Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

By | 26/09/2019

Hai Assalamualaikum. Saya yang dulu bukan yang sekarang. Hari ni saya nak share apa yang telah saya kecapi pada hari ini jika dibandingkan masa saya yang lalu. Sekadar nak menyimpan memori lama saya dan bersyukur dengan apa saja yang saya perolehi pada hari ini. Harap dapat simpan 1 entry mengenai ini sebagai kenang-kenangan.

Saya Hari Ini

Alhamdulillah, hari ini saya rasa bahagia di samping suami dan tiga orang anak-anak saya. Saya masih ada Mak, Ayah, dan juga Mak Abah Mertua. Apa yang saya dah lalui hari ini, tak ada pun menghalang apa yang saya buat. Saya resign sepenuhnya daripada seorang engineer, dan kini berjawatan surirumah sepenuhnya di rumah dan juga menjalankan bisnes Shaklee secara full-time.

Dari Sudut Kesihatan & Amalan

Semenjak saya menjalankan bisnes Shaklee dengan serius 4 tahun yang lalu, saya bertindak untuk mempelajari pelbagai ilmu kesihatan, ilmu nutrisi dan ilmu penjagaan diri luaran dan dalaman dalam kelas-kelas Health & Wellness Talk yang dianjurkan pihak syarikat Shaklee.

Tak cukup dengan talk “offline”, talk “online” yang dikongsikan uplines juga terlalu banyak. Baik dari segi kelas mengenai ilmu kesihatan, juga kelas mengenai ilmu bisnes, marketing, strategi dan pelbagai lagi. Jujur saya cakap, bisnes Shaklee adalah ibarat akademi bisnes yang tak henti-henti mengajar ahli-ahlinya bagaimana untuk memulakan perniagaan.

Yang paling istimewa, perniagaan ini pasti dimulakan terlebih dahulu dengan ILMU. Daripada ilmu itu, ia bertukar kepada “tindakan” di mana kita akan turut sama mendisiplinkan diri untuk amalkan semua produk Shaklee baik supplemen kesihatan dan makanan tambahan, produk skincare untuk penjagaan luaran dan juga bahan-bahan pencuci rumah yang sangat berkualiti dan mesra alam.

Apabila kita amalkan, pasti kita juga akan turut mendapat kesan positif hasil amalan kita itu. Untuk pengetahuan pembaca, selama 4 tahun saya berbisnes Shaklee, saya telah menggunakan dan mencuba kesemua produk Shaklee. Semuanya. Dari supplemen, skincare, penjagaan rumah dan juga penjagaan rambut. Ibarat kata, saya telah diShakleekan.

Bukan saja saya, tapi juga suami saya, anak-anak saya, ibu ayah saya, ibu abah mertua saya dan adik beradik saya. Saya adalah agen Shaklee di dalam keluarga saya yang seringkali menjadi tempat sebar ilmu kesihatan dan ilmu nutrisi.

Apa saja yang baik untuk mereka, saya akan kongsikan. Hasilnya? Saya dan suami saya dapat lihat dengan jelas perubahan kesihatan mereka dan keberkesanan segala produk Shaklee satu persatu.

Sekarang, ALhamdulillah.. sejak suami saya sendiri dah nampak keberkesanan Shaklee dan dia sendiri pun dah rasa sendiri, sekarang tak pernah perlu lagi saya pujuk suami saya untuk recommendkan sesuatu kat mak abah mertua saya. Suami saya pula yang sekarang dengan sendirinya selalu ingatkan kat mak abah mertua saya supaya jangan lupa makan Shaklee, jangan skip dan makan la Shaklee banyak-banyak.

Manakala di pihak ibu ayah dan ibu ayah mertua saya pula, mereka sendiri yang selalu minta mana-mana supplemen yang dah kehabisan. Mereka dah rasa bestnya bila amalkan. So bila dah stop, terasa “kosong” dan “lompong”. Pasti mereka akan hubungi saya mintak re’stock :-). Saya, sebagai Shaklee Independent Distributor yang aktif, of course selalu simpan segala stok Shaklee di rumah.

Mak saya maintain sihat. Begitu juga dengan Mertua. Mereka dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa dan bertenaga. Alhamdulillah dengan asbab Shaklee dan ilmu nutrisi semulajadi. Sedikit sebanyak, Shaklee membantu mereka lebih sihat dan mengurangkan simptom penyakit mereka seperti sakit orang tua yang biasa-biasa macam lenguh-lenguh, cepat penat, rasa lesu, sembelit, sakit lutut dan lain-lain.

Dari Sudut Bisnes dan Kewangan

Alhamdulillah semenjak saya berkecimpung di dalam bisnes Shaklee ini juga, saya berjaya memperkukuhkan pendapatan dan kewangan saya setiap bulan.

Apabila saya telah memperoleh pendapatan 4 angka setiap bulan, saya kini menggunakan pay slip Shaklee saya untuk memohon pembelian rumah bersama suami. Bagi yang tidak tahu, pay slip Shaklee adalah relevan pada mata bank tau. Kalau kita guna pay slip ini, it’s ok sebab bank pun ok. Hehe. Selama ni saya asyik nampak uplines yang gunakannnya untuk beli property, kereta dan menggunakan credit cards walaupun mereka full-time housewife. Sekarang, Alhamdulillah saya juga merasainya.

Yang penting, kita lah yang kena usaha untuk besarkan amaun di dalam pay slip itu. Lagi besar bonus kita, lagi besar la chances kita untuk permohonan pembelian rumah dan kereta diluluskan, betul tak?

Sedikit sebanyak ia telah dapat membantu meringankan beban yang suami saya tanggung seorang diri dalam bab pembelian rumah dan juga pembelian kereta. Hasil pendapatan saya, saya bukan saja boleh belikan rewards untuk diri saya, malah saya juga gunakannya untuk membantu berikan pendidikan kepada anak-anak saya. Antaranya adalah kelas renang bayi yang saya belanjakan ke atas anak kecil saya. Boleh baca lebih lanjut di dalam ENTRY INI : Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal?

Alhamdulillah.. memang happy sangat-sangat. Ada orang kata, duit tak boleh memberikan kita kebahagiaan. Tapi dia tak tahu ke yang hidup tanpa duit boleh menyebabkan pelbagai kesengsaraan, depresi dan juga sengketa di antara pasangan? Biasa dengar kan? So, duit bukannya tak boleh memberikan kebahagiaan. Duit sebenarnya jalan untuk kita merasai kehidupan yang lebih selesa, kestabilan, ketenangan dan juga kemudahan dalam urusan kita setiap hari. Yang mana semuanya akan menjurus kepada kehidupan yang lebih bahagia. Tak begitu?

Dengan duit juga, kita boleh bantu orang yang susah. Dengan pendapatan Shaklee yang saya dapat, saya bersyukur bila saya mampu menjalankan ibadah korban setiap tahun pada musim haji, saya dapat mengeluarkan zakat, saya dapat memberikan sedekah dan derma kepada sesiapa yang saya inginkan, saya dapat membantu masjid-masjid dan pelbagai lagi.

Apa yang penting, adalah kita menggunakan rezeki yang kita peroleh itu ke arah jalan yang betul. Mudah-mudahan, Allah akan memberkati pekerjaan kita dan memberkati rezeki kita.

Saya tak pernah menyesal menyertai bisnes Shaklee, malah saya semakin gembira. Walaupun bisnes Shaklee ni tak la glamor pun. Tak ada event yang hu ha ke pakai liplap ke. Takde juga populariti. Bisnes ni tak dipandang orang.

Tapi, dengan berkecimpung dalam bisnes Shaklee inilah saya dapat membantu orang lain memperbaiki tahap kesihatan mereka, membantu para wanita yang nak menambahkan pendapatan mereka melalui Bisnes Servis Mobile Spa TWB, membantu mereka yang ingin sihat dan kuruskan badan dengan cara yang mudah, cepat dan selamat, dan juga membantu orang lain untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee ini juga dengan cara saya menjadi mentor bisnes mereka.

Syukur apa adanya. Next, saya nak kongsikan gambar-gambar Before dan After saya. Jom!! Tengok perubahan saya. Hehehe

Perubahan Saya Yang Dulu dan Sekarang

Ni semua perubahan yang saya bandingkan antara dulu dengan sekarang. Dulu, saya tak pernah detox. Saya juga tak pakai skincare. Hari ni, saya dah amalkan program Jom Detox Jutawan dan saya juga dah amalkan skincare Youth keluaran Shaklee.

Apa yang penting sekali adalah tubuh badan yang sihat, dijauhi sebarang penyakit dan juga badan yang cergas untuk saya jalani kehidupan dan peranan saya setiap hari.

InsyaAllah, usaha saya diteruskan untuk membantu orang lain pula yang berminat untuk menjadi lebih sihat, lebih kurus, lebih berpendapatan tinggi melalui bisnes Shaklee yang kami guide dan juga duduk bersama circle group yang sangat positif seperti Team Jutawan ini.

Penutup

Berminat untuk sertai saya dan mengubah hidup? Saya alu-alukan sebarang penyertaan. InsyaAllah, di sini anda akan mendapat banyak manfaat dan kebaikan bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat. :-). Hubungi saya di 012-6753078

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee semenjak 2014

29 thoughts on “Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

  1. Red Linda
    Twitter:

    Alhamdulillah produk shaklee beri kesan positif pada badan syahida. dan syahida sebarkan pula manfaat pada orang lain. Semoga terus maju jaya =)

    Reply
    1. syahida Post author

      Kalau berminat nak dapatkan produk Shaklee berserta consultation yang tiptop, boleh lah hubungi saya 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih.. Kena la try sama. Baru lah bermanfaat 🙂

      Reply
  2. Kinah

    Dari engineer akhirnya jadi surirumah sepenuh masa adalah pengorbanan yang cukup besar tu sis. Takpe la, ada hikmah semuanya tu. Alhamdulillah banyak perubahan dari sebelum bersama shaklee dan selepas bersama shaklee ye. Semoga sis terus sukses bersama Shaklee

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih Kinah. Allah berikan jawapan melalui cara ini. Lama-lama baru nampak hikmahnya 😉

      Reply
  3. adianiez AIDA

    aida ahli shaklee.
    so, tau la. pengguna shaklee.
    but tak berbisnes. more to penggunaan sendiri.
    kesihatan ni is keutamaan.
    jgn tunggu sakit, baru nak merawat.
    jadikan amalan semasa sihat. agar kesihatan berpanjangan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Tahniah Aida kerana dah jadi ahli Shaklee dan decide untuk guna sendiri. Tu pun dah cukup baik. Cuma, kalau dah dapat manfaat, kena la share dengan ahli keluarga yang tersayang juga 🙂

      Reply
  4. Fadzi Razak
    Twitter:

    Best kan bila dapat buat duit sambil sambil jaga anak dekat rumah. kira kita boleh jaga anak sendiri dalam masa yang sama, boleh tolong suami buat duit bayar bil. Paling best siap boleh beli rumah. Alhmadullilah
    Fadzi Razak recently posted…Beza Bisul Dengan JerawatMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Bab boleh beli rumah tu yang paling best.. Bukan senang nak beli rumah kan. So bila kita mampu support, kira kita adalah surirumah yang sangat lain daripada yang lain 🙂 Alhamdulillah segalanya Allah juga yang bagi. Berbanyak syukur kepadaNya.

      Reply
  5. mekyunie

    semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi. semoga semakin tahun semakin ‘enhance’ kita punya amalan, skop karier dan juga seluruh aspek kehidupan. insyaAllah.

    Reply
  6. Marina

    Tahniah berjaya buat income dengan shaklee. Semoga terus berjaya

    Reply
  7. Dilah

    Orang perempuan memang bagus boleh buat bisnes dari rumah.. Sambil berbisnes, masih boleh uruskan keluarga dan anak-anak. di samping kita nak naikkan kualiti hidup kita, kita boleh bantu orang lain juga untuk menjana pendapatan untuk keluarga mereka kan..

    Reply
  8. De Alif
    Twitter:

    Alhamdulillah dan tahniah… Apabila saya baca artikel ni memang rasa terinspirasi dengan setiap maklumat yang disertakan… Di samping dapat menjana pendapatan, dapat juga menjaga keluarga sebaik-baiknya… keep it up…

    Reply
  9. Ruby

    Alhamdulillah, tahniah Syahida.

    Ruby tumpang happy dengan pencapaian Syahida dalam Shaklee.

    Alhamdulillah, banyak kesan positif yang Syahida alami selepas mengamalkan supplement dan skincare dari Shaklee.

    Terus sebarkan manfaat ya.

    Semoga maju jaya, dan capai Rank Master Syahida Shukri. Aamiin YRA

    Reply
    1. syahida Post author

      Amin. Terima kasih Ruby di atas doa-doanya 🙂

      Reply
  10. Ann Noura
    Twitter:

    Wahh banyak ya perubahan positif.. Alhamdulillah sgt la.. Good for you.. Tengok ni terus rasa nk detox selalu.. Hehehehe

    Reply
    1. syahida Post author

      Jom lah… Program detox kami sangat supportive dan memberikan result yang luar biasa berkesannya :). Tak rugi join 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih… Semoga bermanfaat . Semua orang boleh berjaya 🙂

      Reply
  11. Faridah daik

    Beza sgt bila tengok gambar shye dulu dengan sekarang. Dulu kulit nampak kusam, sekarang kulit nampak glowing.
    Saya pun bagi parents saya supplement Shaklee. Bila dh nak habis deorang akan call bgtau suruh bawak balik kampung atau pos. Deorang dapat rasa beza bila makan supplement dengan tak makan. So memang tak boleh putuslah bekalan supplement Shaklee utk parents saya di kampung.
    Faridah daik recently posted…APA YANG BEST JOIN #TeamJutawanMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Teruk betul saya dulu. Tu zaman lagi muda tu tapi muka lagi teruk. Sekarang dah faham mengenai nutrisi, makin tua makin sihat dan makin nampak berkeyakinan, Alhamdulillah. TQ Allah rezekikan kita dengan ilmu & pengalaman ni 😉

      Reply
    1. syahida Post author

      Keke thank u.. Gitu lah beza zaman belum kenal Shaklee dengan sekarang dah amalkan Shaklee 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.