Sibuknya Jadi Surirumah Bekerja!

By | 08/03/2017
Bursa Turki

Anak-anak saya ketika kami bercuti di Turki

Ada yang di sini bergelar surirumah bekerja? Mesti ada banyak dugaan kan terutamanya masa awal-awal resign dari kerja makan gaji. Maklumlah tak biasa.

Macam saya, saya pun ada cabaran dan dugaan yang biasa mak-mak hadapi.

Contohnya dugaannya bila menjaga anak kecik.

Pernah 1 hari, anak saya Ameer seawal Subuh lagi dah bangun menangis merengek. Mujur saya sempat dah siap solat sunat subuh plus solat subuh cuma tak sempat nak doa ke wirid ke. Dia tunggu saya sampai habis salam. Tepat 6.30am terus saya mandikan si kecik Ameer.

Then mula la melayan Ameer sepanjang pagi. Dia mengadu sakit perut. Badan pun rasa suam-suam je mungkin nak demam. Mujur ada Abi yang tolong uruskan kakak nak sekolah. Saya sibuk kat dapur, masak nasik goreng untuk sarapan & bekal Ameerah. Sambil Ameer nangis-nangis je kat dapur tunggu saya habis masak.

Akhirnya kul 9.30am, bila kerap menangis tanda nak tidur sangat, saya paksa je tidur. Terpaksa tegas minta berhenti menangis. Sebab pujuk lembut dah tak jadi. Tak makannya dia pujukan lembut. Sebenarnya Ameer tak berhenti menangis sebab dah sangat mengantuk. Jadi saya kena suruh untuk tidur.

Dengan anak lelaki kena tegas-tegas.

Saya lupa sebab dah terbiasa menjaga si kakak dahulu. Saya perasan dengan anak perempuan memang kena cakap lembut-lembut & hati-hati. Pujuk baik-baik.

Tapi dengan anak lelaki, lain caranya.

Cakap tegas-tegas baru dia akan ikut.

Syukur la dah masuk tidur akhirnya.

Pastu saya tengok jam, cepatnya masa.. Dah pukul 9.45am!

Kenapa la cepat sangat masa tu berjalan. Saya tak siap kerja apa-apa pun lagi. Melayan anak sahaja. Sebab tu la kerja surirumah ni sebenarnya sangat sibuk.

Camne la kalau saya masih bekerja di pejabat. Mau kena denda sebab masuk keje lambat kalau melayan kerenah anak kan? Dah masuk keje lambat, sah-sah la balik keje pun jadi makin lambat (cukupkan kerja 8 jam).

Sekarang, saya bersyukur sebab saya ada time freedom di rumah. Saya dah jadi surirumah bekerja dari rumah. Masa bekerja saya fleksibel dan saya tetap boleh uruskan dan melayan anak-anak. Tiba waktu habis sekolah, saya pergi ambil anak di sekolah.

Cuma hati kena kental. Nama je duduk kat rumah. Tapi saya takde masa langsung nak layan drama TV, nak scroll FB layan viral, lepak-lepak baca surat khabar, layan cerita politik, cerita artis ataupun nak rehat-rehat tidur-tidur.

Sebab punggung saya selalu panas dan sentiasa ingin bekerja. Kerja, ibadah, house chores, cooking, children time & business. Nothing else.

InsyaAllah bila kita ada impian dan target dalam hidup, kita takde masa nak membuang masa. 😉

Bila kita menceburi bidang bisnes, sambil-sambil jadi surirumah bekerja, kita jadi takde masa nak berleka atau bersenang-senang.

Kerja surirumah tu sendiri dah begitu banyak. Ditambah lagi dengan bisnes online. Dua-dua kerja perlu seimbang dan diberikan perhatian.

Itu lah kebiasaannya hidup dan rutin mana-mana Work-at-home-moms… They stay home, but they are always working.

Ada ke mak-mak yang macam saya jugak?

Kita adalah boss kepada diri kita sendiri kan?

Semoga saya terus kuat untuk laksanakan tugas-tugas yang sangat penting untuk keharmonian keluarga tercinta.

Salam sayang,

Wan Syahida

Shaklee Business Mentor

Seorang Surirumah Bekerja dan Berpendapatan

23 thoughts on “Sibuknya Jadi Surirumah Bekerja!

    1. syahida Post author

      Sibuk pun satu nikmat dalam kehidupan. Kita tak sia-siakan waktu.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya sangat…. kalau takde time management yang bagus, memang huru hara satu rumah. 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe syahida juga.. ha’a memang bukan senang. kena kuat mental dan fizikal jugak 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      oo syahida juga. salam perkenalan :D. Betul. bertabahlah dan banyak bersabar.. manage time bebaik 😀

      Reply
  1. Farah

    tabah ibu yang sibuk menguruskan urusan kerja di rumah, sambil bisnes online tambah pendapatan keluarga.

    Reply
    1. syahida Post author

      Memang kena tabah. Kalau tak, habis problem satu rumah 😀

      Reply
  2. Norma

    Kerja surirumah ni memang tak habis. 24 jam kerja untuk kesempurnaan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga.

    Reply
    1. syahida Post author

      Kann!!aduhaiii. Kerja non-stop. Sentiasa sibuk.

      Reply
    1. syahida Post author

      ha’a.. menjadi surirumah berpendapatan adalah impian ramai wanita.. 😀

      Reply
  3. dedauncomel.com

    Semoga menjadi suri rumah yang berjaya.

    Ramai yang kata jadi suri rumah ni kerja yang senang, hakikatnya tak mudah. Yang mana lagi nak cari income sampingan, kemas rumah dan jaga kebajikan anak.

    Saya sendiri sebagai lelaki pun kagum dengan suri rumah yang tekun memastikan orang rumah bahagia.
    dedauncomel.com recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di RumahMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      hehehe pernah jadi surarumah? dah rasa sendiri boleh la lebih hargai isteri pastu 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      kannn.. yang pernah rasa tu faham la… huhu

      Reply
    2. syahida Post author

      Thanks sebab memahami hehehe 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge