Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee

By | 24/10/2019

Setiap orang mendambakan time freedom. Tapi memandangkan kita semua terikat dengan kerjaya, maka time freedom bukannya mudah nak dicapai. Sebab itulah semakin ramai orang yang berminat untuk menambahkan ilmu bisnes dan ilmu sampingan seperti pelaburan hartanah, pelaburan saham patuh syariah, belajar cara pengurusan kewangan dengan financial consultant, belajar melabur dalam unit trust dan juga lain-lain kemahiran yang boleh membantu mencapai kebebasan masa.

Banyak di antara kita yang kerja makan gaji dan kerja yang memerlukan komitmen kita 9am-11pm. Adakah anda juga?

Bagi saya, saya lebih menyukai kerjaya yang memberikan kita kebebasan masa. Bukan kata saya tak mahu kerja, saya masih suka bekerja dan mahu bekerja untuk menambahkan pendapatan dan masa depan diri dan keluarga. Tapi kerja itu biarlah yang fleksibel dan memberikan saya kebebasan masa.

Terutamanya apabila saya merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Saya tidak ada pembantu rumah. Jadi, tanggungjawab sayalah untuk menjadi pemandu kepada anak-anak, menguruskan makan minum mereka ketika pulang dari sekolah dan mengajar mereka di rumah.

Kalaulah saya ada tuntutan kerja yang berat, sudah tentu masa saya untuk menguruskan anak-anak menjadi sangat terhad. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Khidmat pengasuh, day care, transit dan juga pemandu kereta atau van.

Apa Itu Time Freedom?

Time freedom dengan bisnes Shaklee
Apa itu time freedom?

Time Freedom atau kebebasan masa adalah flexibility dalam kerjaya kita. Kita mampu seimbangkan kedua-dua kerjaya dan keluarga tanpa perlu terikat dengan suatu masa disebabkan tugasan.

Seperti dalam contoh saya tadi, seorang ibu seperti saya masih mampu menjalankan tugasan sebagai seorang ibu, dalam masa yang sama tetap boleh melibatkan diri dalam sebuah kerjaya dan memperoleh pendapatan bulanan.

Time freedom juga adalah kebebasan untuk kita lakukan apa yang kita suka pada bila-bila masa yang kita mahukan. Bukan saja berkenaan keluarga, tetapi juga masa untuk kita spend masa untuk diri kita seperti pergi bercuti, pergi belajar, menyertai aktiviti kemasyarakatan, mengajar orang lain atau sebagainya.

Kelebihan Memiliki Time Freedom, Boleh Bersedia

Apabila kita telah memiliki time freedom ini dan boleh seimbangkan kedua-dua keluarga dan kerjaya dengan selesa, ia bermaksud kita ada kebebasan yang lebih ketika berlaku kecemasan.

Kita dah bersedia untuk menghadapi sebarang situasi yang mencemaskan dan penting keluarga, contohnya ketika Ibu atau Ayah kita jatuh sakit, perlu dirawat di hospital ataupun perlu dijaga sepenuh masa di rumah, ataupun ketika suami kita sakit dan juga perlu dirawat sama ada di hospital atau di rumah.

Sekiranya kita telah pun memiliki time freedom, maka InsyaAllah, tak terlalu terbeban untuk kita mengutamakan Ibu Ayah kita atau suami kita untuk menjaga mereka.

Lebih-lebih lagi apabila kerjaya kita sekarang itu telah pun mampu memberikan kita time freedom dan flexibility. Walaupun kita sibuk menjaga Mak, Ayah atau suami, kita tetap ada kerjaya yang masih berjalan. Hanya waktunya saja ditentukan oleh kita.

Di antara contoh kerjaya yang sangat menguntungkan dan sangat fleksibel bagi seorang wanita adalah kerjaya dengan Mobile Spa. Kita ada kemahiran spa yang melekat pada diri kita. Bawa saja beg spa kita dan kalau ada customer yang nak merasa facial, kita terus boleh ON servis kita!! Sekali servis, dapat terus instant cash.

Kerjaya ini sangat fleksibel kerana kita boleh tentukan sendiri waktu appointment kita dengan pelanggan, kita boleh buat di mana-mana sahaja dan kita boleh decide nak ambil pelanggan banyak mana atau cancel saja sewaktu kita tak berkesempatan. Yang penting, ia mudah dan high demand. Kita lah boss dan kita lah pekerja. Tak perlu bergantung kepada waktu tertentu, arahan boss ataupun tak perlu menjaga pekerja. Kita la jaga semuanya sendiri.

Berminat untuk mengenal peluang kerjaya Mobile Spa, boleh juga bacakan di sini : Surirumah Berpeluang Jalankan Bisnes Ideal Mobile Spa

Time Freedom dengan Bisnes Shaklee

Apa yang menarik dalam bisnes Shaklee, kita menjadi pengedar kepada sebuah syarikat yang telah pun mempunyai nama, jenama yang hebat, produk yang sangat berkualiti, telah mempunyai R&D yang lengkap, syarikat mampu menguruskan pengeposan untuk kita, dan telah mendapat kepercayaan beratus-ratus ribu pengguna yang pernah mencubanya. Testimoni begitu banyak dan keyakinan pengguna begitu tinggi.

Baca juga : Kenapa Saya Yakin Shaklee Selamat?

Bagi seorang pengedar Shaklee, mereka hanya perlu mempromosikan item dan produk Shaklee mengikut minat dan kesesuaian masing-masing. Hasil daripada perkongsian yang konsisten, seseorang pengedar itu mampu membesarkan bisnes dan organisasinya dan seterusnya menambahkan pendapatannya.

Sama ada dia mahu menjadi seorang pengedar untuk mendapatkan pendapatan yang aktif mahupun pasif, ia adalah terpulang kepada masing-masing. Yang menarik, seseorang tidak perlu terikat dengan kerjaya 9am-5pm untuk memulakan bisnes Shaklee ini.

Ia sesuai dimulakan sebagai part-time business agar kerjaya hakiki tidak terganggu. Lama-lama, apabila bisnes telah besar dan pendapatan juga telah makin stabil melebihi angka gaji kerjaya hakiki, kebanyakan pengedar memilih untuk resign daripada kerjaya professional dan melakukan bisnes Shaklee secara sepenuh masa. Pastinya dengan lebih hebat kerana telah resign dan sepenuhnya berada di rumah untuk bisnes Shaklee dari rumah.

Yang bagusnya, walaupun kita menguruskan bisnes Shaklee dari rumah, kita tetap boleh melaksanakan tugasan sebagai seorang ibu dan isteri kerana semuanya telah menjadi sangat fleksibel. Apatah lagi apabila Ibu Ayah kita memerlukan khidmat jagaan daripada kita, kita boleh menguruskannya kerana kita telah memiliki kerjaya bisnes Shaklee yang fleksibel.

Saya Sekarang

Kini, saya telah hampir 5 tahun resigned daripada kerjaya saya sebagai seorang jurutera dan menumpukan sepenuh perhatian sebagai seorang surirumah. Tapi, bukan sebarang surirumah ye. Tapi surirumah berkerjaya dengan pendapatan 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas peluang dan nikmat ini.

Terima kasih Allah kerana memperkenalkan saya dengan bisnes Shaklee ini. Memang gembira dan lega sangat-sangat. Tak perlu mengadap traffic jam lagi setiap hari. Sentiasa dapat bersama anak-anak dan menjaga mereka. Dan sentiasa dapat enjoy bercuti bila-bila masa yang saya mahukan.

Bagaimana dengan anda? Berminat untuk merasai kerjaya yang memiliki time freedom? Boleh lah berkecimpung dalam bisnes Shaklee. Ramai wanita dan ibu suka pilih bisnes Shaklee kerana ia sangat dekat di hati wanita yang sukakan kesihatan, kecantikan dan kecergasan.

Lagi best bila kerjaya Shaklee ni sangat mudah bila kita boleh usahakannya di hujung jari sahaja. Baca juga : Mudahnya Bisnes Di Hujung Jari.

Penutup

Kita sekarang mungkin tak rasa lagi kepentingan time freedom ni. Tapi, kita akan perlukannya pada saat genting dan kecemasan. Waktu itu, kita akan sangat-sangat nak tinggalkan kerjaya hakiki kita demi menjaga Ibu Ayah atau Suami kita. Tapi kita tak boleh tinggalkannya kerana ia adalah sumber pendapatan kita.

Jadi, sebelum masa itu tiba, mulakanlah sebuah kerjaya yang mampu memberikan kita time freedom itu. Mulakan sekarang sewaktu kita belum “sakit”, daripada kita baru nak mulakan ketika kita dah “sakit” dan terjatuh terduduk.

Berminat untuk memulakan bisnes Shaklee? Boleh hubungi saya ya. Jom sertai team Jutawan Shaklee. Apa Yang Bestnya Team Jutawan Shaklee?

Baca juga : Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal?

Salam mesra,
Wan Syahida
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida

24 thoughts on “Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee

    1. syahida Post author

      Wow good for you!! Hope u feel healthier and more energetic!

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya.. mereka yang kuat tu pasti ada Big Why yang sangat kuat jugak πŸ™‚

      Reply
  1. Fas
    Twitter:

    Apabila ada β€˜time freedom” jika tiada minat dalam berniaga tak jadi juga kan? Apa pun ini satu bisness yang boleh diceburi mereka yang berminat dengan Shaklee.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya ia bergantung kepada minat dan kecenderungan memasing. Shaklee melibatkan kesihatan yang sangat rapat dengan keprihatinan semua :). Jadi, sebab tu ia evergreen dan mudah didekati πŸ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya setiap orang ada minat yang berbeza-beza. Kalau semua minat yang sama, tak variety la hidup kita πŸ˜€

      Reply
    1. syahida Post author

      kak anah adalah inspirasi kami semua juga πŸ˜€

      Reply
    1. syahida Post author

      Sure it’s okay. Both are very good products as well. But Shaklee is the number 1 NATURAL nutritional company in the US and is the first in the world. Much older than Amway. Moreover Forever Living πŸ˜‰ It is the only company that has a Landmark Study πŸ™‚ which other companies dare not take πŸ™‚

      Reply
  2. Cik Puan Ena

    Alhamdulillah tahniah ye. Ena pon bahagia as freelancer and blogger. Dulu stress amat keje office smpai ot ke malam. Sgt penat dan rasa xde bonding time. Memang sakit after resign nk cover balik income tu tp lama2 pndai manage job rasa seronok plak sebab sambil keje dlm rumah boleh tengok ank membesar depan mata.
    Cik Puan Ena recently posted…Menjelajah Mini Theme Park di CentralWalk i-City, Shah AlamMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Tahniah! Ia suatu pencapaian yang besar! Dan pengorbanan untuk keluarga :-). Semoga terus dimurahkan rezeki πŸ™‚

      Reply
  3. AhmadiKatu

    kerana time freedom la aku sanggup tinggalkan kerja yang gajinya lebih 6k. semuanya sebab anak2 ku bila mereka kata kat aku yang ayah mereka dah xda masa nak d habiskan dekat dorang. xfikir banyak aku terus ambil keputusan untuk resign…artikel ni buatkan aku terkenang semula saat aku byk habiskan masa d opis jak.
    AhmadiKatu recently posted…Pelajaran Dari Tuhan Mu – Sabar Sebagai KuncinyaMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      MashaAllah. Tuan telah melihat sesuatu yang lebih berharga daripada kerjaya semata-mata. Pengalaman akan memberikan kesedaran kat kita mana yang lebih berharga.

      Reply
  4. TENGKUBUTANG
    Twitter:

    huhu.. time freedom memang pilihan semua parent yang terpkasa bekerja keras mencari rezeki..Ada yang memang dah takde masa nak luangkan masa untuk family.. nak resign tak boleh, banyak hutang nak tanggung.. kalau dengan business sendiri boleh cover semua mesti parent dah pilih untuk timne freedom ni.. bangga tengok mereka yang berjaya .. tahniah..
    TENGKUBUTANG recently posted…TAMPIL KULIT MUDA DENGAN BIO LIFE ASTAXANTHIN 6MGMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Itu lah ramai yang takde option. Kitalah yang kena cipta option tu sendiri. hidup ini suatu pilihan.

      Reply
  5. Alia

    Time freedom tu yg best.. Byk kwan2 buat Shaklee…
    Good luck yg buat Shaklee.. Ada gak kwan2 ajak tpi blum lgi berminat ke arah tu

    Reply
    1. syahida Post author

      Yang penting amalkan set kesihatan dulu.. Bisnes tu nombor 2 πŸ™‚

      Reply
  6. Qiss

    Bisnes Shaklee ni best dan mudah. Memang kita kena rajin juga lah kalau nak pendapatan yang sama dengan masa kerja dulu. Suka betul kalau gini kan. Masa kat rumah.. order online terus kepada pelanggan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Ya, kita lah kena bijak menguruskan masa kita. InsyaAllah boleh.. Hidup kena ada cabaran juga. Barulah kita semakin bagus. Hihi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge