Tips Tingkatkan Kesuburan

By | 12/01/2016
Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum para pembaca yg budiman semua. Hari ni saya agak lapang untuk update blog dan berminat untuk berkongsi tentang tips tips untuk meningkatkan kesuburan. 
Sememangnya setiap pasangan pun amat mendambakan zuriat setelah mendirikan rumah tangga. Tapi tak semua orang mempunyai rezeki yang awal. Mungkin Allah merencanakan rezeki yang lain buat mereka. Siapa tahu ketentuan Allah, kan? Walau apa pun, kita wajar untuk berkhtiar dan mencari ilmu untuk meningkatkan kesuburan. Berdoa semata-mata tidak cukup. Allah sukakan hambaNya yang berdoa disertakan dengan ikhtiar dan usaha. Setelah berusaha, barulah kita boleh menyerahkan segala-galanya kepada Allah untuk menentukannya. Ini baru lah sifat mukmin yang sejati dan beriman. Jika tiada rezeki, redha atas segalanya.
Tips Meningkatkan Kesuburan Agar Mudah Hamil
1. Pilih amalan hidup yang sihat. Lakukan senaman dengan lebih kerap untuk mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi berlaku secara lebih teratur.
2. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang membolehkan badan dan organ berfungsi secara optimum. Makanan tambahan atau supplemen mungkin diperlukan sekiranya jadual pemakanan tidak teratur ataupun nutrisi seharian kita tidak lengkap dengan diet semata-mata. Makanan berlemak, makanan ringan dan makanan segera wajar dielakkan.
3. Berhenti merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma.
4. Hindar diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual (STD).
5. Pertingkatkan hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur (hari ke-12 hingga ke-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan.
6. Elak kebiasaan memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.
7. Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid (dysmenorhea) kerana berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau endometriosis.
8. Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
9. Berdoa dan berharap agar usaha anda mendapat zuriat dipermudahkan. Mudah-mudahan berkat kesabaran membuahkan kejayaan.
Semoga tips ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam usaha untuk hamil. Insya Allah.

4 thoughts on “Tips Tingkatkan Kesuburan

    1. syahida Post author

      Ha betui sangat tu.. Ini antara ikhtiarnya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge