Set Kesihatan Optimum Untuk Keperluan Harian

By | 29/01/2018

Pelihara kesihatan optimum dengan nutrien lengkap untuk tubuh badan setiap hariPelihara kesihatan optimum dengan nutrien lengkap untuk tubuh badan setiap hari

Hai Assalamualaikum!! Hari ni hari Ahad, weekend. Mesti rasa lapang nak buat apa-apa kan? Hari yang relaks-relaks ni jom ketahui bagaimana caranya untuk kita menjaga kesihatan kita pada tahap yang paling optimum dengan Set Kesihatan Optimum.

Masalah Kita Pada Masa Kini

Kalau kita sedang menikmati kesihatan yang optimum tanpa sebarang penyakit kronik pada hari ini, tentu kita mahu menghargai dan memeliharanya baik-baik, kan? Dan cara untuk menjaganya adalah dengan sentiasa mengamalkan nutrisi dan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian.

Kita diperkenalkan dengan piramid makanan yang melengkapi kesemua kumpulan makanan untuk keperluan badan kita. Kemudian ia dikemaskini dengan pemakanan suku-suku-separuh agar ia lebih mudah difahami dan lebih praktikal, dengan mengajar kita tentang bagaimana untuk mengamalkan makanan yang seimbang dan lebih baik setiap hari.

Pinggan suku-suku-separuh

Pinggan suku-suku-separuh

Tapi walaupun begitu, tak semua di antara kita yang selalu mengikuti peraturan cara pemakanan yang sempurna macam tu. Dah la makanan yang kita ambil pun tak la berkhasiat, sebab berminyak, banyak lemak, kurang protein, kurang segar, mungkin tercemar, terdedah dengan bakteria, mungkin juga kekurangan nutrien seperti kesemua vitamin dan mineral atau lain-lain.

Sedangkan kita perlu juga mencukupkan keperluan nutrien kita sehari-harian. Banyak tau kita kena ambil. Contohnya protein, segala kumpulan vitamin, mineral, dan juga asid lemak yang sihat. Kalau kita tak mampu cukupkan kesemua keperluan ni mengikut Recommended Daily Allowance yang ditetapkan, maka badan kita akan kekurangan nutrisi pentingnya untuk berfungsi dengan paling optimum.

Bila badan tak dapat berfungsi dengan optimum, maka ia sedikit demi sedikit akan mengurangkan keberkesanan setiap organ dalam tubuh badan kita.  Perkara ini kalau kita biarkan ia kekurangan dalam tempoh masa yang lama, bertahun-tahun contohnya, maka ia berpotensi untuk semakin rosak dan menimbulkan penyakit.

Biasanya penyakit mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk. Jadi kalau habit pemakanan harian kita tak elok, maka kita berisiko untuk mengidap penyakit tertentu pada usia tua kita. Bak kata Profesor Muhaya, bagaikan sedang menempah katil nombor berapa dalam wad mana dalam hospital pada usia tua kita nanti. Jadi kalau betul kita sayangkan kesihatan kita, kita mesti jaga pemakanan harian kita, dan yang paling penting : Cukupkan segala keperluan harian kita dengan nutrien penting untuk kesihatan optimum.

Penyelesaian Untuk Membantu Mencapai Kesihatan Optimum

Untuk membantu kita mencukupkan segala keperluan nutrisi harian kita, Shaklee menyediakan Set Kesihatan Optimum untuk kita amalkan setiap hari. Amalkannya setiap hari tanpa gagal, agar kita dapat bantu tubuh badan kita mencukupkan keperluan nutrisi hariannya untuk fungsi badan yang paling efisyen dan sihat.

Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral anda dengan rangkaian produk nutrisi penting Shaklee ini untuk mengoptimumkan kesihatan anda.

Set Keperluan Harian (Daily Essential Set) Untuk Kesihatan Optimum

Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder, Vita-Lea, Omega Guard dan Sustained Release Vita-C Plus.

Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak Omega-3, 14g protein setiap hidangan, dan 500mg Vitamin C semula jadi dalam setiap hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang ia perlukan untuk menyokong kesihatan optimum.

Set Kesihatan Optimum Shaklee (Daily Essential Set)

Set Kesihatan Optimum Shaklee (Daily Essential Set)

Set Kesihatan Optimum : Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

Merupakan Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

Set Kesihatan Optimum : Omega Guard

Omega Guard membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting Omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

Baca : Khasiat Omega-3 Yang Menyokong Kesihatan Jantung

Set Kesihatan Optimum : Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin & Multimineal)

Vita-Lea memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

Baca : Vitalea Melengkapkan Nutrisi Harian Yang Kurang Semasa Hari Raya.

Set Kesihatan Optimum : B-Complex

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel tubuh badan anda.

Set Kesihatan Optimum : ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

ESP merupakan makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Protein soya membantu mengurangkan kolestrol.

Nota : Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolestrol darah adalah 25g sehari.

Baca : Info Produk – Energizing Soy Protein (ESP)

Tahukah Anda?

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta makanan tambahan protein berasaskan tumbuhan yang pertama menggunakan protein soya pada tahun 1961.

Manfaat Set Kesihatan Optimum Shaklee

Dengan mengamalkan rangkaian Set Kesihatan Optimum ini, ia akan membantu anda mencukupkan segala nutrien harian yang tubuh badan anda perlukan. Jadi tak perlu la anda risau lagi tentang kekurangan nutrisi anda setiap hari lagi.

Katakanlah untuk breakfast anda makan roti canai je. Mana la nak cukupkan sayurnya, buahnya ataupun proteinnya untuk hidangan sarapan, kan? Jadi, nak cukupkan keperluan nutrisi anda pada pagi tu, makan je la Set Kesihatan Optimum Shaklee ni sejurus selepas sarapan roti canai tu.

Sebab di dalamnya ada Vitalea yang dah terkandung segala vitamin dan mineral penting. Begitu juga dengan B-Complex dan Vitamin C yang kesemuanya sepatutnya kaya dalam makanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kan selesai masalah?

Hari yang anda bakal tempuhi pun menjadi lebih tenang, lebih bertenaga dan badan terasa lebih sihat. Bukan ke best? Tapi kalau anda bergantung sepenuhnya nutrien pagi anda dengan roti canai tu, nanti kesian la tubuh badan anda. Dia tak cukup segala nutrien yang dia perlukan untuk memulakan hari anda.

InsyaAllah, dengan full set Set Keperluan Harian atau Daily Essential Set untuk diamalkan setiap hari ini, ia akan membantu anda rasa lebih bertenaga, lebih cergas, fikiran lebih tajam dan tak mudah jatuh sakit.

Penutup

Berminat nak dapatkan Set Kesihatan Optimum ni? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan setiap produk item yang terdapat dalam set ini berserta konsultasi tentang cara pemakanan setiap satu daripadanya. Ekslusif untuk anda.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

8 thoughts on “Set Kesihatan Optimum Untuk Keperluan Harian

    1. syahida Post author

      Salah satu amanah Allah yang mesti dijaga 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge