Travelog ke Jepun 2017 (Part 2)

By | 21/09/2018

Hai Assalamualaikum guys. Actually tahun lepas pada bulan Ogos, saya berpeluang bercuti ke Jepun. Sangat-sangat unplanned. Tapi bila ada member ajak, terus kami rasa macam kena ON jugak. Haha. Masa kawan kami ajak tu bulan April ke Jun macam tu. Dan plan nak pergi bulan Ogos. Bayangkanlah, agak short notice la. Mula-mula hanya saya, suami dan 2 orang anak. Bersama-sama dengan Ibu dan Ayah Mertua saya. Kemudian last minute Mak saya pun nak join. Tiket flight Mak saya tu agak mahal compare to kami yang lebih awal booking. Tapi disebabkan ni peluang yang tak boleh dilepaskan, Mak saya pun ON juga. Hehe.

Kami tak pergi dengan mana-mana Agensi Pelancongan. Tapi kami ada seorang kawan yang kerap travel ke Jepun dan memang kerap bawa small family dalam trip ke sana. Dia pun selalu cari travel buddies (perempuan) untuk join mana-mana trip dia. Dah macam part time job dia lah membawa orang yang nak travel ke sana. Disebabkan kekerapannya tu jugaklah, sampai dia pun dah mahir berbahasa Jepun.

Memandangkan kami memang agak zero knowledge mengenai Jepun, kami pun start la survey nak pergi mana. Tanya dulu sepupu kami dengan isterinya, tolong recommend kat kami nak pi mana. Haha.

Kami start dengan meminta kawan kami recommend itinerary yang OK di sana. Kami start survey sikit-sikit dan kemudian kami pun beritahu kat kawan kami. Kami berhajat untuk berjalan ke Otsu City di Shiga Perfecture yang terletak di pinggiran Kyoto untuk melawat sepupu kami di sana. Dan kami juga berminat untuk berjalan-jalan di sekitar Osaka selain daripada Kyoto. Kami request untuk berpeluang naik Shinkansen (kereta api yang terlaju di sana), naik Ship di Lake Biwa (Biwako Lake), Kaiyukan Aquarium di Osaka dan melawat Masjid Kobe di Kobe. Request saja dan kawan kami pun plan lah itinerary untuk kami. Yang bestnya bila kita tak ikut Agensi Pelancongan, kita boleh plan trip ni ikut apa yang kami suka saja. Maklumlah kami ni bawa budak-budak, so kena sesuaikan la dengan apa yang mereka minati juga. Sebab tu kami include Aquarium.

After a bit of survey, kami decide untuk pilih tempat-tempat yang more to nature. Ok kalau u all survey about Japan atau Most Visited Places there, u all akan perasan ada 2 jenis tempat yang orang akan cari : Sama ada minat nak pergi Landmarks atau minat nak pergi Nature. So might be u all akan nampak orang tertumpu kepada Temples atau tempat beribadat di sana. Kami hanya pilih 1 tempat je untuk melihat Temple, iaitu di Fushimi Inari di Kyoto. Selainnya semua nature. Nanti saya explain lebih lanjut dengan gambar.

Trip ke Jepun pada Musim Panas 2017

Kami takde pilihan melainkan untuk pergi pada musim panas. Masa tu bulan Ogos. Dan saya hamil 5 bulan. It was either now or we’re not going at all. So guys kalau u all tengah pregnant 2 – 3 months or planning to get pregnant, fikirkan time untuk travel pada tempoh yang dah takde morning sickness dan belum sarat lagi ok? So time u all decide nak berjalan tu, mesti lah few months before 5-7 months pregnant lagi. Pandai-pandai lah bajet masa ye.

Tarikh kami travel : 4 – 9 Ogos 2017, Jumaat hingga Rabu. (Musim Panas)

Tiket : KUL – KIX (Osaka) – KUL

Flight : Air Asia X

Bilangan dewasa : 5 orang

Bilangan kanak-kanak : 2 orang (6 tahun dan 3 tahun)

KL – Osaka (Day 1)

Kami sampai ke Kansai International Airport di Osaka pada waktu malam. Jadi kami terus check-in ke Hotel Nikko yang terletak di dalam airport tu jugak. Rate hotel di sini mahal sebab ia 5-star hotel. Kami bermalam sebab ketibaan flight kami adalah malam. Kalau anda tak nak bermalam di hotel & nak bajet, kena plan flight ticket pagi ok?

Hotel Nikko Kansai Airport

Travelog Jepun (Day 1) boleh bacakan DI SINI

Trip to Kyoto (Day 2)

Pagi-pagi, kami cari breakfast di Mee Udon Halal dalam airport Kansai tu. Mula-mula kami tak pandai gak nak makan. Tapi bila kawan kami suggest, kami pun try. Lebih-lebih lagi ada logo halal besoorrrr kat depan kedai restoran tu kan. Kami pun apa lagi, kaki ni pun yakin untuk melangkah masuk. Hehe.

Mee Udon di Airport Kansai, Osaka

Mee Udon di Airport Kansai, Osaka

Kelihatan sangat ramai orang yang beratur & dah duduk menikmati makanan. Rakyat Malaysia pun ramai tau. Semua pun tumpu kat sini sebab ni la satu-satunya restoran halal di sini menurut pengetahuan kami la. ALhamdulillah sedap rasanya Mee Udon ni. Rasanya ada halia-halia dan bawang putih camtu. Macam makanan orang pantang pun ada jugak. Tapi bila makan panas-panas tu memang sedap. Mee dia pun tebal & kenyal gitu. Kalau anda jenis yang tak cerewet dan tak kisah mencuba makanan di negara orang, anda kena try Mee Udon. Tapi kalau anda sejenis yang cerewet, tekak boleh masuk nasik perisa masakan Melayu je, sorry saya takleh nak tolong. Hehhehee. Dah nama pun datang ke Jepun, sila makan la makanan Jepun. Haha.

Ok next kami cari public transport untuk ke Otsu City di Shiga Perfecture. Perjalanan ni perlu banyak berjalan sebab kami perlu bertukar dari satu keretapi ke satu keretapi. Berjalan dari stesen ke stesen dan lain-lain. Kat Airport tu dah interlinked dengan railway station. So kami terus ke sana, dapatkan tiket dan bertolak menaiki train.

Naik train ke Shiga Perfecture. Kami kena gunakan Biwako Line untuk ke sana.

Naik train ke Shiga Perfecture. Kami kena gunakan Biwako Line untuk ke sana.

Kami stop di Shiga Perfecture. Fuh jauh dan mencabar tau. Ada tersesat-sesat la jugak! Wahahaa.. Tapi tu la pengalaman. Kena make sure sangat-sangat yang kita tak salah masuk train ok? Sebab railway yang sama akan dilalui oleh banyak train mengikut destinasi masing-masing. Ada yang jenis henti-henti dan ada juga jenis ekspres. So, berhati-hati kalau tak nak sesat.

Kami angkut semua beg-beg kami, dan check-in dulu di Biwako Guest House, tempat kami bakal menginap pada malamnya. Rumah ni rumah tradisional Jepun yang terletak berhadapan dengan Tasik Biwa di Kyoto. Tasik terbesar di Jepun.

Then baru kami pergi ke Zeze Station untuk ke rumah sepupu kami. Di situ, sepupu kami datang ambil kami dengan 2 trip. Kami pun ramai. Alhamdulillah sesampainya di rumah beliau, makanan tengah hari dah tersedia! Wahhh macam hari raya. Seronok dapat menikmati makanan yang banyak :-). Kebetulan bukan sepupu kami je yang ada. Tapi ada juga adik beradiknya yang datang bercuti ke Jepun dan bantu sekali masak-masak. Kami rehat, berborak dan solat.

Petang tu jalan-jalan pulak kat Aeon Shopping Mall. Sebijik macam Aeon di Malaysia. Haha. Kami sebenarnya nak cari pampers anak kami je. Sebab sengaja tak nak bawa pampers banyak-banyak dalam beg travel. Jadi mintak tolong sepupu kami tolong kami shopping pampers. Dia je yang paham bahasa Jepun. Oh ye kami naik teksi. Sepupu kami la yang banyak berurusan dan berkomunikasi dengan orang Jepun. Dah macam orang Jepun dah kami tengok.

Di rumah sepupu, Aeon dan melalui tepi tasik Biwa.

Di rumah sepupu, Aeon dan melalui tepi tasik Biwa.

Kat Aeon, kami pergi juga ke Daiso. Fuh syok gila masuk Daiso. Kat Malaysia pun ada Daiso tapi lain rasa dia dengan pergi Daiso kat Jepun. Wakakkaka. So kami pun shopping dengan seronoknya haha. Singgah pulak kat kedai beg Anello untuk cari satu beg galas. Memang dah plan nak beli sebijik bila datang ke Jepun. Puas hati dapat grab sebiji. Hehe.

Sampai malam la. Then tunggu teksi untuk pulang ke rumah sepupu. Makan dinner pulak dan kami pun berangkat pulang ke rumah penginapan kami di Biwako Guest House tadi untuk berehat.

Biwako Guest House ni, fuhhh best! Nak merasa rumah tradisional Jepun, ini lah dia. Ala yang macam rumah Nobita tu. Jenis tarik pintu, bawak keluar tilam dari almari, bentang di tengah-tengah bilik dan tidur je. Uniknya rumah Jepun ni, perabot apa pun takde. Memang lapang sungguh. Hanya ada satu je meja kat bawah untuk kita makan duduk. Ada juga peti ais kecil, sinki air dan kemudahan biasa yang lain.

Tandasnya selesa. Sinkinya di luar tandas, and then tandas ada partition untuk toilet and tempat mandi. So tak perlu berebut. Tiga orang boleh guna serentak. Bagus sistem Jepun ni kan?

Biwako Lake – Kyoto Tower – Naik Shinkansen ke Osaka (Day 3)

Pagi tu breakfast sendiri di rumah, guna makanan segera yang kami bawa. Kemudian kami siap-siap masakkan makanan tengah hari, pun menggunakan makanan segera. Kami pack dalam bekas-bekas Tupperware.

Dah siap semua, pagi tu kami tempah teksi untuk ke Biwako Lake yang dekat je ngan rumah kami menginap. Naik Michigan Cruise merentasi Tasik Biwa, tasik yang terbesar di Jepun. Memang luas macam laut. Cuaca pun dah agak terik.

Michigan Cruise di Biwako Lake, Shiga Perfecture.

Michigan Cruise di Biwako Lake, Shiga Perfecture.

Turun daripada Cruise, dah nak dekat tengah hari. Kami duduk je kat tepi-tepi yang ada tempat teduh dan makan tengah hari sendiri. Sini ada juga toilet jadi boleh la kami pergi sebelum nak berjalan ke tempat lain pula.

Next kami naik teksi untuk ke Kyoto Station. Sesampai di sana, kami cari tempat solat di Kyoto Tower. So berjalan kaki la kami melalui Kyoto Station yang super sibuk tu menuju ke Kyoto Tower di sebelah stesen. Kyoto Station ni macam KL Sentral la jugak tapi lagi besar. Naik Kyoto Tower kena bayar. Terus ke surau. Tempat solat di Kyoto Tower memang selesa. Ada tempat wudhuk sekali. Kemudian kami pun naik la tingkat atas untuk menikmati pemandangan dari menara Kyoto pula.

Di Kyoto Station dan Kyoto Tower, Kyoto.

Di Kyoto Station dan Kyoto Tower, Kyoto.

Next kami berjalan semula ke Kyoto Station untuk ke Osaka menaiki Shinkansen. Nama pun Shinkansen kan, excited habis la kami. Wajib la merasa naik Shinkansen ni kalau datang ke Jepun. Lajuuuuu amat! Kalau semalam kami naik train dari Osaka ke Kyoto dalam sejam, kali ni naik Shinkansen ada la dalam 15 minit je. Nak panaskan punggung pun tak sempat. Hahahha.

Shinkansen - DONE!

Shinkansen – DONE!

 

Mahal tiket ni. Kena tangkap gambar skit sebagai kenangan. Hehe.

Mahal tiket ni. Kena tangkap gambar skit sebagai kenangan. Hehe. Tiket perjalanan Shinkansen dari Kyoto ke Osaka.

Di Osaka Station, teringin beli air kopi. Haha. Beli satu, minum dan continue jalan ke shopping street di Shinsabaishi. Banyakkk sangat kedai kat sini. Kedai baju, kedai makan, kedai accessories, kedai kosmetik dan lain-lain. Kami tak beli apa-apa pun. Hanya tengok-tengok saja. Hari pun dah nak malam. Kami cari kedai makan untuk makan malam. Ada kedai makan Indonesia kat situ. So kami makan la nasik & menu Indonesian.

Next kami naik Public Train ke Kyoto balik semula. Dari Kyoto, naik pula train ke Shiga. Pulang semula ke Biwako Guest House untuk berehat dan tidur. Alhamdulillah..

Kaiyukan Aquarium, Osaka (Day 4)

Hari keempat ni sepatutnya kami plan nak ke Fushimi Inari dan Arashiyama Bamboo Forest di sekitar Kyoto. Tapi cuaca pada pagi tu sangat tak baik. Ada Taufan Noru telah datang dan membawa hujan dan angin kencang yang kuat. Nak tak nak kami terpaksa lah cancel trip ke Arashiyama dan cari plan B. Terpaksa forward itinerary untuk ke Aquarium pada hari ni jugak. Aquarium tempat yang paling sesuai untuk kami berjalan dalam cuaca taufan ni. Outdoors memang tak boleh.

Pagi sebelum kami check-out, tour guide kami (kawan kami) keluar awal untuk pergi ambil kereta sewa. Sementara tu kami berkemas untuk bersedia check-out. Dia balik, kami pun bertolak menuju ke Kaiyukan Aquarium di Osaka. Terpaksa ubah plan ni. Dalam perjalanan, sepanjang jalan memang hujan saja. Kawan kami drive takleh laju sangat. Cuaca pun sejukkk je. Kami sekadar berehat di dalam kereta dan menikmati pemandangan di luar.

Kenangan di Kaiyukan Aquarium, Osaka.

Kenangan di Kaiyukan Aquarium, Osaka.

Sesampai di Kaiyukan Aquarium, hujan bertambah lebat. Kami sempat lunch di kawasan luar Aquarium dan mengenyangkan perut. Angin kuat Ya Rabbi. Payung pun boleh jadi upside down. Kami jalan-jalan di Aquarium dalam perasaan lebih selamat. Hehe. Tapi kami takleh lama. Kena cepat balik sebab cuaca tak baik. Ketika kami keluar daripada Aquarium, kelihatan parking lot kosong. Semua orang dah balik sebab dah dapat amaran mengenai keadaan cuaca.

Orang Jepun dah biasa dengan disasters. Mereka akan diberi amaran awal tentang cuaca yang tak baik. Pada waktu ni, semua orang diberi arahan untuk pulang kerja awal, jadi memang dah lengang lah. Kami pun bergerak ke rumah penginapan kami di Osaka. Nama tempatnya Moosa’s Guest House, dimiliki oleh orang Melayu yang dah lama bermastautin di Osaka tu.

Malam tu kami masak nasi dan habiskan lauk tengah hari yang tak habis. Suami dan kawan saya singgah ke kedai untuk beli salad, telur, timun dan buah-buah untuk kami try. Termasuk juga susu. Semua sedap. Haha. Habis lauk, kami masak pulak Maggi Mee. Malam tu kami dapat rest, basuh baju dan guna dryer machine yang ada kat Guest House tu.

Fushimi Inari – Arashiyama Bamboo Forest (Day 5)

Pagi ni agak mendebarkan sebab kami still tak sure macam mana keadaan cuaca. So kami keep on watching TV News dan tengok keadaan. Ni la masanya untuk kerap tengok Wheather Forecast. Nampaknya cuaca dah makin baik, Alhamdulillah. So kami bersiap dan siapkan makan tengah hari. Kemudian terus bertolak untuk ke Kyoto balik semula. Dah berapa kali ulang alik Osaka-Kyoto dah kami ni. Haha.

Sesampai je di Fushimi Inari Shrine, cuaca masih baik. Tapi masa berjalan, dah start nak hujan renyai-renyai balik semula. Dan lama-lama dia makin lebat. Kami terpaksa percepatkan langkah dan pulang balik ke kereta. Mujur sempat bergambar dekat Shrine tadi. Lepas tu hujan dari pukul 12pm sampai la ke 1pm.

Kami drive pula ke Arashiyama Bamboo Forest. Makan tengah hari di tempat duduk-duduk yang ada on the way nak ke Bamboo Forest tu. Berjalan ke Bamboo Forest dan menikmati hutan bamboo. Memang cantik kat sini dan menjadi tempat tumpuan pelancong di Kyoto.

Di Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto.

Di Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto.

Sempat menikmati aiskrim bamboo. Sini ada banyak kedai so boleh la nak shopping cari cenderahati ke. Kedai makan halal pun ada, kena rajin-rajin perhati kedai mana yang ada tulis ada halal food ye.

Ok balik tu dah sangat penat. Sebab Bamboo Forest tu banyak berjalan. Kaki kena la kuat ok? Kena la makan Ostematrix banyak-banyak. Hehhehe. Mujur kami sentiasa bawa. Malam tu memang rest. Sebelum balik ke Moosa’s Guest House, kami singgah di Masjid Kobe untuk menunaikan solat. Kemudian cari dinner untuk di-tapau bawa balik rumah. Kat luar-luar masjid Kobe tu ada beberapa kedai makan yang halal, jadi tak susah nak cari makanan. Kedai runcit pun ada banyak.

Osaka Museum of Housing and Living (Day 6)

Ni hari terakhir kami di Osaka. Pack semua beg untuk bersedia check-out. Pagi tu kami berjalan naik kereta di sekitar Osaka dan menuju ke Muzium Housing and Living di Osaka. Kat sini, ada pameran rumah-rumah lama Jepun dan kemodenan yang berlaku. Beli sekali souvenirs semua kat sini.

Kami terpaksa bergegas sebab flight kami pukul 4.40pm. Jadi pukul 11am lagi dah kena bertolak ke airport. ALhamdulillah sempat sampai ke Kansai Airport dan dapat check-in guna Fast Lane sebab Mak Mertua saya naik wheelchair. Jadi kami dapat guna fast track Alhamdulillah. Kalau tak, kena beratur sangat panjang. Ramai sangat tau orang. So guys kalau u all nak naik flight di Kansai Airport, please be there 4 hours before flight time ok?

Alhamdulillah pulang kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki Air Asia. Perjalanan 7 jam macam tu. Full board, tak macam plane yang menuju ke Kansai masa kami datang.

Penutup

Trip Jepun yang best! Kami plan untuk pergi lagi ke Jepun sebab sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kita kena try pergi. Especially di sekitar Osaka dan Hokkaido. Maybe one whole day Pass dari Tokyo ke Hokkaido ke? One day.

Terima kasih kerana membaca hingga ke akhir entry. Jepun memang best dengan macam-macam sangat benda yang kami belajar mengenai Jepun. Done Vision Board untuk ke Jepun :-).

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Member of ‘The Walking Beauty’ Mobile Spa.

4 thoughts on “Travelog ke Jepun 2017 (Part 2)

    1. syahida Post author

      Menarik tu.. Semoga ada rezeki untuk ke Jepun…

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe Alhamdulillah. Jepun memang best sesangat.. Dapat lihat depan mata bumi Jepun.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge