Set Menyusu Shaklee Yang Terbaik Untuk Anda Ibu-ibu Hebat & Nak Sihat!

By | 29/09/2016
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman!
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, saya merupakan seorang ibu kepada 2 anak. Kedua-dua anak saya berjaya mendapat penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Syukur Alhamdulillah. Perjuangan menyusu itu bukan mudah. Jadi saya faham perasaan ibu-ibu yang berusaha seperti anda. 
Saya ada pengalaman mengepam susu di tempat kerja, meninggalkan EBM setiap hari kepada penjaga dan mengepam mengepam mengepam. Saya juga ada pengalaman menyusu bayi secara direct selama 2 tahun. 
Kedua-duanya bukan mudah tapi hasil kegigihan dan faktor sokongan suami, ia boleh tercapai. Saya bersyukur bila saya dapat tuntut ilmu penyusuan dengan Puan Sara dari Sarakids sebelum melahirkan anak pertama. Saya bawa suami sekali supaya dia turut sama faham cara-cara menjayakan penyusuan susu badan kepada bayi kami nanti. 
Ya. Suami pun mesti ada ilmu ni tau. Sebab kalau ibu takde, si suami la yang perlu uruskan EBM dan berikan kepada bayi. Jadi para ibu dan isteri, sentiasa kongsikan ilmu dan ajar suami-suami anda sekali ya. Biar dia pun turut menyokong penyusuan penuh bayi. Lagipun duit dia juga yang lebih jimat bila anda tak perlu membeli susu formula. Walau sehebat mana pun supplemen yang anda ambil, sekiranya ruang untuk mengimplementasikan penyusuan itu sukar dan tidak mendapat sokongan orang sekeliling, usaha anda nanti akan mendapat kesukaran. Terutamanya apabila emosi tidak stabil dan mengganggu hormon lantas susu pun merudum. 
Jadi, sokongan pasangan, bos di tempat kerja dan rakan-rakan serta ahli keluarga juga penting ya. Kemudian supply and demand dengan bayi juga mesti berterusan supaya susu anda sentiasa ada. Payudara perlu sentiasa dikosongkan dengan aktiviti mengepam supaya otak mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu. Makan jangan skip, air mesti minum banyak dan minda juga perlu sentiasa happy dan positif. 
Supplemen akan hanya membantu anda lebih sihat, lebih bertenaga, lebih cergas, perasaan lebih gembira, susu lebih berkualiti dan sistem fungsi tubuh semuanya berjalan dengan lancar untuk hasilkan susu dengan lancar juga. 
Saya mengamalkan Set Menyusu Shaklee untuk anak kedua saya. Hasilnya memang banyak beza antara anak pertama dan kedua. Anak pun kurang meragam bila kenyang dengan susu badan. Imuniti anak menjadi lebih kuat bila anak pun mendapat segala vitamin yang saya amalkan. Saya pun kurang penat. Masa menyusu bertambah singkat dan saya pun tak stress. 

Ini Set Menyusu Lengkap Shaklee ya. 

 

1) Energizing Soy Protein (ESP)
Terbaik untuk ibu menyusu kerana khasiat proteinnya yang amat tinggi. ESP adalah milk booster terbaik Ibu menyusu. Badan kita menjadi lebih bertenaga dan susu akan menjadi lebih pekat. Bila susu menjadi lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam. Ibu pun tak stress dan letih menyusu dan mengepam lama-lama. Susu yang dipam akan bertambah dan lebih meriah lah stok susu EBM anda nanti. Ramai ibu yang dah mencubanya dan rasa puas hati dengan kesan pengambilan ESP ni. 

Saya sendiri berasa gembira bila tempoh penyusuan bayi menjadi lebih singkat. Tidur malam pun tak perlu menyusu terlalu lama kerana anak akan cepat kenyang. Saya pun tak penat dan dapat bangun tidur lebih awal, dapat lakukan pekerjaan lain dan tak letih. 

2) Alfalfa Complex

Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai ‘milk booster’ kepada ibu menyusu. Alfalfa akan bertindak melancarkan peredaran darah. Bila darah kita lancar, susu pun akan terhasil dengan lancar.

Selain itu, Alfalfa membantu menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat, membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. 

3) Ostematrix

Ostematrix amat penting untuk menampung kalsium ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Kalsium juga dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak. Ostematrix sesuai untuk ibu yang alah terhadap Alfalfa. Juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. 


4) Vitalea with Iron (multivitamin & multimineral)

Multivitamin sangat bermanfaat untuk kita ambil sewaktu menyusu bayi kita. Bayangkan yang kita dapat sediakan susu yang sangat bervitamin dan bernutrisi kepada bayi kita melalui susu badan. Si ibu pun akan rasa lebih sihat dan bertenaga. Kita sediakan badan yang sihat untuk lancarkan pengaliran susu. Selalunya saya niatkan begitu. Saya niatkan Vitalea yang saya ambil ini, segala khasiatnya turut sampai kepada anak yang menyusu. Supaya dia pun mendapat vitamin dan tak mudah jatuh sakit. Hasilnya, memang anak saya sangat jarang jatuh sakit. Selsema, hidung berair pun jarang berlaku. Jauh berbeza dengan pengalaman bersama kakaknya yang kerap selsema. Masa tu saya tak amalkan Vitamin shaklee lagi.

Vitalea ini dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia  mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vitalea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

5) Sustained Release Vitamin C Plus

Pengambilan vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu. Di samping itu, bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insya Allah akan cepat sembuh dengan pengambilan vitamin C. Satu lagi kesan pengambilan vitamin C, kulit akan menjadi lebih bersih, cerah & cantik. Vitamin C akan membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik. Apabila anda demam, lebihkan dos Vitamin C. Begitu juga sekiranya bayi yang disusukan demam, anda juga boleh lebihkan dos Vitamin C ini supaya anak anda mendapat lebih dos Vitamin C bagi meningkatkan antibodi.

6) B-Complex with Folic Acid

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positif. Ibu yang kurang stress dan tenang, secara automatik penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Sekiranya si ibu mengambil pil perancang memerlukan pengambilan B complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang akan memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Di samping itu, vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

 

Harga Set Menyusu Lengkap Shaklee ini sangat berbaloi tau sebab Set Menyusu Lengkap Shaklee ini tahan lama dari 4-6 bulan. Kalau anda berminat nak dapatkannya dengan harga yang paaaling jimat, saya nak ajak anda join jadi ahli Shaklee sekali. Bukan saja anda bakal dapat produk dengan harga yang sama macam kami, anda akan dapat sekali product consultation untuk segala produk Shaklee. Anda akan dapat tips kesihatan, tips bisnes dan kenali ramai orang yang ahli dalam bidang nutrisi dan kesihatan. Pastinya ia pengalaman yang baru buat anda dan bakal memberi manfaat kepada kesihatan dan kehidupan anda. Yuran pendaftaran ni hanya sekali seumur hidup.

Tapi kalau tak berminat nak daftar sebagai ahli pun tak apa. Boleh hubungi saya untuk membeli Set Menyusu Lengkap Shaklee ini. Konsultasi cara pengambilan kesemuanya juga saya akan ajarkan.

Rakan Nutrisi Anda,

Wan Syahida Kahar, SID 1143254


Pengedar Shaklee Petaling Jaya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge