Set Berpantang Shaklee : Kebaikan yang Sangat Hebat!

By | 20/03/2015

Set Berpantang Shaklee : Kebaikan yang Sangat Hebat!

Bismillahirrahmanirrahiim. Hari ini saya ingin menulis tentang Set Berpantang Shaklee atau Set Bersalin Shaklee. Memandangkan saya dah ada pengalaman, jadi saya boleh lah tulis tentangnya :-). Saya hanya berpengalaman dengan produk Shaklee ketika mengandungkan dan melahirkan anak saya yang kedua. Ketika tu, saya hanya membeli Set Berpantang Tanamera dan beberapa botol vitamin Shaklee yang penting (atau yang basic). Kemudian setelah beberapa minggu berpantang, baru lah saya beli sedikit demi sedikit set tambahan yang lain dalam keseluruhan Set Berpantang Shaklee. Kalau anda nak tahu juga, semasa saya lahirkan anak pertama saya dulu, saya beli Set Berpantang Leesa Formula. Kalau nak tulis tentang Tanamera, InsyaAllah saya akan tuliskan reviewnya dalam entry yang lain. Hari ni saya nak fokus kepada Shaklee sahaja.

Apa Dia Set Berpantang Shaklee??

Set Berpantang Shaklee adalah set yang membantu ibu untuk cepat berasa cergas dan sihat selepas bersalin normal atau pembedahan dan membantu ibu menjayakan penyusuan bayi mereka sebaik sahaja selepas mereka melahirkan. Ia juga set yang sesuai untuk ibu yang berpantang selepas mengalami keguguran.
Set ini amat unik dan amat baik bagi setiap wanita yang sedang berpantang kerana kombinasinya yang benar-benar menepati keperluan dalaman dan luaran seorang ibu yang sedang berpantangsebagai langkah pemulihan dan penjagaan kesihatan terbaik.
Set berpantang Shaklee memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi kerana kebanyakan wanita yang sedang berada dalam tempoh berpantang tidak mendapat cukup nutrisi dari pemakanan mereka. Sekiranya mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, ini akan memberikan kesan yang buruk kepada mereka dan bayi.
Amalan pemakanan selepas melahirkan anak atau ketika tempoh berpantang adalah amat penting. Mereka cepat letih kerana tidak cukup tidur dan perlu kerap menyusukan bayi. Tambahan lagi, tubuh mereka masih lemah dan memerlukan banyak tenaga bagi menggantikan tenaga yang hilang sewaktu mengandung dan melahirkan bayi.
Sekiranya bayi mempunyai jaundis, ibu tidak boleh mengambil sebarang jamu. Oleh itu, pemakanan vitamin boleh membantu para ibu memperoleh khasiat yang mereka perlukan dan ia selamat untuk ibu dan bayi yang jaundis.
Keistimewaan Set Berpantang Shaklee ini ialah ia bukan sahaja memulihkan dalaman ibu sahaja, malah apabila cepat pulih dan sihat dari dalam, automatic luaran pun akan turut cantik dan berseri malah badan akan terasa lebih bertenaga seolah-olah macam bukan orang baru bersalin pun.

Set ini terdiri daripada:

  1. Vita-Lea with Iron Formula
  2. B-Complex
  3. Vitamin-C Plus SR
  4. ESP
  5. Ostematrix
  6. Alfalfa Complex
  7. Omega Guard

1) Vita-Lea with Iron Formula

Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga. Vita-Lea Shaklee mempunyai lebih daripada 340 ujian kualiti bagi memastikan ketulenan dan potensi produk.
Iron atau zat besi adalah sangat penting kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Jika mereka kekurangan zat besi, mereka akan cepat penat, rasa sukar bernafas dan mudah diserang jangkitan kuman. Zat besi juga amat penting dalam pembentukan sel darah merah. Ketika melahirkan, ibu akan mengalami banyak kehilangan darah dan ini perlu digantikan. Bagaimana? Iaitu dengan keperluan zat besi yang banyak bagi pembentukan sel darah merah yang baru.

2) B-Complex with Folic Acid

Vitamin B-Complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin bagi membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu. Istimewanya, B-complex with folic acid Shaklee ini mempunyai sistem penyerapan bioaktif (meningkatkan penyerapan asid folik) memandangkan asid folik merupakan sejenis Vitamin B yang sukar diserap.
Vitamin B-Complex amat penting bagi menukarkan tenaga daripada makanan yang kita makan. Vitamin B terutamanya folic acid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung. Vitamin B merupakan vitamin jenis larut air dan ia perlu diambil dalam pemakanan kita setiap hari kerana ia tidak disimpan dalam tubuh. Vitamin B daripada makanan juga mudah hilang sekiranya kita memasak makanan terlalu lama.
Terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa Vitamin B12 juga boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan membantu tumbesaran bayi yang disusukan. http://jn.nutrition.org/content/144/5/758.abstract

 3) Vitamin-C Plus SR

Vitamin C amat membantu system imunisasi dan membantu melawan jangkitan dan penyakit bagi kedua-dua ibu dan bayi yang disusukan. Satu kajian menunjukkan ibu-ibu menyusu yang mengambil Vitamin C, mempunyai konsentrasi Vitamin C pada bayi. Oleh itu, bayi-bayi yang secara ekslusif diberi susu ibu tidak mengalami kekurangan Vitamin C. http://ajcn.nutrition.org/content/40/5/1050.abstract
Vitamin C yang dihasilkan mempunyai molekul sama seperti yang terdapat dalam buah sitrus. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi Vitamin C. Vitamin C Plus SR setara dengan 1 ½ biji oren setiap jam selama 5 jam.
Vitamin C juga sejenis vitamin larut air dan perlu diambil setiap hari dalam pemakanan kerana ia tidak disimpan dalam tubuh. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan gugur dan kulit menjadi kering. Daya tahan tubuh menjadi lemah dan ibu akan mudah jatuh sakit.

4) Energizing Soy Protein (ESP)

Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein, selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. ESP merupakan non-GMO soy protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
Protein dalam tubuh juga sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi. Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

5) Ostematrix

Ostematrix terdiri daripada nutrient kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zink, kuprum dan magnesium yang penting dan diperlukan oleh tubuh. Ostematrix menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.
 
 
Kalsium amat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat kepada bayi melalui khasiat  susu ibu. Kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika ibu yang berpantang hanya banyak berbaring dan tidak aktif. Kalsium juga amat penting untuk memperbaiki fungsi system saraf, mengelakkan rasa kebas dan sengal-sengal pada anggota kaki dan tangan. Kalsium juga mempercepatkan pengecutan rahim kembali ke saiz asal. Wanita yang menyusukan anak memerlukan sebanyak 1000 mg hingga 1500 mg kalsium setiap hari.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa Complex pula digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu ibu dan turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas bersalin. Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundis atau sakit kuning. Selain itu, alfalfa diperkatakan membantu merapatkan semula keintiman wanita. Bagi yang ingin cepat kurus selepas bersalin, alfalfa juga boleh membantu kerana peranannya mendetoks keseluruhan tubuh badan.
7) Omega Guard
Ibu-ibu yang berpantang secara adatnya perlulah selalu berasa panas dan elakkan sejuk-sejuk, kan? Ibu-ibu perlu elakkan makanan sejuk, minuman sejuk, mesti selalu berpakaian panas, memakai stokin, memakai selimut, perlahankan kipas, mengelakkan air-cond, malah angin luar rumah pun kena elak. Basuh pinggan pun mesti elak supaya tak selalu bermain dengan air. Jadi dengan Omega Guard, ia mempunyai effect ‘panas’ yang bagus untuk dalaman ibu-ibu berpantang. Dengan amalkan Omega Guard, badan akan kekal hangat walaupun berada dalam suasana yang sejuk. 
Omega Guard mempunyai asid lemak yang sangat penting dan sihat iaitu Omega-3 yang sangat bagus untuk membakar lemak dalam badan. Bagi mereka yang suka nak kuruskan badan selepas bersalin, Omega Guard ni memang sesuai. Di samping itu, Omega Guard juga bagus untuk penjagaan kolestrol dengan menurunkan paras kolestrol jahat LDL. Sekaligus menjaga kesihatan jantung ibu selepas bersalin.
Omega Guard merupakan minyak ikan yang sangat baik untuk daya tahan tubuh ibu berpantang agar tak mudah selsema, batuk ataupun demam. Kalau terasa ada kahak ketika batuk, ambil minyak ikan ini bagi membantu melegakan batuk dan mencairkan kahak.
Dan tentunya disebabkan Omega ini mengandungi khasiat DHA dan EPA, ia amat baik untuk kesihatan otak ibu, juga baik untuk bayi yang disusukan. Bila ibu mengambil DHA dan EPA, ia akan turut disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Khasiat DHA dan EPA ini amat baik untuk perkembangan otak dan mata bayi yang penting untuk tumbesaran.

Kepentingan Set Berpantang Shaklee

    1) Set Berpantang Shaklee bantu pulihkan tenaga ibu selepas bersalin

Ibu sememangnya akan berasa lemah selepas bersalin. Mereka perlukan makanan yang sihat dan sesuai bagi mengembalikan tenaga mereka dan pulih daripada kepenatan. Set berpantang Shaklee ini boleh membantu ibu agar cepat pulih daripada penat dan lemah. Ibu akan berasa cergas, mempunyai tenaga yang luarbiasa dan mampu untuk berjaga malam, menyusu dan berjalan tanpa kesukaran. Cuba bayangkan, ibu yang baru bersalin mampu ke nak makan pelbagai makanan berkhasiat dengan cukup seimbang setiap hari? Dengan letihnya, lemahnya, pantang-larang makanannya, pastinya makanan ibu berpantang tak mampu untuk cukupkan nutrisi yang mereka perlukan bagi mengembalikan tenaga. Bila badan tak bertenaga, susah nak menguruskan bayi dan berpantang pada masa yang sama.

     2) Set Berpantang Shaklee bantu pulihkan luka perineum/episiotomy dan pembedahan dengan cepat dan baik

Ibu yang bersalin, lebih-lebih yang pertama kali bersalin berkemungkinan besar untuk hadapi luka episiotomy dan mereka perlu dijahit. Tentunya ibu-ibu mahu cepat sembuh kan? Bukan sahaja nak cepat sembuh, tapi nak betul-betul sembuh dengan baik dan sempurna. Lagi-lagi kalau luka berdarah kembali, lagi ngeri. Bahagian tu dah la penting untuk setiap isteri. Ibu yang bersalin melalui pembedahan apatah lagi. Rahim mereka dah ditoreh sebanyak 7 lapisan semasa pembedahan. Mereka perlu pulih dengan baik di luar dan dalam secara semulajadi dan proses pemulihan pembedahan ini akan mengambil masa yang lama. Lagi 2 tahun baru doktor benarkan ibu bersalin secara pembedahan ini untuk mengandung lagi kerana mereka perlukan masa untuk benar-benar pulih dan bersedia untuk mengandung lagi. Dengan nutrisi yang lengkap daripada set berpantang Shaklee, InsyaAllah, luka-luka selepas bersalin akan mudah sembuh dan sembuh dengan baik. Ibu juga akan berasa selesa dalam masa yang cepat. Ibu happy, tugasan harian pun tak terganggu.

     3) Set Berpantang Shaklee bantu elakkan bayi daripada mendapat jaundis

Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu menyusukan bayi mereka dengan jayanya sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya bayi tidak menghidap jaundis pada masa yang lama. Bayi yang mendapat jaundis hanya perlu disusukan secara berterusan dengan susu ibu supaya bilirubin yang berlebihan dalam tubuh badan bayi akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Amat kasihan melihat bayi yang terkena kuning sehingga 2 minggu dan terpaksa berulang alik ke hospital dengan keadaan bayi yang masih lemah. Lepas tu kena ambil darah pula tu. Ulang lah sampai bacaan kuningnya mencapai tahap yang memuaskan doktor. Sesetengah ibu yang mengambil jamu atau herba sewaktu berpantang perlu menghentikan pengambilan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi yang menyusu badan akibat efek daripada jamu/herba. Dengan vitamin, ibu-ibu tak perlu tunggu masa nak makan, habis bersalin je boleh terus ambil vitamin.

      4) Set Berpantang Shaklee bantu memperbanyakkan susu ibu

Dalam set berpantang Shaklee terdapat satu produk yang berupaya memekatkan lagi susu ibu iaitu ESP Shaklee. Susu ibu yang pekat dan lemak berkrim akan membuatkan bayi berasa cepat kenyang dan kurang meragam. Apabila bayi cepat kenyang, bayi akan tidur dengan lebih lama dan nyenyak. Ibu pun akan merasa aman dan dan tidak mengalami stress. Bila dah macam ni, tentunya tempoh berpantang ibu akan menjadi lebih bahagia dan menenangkan. Oh bahagianya! Lagi pula ibu selepas bersalin perlu kumpulkan stok susu sebelum masuk kerja semula. Inilah masanya untuk pam serajinnya dan sebanyaknya. Bila dapat kumpul stok susu sampai dah penuh freezer peti ais, barulah tenang dan bersedia untuk kembali bekerja nanti. Tapi ibu kena la ikut peraturan demand and supply untuk banyakkan stok susu ibu juga.

       5)  Set Berpantang Shaklee bantu elakkan bayi kembung perut

Kembung perut dapat dielakkan dengan bantuan ostematrix Shaklee yang diambil oleh ibu yang berpantang dan menyusu dengan set berpantang Shaklee. Dengan khasiat kalsium daripada ostematrix, bayi akan mudah lawas dan mudah membebaskan angin daripada perut. Kembung perut ni susah juga. Ada bayi yang akan alami kesukaran tidur malam sebab perut tak selesa akibat kembung. Jadi ini boleh jadi ikhtiar untuk elakkan kembung perut pada bayi.

       6) Set Berpantang Shaklee bantu mengatasi sembelit ketika berpantang

Sembelit sering berlaku kepada ibu berpantang kerana tidak meminum air kosong pada kadar yang badan perlukan atau tidak teliti tentang makanan yang diambil ketika dalam tempoh berpantang. Sayur dan buah-buahan pula kurang dimakan malah dilarang untuk dimakan secara sebarangan. Dengan Ostematrix, ibu dapat mengelak daripada sembelit. Jangan jadikan pengalaman ke tandas itu sebagai mimpi ngeri anda yang baru selepas bersalin! Ostematrix akan membantu perut anda agar lebih mudah lawas. Jadi tak perlu lah anda takut.

       7) Set Berpantang Shaklee bantu mengawal stress ketika berpantang

Ibu yang berpantang biasanya mudah risau atau stress kerana tidak cukup rehat, tidak bertenaga, tak menang tangan menguruskan bayi atau anak-anak lain dan perlu kerap bangun malam untuk menjaga bayi. Apatah lagi sekiranya bersalin secara pembedahan, lagi sukar nak diuruskan. Kajian perubatan membuktikan bahawa B-Complex dapat mengawal stress dan mengelakkan kemurungan atau orang kata meroyan selepas bersalin. Meroyan ni jangan buat main tau. Kalau ibu stress yang tidak dikawal, ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi sendiri. Jadi dengan B-Complex, ibu akan merasa lebih tenang, relaks dan dapat melalui tempoh berpantang dengan lebih baik.

       8) Set Berpantang Shaklee membuatkan kulit ibu dan bayi menjadi cantik

 

Inilah kesan sampingan bagi ibu-ibu yang mengambil set berpantang Shaklee ini. Khasiat dalam Vitamin C Plus, B-Complex dan ESP adalah kombinasi yang penting untuk pemulihan luka yang turut memberi kesan sampingan kulit tampak lebih berseri dan makin cerah. Tidak lah muka pucat dan lesu. Kan masa berpantang kan selalu muka ibu-ibu lepas bersalin kan pucat je, tak berseri je. Jadi ini kira bonus kalau makan set berpantang Shaklee. Muka akan menjadi licin, gebu dan flawless. Jadi lepas habis je berpantang, boleh masuk kerja semula dengan lebih berkeyakinan dan berketerampilan.

       9) Set Berpantang Shaklee membina semula darah yang banyak hilang ketika bersalin.

Biasanya ibu selepas bersalin menjadi pucat, letih dan tidak bermaya kerana telah kehilangan banyak darah semasa bersalin. Sudahlah banyak pantang-larang dalam pemakanan, ibu pula tidak mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya untuk membantu badan membina semula darah yang hilang. Set Berpantang Shaklee ada menyediakan nutrisi zat besi yang membantu ibu membina semula darah yang telah banyak hilang ketika bersalin. Darah ni penting untuk tubuh badan kita kembali sihat dan cergas semula. Badan kita pun nak kembali berfungsi sebagaimana sepatutnya. Nanti kalau tak cukup darah, tak cukup oksigen, nafas tak cukup, buat kerja sikit dah penat, bahaya tau. Terpengsan nanti. Haa, nanti siapa yang susah? Ibu dan anak juga yang susah. Ibu selepas bersalin la yang paling perlu untuk bina semula darah yang telah hilang supaya dapat pulih dan kembali sihat.

      10) Harga set berpantang Shaklee yang berpatutan.

 
Percayakah anda kalau dikatakan set berpantang Shaklee boleh dikatakan yang PALING MURAH di pasaran kerana secara puratanya, harga Set Berpantang Shaklee ini hanya lebih kurang RM 160 sebulan yang lengkap dengan semua fungsi untuk banyakkan susu, kurus dan juga ketat, rapat dan cantik. Lebih menguntungkan lagi, supply Set Berpantang Shaklee ini bertahan selama 4 bulan lamanya. Untung, kan? Set Berpantang Shaklee ini bukan sahaja memberi banyak kebaikan kepada ibu dan bayi, malah amat berbaloi kepada wang anda.
Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee PREMIUM

 

Baca juga :

Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Selepas Hamil ?

Set Menyusu Shaklee Yang Terbaik Untuk Anda Ibu-ibu Hebat dan Nak Sihat !

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Membantu Ibu Menyusu ?

Apa yang Best dengan Supplement Shaklee (Versi Ibu Menyusu) 

 Penutup

Jadi dengan segala kelebihan dan kepentingan Set Berpantang Shaklee ini, setiap ibu sebenarnya WAJIB memilih dan mengambilnya untuk berpantang dengan sempurna. Apa yang kita nak, sebaik sahaja selepas selesai tempoh berpantang, ibu akan kembali pulih, kembali sihat, kembali cergas dan mampu berperanan sebagai seorang isteri, wanita dan ibu berkerjaya semula sama seperti ketika sebelum mengandung mahupun seperti ketika sebelum bersalin.

Percayalah! Set Berpantang Shaklee adalah apa yang setiap ibu perlukan. Set ini akan banyak membantu meringankan beban ibu. Ibu-ibu tak perlu runsing dirinya dan bayi tak cukup khasiat sepanjang tempoh berpantang ni. Serahkan sahaja kepada Shaklee untuk membantu. Pasti para ibu tak akan menyesal dan terus merasai kebaikannya. INGAT! Badan wanita ni perlu dijaga dengan sebaiknya. Lagipun nak pakai lama. Pastikan anda membuat keputusan bijak dengan mendapatkan nutrisi yang terbaik lagi bermutu tinggi daripada Shaklee untuk ‘maintenance’ tubuh badan anda sendiri yang begitu berharga pada masa kini dan masa depan.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

4 thoughts on “Set Berpantang Shaklee : Kebaikan yang Sangat Hebat!

  1. Pingback: Pengedar Shaklee di Petaling Jaya, Setapak dan Bangi COD 012-6753078 • SyahidaShukri

  2. Pingback: Kursus Berpantang 2018 • SyahidaShukri

  3. Pingback: Kursus Confinement Lady dengan Produk Shaklee • SyahidaShukri

  4. Pingback: Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge