Surirumah Berpeluang Jalankan Bisnes Ideal Mobile Spa

By | 24/04/2019

Hai Assalamualaikum. Ada tak di kalangan surirumah di luar sana yang sedang tercari-cari bisnes ideal untuk dijalankan dari rumah? Mungkin tak minat nak menjual atau berniaga ke kan.. Nak memasak pula, tak berbakat memasak. Lagipun ia sangat memenatkan. Nak menjahit, sakit bahu, sakit mata. Nak jual produk pula, takut tak laku. Tapi masih berminat nak cari pendapatan melalui sesuatu bisnes dari rumah tapi tak tahu nak buat apa.

Nak tak kalau saya ceritakan mengenai peluang untuk memulakan bisnes jenis servis seperti Mobile Spa? Ia merupakan bisnes yang ideal kerana:

  • sangat rendah modal
  • fleksibel untuk dijalankan
  • tak memerlukan banyak tenaga atau pekerja
  • tak memerlukan peralatan yang banyak atau mahal
  • Tak perlu ubah suai rumah. Hanya gunakan apa yang ada dan sedikit ruang untuk baring.
  • Tak memerlukan masa yang terlalu panjang (sepanjang hari atau 8am-5pm)
  • mempunyai permintaan yang tinggi.
  • risiko yang rendah

Pandangan Sifu Bisnes, Puan Ainon Mengenai Bisnes Mobile Spa:

Bisnes Yang Self-Employed Untuk Surirumah

Bisnes mobile spa adalah bisnes servis yang self-employed. Maksudnya para surirumah hanya perlukan dirinya saja untuk memulakan bisnes yang mendatangkan keuntungan. Sangat mudah untuk dimulakan, kan?

Surirumah yang menjadi boss dan menjadi pekerja kepada bisnes sendiri. Amat mudah.

Surirumah yang menjadi boss dan menjadi pekerja kepada bisnes sendiri. Amat mudah.

Surirumah Memiliki Kemahiran yang Melekat di Badan

Yang bagusnya lagi, apabila kita mempelajari kemahiran mobile spa, kita sedang memiliki kemahiran yang melekat di badan kita. Maksudnya, ke mana saja kita pergi, kita boleh apply kemahiran ni.

Waktu di rumah, ketika balik kampung, ketika mengikuti suami pergi out-station, ketika bercuti panjang ke luar negara, atau bila-bila masa saja tak kira waktu dan tempat. Barang-barang yang diperlukan juga adalah mudah dibawa. Tak macam bisnes memasak, menjahit atau servis mencuci yang memerlukan peralatan yang berat dan besar.

Surirumah ni mengikut suaminya yang menyambung belajar di Mesir. Masih boleh mencari rezeki melalui Mobile Spa.

Surirumah ni mengikut suaminya yang menyambung belajar di Mesir. Masih boleh mencari rezeki melalui Mobile Spa.

Surirumah boleh buat duit ketika pulang ke kampung!

Surirumah boleh buat duit ketika pulang ke kampung!

Mudahnya surirumah buat duit time balik kampung kan? Alhamdulillah.

Mudahnya surirumah buat duit time balik kampung kan? Alhamdulillah.

Surirumah Boleh Bekerja Pada Waktu Fleksibel

Dengan bisnes mobile spa ni juga, surirumah boleh adjust masa untuknya bekerja. Kita boleh adjust waktu appointment spa dengan client kita pada waktu yang lapang untuk kita.

Contohnya waktu pagi kita lebih lapang sewaktu anak-anak pergi ke sekolah. Jadi kita boleh buka home spa atau buat mobile spa (kita ke rumah customer). Tak lama sangat pun satu-satu sesi. Facial saja satu jam. Campur masa pergi dan balik, tambah 30 minit. Tak sampai 2 jam je untuk cari extra income.

Kemudian waktu tengah hari boleh sambung tugasan sebagai driver kepada anak-anak yang nak balik sekolah. Then uruskan pula anak-anak untuk ke sekolah agama. Kemudian lapang lagi untuk buat Mobile Spa. Ok la kan? Tugasan sebagai ibu tetap dapat dijalankan sebaiknya. Hanya kita yang kena uruskan timing kita sebaiknya.

Sementara tunggu anak habis sekolah, mak boleh beraksi membuat mobile spa.

Sementara tunggu anak habis sekolah, mak boleh beraksi membuat mobile spa.

Bercuti atau Berehat Pada Bila-bila Masa Saja

Apa yang menarik lagi, bila kita menjadi boss kepada bisnes kita, kita boleh tentukan bila kita terpaksa stop kejap dan bila boleh sambung semula. Terutamanya waktu anak kita tak sihat, mak kita sakit atau kita nak ikut suami kita out-station. Waktu ni, kita boleh tutup je kejap Bisnes Spa kita. Takde saper akan marah. Bandingkan dengan kerja makan gaji, atau kerja ngan orang, dah tentu tak boleh cuti sesuka hati.

Kalau nak buat bisnes mobile spa ketika bercuti ke kampung atau ketika mengikuti suami outstation pun, takde masalah. Sambil-sambil suami kita bekerja, kita pun boleh cari extra income dengan Mobile Spa 🙂

Selesai cuti atau urusan keluarga, kita boleh sambung semula bisnes servis spa kita dan pulun la balik buat spa. Kumpul duit banyak-banyak semula. Seronok kan macam ni?

Buat kerja mobile spa ketika nak saja.

Buat kerja mobile spa ketika nak saja.

Kursus Mudah Dipelajari Buat Surirumah

Modul Kursus Mobile Spa TWB juga telah disusunkan agar ia mudah dipelajari dalam tempoh 1 hari sahaja. Walaupun ia memang teknikal kerana banyak steps nak diajar, tapi ia tetap mudah dipelajari. TWB juga akan bantu peserta agar mahir dan berkeyakinan sebelum memulakan servis spa. Konsep TWB, kami ada personal coaching bagi setiap peserta bagi membolehkan bisnes servis spa mendatangkan balik modal dan seterusnya keuntungan.

kursus kemahiran yang mudah dipelajari dan diaplikasikan.

kursus kemahiran yang mudah dipelajari dan diaplikasikan.

Lepas belajar, boleh terus buat duit dengan ilmu yang dipelajari.

Lepas belajar, boleh terus buat duit dengan ilmu yang dipelajari.

Peluang Jana Income Daripada 6 Penjuru

Keistimewaan Mobile Spa TWB lagi, ia ada kelebihan untuk mendapat income dari 5 penjuru lain lagi selain daripada servis spa. Katakanlah tugas surirumah sangat sibuk sampai tak sempat nak attend customer spa, TWB mempunyai cara untuk peroleh income dengan cara yang lain. Atau mungkin para surirumah sedang sarat hamil, sedang morning sickness, sedang berpantang, sedang sibuk, sakit, bercuti dan sebagainya yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjalankan servis spa, mereka tetap boleh menjana pendapatan melalui cara lain selain daripada servis spa sahaja. Itu la kelebihan yang ada dalam Mobile Spa TWB. Dalam TWB, yang paling penting adalah anda mampu menjana pendapatan walau dengan cara apa sekalipun.

InsyaAllah, ada banyak sebab kenapa Bisnes Mobile Spa bersama TWB adalah bisnes yang paling ideal buat para surirumah yang tercari-cari kerja apa nak buat sambil-sambil melakukan tugas sebagai surirumah.

Kelebihan Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai TWB

5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Sebulan Dengan Mobile Spa

Pengalaman Peserta Surirumah Lain Di dalam Mobile Spa TWB

Ramai peserta kita yang juga merupakan golongan surirumah yang mengharapkan gaji daripada suami. Tapi selepas menyertai Kursus Spa TWB, para peserta wanita kita kini mampu berdikari dan menambah pendapatan mereka sendiri melalui bisnes servis spa.

Malah ada banyak kisah di mana para suami berasa bersyukur dan bertuah apabila isteri mereka pandai mencari duit melalui bisnes servis spa. Selepas melihat keberkesanan mencari income melalui spa, sekarang si suami pula yang bersemangat membantu isterinya mempromosikan bisnes spa mereka. Nampak kan? Betapa besarnya peluang yang ada dalam Kursus Mobile Spa TWB.

Isteri tolong belanja duit dapur. Sangat membantu suami & keluarga.

Isteri tolong belanja duit dapur. Sangat membantu suami & keluarga.

Belanja barang dapur dan belanja lagi suami. Untunglah suaminya kan?

Belanja barang dapur dan belanja lagi suami. Untunglah suaminya kan?

Demi menghargai suaminya yang support bisnesnya selama ni, dihadiahkan sebuah smart phone Huawei kepada suaminya. Aww sweetnya :-)

Demi menghargai suaminya yang support bisnesnya selama ni, dihadiahkan sebuah smart phone Huawei kepada suaminya. Aww sweetnya 🙂

Penutup

Alhamdulillah. Menarik bukan? Surirumah yang dulunya biashe-biashe, kini menjadi wanita dan isteri yang luar biasa. Walaupun mereka pun bukanlah orang yang berada dan ada modal yang besar, tapi mereka usahakan juga untuk mencari modal bagi mampu untuk menyertai kursus spa dengan TWB ni. Berbaloi ke tak agaknya modal yang mereka laburkan bila hasilnya sangat luar biasa? Dah tentulah berbaloi. Ada yang sanggup menggadai barang kemasnya demi nak belajar kemahiran spa dan memulakan bisnes Mobile Spa. Akhirnya hasil kegigihan mereka, mereka dapat balik tebus barang kemas mereka Alhamdulillah.

Itulah pengorbanan mereka yang dah join TWB. Siapa kata surirumah hanya perlu bergantung kepada nafkah suaminya? Mereka juga boleh membuat sesuatu bagi menampung keluarga dan diri mereka sendiri. At least sebagai persediaan sebelum kesusahan menimpa.

Kalau anda berminat untuk pelajari ilmu spa bersama TWB dan dah tak sabar-sabar nak sertai, terus je hubungi saya di talian 012-6753078. Nak call ke nak whatsapp ke, ikut suka. Semoga saya berkelapangan untuk menjawab segala persoalan anda ye. Saya sendiri surirumah, jadi di sini saya mahu membantu para wanita lain juga Insya Allah.

Boleh juga baca di sini mengenai cara-cara menyertai Kursus Spa TWB.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Trainer TWB dan Pengedar Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.