Tempat-tempat Menarik untuk Anak-anak di Kuala Lumpur dan Selangor

By | 24/11/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.

Yeay! Dah cuti sekolah! Seronok la anak-anak semua dah masuk musim cuti sekolah. Mak-mak dan bapak-bapak la pulak yang runsing nak jalan ke mana ye musim cuti ni untuk bawa anak-anak berjalan. Yang ada anak-anak kecil, mungkin masih runsing tadika mana nak masukkan anak. Ada yang tengah ready nak masuk darjah 1. Orang lain pula tentu berseronok pergi ke tempat kerja pada musim cuti sekolah ini sebab jalan dah tak sesak lagi :D. Tapi kasihan dan tumpang simpati juga kepada mereka yang berada di pantai timur yang mungkin sedang melalui bencana banjir di tempat mereka. Semoga mereka serta harta benda mereka selamat dan mereka semua dapat bersabar menghadapi bencana alam ini. Sila berhati-hati dan kawal anak-anak terutama anak-anak yang masih kecil ye.

Di sini saya cuba senaraikan tempat-tempat menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang mungkin ibu bapa boleh fikir-fikirkan untuk bawa anak-anak pergi berjalan dan bersiar-siar.
1. Zoo Negara
Tempat yang selalu wajib ada dalam senarai :-). Tambah pula sekarang dah ada selebriti baru : Panda :-). Anak-anak tentu suka dapat tengok panda.

2. Taman Burung, Taman Rusa, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Tasik Perdana, KL

Ha lengkap semua kat kawasan yang sama. Yang ini pun wajib juga untuk pergi :P.

3. I-City Shah Alam & I-City Water World, Shah Alam

Yang ini tentunya lebih syok untuk dilawati pada waktu malam. Tapi saya tak berapa suka sebab agak mahal la. Tapi seronok dapat tengok lampu-lampu dan hiasan yang cantik-cantik. Yang Water World boleh pergi waktu siang. Jadi seharian anda boleh bermain-main di sana.

4. Sunway Lagoon

Yang ini pun best juga. Kalau anda nak pergi sini, wajib la seharian di sini. Sebab ada wet park dan dry park. Penat nak pergi semua hehe.

5. Trick Art Museum, I-City Shah Alam

Kat sini anda boleh merasai pengalaman beraksi dengan lukisan-lukisan 3D yang menakjubkan! Macam best kan. Saya pun tak pernah pergi lagi.

6. Farm in The City, Seri Kembangan

Ha, yang ini best. Petting zoo yang tentu menarik minat anak-anak. Kalau anda malas nak ke Zoo Negara, boleh juga ke sini. Tambahan pula di sini anak-anak berpeluang bermesra dengan haiwan-haiwan yang jinak dan memberi makan kepada haiwan seperti kura-kura, burung, arnab dan lain-lain.

7. Bukit Cerakah, Shah Alam

Di sini kaya dengan alam semulajadi dan hutan-hutan. Ada tasik dan trek untuk berjogging. Nak berbasikal pun boleh. Anda boleh piknik di tepi-tepi tasik dan beriadah bersama keluarga. Ada juga rumah 4 musim untuk anda rasai pengalaman duduk dalam suasana yang bermusim. Saya pernah pergi masa musim sejuk je. Ada la ais-aisnya dan memang sejuk :-).

8. Sepang Gold Coast dan Pantai Bagan Lalang, Sepang

Bawa bekal dari rumah dan berpiknik di sini sambil merasa angin pantai. Boleh main layang-layang, BBQ dan main-main pasir. :-). Ia kawasan peranginan di tepi pantai berhampiran Sungai Pelek, kira-kira 60km dari Kuala Lumpur. Ada hotel mewah Golden Palm Tree di sana jika anda berminat nak bermalam.

9. Sungai Congkak, Hulu Kelang

Nak mandi-mandi sungai, sini ok. Sambil-sambil piknik di tepi sungai. Boleh juga BBQ dan memancing ikan. Elok pergi awal-awal pagi. Sebab makin tengah hari nanti susah nak cari ‘spot’ yang best-best sebab makin ramai orang.

10. KidZania, Bandar Utama, PJ

Di sini best untuk anak-anak anda merasa pengalaman menjadi seperti seorang dewasa seperti menjadi pemandu kapalterbang, pelayan restoran, jururawat, pembaca berita, pekerja bank, ahli bomba dan lain-lain. Boleh la nak merasa pegang duit, spend duit dan berpengalaman memegang tanggungjawab dalam pekerjaan yang dilakukan.

11. Kelip-kelip, Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Yang ini agak jauh dari KL. Kira-kira 56km dari KL. Ia adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Dengar cerita kelip-kelipnya dah makin sedikit berbanding dahulu.

12. Bukit Melawati, Kuala Selangor

Di sini ada Rumah Api yang dibina pada tahun 1907. Pengunjung boleh melihat kesan-kesan sejarah seperti meriam purba, Batu Hampar, Perigi Beracun dan muzium sejarah Kuala Selangor yang dahulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak bukit ini terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal. Di sini ada monyet-monyet yang menjadi tarikan pengunjung.

13. Pantai Morib, Banting Selangor

Di sini menjadi tempat tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam. Duduk-duduk di tepi pantai sambil menikmati pemandangan.

14. Paya Indah Wetlands, Dengkil Selangor
Terletak bersebelahan Lebuhraya ELITE dan kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Di sini para pengunjung boleh memerhati burung, memancing, melalui hutan, berbasikal, memberi makan badak air, buaya, ikan, berkayak dan lain-lain aktiviti. Kalau nak berkhemah juga sesuai. Nakkan tempat penginapan pun ada disediakan. Apa yang menariknya di sini adalah binatang-binatang yang ada di sini hidup bebas seperti habitat asal, lain daripada seperti di zoo sebab di sana ada kolam yang luas dan dalam sebagai habitat badak air, buaya, itik, angsa, burung merak, landak, memerang dan kongkang.

15. Petrosains, KLCC
Petrosains adalah kawasan pameran seperti sebuah muzium interaktif kanak-kanak yang berkonsepkan industri minyak dan gas yang dibina oleh Petronas. Orang dewasa dan juga anak-anak boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil sambil belajar tentang dunia sains.
16. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, KL
Pusat Sains Negara adalah tempat pameran pembelajaran tentang dunia sains dari dunia dinosaur dan ikan air tawar hinggalah ke dunia robot dan makmal untuk anda dan anak-anak terokai bersama. Tempat ini sesuai juga untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun kerana ada ruang permainan yang khas untuk kanak-kanak kecil.
17. Planetarium Negara, Tasik Perdana, KL
Juga terletak berhampiran taman-taman di Taman Tasik Perdana, KL. Di dalam bangunan berkubah biru ini terdapat ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas. Ruang pameran juga meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain-lain balai cerap purba yang dibina berhampiran dengan bangunan ini.

18. Desa Waterpark
Selain daripada Sunway Lagoon, anda juga ada pilihan lain iaitu Desa Waterpark kalau berminat untuk ke taman tema di kawasan Kuala Lumpur ini. Yang pastinya di sini kurang sikit sesaknya berbanding Sunway Lagoon.
19. Aquaria, KLCC
Taman akuarium ini memang amat menarik dan antara daya tarikannya adalah ikan jerung, ikan pari dan ikan gergasi Arapaima selain terdapat penyu dan hidupan laut yang lain. Anda juga boleh menonton bagaimana penyelam terlatih memberi makan kepada hidupan air di sini pada masa yang ditetapkan setiap hari. Yang ini memang seronok! Selesa dan sesuai untuk anak-anak kecil.
20. Cruise Putrajaya
Kalau anda teringin nak cuba naik cruise, di Putrajaya terdapat Putrajaya Cruise yang selalu menjadi tarikan orang yang mengunjungi Putrajaya. Cruise Putrajaya ini memberi peluang kepada anda melihat keindahan Putrajaya dengan merentasi tasik buatan manusia. Anda boleh pilih sama ada nak duduk dalam bot atau duduk di tingkat atas yang mana duduk di atas lebih seronok. 
Wah banyaknya tempat menarik untuk dilawati. Kalau anda bukan orang KL atau orang Selangor, boleh lah bercuti-cuti di sini dan menikmati tempat-tempat menarik yang ada. Orang KL atau Selangor sendiri pun tak habis jalan pun kat semua tempat-tempat ni. Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau berminat nak tengok muzium-muzium, banyak sangat muzium menarik seperti Muzium Kesenian Islam, Muzium Negara, Muzium Diraja, Muzium Polis Diraja Malaysia, Muzium Tekstil Negara, Muzium Maritim MISC, Muzium Tentera Udara DiRaja, Muzium Matawang, Muzium Automotif Negara, Muzium Telekom, Muzium Orang Asli, Muzium Jed, Galeri Bandar Kuala Lumpur, Muzium Coklat, Muzium Seni Asia, Kilang Royal Selangor Pewter, dan Bandar Roti High 5. Banyak sangat-sangat kan? Hanya jika anda berminat untuk melihat tempat menarik kategori muzium :-).
Semoga percutian anda sekeluarga pada tahun ini lebih bermakna dengan lawatan-lawatan yang menarik seperti yang tersenarai di atas. Bukan anak-anak je yang seronok, kita pun mesti teruja.

Selamat bercuti sambil belajar. 🙂

P/s : Saya teringat yang homestay saya pernah disewa oleh sekeluarga dari Kedah yang datang ke KL semata-mata untuk bercuti sempena musim cuti sekolah. Mereka pun pergi ke antara tempat yang disenaraikan di atas. Antaranya Sunway Lagoon dan Kidzania. Siap tambah hari penginapan lagi tau. Seingat saya 6 hari 5 malam jugak stay di KL. Seronok sangat la tu maknanya. Ke banyak sangat tempat nak pergi. 🙂

========

Pakej Anak Pandai Mengaji – PAKEJ BESTARI AL-FURQAN

Nak Ajar Anak Baca Quran? Adik Naufal umur 2 tahun dah kenal alif ba ta, woow hebat!

Testimoni yang baru kami terima, tahniah kepada Puan Nordila Bt Ahmad. Iman Naufal Hakeem B. Herman yang berusia 2 tahun 2 bulan boleh mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan mudah menggunakan kad imbas Al-Furqan. Jom tengok video adik Iman Naufal Hakeem B. Herman http://youtu.be/qiG46tZgl_8

Lagi.. Apa kata pengguna Set Buku Al-Furqan?

“Saya dah pun terima set al-Furqan dan dah mula ajar anak saya mengaji (umo 2 tahun). Alhamdulillah dia memang minat sangat sampaikan asik dok usung buku 1 dan kupiah dia ke sana ke mari dan mintak saya atau ayahnya ajarkan dia mengaji, alhamdulillah… Cuma yang kelakar tu, masa mula-mula ajar tu, saya ikut sebutan dalam buku tu (huruf ba) tapi dia p bantai baca Yaasin pulak sebab selama ni dia dok dengar saya mengaji macam tu. Tapi adik dia yang umo 11 bulan pulak yang pandai ikut. ~Puan Afrohah – Cheras, Selangor~

“asalamualaikum…., alhamdulilah…jas dah terima set furqan tu….balik je dari keje…terus tunjuk kat anak dara jas (5thn)…jas ajar muka surat 1-4 je….pas tu jas kata ok…simpan dulu esok lak… dia kata x mau…kakak nak baca lagi…..jas kata kakak baca ler dulu…mama nak rebus botol susu jap…..dari dapur jas dok dengar dia baca……lancarnya…. pas tu jas pi le jenguk…dan suruh dia ulang balik…… dia baca dari muka surat 1-20…..dengan lancar sekali…….x payah jas tegur bacaan dia tu…….allah je yg tahu…hati jas masa tu……dan anak jas tgur…nape mama mcm org nak nanggis je…… jas happy sgt2 dengan kemampuan anak jas tu…….ALHAMDULILAH….” ~Puan Jasliza – Sg. Petani, Kedah~

“Saje nak bagi tau.. anak saya sejak guna set Al-Furqan tu dia dah boleh baca dalam tulisan jawi.. Minggu lepas cikgu sekolah dia bagi tau saya .. terkejut le jugak..sebab kat rumah takde pun buku jawi.. rupanye dia belajar dari buku Al-Furqan.. baca Muqaddam pun dah pandai.. walau pun sebenarnya dia tak sampai lagi ke tahap baca Muqaddam.. Alhamdulillahhh..” ~Puan Zarina – Kajang, Selangor~


PAKEJ LENGKAP AJAR ANAK DARI TAK TAHU MENGAJI SAMPAI PANDAI MENGAJI BACA MUQADDAM, BELAJAR TAJWID DAN BELAJAR SOLAT..setiap rumah patut ada!

Pakej Bestari ini mengandungi 8 produk :

1.Set Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1.


 2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak


 3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada akd imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan.


3.Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak.

4.Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
-setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar.

 5.Tajwid Al-Furqan
-sambil-sambil ajar anak muqaddam, anak-anak anda juga boleh belajar tajwid menggunakan buku ini

 7.Poster Makhraj Huruf
-membantu anak anak menyebut huruf mengikut makhraj yang betul.poster yg sangat berguna untuk anda dan juga anak-anak anda.

 8.Panduan Amali Solat
-bila anak dah pandai mengaji, mesti ajar anak solat.Buku amali ini adalah panduan yg berguna untuk ajar anak-anak anda solat.

Insyaallah mudah-mudahan anak-anak kita cepat pandai mengaji dan istiqomah mengerjakan solat.

Berminat? PM kami dengan cara klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078.

RM94 termasuk kos pos Airpak dalam Semenanjung Malaysia.
RM98 termasuk kos Nationwide ke Sabah/Sarawak.

Jika berminat, boleh buat bayaran ke akaun bank :

MAYBANK
No Akaun: 164182408771
Nama: Wan Syahida
Third Party Email: wsyahida@yahoo.com

Selepas bayar SMS kepada 012-6753078 atau email kpd wsyahida@yahoo.com masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju. 

2 thoughts on “Tempat-tempat Menarik untuk Anak-anak di Kuala Lumpur dan Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge