Tips Rawat dan Atasi Masalah Kayap dengan Berkesan

By | 10/03/2017

Tips RAWAT dan ATASI masalah KAYAP dengan CEPAT dan BERKESAN.

Masalah kayap boleh jadi sangat serius jika tidak ditangani segera.

Ada orang tanya kat saya, macam mana nak rawat dan atasi masalah kayap? Pastu boleh tak Shaklee bantu atasi masalah kayap ni? Kalau ya, apa dia Set Lengkap Kayap Shaklee?

Ok, mula-mula, jom kita kenali dulu apa tu kayap? Tahu dia masalah kulit. Tapi apakah punca dia serta akibat yang boleh terjadi? Di sini saya kongsikan info kayap daripada Portal Kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa itu kayap?

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Punca penyakit ni datang daripada risiko apa?

1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan, dan
2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Apakah Penyebab Penyakit Kayap?

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.

Apakah Gejala dan Tanda Penyakit Kayap?

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Kayap

Kayap depan. Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf.

Kayap

Kayap belakang

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan.

Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Apakah Komplikasi Penyakit Kayap Ini?

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). ­ Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Bagaimanakah Rawatan Untuk Pesakit Kayap?

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  • Meredakan kesakitan
  • Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  • Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
  • Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu.

Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata.

Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Felix Yap Boon Bin
Akreditor/Penyemak : Datin Dr. Asmah bt. Johar

Sumber : Portal MyHealth

Selain daripada maklumat daripada portal KKM di atas ni, saya juga ada baca petua-petua alami dan rawatan tradisional untuk bantu atasi masalah kayap ni. Saya kongsikan di sini ye.

9 Petua Rawat Kayap Secara Semulajadi

Petua 1:
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2:
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3:
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4: (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5:
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6:
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7:
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8:
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9:
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang-larang Pesakit Kayap

  1. Jangan makan makanan berminyak.
  2. Buah tempatan tak boleh makan.
  3. Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
  4. Tak boleh kena sabun.
  5. Tak boleh makan buah atau sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai, timun, labu)
  6. Tak boleh makan makan yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

Bagaimana Shaklee Boleh Bantu Pulihkan Kayap?

Kalau kita dah fahami punca masalah kayap tu berlaku, jadi kita boleh fahami bagaimana Shaklee boleh membantu.

Ini kerana supplemen Shaklee ni bertindak dengan cara mengatasi puncanya. Bila punca kepada masalah itu diselesaikan, akibat daripadanya (iaitu kejadian kayap) pun kita boleh cuba elakkan untuk terjadi lagi InshaaAllah. Bermakna Shaklee akan bantu membina kesihatan pesakit kayap ni dari dalam.

Punca terjadinya kayap ni adalah daripada sistem imun pesakit yang lemah. Jadi kita akan cuba menguatkan sistem imun pesakit kayap ini.

Punca kayap ini juga berlaku adalah disebabkan oleh virus. Jadi, penting untuk kita cuba kuatkan sistem imun dengan supplemen yang bukan saja boleh kuatkan sistem imun, tapi juga boleh membantu pesakit melawan virus.

Dalam Shaklee, supplemen yang boleh membantu untuk masalah ini adalah Nutriferon, Garlic dan Vivix.

Set Kayap Shaklee

Set Kayap Shaklee

Bagaimana Nutriferon Membantu Dalam Masalah Kayap?

Nutriferon ini memiliki interferon. Interferon ni berfungsi sebagai “pembunyi alarm” yang akan bagi warning kat badan kita. Dia akan bagi alarm ni untuk bagitahu yang badan kita dah diceroboh oleh virus, kuman atau bakteria (bendasing). Jadi baru la sistem pertahanan badan kita akan “aktif” dan bertindak melawan virus tu.

Apabila pesakit kayap ni mengambil Nutriferon, Interferon badannya akan meningkat. Seterusnya meningkatkan sistem pertahanan badannya untuk mula bekerja keras melawan virus yang menceroboh. Kalau lah sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, macam mana ia nak melawan virus dengan kadar yang cepat? Jadi di sinilah perlunya supplemen Nutriferon.

Nutriferon terbaru yang baru berada di pasaran mulai 1 Mei 2019.

Nutriferon terbaru yang baru berada di pasaran mulai 1 Mei 2019.

Harga Nutriferon: Harga bukan ahli RM190. Harga ahli RM152.

Bagaimana Pula Vivix Membantu Mengatasi Masalah Kayap?

Vivix miliki satu kemampuan yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke peringkat yang paling kecil dalam sel iaitu DNA. Ia merupakan antioksida yang sangat tinggi. Bukan saja tinggi tapi memang sangat kuat dan sangat-sangat tinggi berbanding antioksidan biasa. Gabungan Vivix dan Nutriferon akan membuatkan sistem pertahanan badan semakin meningkat dengan jayanya. Dan pada masa yang sama akan membantu memulihkan pesakit kayap pulih dengan lebih cepat. Vivix membantu dalam mengatasi simptom-simptom sakit saraf atau keradangan yang dirasai oleh pesakit kayap ini. Juga membantu memberikan tenaga yang cepat secara semulajadi. Hanya Vivix sahaja supplemen yang mampu menembusi sel dan DNA kita untuk diperbaiki mana yang terjejas atau rosak akibat bendasing.

Baca juga : 2000 Kajian dalam Ramuan Vivix

Vivix sangat membantu memperbaiki sel-sel rosak dan bertindak sebagai antioksidan.

Vivix sangat membantu memperbaiki sel-sel rosak dan bertindak sebagai antioksidan.

Harga Vivix: Harga bukan ahli ialah RM475 sebotol.

Promosi: Beli 2 botol Vivix dengan hanya RM684 dan terus dapat FREE Membership Shaklee dan FREE Postage.

Bagaimana Pula Garlic Membantu Masalah Kayap?

Garlic adalah bawang putih. Sebiji garlic Shaklee mengandungi segugus bawang putih. Seperti yang kita tahu, bawang putih secara semulajadi bertindak sebagai antibiotik. Pesakit kayap memerlukan antivirus dan antibiotik untuk kembali pulih. Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik yang semulajadi kepada pesakit kayap.

Bawang putih sebagai antibiotik, anti-kulat dan anti-bakteria semulajadi.

Bawang putih sebagai antibiotik, anti-kulat dan anti-bakteria semulajadi.

Harga Garlic Complex: Harga bukan ahli RM56.25. Harga ahli RM45.

Perlukah Ketiga-tiga Supplemen Ni Untuk Atasi Masalah Kayap?

Apabila dilanda kayap, pedihnya hanya yang alaminya yang fahami. Kalau boleh, nak terus hilang hari ini jugak kan?

Cadangan saya, 3 jenis suplimen di atas (Nutriferon, Vivix dan Garlic) membantu menampung keperluan antara satu sama lain bagi memastikan pesakit kayap kembali pulih. Gabungan ini adalah yang terbaik bagi membantu kembali pulihkan kesihatan mereka yang alami kayap dengan cepat dan berkesan. Jika anda hanya ambil salah satu pada satu-satu masa, kesannya akan menjadi lebih lambat berbanding dengan jika anda ambil semuanya sekaligus secara serentak.

Kesemua produk Shaklee adalah dijamin selamat dan juga halal.

Itu saja perkongsian saya hari ini. Anda inginkan Set Kayap ini dengan harga istimewa?

Harga Set Kayap Shaklee :

  • 1 Vivix RM380 (kegunaan 1 bulan)
  • 1 Nutriferon RM152 (kegunaan 1 bulan)
  • 1 Garlic RM45 (kegunaan 1 bulan)
  • Yuran Keahlian Shaklee RM75
  • Jumlah RM652

Boleh hubungi nombor 012-6753078 untuk konsultasi percuma dan harga istimewa. Yang penting, anda dan insan tersayang lebih sihat dan bebas dari kayap dengan segera.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

Founder of Young Successful Team

Shaklee Business Leader

www.wasap.my/60126753078

6 thoughts on “Tips Rawat dan Atasi Masalah Kayap dengan Berkesan

    1. syahida Post author

      Oh ya ke.. Ingat orang berumur saja. Cegah awal lebih baik daripada terus menderita. Boleh try sebab ramai orang dah dapat kesan yang positif dengan set ni :D. Semoga bermanfaat. Bleh share info ngan adik. Nak lebih explanation boleh hubungi saya 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Thank you juga sebab ziarah blog saya. Semoga bermanfaat :D. Kita tulis blog ni pun nak jadi saham pahala 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Kalau tahu orang yang ada kayap, boleh la tolong mereka dengan info ni ya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge