Tag Archives: Apple Toy Learning Quran Machine

Teknik Memerah Susu

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).  Susu yang dipam pada waktu yang berbeza… Read More »

Cahaya Mata Anugerah Ilahi – Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Saya

Teks : Wan Syahida Kahar Bismillah. Assalamualaikum. Lama menyepi. Saya ‘berpergian’ sebentar daripada sebarang coretan di sini dek kerana kesibukan menerima cahaya mata baru. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, terima kasih kepada suami dan ahli keluarga, saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki secara normal pada 11 Jun 2014 yang lepas. Syukur juga, semuanya sangat mudah dan cepat. Alhamdulillah,… Read More »

Tanggungjawab Kita Terhadap Al-Quran Ketika Membacanya

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni saya ingin petik senarai ‘Tanggungjawab Kita Terhadap Al-Quran Ketika Membacanya’ yang saya baca daripada buku Anakku Seorang Hafiz terbitan Telaga Biru. 😉 Al-Quran bukan sahaja perlu dibaca. Namun kita perlu memahami isinya dan mengamalkannya. Tanggungjawab Kita Terhadap Al-Quran ketika membacanya : 1. Kita mesti membaca Al-Quran sehingga pandai dan mahir. 2. Kita mesti membaca… Read More »

Manfaatkan Kemahiran Pendengaran Bayi Anda Untuk Mengajarnya Al-Quran

Langkah awal untuk mengajar bayi & anak Al-Quran adalah dengan memanfaatkan pendengarannya. Apple Learning Quran ini mengandungi lebih 50 Fungsi Dalam 1 (ada bacaan surah, doa harian, bacaan solat dan nasyid) dan bertindak sebagai mp3 bergerak agar selalu menemani bayi dan anak anda. Ia berbentuk Apple yang menarik perhatian anak-anak dan mempunyai projektor lampu tidur bentuk bulan dan… Read More »

Anak Anda Sukakan Gadget?

Teks : Wan Syahida Kahar Bismillah. OK. Tajuk gadget. Memang permainan zaman moden dan sangat ‘trending’ kata orang. Yang dewasa, yang remaja, yang kanak-kanak, yang bayi pun ada banyak ‘Apps’ yang sesuai untuk mereka. Wah. Pilihan memang banyak. Menggodakan pun ya juga. Tapi, sihatkah ia untuk anak-anak kita walaupun ia berbentuk pendidikan? Sebenarnya, ada yang baiknya tapi ada… Read More »

Apple Toy Learning Quran Machine

Bismillah. Ketika anak anda masih bayi, apakah cara yang terbaik untuk anda menerapkan kebaikan Al-Quran kepadanya? Tentunya dengan memperdengarkannya dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Bukankah menjadi sunnah Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mengazan dan mengiqamatkan bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia? Ini bermakna, telinga bayi telah dapat berfungsi dengan baiknya sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Sebaliknya, deria matanya masih… Read More »