Travelog ke Jepun (Day 1)

By | 10/08/2017

β€β€ŽHai Assalamualaikum! Hari ni saya nak share pengalaman Travelog ke Jepun (Day 1) saya bersama suami, anak-anak, mak dan mak ayah mertua naik flight ke Kansai Airport, Osaka Jepun untuk percutian selama 6 hari. Sebenarnya tak plan awal-awal pun trip ni. Hanya sekitar bulan Mei atau Jun kami decide untuk buat percutian ni.

Akhirnya kami pilih tarikh 4-9 Ogos untuk tarikh percutian kami. Ada kawan kepada suami saya yang biasa buat trip ke Jepun yang ajak kami. Dia cuti waktu ni jadi kami pun pilih tarikh ni. Terus saya dan suami ajak mak ayah suami dan mak saya untuk ikut sertai.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Penerbangan dari KLIA 2

Sebenarnya ini kali pertama kami berpengalaman naik penerbangan antarabangsa di KLIA 2. Kami naik Air Asia X dengan kos tiket RM1,200 lebih kurang termasuk makanan, luggage, tempat duduk dan insurans.

Flight kami pukul 2.00 pm. Jadi kami mula check-in pada pukul 11.00 am. Pukul 10.15 am dah keluar dari rumah mak ayah saya di Bangi dan terus ke KLIA 2. Memandangkan perjalanan kami hari Jumaat, jadi jalan raya tak sesak dan lapangan terbang pun tak ramai orang sangat.

Muatan luggage kami kesemua 5 dewasa dengan 2 kanak-kanak, 60 kg je jumlahnya. Untuk saya, suami, anak-anak dan mak saya, 40 kg. Mak dan ayah mertua saya hanya 20 kg. Memang ngam-ngam je la ngan beg muatan kami tu. Sebab kami banyak jugak bawa makanan untuk dimakan di Jepun.

Travelog ke Jepun (Day 1) - Alas perut kejap di Marrybrown

Travelog ke Jepun (Day 1) – Alas perut kejap di Marrybrown

Travelog ke Jepun (Day 1) : Masa untuk terbang

Boarding time untuk flight kami, pukul 1.00 pm. Jadi kami cepat-cepat selesaikan urusan pergi tandas, tukarkan pampers anak dan saya dan mak terus ambil wudhuk sebab kejap lagi dah nak masuk Zuhur.

Perjalanan akan ambil masa 6 jam dari KLIA 2 ke Kansai Airport. Kami pun siap-siap niat untuk solat jamak dan qasar dan terus solat kat ruang menunggu sebaik sahaja dah masuk waktu solat.

Mujur la saya memang dah siap-siap bawa sejadah. Jadi mudah nak tunaikan solat di situ. Sebenarnya kalau anda nak solat atas kapal terbang pun ok je. Tapi sebab kami masih ada masa sedikit sebelum boarding, jadi kami solat je la terus di situ. Mudah sikit urusannya nanti.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Pengalaman atas flight Air Asia X

Penerbangan kami berjalan lancar je. Takde apa-apa delay. Tepat pukul 2.00 pm, kapal terbang dah nak gerak dah.

Kat atas kapal terbang, kami disajikan dengan makanan tengah hari yang kami dah siap-siap order masa booking tiket penerbangan. Masing-masing ada satu hidangan termasuk la anak-anak saya. Mujur la semuanya tak cerewet dan makan je apa yang kami dah order.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order

Oh ye. Sebab kami naik Air Asia kan, skrin TV memang tak ada la macam flight lain. Tapi kami memang dah sedia prepare untuk situasi ni. Bagi mengelakkan anak-anak kami kebosanan, kami dah siap-siap juga bawa TV mini dan tab untuk mereka layan.

Lama jugak tau 6 jam tanpa skrin TV. Budak-budak ni biasa lah akan cepat bosan. Jadi kalau anda ada bersama anak-anak dalam apa-apa trip dengan Air Asia X ni, sila la bawa siap-siap aktiviti untuk anak buat dalam flight ye?

Jadi selain daripada menidurkan anak-anak kami, selebihnya adalah waktu makan dan jugak waktu untuk layan TV mini dan tab. Anak pun ada 2, jadi 2 gadget la nak kena bawak. Kena ada 2 sebab just in case 1 gajet dah habis bateri, ada back up lagi 1. Kihkih. Tapi antara sebab lainnya termasuklah tak nak budak-budak ni bergaduh berebut gajet.

Bab bateri pun kena bersedia. Siap sedia caj semua gajet biar 100 % penuh sebab kat seat Air Asia ni mana ada tempat charger. Untuk smart phone kita pun sama. Siap sedia la dengan power bank sebab just in case bateri anda habis, boleh caj sendiri.

Untuk makan tengah hari dah settle dibeli masa beli tiket. Tapi waktu petangnya, ada juga dijual minuman petang kalau anda nak. Macam kopi, teh, hot chocolate, kemudian ada roti-roti untuk anda alas perut. Ada jugak penumpang lain yang pre-order makan malam sekali. Tapi kami tak order.

Anak-anak kami cukup makan 1 meal tu je untuk lunch dan dinner. Kami pun kena tolong habis-habiskan. Jadi tak perlu pun la beli satu lagi meal untuk malam atas flight. Lagipun kami cadang nak cari makanan kat Kansai Airport je.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order untuk anak

Travelog ke Jepun (Day 1) : Makanan yang saya pre-order untuk anak

Rutin Pengambilan Supplement Diteruskan

Walaupun travel, saya tetap tak lupa untuk konsisten makan segala supplement yang saya selalu ambil. Untuk travelling, saya dah memang siap-siap packing macam ni supaya saya dapat terus consume selepas meals πŸ™‚

Kita nak berjalan, jadi kena la jaga badan supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Saya nak elakkan masalah selsema, badan lesu dan muka kusam. Jadi mana boleh saya tinggalkan rutin supplemen saya.

Masa untuk ambil supplements saya selepas meals

Masa untuk ambil supplements saya selepas meals

Travelog ke Jepun (Day 1) : Sedikit tips untuk jimat

Untuk pengetahuan anda, tempat duduk dalam flight tu teramat laaa kosongnya. Kalau tak book tiket dengan seat pun ok sangat-sangat tau. Apatah lagi book untuk hot seat. Lagi la tak payah.

Disebabkan kurang penumpang, kami rasa sangat lapang la. Anak-anak pun bebas duduk kat mana-mana. Nak tidur terbaring ke melunjur ke. Ikut suka la hehe.

Mungkin orang dari Malaysia nak ke Jepun memang sangat kurang. Tapi kalau time balik dari Jepun ke Malaysia lain pula. Kapal terbang memang sangat penuh.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Ketibaan di Lapangan Terbang Kansai, Osaka

Penerbangan kami dijangka sampai pada pukul 8 malam (jam Malaysia). Sebab 6 jam kan? Dan nanti kat Osaka, waktunya satu jam lebih hadapan daripada waktu Malaysia. Jadi waktu tu dah pukul 9 malam di sana.

Sebab kami sampai malam, memang tak ke mana-mana pun la malam tu. Selepas selesai urusan imigresen dan ambil luggage, kami terus keluar dan cari hotel yang kami dah tempat untuk penginapan.

Untuk malam tu, kami bermalam di Nikko Kansai Hotel, Izumi-sano, Osaka. Hotel ni memang terletak kat dalam Airport tu. Jadi kami tak perlu keluar jauh ke tempat menginap.

Nama hotel ni semua kena siap-siap tahu tau. Sebab atas flight tu, kena terus isi maklumat kita dalam Arrival Card dan Customs Card. Kat dalam kad tu la kita kena declare beberapa perkara termasuklah barang-barang terlarang, tobacco, perfume dll.

Travelog ke Jepun (Day 1) : Penginapan di Hotel Nikko Kansai

Sebenarnya kalau anda travel pada waktu siang, boleh saja terus naik train ke destinasi yang anda nak tuju. Tapi disebabkan flight kami sampai pada waktu malam, kami terpaksa cari tempat untuk bermalam malam tu. Jadi, hotel ni la pilihan yang ada.

Kami tak jadi cari makan di kedai. Cukup dengan hanya memanaskan makanan Brahim’s yang kami bawa.

Kalau anda nak datang ke Jepun, perhatikan waktu ketibaan, penginapan, storage barang-barang, pengangkutan, waktu public transport dll okay?

Penutup

Ini saja untuk hari pertama saya bertolak dan berada di Jepun.

InsyaAllah nanti saya share pengalaman saya pada hari-hari seterusnya.

Berminat untuk bertanya atau order tentang mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya secara direct ya.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

SID 1143254

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia.

20 thoughts on “Travelog ke Jepun (Day 1)

  1. anuar

    Baru excited nak tengok gambar-gambar percutian ke Jepun bersama anak-anak.. cuma ada satu gambar jer?

    Reply
    1. syahida Post author

      Haha sorry. saya sempat tu je masa publish. Tapi dah update banyak banyak banyak gambar. Sila tengok semula πŸ˜€

      Reply
  2. Gum Arabic Al-Manna
    Twitter:

    Teringat sebuah perkongsian seorang pensyarah tentang kebudayaan agama di Jepun. Lahir sebagai penganut Shinto, kahwin mengikut tradisi kristian dan mati ikut agama budha. Bahagian2 itu diambil kerana upacaranya yang meriah.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ouh begitu lah variety nya pilihan agama.

      Reply
    1. syahida Post author

      Semoga dapat pergi ke Jepun juga. Baik, thank u kak πŸ™‚

      Reply
  3. mrhanafi

    Wow.. Travel ke Jepunnya.. Sungguh best tu..pasti banyak pengalaman yang nak dibawa pulang nanti..

    Reply
    1. syahida Post author

      Manis ada, pahit pun ada. haha.. tu namanya pengalaman.

      Reply
    1. syahida Post author

      Osaka ni wajib pergi sebab ada Masjid dan Istana πŸ˜€

      Reply
  4. dila

    saya akan ke tokyo feb tahun depan..skrg pon masih fikir2 perlu ke nak beli seat..

    Reply
      1. dila

        tix sudah beli..cuma sy xbeli seat lg..xpasti samaada nk beli standard seat atau hot seat..

        Reply
        1. syahida Post author

          Pergi ngan keluarga beramai-ramai atau pasangan je atau ada anak-anak skali? Tak beli hot seat pun tak apa!! Sebab banyak seat kosong. Tak ramai orang pergi trip ke Jepun ni. Tapi pengalaman saya dari KLIA ke Kansai. Awak dari KLIA ke mana tu? πŸ™‚

          Reply
          1. dila

            saya pergi berdua je. oh kalau mcmtu xpayah beli seat lagi la..tapi kena selalu check la kot2 terpenuh ke..hehe saya dari KLIA ke Tokyo nanti 6 hari di sana. Osaka mungkin next time pulak.

          2. syahida Post author

            Ouuh Tokyo ! Boleh tengok Gunung Fuji πŸ™‚

  5. Pingback: Travelog ke Jepun 2017 (Part 2) • SyahidaShukri

  6. Pingback: Impian Saya Pada Tahun 2019 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge