Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Modal?

By | 16/03/2018

Hai Assalamualaikum! Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Modal belajar Kursus Spa? OK hari ni saya akan kupas mengenainya okay?

Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Semula Modal untuk Belajar Kursus Spa?

Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Semula Modal untuk Belajar Kursus Spa?

Syukur Alhamdulillah bila sejak kebelakangan ni, makin ramai wanita yang tertarik nak menceburi bisnes Mobile Spa ni. Asalnya tak reti, tak berani. Sebab tangan keras dan tak berpengalaman. Tapi minat tu ada. Dalam hati ada keinginan gitu. Tapi tak pandai. Tapi nak. Ha camtu. Tapi datang pulak rasa was-was. Eh boleh ke pergi jauh bisnes mobile spa ni? Takut pulak kalau dah labur duit beribu tapi tak dapat balik modal. Camne?

Pengalaman Saya Memulakan Bisnes Mobile Spa dan Home Spa

Saya nak ceritalah pengalaman saya mewar-warkan servis mobile spa saya kepada jiran-jiran tetangga saya sebaik sahaja selepas saya selesai training. Ni baru jiran satu apartment tau. Belum jiran luar-luar satu taman perumahan lagi. Mak oiii permintaan menderu-deru. Sana sini minat nak booking. Maklumlah ada jiran boleh datang buat mobile spa kat diorang. Ataupun diorang datang rumah saya sebab saya ada Home Spa. Boleh pilih mana-mana. So boleh rest and enjoy sebab ada jiran yang boleh tawarkan khidmat spa. Anda yang dengar dan baca ni pun mesti minat kan? Ye la sebab dekat je. Mudah je. Untung kalau ada orang yang tahu buat spa duduk dekat-dekat.

Itulah kalau dah namanya wanita. Pasti suka wajah diberi treatment dan facial. Jangankan wanita. Lelaki pun suka. Sebab suami saya selalu request nak buat facial. Best la sebab ada orang boleh bagi urutan kat muka. Release stress gitu kan! Tambah-tambah plak selesai je session, wajah jadi makin licin & cerah. Siapa tak suka kan? Tak yah pergi premis spa. Enjoy macam dapat khidmat spa kat kedai spa tapi kat rumah je.

So nampak tak? Keinginan dan permintaan di kalangan wanita memang banyak. Dan anda tak yah terkejut ye bila ramai wanita yang sanggup je spend duit untuk Mobile Spa ni. Sekali sekala je pun. Bukannya selalu. Diorang dah stress ngan kerja dan kesibukan menyebabkan mereka suka facial dan spa treatment camni untuk release stress dan belai wajah mereka. Reward gitu.

Itu baru promote kat group Whatsapp kejiranan dan apartment sendiri. Belum promote di Facebook atau Instagram lagi kan? Kalau promote kat kawan-kawan Facebook, lagi la menderu orang request nak facial. Jadi, langkah awal yang kita boleh lakukan adalah promote di kalangan kenalan terdekat dahulu. Kemudian dari situ, ‘word of mouth’ akan tersebar pula kepada orang lain iaitu kawan kepada kawan. InsyaALlah dengan mudahnya anda bakal mendapat pelanggan yang ramai dan dapatlah juga cover balik modal yang dah anda belanjakan untuk menyertai kursus spa The Walking Beauty.

Permintaan Mobile Spa Yang Tinggi

Ha jom tengok contoh-contoh promotion ni. Kejap aje ramai gila orang like dan komen. Siap request nakkan facial lagi. Serious tau. Melainkan kalau anda takde Facebook atau takde kawan kat Facebook, then for sure lah takde orang nak komen atau request :D. Tapi basically kalau kita promote di kalangan rakan-rakan, InsyaALlah.. ramai yang mahukan servis kita.

Bisnes mobile spa yang mempunyai permintaan yang tinggi

Bisnes mobile spa yang mempunyai permintaan yang tinggi

Sejauhmana Pula Bisnes Mobile Spa Ini Boleh Memulangkan Balik Modal?

Ok permintaan dah tinggi. Tapi macam mana pulak dengan modal yang kita dah laburkan? Senang tak dapat balik?

Terang-terang lah mudah, sebab permintaan tinggi. Eh serius saya cakap asalkan anda promote, ramai yang mahu. Dan asalkan anda rajin menerima booking dan memenuhi permintaan pelanggan, InsyaAllah mudah je dapat cover balik modal yang dah anda laburkan untuk menyertai Kursus Bisnes Mobile Spa. Lagi-lagi dengan Bisnes Mobile Spa ‘The Walking Beauty’ kami ini.

Ha cuba tengok pendapatan team spa TWB kami nih. Masyuk ke tak..?

Ni hasil bisnes mobile spa anak buah spa saya dalam masa 1 hari. Termasuk booking untuk weekend.

Ni hasil bisnes mobile spa anak buah spa saya dalam masa 1 hari. Termasuk booking untuk weekend. RM800 tau! Bukan sejak awal bulan (2 minggu++ selepas dia hadiri training).

Pendapatan daripada bisnes mobile spa selama 4 hari.

Pendapatan daripada bisnes mobile spa selama 4 hari. Beratus-ratus dia dapat dah.

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Pendapatan Bisnes Mobile Spa Ahli TWB

Nak kata diorang berbakat sebelum join, tak pun. Semua pun mana ada background beautician. Macam-macam profesion mereka semua. Semua bermula dari tak pandai langsung. Semua bermula tanpa pengalaman. Yang pasti semua bermula dengan MINAT. Dan mereka berjaya kerana mereka NAK dan mereka RAJIN. Jadi asalkan anda MAHU, anda juga pasti BOLEH.

Kami dah rasa. Senangnya dapat balik cash dengan buat spa je. Saya jujurnya pernah ada pengalaman buat kek, juga ada pengalaman buat bisnes dropship jual barang pendidikan kanak-kanak. Mana lagi senang dan menguntungkan? Mobile spa ni la yang lagi mudah dan menguntungkan bagi saya. Tapi tu lah, asalkan rajin. Tapi sama je sebenarnya. Buat kek ngan jual barang pun kena rajin kan? Hehehe.

Kalau tengok kat atas tu, beberapa jam je dah boleh collect ratus-ratus. Sehari malah satu hujung minggu juga lagi banyak ratus dah boleh dapat. Katakan anda dapat seorang customer di rumahnya. Selalunya ahli keluarganya yang lain pun mau juga. So bertambah lagi rezeki yang terpaksa anda terima. Hehe.

Memang terbakar je rasa kan bila tengok mudahnya team spa yang lain senang buat duit? Anda juga boleh. Kalau anda berani cuba. Jangan risau sebab dalam sistem TWB, anda akan sertai di bawah mentor dan support group yang sangat membantu. Andaikata anda ada terlupa steps, team kami juga pasti tak keberatan untuk membantu anda ingat semula :-).

Tak mampu nak cover customer anda? Pass kat team lain yang berdekatan. Biar kita sama-sama saling memenuhi permintaan pelanggan dan kita berkongsi pendapatan. Best kan duduk dalam networking ramai dan supportive camni?

Jom! Join our TWB family! Bermula Mac 2018, Pakej Kursus Mobile Spa kami berharga RM1,299. Kursus ini merangkumi 5 jenis modul servis spa yang semuanya mudah-mudah dan 1 advanced modul tentang bagaimana memulakan bisnes mobile spa ini. Pakej ini juga termasuklah bahan-bahan kecantikan daripada Shaklee yang bakal anda terima dan juga Skincare viral dan digilai ramai sekarang; Youth Skincare!

Boleh juga baca lebih lanjut di sini : Pakej Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai ‘The Walking Beauty’ Mulai Mac 2018.

Yang paling best bagi saya, produk paling berkualiti yang bakal anda terima tu. Produk natural dan bebas bahan kimia, malah mempunyai kajian klinikal daripada saintis antarabangsa Shaklee. Jadi anda dan customer anda tak perlu risau akan bahaya produk ke atas mereka.

Baca juga : Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa “The Walking Beauty”?

Penting tak kualiti produk? Sangat penting. Sebab ia akan menentukan keberkesanan facial dan spa anda dan ia bakal memberikan pengalaman yang memuaskan kepada pelanggan anda. Bila pelanggan rasa puas hati dengan servis anda, produk pun sangat berkualiti, mereka minat nak mengulangi sesi yang sama pada masa depan.

Lagi menguntungkan bila mereka siap nak order pulak produk Shaklee dan skincare Youth daripada anda. Dahhh anda terpaksa dapat untung retail pulak. Atau kalau mereka terus nak join jadi member Shaklee, anda pun terpaksa mengembangkan organisasi Shaklee anda. Gituuu!

Penutup

Ok panjang pulak membebel. Dah nampak kan proven result bahawa Bisnes Mobile Spa ini boleh dapatkan balik modal anda? Apa kata anda jangan tunggu lagi. Lagi tunggu lagi lambat la nak merasa duit berkepuk-kepuk macam kat atas tu. Pakej Spa pula makin lama makin mahal nanti.

Minat nak join, hubungi saya terus k! Boleh call atau whatsapp Shye 012-6753078.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli Beautician Spa ‘The Walking Beauty’ dan Pengedar Shaklee

10 thoughts on “Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Modal?

    1. syahida Post author

      Mak Naziman Sabah area mana? Kita ada trainer area Lahad Datu 🙂

      Reply
  1. Justunique

    Asalkan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan jangan putus asa terlalu cepat, semua bisnes pun ada peluang untuk mencapai kejayaan.

    Reply
    1. syahida Post author

      betul tu.. Mesti bergantung kepada sikap jugak.

      Reply
  2. Pingback: Kursus SPA The Walking Beauty 2018 - Kursus Spa Termurah! • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.