Umrah Yang Mengusik Jiwa, Merendahkan Hati

By | 14/03/2017
Kaabah

Kaabah ketika saya menunaikan umrah.

Alhamdulillah, Disember yang lepas saya telah menunaikan ibadah umrah bersama suami dan anak-anak. Itu lah pengalaman pertama kali saya. Syukur Allah permudahkan dan izinkan untuk saya pergi.

Saya sangat berniat nak pergi. Berusaha saya kumpulkan wang. Walaupun saya hanyalah seorang surirumah, Allah telah permudahkan untuk saya. Hasil kegigihan dan rezeki yang Allah kurniakan, dapatlah saya tunaikan hasrat di jiwa. Syukur Alhamdulillah.

Adakalanya saya kembali menatap foto-foto yang ditangkap.

Kalau tengok gambar Kaabah, bukan yang ditangkap orang lain, atau bukan daripada google, tapi diri sendiri, hati akan automatic rasa sangat emotional.

Sebabnya, kita akan teringat sangat.

Kat sana, terasa sebak.. Sebab segala macam jenis orang dari seluruh pelusuk dunia datang dengan tujuan yang sama. Semua datang dan gigih beribadah. Semua orang sangat rajin nak kejar ibadah. Kejar waktu solat. Kejar pahala.

Walaupun ibadah tu bukannya senang-lenang. Di tengah panas. Berjalan jauh. Dengan kepayahan dan kepenatan. Bersesak dan berpeluh.

Pernah sewaktu tawaf, kami melihat seorang jemaah yang cacat kedua kakinya. Tawaf atas dataran Kaabah tu dengan mengheret je badan dia guna kedua-dua belah tangan.

Sebaknya.

Orang datang nak laksanakan umrah dengan segala apa yang mereka ada.

Itu orang yang kurang berupaya.

Sedangkan kita yang cukup anggota ni, bagi macam-macam alasan bagi menangguhkan ibadah umrah.

Malu kita kat orang tu.

Kalau kita dah cukup sifat tapi tak betul-betul usaha lebih untuk prepare diri kita & kewangan kita untuk umrah, kita kena malu kat orang tu…

Niat la hari-hari untuk saving. Khusus untuk umrah. Tak cukup keje makan gaji, buat la kerja part-time. Sekarang ada macam-macam cara nak cari duit. Hanya tinggal nak buat ke tak nak jer.

Menjadi surirumah pun bukan alasan untuk menangguhkan umrah.

Berusahalah. InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan…

Kalau belum sampai hajat kalian, mohon la banyak-banyak.. supaya Allah panjangkan lagi usia & masih sempat nak menjejakkan kaki ke Haramain.. melakukan umrah dan menziarahi Rasulullah s.a.w..

Sebelum one day kita jatuh sakit. Atau one day ajal kita dah sampai…

Ya Allah sempatkanlah kami…

Untuk pergi lagi dan lagi.

3 thoughts on “Umrah Yang Mengusik Jiwa, Merendahkan Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge