Set Kolestrol Shaklee : Cegah Kolestrol Daripada Makanan dan Kurangkan Kolestrol Sedia Ada Dalam Badan

By | 13/07/2017

Assalamualaikum!! Apa khabar semua pembaca saya yang budiman? Masih dalam mood raya ke? Dah 19 Syawal ni. Rasa cepat je masa berlalu. Hujung minggu yang bakal datang ni mesti dah ada jemputan majlis hari raya yang perlu dihadiri, kan? Mungkin juga ada majlis aqiqah dan kenduri kendara. Ramai orang yang suka gabungkan semua masa bulan Syawal ni sebab nak menumpang kemeriahan berhari raya. Sesambil menyambut occasion tertentu, sambil bersilaturrahim sempena hari raya Aidilfitri. Tapi hati-hati, makan keterlaluan dan tanpa kawalan akan meningkatkan paras kolestrol kita. Kalau kita jenis paras kolestrol yang ada trend makin meningkat setiap tahun tanpa sebarang langkah pencegahan atau pengawalan, lagi la bahaya! Jadi, di sini saya nak kongsikan tentang Set Kolestrol Shaklee yang berkesan untuk anda yang concern tentang penjagaan kolestrol.

Apa Itu Kolestrol?

Di sini saya kongsikan fakta dan informasi mengenai kolestrol daripada Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Sumber : Penyakit Jantung dan Rendahkan Paras Kolestrol.

Kolestrol adalah sejenis lemak (yang disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolestrol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Apakah Kolestrol ‘Buruk’?

Ramai orang yang berasa takut apabila disogokkan dengan keburukan kolestrol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolestrol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh.

Kolestrol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolestrol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolestrol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Tapi paras kolestrol ni perlu dikekalkan dalam paras yang normal untuk memperolehi kebaikan maksima.

Ini kerana kolestrol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilka hormom tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

Kolestrol secara semulajadinya adalah seperti lilin yang dihasilkan oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolestrol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolestrol dalam pembuluh darah.

Jenis Lipoprotein :

Kolestrol Buruk (LDL)

Low Density Lipoproteins (LDL) adalah kolestrol buruk kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri. Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolestrol. Menurunkan paras kolestrol LDL ini akan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kolestrol Baik (HDL)

High Density Lipoproteins (HDL) adalah kolestrol baik kerana ia menjalakan fungsi mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolestrol dalam pembuluh darah. Bersukan dan bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.

Trigliseride

Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras Trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka yan mempunyai tahap trigliseride yang tinggi biasanya mempunyai tahap Jumlah Kolestrol (Total Cholestrol) yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL yang rendah. Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.

Tahap Kolestrol Yang Disarankan

Total Cholesterol โ€“ di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)

Kolesterol LDL

  • Di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung.
  • Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular
  • Bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.

Kolesterol HDL

  • Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause.
  • Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.

Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

  • Berhenti merokok
  • Makan lebih produk susu.
  • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
  • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
  • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
  • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
  • Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Tips Menurunkan Paras Kolestrol

Terdapat beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan kita ini.

  1. Mengawal Diet
    • Kolestrol kita akan cepat meningkat bila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Jadi, kita boleh mengawal diet kita dengan memperbanyakkan makanan yang sebenar (real food) dan lemak yang berkualiti.
  2. Perbanyakkan Aktiviti Fizikal
    • Sekiranya kita kurang bergerak dan kurang melakukan aktiviti fizikal, risiko untuk kadar kolestrol LDL kita meningkat dan HDL lebih rendah adalah lebih tinggi. Jadi banyakkanlah aktiviti fizikal dan mengeluarkan peluh walau hanya berjalan ke masjid, menaiki tangga, mengemas halaman rumah, berkebun dan bercucuk tanam, bersenam dan sebagainya.
  3. Menurunkan Berat Badan
    • Orang yang obes adalah lebih berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi. Jadi sekiranya sayang dengan nyawa anda, turun-turunkanlah berat badan dan elakkan daripada obesiti.
  4. Menjauhi Rokok dan Alkohol
    • Ada sebabnya kenapa Islam mengharamkan kedua-dua ini. Tak lain tak bukan adalah untuk kebaikan umatnya sendiri. Orang yang mengamalkannya hanya akan menambahkan mudarat kepada dirinya sendiri dan ia terang-terang adalah perbuatan yang ditegah oleh Allah.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu?

Sekiranya anda mengalami masalah kolestrol yang tinggi atau terlalu rendah dan sedang mengikuti rawatan doktor, saya nasihatkan agar anda merujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.

Ini kerana pengambilan supplement dikhuatiri akan mempunyai tindak balas dengan ubat yang anda ambil.

Dan sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol tanpa ubat atau secara semulajadi dengan Shaklee, perlu diingatkan bahawa supplement bukanlah sesuatu ubat ajaib yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Supplement ini perlu diamalkan secara berterusan untuk ia benar-benar efektif. Ia juga hanya sampingan untuk membantu anda. Paling utama, jagalah pemakanan, pelihara berat badan dan lakukan senaman secara berkala. Itu lebih utama.

Tapi sekiranya anda hanya bergantung kepada supplement dan ubat, tanpa inisiatif sendiri untuk menjaga pemakanan dan tubuh badan, ibarat menuang air ke daun keladi ๐Ÿ˜€

Set Kolestrol Shaklee :

Set Kolestrol Shaklee

Set Kolestrol Shaklee

1) Set Kolestrol Shaklee : Phytocol-ST – Membantu Memperbaiki Kesihatan Anda

Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolestrol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.ย Lagi kurang lah risiko saluran darah anda menyerap kolestrol LDL daripada makanan.

 

Cara Sterol dan Stanol Tumbuhan dalam Phytocol-ST bertindak

Cara Sterol dan Stanol Tumbuhan dalam Phytocol-ST bertindak

Jadi sekiranya anda siap-siap ambil supplement Phytocol-ST ini sebelum mengambil makanan yang berkolestrol tinggi, kandungan sterol dan stanol tumbuhan yang semula jadi ini (dan mempunyai struktur serupa dengan kolestrol), akan menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan.

Jadi ia menghalang penyerapan kolestrol ke dalam tubuh badan anda secara semulajadi.

2 kali hidangan Phytocol-ST ini seperti yang disarankan akan membekalkan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Set Kolestrol Shaklee : Phytocol-ST

Set Kolestrol Shaklee : Phytocol-ST

2) Set Kolestrol Shaklee : OmegaGuard – Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan, iaitu asid lemak penting Omega-3, di mana tubuh anda tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

Dua jenis Omega-3 yang utama adalah EPA dan DHA, dan ia amat penting untuk kesihatan manusia.

EPA dan DHA ini akan membantu menurunkan kolestrol LDL berlebihan dalam salur darah kita.

Set Kolestrol Shaklee : Phytocol-ST dan OmegaGuard

Set Kolestrol Shaklee : Phytocol-ST dan OmegaGuard

Ia berfungsi untuk menurunkan kolestrol kita yang dah lama ada dalam badan kita dan bertapa dalam badan kita.

Antara kebaikan Omega-3 ini adalah ia dapat menurunkan kadar trigliseride di samping menurunkan kolestrol jahat LDL. Ia juga dapat meningkatkan kolestrol baik (HDL), seterusnya menurunkan tekanan darah.

Set Kolestrol Shaklee : Penutup

Jadi, di samping kita berikhtiar untuk mengelakkan kolestrol daripada makanan dengan mengambil Phytocol-ST, kita juga perlu berusaha untuk membuang dan menurunkan paras kolestrol yang tinggi dan yang dah sedia ada dalam badan kita ni dengan Omega Guard! Barulah menyeluruh gitu usaha kita untuk menurunkan kolestrol ni. Sebab itu kita perkenalkan Set Kolestrol Shaklee ini.

Kita cegah yang baru nak masuk itu dan kita nyahkan yang dah lama dalam badan kita itu.

Saya juga pernah kongsikan tentang Cara Menurunkan Paras Kolestrol Yang Tinggi.

Dan saya sendiri juga pernah mengalami masalah kolestrol yang borderline dan saya berikhtiar menurunkannya dengan Shaklee. Baca kisah saya di SINI : Keputusan Ujian Darah Saya, Kolestrol Turun.

Alhamdulillah, saya memang berjaya menurunkan paras kolestrol saya daripada 5.1 kepada 4.6 ๐Ÿ™‚

Berminat untuk dapatkan Set Kolestrol Shaklee :ย Phytocol-ST dan Omega Guard?ย Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatanย akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

16 thoughts on “Set Kolestrol Shaklee : Cegah Kolestrol Daripada Makanan dan Kurangkan Kolestrol Sedia Ada Dalam Badan

    1. syahida Post author

      Betul tu kak anah.. Bahayanya strok!

      Reply
  1. anuar

    Ada kolestrol baik dan kolestrol buruk ni… lepas ni kena semakin berhati2…

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul, sentiasa la berhati2 untuk kesihatan sendiri ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. abam kie
    Twitter:

    abam kie kena mengurangkan kolestrol buruk yg ada dlm tubuh ni segera. dah lama x makan barangan shaklee…

    Reply
    1. syahida Post author

      Sama-sama. Semoga bermanfaat. ๐Ÿ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Masalahnya susah rakyat Malaysia nak amalkan cara hidup sihat tue. Jadi supplemen membantu ๐Ÿ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Sama-sama seimbang semuanya ๐Ÿ™‚ Tapi bab exercise tu memang susah sangat ๐Ÿ˜€

      Reply
    1. syahida Post author

      Mencegah itu kan lebih baik ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. Pingback: Ilmu Nutrisi dan Kesihatan untuk Diri dan Keluarga • SyahidaShukri

    1. syahida Post author

      Yup. Mesti pelihara daripada kolestrol jahat kalau tak nak ada masalah jantung pulak ๐Ÿ˜€

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge