diciptakan. Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta salah satu multivitamin pertama di US, namanya Vitalizer. Dari asas inilah maka terhasilnya Vita-Lea yang kita boleh nikmati pada hari ini.

Bayangkan sekarang dah 2017, bermakna dah 102 tahun semenjak ia pertama kali diciptakan. Bayangkan juga betapa lamanya pengguna-pengguna Vitalea ni dah amalkan. Kalau kat US sana, ada tau pengguna-pengguna Shaklee ni yang dah amalkannya sejak lebih 50 tahun! Ramai yang dah umur nenek-nenek dan datuk-datuk dah tapi mereka menua secara cergas dan sihat. Salah satu buktinya boleh baca juga di sini : Bukti Pengguna Shaklee dah 50 Tahun Masih Sihat.

Kalau tak bagus, tak berkesan atau tak lain daripada yang lain, tak la ia bertahan sampai hari ni ?. Sebab tu la, Vitalea ni sangat lain daripada yang lain.

Penutup

Dengan Vitalea with Iron ini, boleh la nak membantu anda yang suka nak jaga kesihatan dengan melengkapkan nutrisi harian dan maintain kecergasan sepanjang berhari raya.

Kesemua produk Shaklee mempunyai jaminan selamat, berkesan dan mesra alam. Ia bukan sahaja semulajadi dan organik, malah ia juga berkualiti tinggi dan telah diuji secara klinikal dan diyakini selamat. Semakin hari, semakin ramai orang yang meyakini produk Shaklee kerana pembuktian saintifik dan penyelidikan menyeluruh yang dijalankannya mengatasi syarikat supplemen lain. Sebab itulah juga, Shaklee merupakan syarikat supplemen semulajadi nombor 1 di US.

Saya sendiri telah mengamalkan produk Shaklee ini untuk diri saya, suami, anak-anak, ibu bapa, keluarga, jiran dan kawan-kawan saya. Kini, saya berbesar hati untuk berkongsi manfaatnya dengan anda pula. Anda bila lagi nak try?

Berminat untuk dapatkan Vita-Lea ini pada harga istimewa? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang yer.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

8 thoughts on “Vitalea Melengkapkan Nutrisi Harian Yang Kurang Semasa Hari Raya

    1. syahida Post author

      Memang banyak.. MULTI vitamin la katakan.. 😀

      Reply
  1. Haidar

    Sangat setuju musim raya ni lah WAJIB ambil supplement ni untuk imbangkan semula nutrisi yang badan kita perlukan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih Haidar.. Demi menjaga kesihatan kita kan 🙂

      Reply
  2. Pingback: 15 Jenis Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung • SyahidaShukri

  3. Pingback: Set Kesihatan Optimum Untuk Keperluan Harian • SyahidaShukri

  4. Pingback: Jana Income RM1500 Dengan Mudah Dengan Shaklee • SyahidaShukri

  5. Pingback: Multivitamin Shaklee Berwajah Baru 2023 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge