Surah Amalan Ketika Mengandung Untuk Dibaca Oleh Ibu Dan Bapa Bayi

By | 19/07/2017

Surah Amalan Ketika Mengandung Untuk Dibaca Oleh Ibu Dan Bapa Bayi

Surah amalan ketika mengandung yang baik diamalkan oleh ibu dan bapa

Surah amalan ketika mengandung yang baik diamalkan oleh ibu dan bapa

Harapan Setiap Ibu Bapa

Setiap ibu bapa yang muslim pasti inginkan anak-anak dan zuriat yang soleh dan solehah. Pastinya ia perlu bermula bukan sahaja semenjak hamil atau mula hamil, tapi ia perlu bermula semenjak kita mahu memilih pasangan hidup. Pasangan hidup yang soleh pasti akan mengajak kita untuk mengamalkan Islam bersama-sama. Terutama sekali apabila hal membabitkan zuriat, pastinya suami dan isteri yang prihatin akan saling mengingatkan dan berusaha untuk sama-sama membaca dan mengamalkan bacaan Al-Quran semenjak bayi di dalam kandungan ibu lagi.

Ini kerana pendidikan anak tidak bermula saat ketika bayi dilahirkan sahaja. Malah ia bermula semenjak usianya di dalam kandungan lagi. Pada masa ini lah ibu dan ayah boleh memperbanyakkan bacaan Al-Quran setiap hari dengan harapan mendapat redha Allah dan anak yang dikandung membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Paling kurang, usahakanlah untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya satu kali sepanjang kehamilan. Terdapat juga surah amalan ketika mengandung yang boleh ibu dan ayah amalkan bersama-sama. Bukan sahaja isteri je tau. Mak dan ayah biarlah bersama-sama membaca.

Surah Amalan Ketika Mengandung

  1. Surah Al-Fatihah
    • Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  2. Surah Maryam
    • Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah At-Taubah
    • Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
  4. Surah Yaasin
    • Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  5. Surah Al-Hujurat
    • Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Luqman
    • Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
  7. Surah Yusuf
    • Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
  8. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
    • Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.
  9. Surah Al-A’raf (Ayat 189)
  10. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
    • Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
  11. Surah Al-Imran (Ayat 38)
    • Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
  12. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
    • Doa memohon rahmat.
  13. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
    • Doa memohon keampunan Allah.
  14. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
    • Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
  15. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
    • Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.
  16. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
    • Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

Surah Amalan Ketika Mengandung : Surah Yusuf dan Surah Luqman

Ketika membaca Surah Yusuf dan Surah Luqman, suami boleh letakkan tangan di perut isteri bila kandungan berusia 7 bulan sebab pada masa ini otak bayi sedang membesar dan bayi cepat menangkap bunyi yang didengari daripada luar perut.

Amalan membaca Al-Quran

Lagi baik, rajin-rajin lah memperbanyakkan membaca Al-Quran daripada sebelum hamil dan diteruskan walaupun sudah melahirkan. Bukan hanya fokus pada surah-surah tertentu saja dan terus berhenti baca Al-Quran bila dah bersalin. Sebab setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi pelbagai fadhilat. Oleh itu, adalah baik membaca Al-Quran secara istiqomah.

Bukan tu saja, ibu juga boleh tambahkan amalan rohani lain seperti memperbanyakkan zikir, solat hajat, solat taubat, berdoa dan sebagainya. Setiap amalan yang baik dapat membantu membentuk peribadi yang baik terhadap anak dalam kandungan. InsyaAllah.

Sebenarnya ada banyak lagi doa yang patut ibu hamil amalkan. Macam doa agar kandungan sihat dan selamat dilahirkan, doa hilangkan sakit semasa hampir bersalin, doa agar dimudahkan proses bersalin dan sebagainya. Juga amalan-amalan yang baik untuk ibu yang mengandungΒ dan amalan rohani ketika mengandung.

Semoga ini adalah ikhtiar dan usaha kita untuk membentuk zuriat dan generasi yang berakhlak, soleh dan solehah. Masyarakat Islam yang berjaya dan soleh solehah bermula dengan keluarga dan ibu bapa yang soleh dan solehah.

Semoga bermanfaat buat semua πŸ™‚

 

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

8 thoughts on “Surah Amalan Ketika Mengandung Untuk Dibaca Oleh Ibu Dan Bapa Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge