Tips Perniagaan untuk Anda yang Berminat untuk Berniaga

By | 15/12/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Assalamualaikum..
Apa khabar anda semua? Saja je hari ni rasa nak tulis sesuatu yang lain daripada yang biasa dalam blog saya ni. Saya ingin menceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri yang sudah berniaga secara online bermula sejak tahun 2012 lagi. 
Masa tu, saya kerja sebagai engineer. Specifically, a Conversion Engineer dan juga Quality Engineer. Lebih kurang design engineer lah. Saya suka kerja saya tu, serius. Saya minat kerja dengan software. Saya minat kerja design. Saya minat bidang yang saya ceburi tu iaitu bidang Biomedical Engineering (Kejuruteraan Bioperubatan). Dan saya juga minat untuk atasi masalah yang ada dan menyelesaikannya. Lagipun itulah tugasan seorang Jurutera. Saya suka kerjaya engineer ni. Menyelesaikan masalah yang sedia ada, mencari solusi yang terbaik dan dengan cara yang paling baik. Bukan senang tau. Walaupun kerjanya design, tapi kena perah otak dan berfikir untuk mengatasinya. Kemudian kena ada kemahiran yang betul untuk merekabentuk penyelesaiannya. Semua ni kenangan buat saya. Sebab sekarang saya dah resign daripada kerja tu. Walaupun saya memang amat meminati kerja tu, tapi saya juga tak lari daripada kerja yang stress dan mengejar datelines. Tambahan pula saya kadang-kadang terpaksa pulang kerja lewat dan tentulah kasihan kepada anak saya yang masih menyusu pada waktu tu :-(. 
Pada masa yang sama, saya juga meminati bidang pendidikan bayi dan kanak-kanak (atau toddlers). Saya suka baca tentang cara-cara dan tips-tips mengajar anak membaca Al-Quran dan menghafal Al-Quran sejak bayi lagi. Saya suka nak ajar anak saya huruf-huruf hijaiyyah sejak usia bayi. Saya suka tunjukkan flashcards kepada anak saya. Saya juga sukakan permainan yang berbentuk islamik seperti Islamic Softbooks, Bantal Bayi, flashcards alif ba ta, buku ajar anak membaca Al-Quran iaitu Set Al-Furqan, VCD-VCD Belajar cepat membaca Al-Quran dan semua la yang berkaitan. Maka disebabkan minat yang mendalam itulah, saya berminat untuk membuat perniagaan dropship untuk semua item-item ni. Pada awalnya saya hanya membeli untuk diri saya. Tapi sebab saya suka, jadi saya minat untuk menjualnya pula dan berkongsi manfaat dengan orang lain. Di sinilah bermulanya kisah saya berniaga online secara part-time dengan cara dropship sahaja. Walaupun dropship sahaja, saya tetap ada untung sikit-sikit. Walaupun tidak begitu banyak profitnya, tapi saya rasa HAPPY dan PUAS sangat dapat membantu ibu-ibu lain mendapatkan bahan-bahan pendidikan buat bayi dan anak-anak mereka. Saya rasa GEMBIRA bila dapat mencadangkan produk yang baik kepada ibu-ibu lain. Tambahan pula, saya berasa YAKIN tentang apa yang saya jual dan cadangkan sebab saya sendiri pernah CUBA semua item yang saya jualkan tu. Jadi, saya menjual dengan penuh MINAT dan PASSIONATE. Kadang-kadang, saya tak kisah pun sama ada pelanggan tu nak membeli ke tak. Saya suka SHARE. Saya suka berkongsi tentang kebaikan sesuatu produk tu. Kadang-kadang hanya berkongsi tentang permainan jenis apa yang bagus untuk bayi berusia 0-1 tahun. Tu je pun. Tapi seronok sangat dapat berkongsi. Lebih-lebih lagi sejak saya membuka blog ni, memang ada ibu-ibu yang mesej dan tanya pendapat saya tentang permainan pendidikan untuk bayi mereka. Alhamdulillah, saya suka membantu :-). Mereka tanya, saya beritahu dan berikan cadangan. Tapi mereka tak membeli. Hanya ucapkan terima kasih. Saya OK je :-). 
Jadi itu lah yang saya nak highlightkan. Semua yang tulisan CAPS LOCK di atas. Segala perniagaan yang anda ingin ceburi, pastikan yang anda MINAT SANGAT-SANGAT dan PASSIONATE sangat-sangat. Kongsilah kebaikan dan banyakkan MEMBERI tanpa terlalu mengharapkan pulangan berbentuk wang ataupun keuntungan semata-mata. Sebab dengan cara inilah anda akan memperoleh kepuasan berniaga. Berilah sebaiknya, dan rezeki itu akan sampai ke tangan anda jua, semuanya dengan izin Allah. Besar atau sikit pun rezeki tu, rezeki juga kan? Kalau pun untung belum besar, at least anda dapat pahala sebab membantu orang lain mendidik anak-anak mereka. 
Jadi terpulang kepada anda untuk menceburi bidang apa pun untuk berniaga. Yang penting ada minat yang mendalam. Sekarang, sejak saya mengandungkan anak kedua saya dan pernah merasai sendiri khasiat supplemen-supplemen kesihatan Shaklee, saya sendiri berminat untuk berkongsi akan manfaatnya dengan orang lain. Tak ada sesiapa yang suruh saya pun. Saya sendiri yang nak. Sebab saya sendiri dah pernah rasa dan SUKA. Saya dah pernah mencuba set Shaklee untuk mengandung, berpantang dan juga menyusu. Alhamdulillah. Ni dah pun menjadi KEPAKARAN saya. Saya benar-benar dah mencuba. Jadi bila kita sendiri dah cuba dan rasa sendiri keberkesanannya, baru kita akan rasa lebih YAKIN untuk menjual dan berkongsi kebaikannya dengan orang lain pula. Inilah caranya untuk kita rasa BEST dan SUSTAIN dalam perniagaan. Kalau kita lihat orang-orang yang dah pernah berjaya, lihatlah bagaimana KETAHANAN mereka dalam perjalanan mereka tu? Mereka tetap teruskan apa yang mereka usahakan sejak awal kan? Jadi begitu lah juga dengan kita, kalau kita nak MAJU dan SUCCEED dalam apa jua perniagaan yang kita ceburi.
Lagi satu pesanan saya, sebelum anda DECIDE untuk melakukan sebarang jenis perniagaan, selidikilah sebaiknya, lihatlah potensinya dan lakukanlah solat sunat istikharah. Niatkan untuk menjalankan perniagaan kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan rezeki itu datang 9/10 daripada berniaga. Niatkan juga untuk membantu keluarga, untuk bantu suami, untuk dekatkan diri kepada Allah, untuk menjadi IBU dan ISTERI yang baik dan bukannya untuk dunia semata-mata. Tapi untuk berjaya di akhirat juga. Niatkan untuk lebih banyak bersedekah dan bantu orang lain untuk sama-sama berjaya dan kaya juga. Insya Allah.
Kalau anda mungkin sedang terfikir-fikir nak buat part-time bisnes apa dan berminat untuk berniaga, lihat lah perjalanan orang-orang yang dah pernah berjaya. Mungkin anda boleh mendapat inspirasi daripada mereka?
Sekian TIPS daripada saya. Semoga anda dan saya akan sama-sama SUCCESS ! 🙂

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
 
Kalau ‘BLUR’, boleh sertai saya dalam perniagaan Shaklee. Kat sini ada bimbingan dan dorongan buat ibu-ibu seperti anda. Kita sama-sama ibu. Kita memahami sesama kita 🙂
 
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)
Facebook : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_healthnutrition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge