Saya Suka Pergi ke Spa dan Suka Produk Shaklee. Ada Tak Spa dengan Shaklee?

By | 10/01/2018
Spa dengan Shaklee

Spa dengan Shaklee di bawah Projek Spa “The Walking Beauty”

Spa dengan Shaklee? Saya tahu ramai orang di luar sana yang merupakan pengguna Shaklee. Sama ada dah jadi ahli atau tidak, memang ramai orang yang dah pernah try consume Shaklee. Terutamanya kaum wanita yang mahukan kecergasan, kesihatan dan kecantikan sepanjang tempoh hamil, berpantang atau menyusukan bayi. Kemudian mereka mendapat ‘side effect’ bahawa nutrisi Shaklee amat membantu mereka menguruskan badan dan mencantikkan wajah serta memberikan kesihatan yang sangat luar biasa.

Kalau ada yang belum tahu, Shaklee juga ada rangkaian set penjagaan wajah atau skin care dia yang tersendiri. Jadi ia bukannya fokus kepada kecantikan dalaman sahaja sehingga terserlah secara luaran. Tapi ia juga mempunyai set penjagaan luaran untuk kecantikan kulit. Bagi pengguna dan peminat Shaklee, selepas mereka mengamalkan pemakanan nutrisi Shaklee dan berpuas hati, selalunya mereka nak cuba pula Skincare daripada Shaklee.

Memandangkan Shaklee dah siap merangkumi kedua-dua kecantikan dalaman dan luaran, suka tak kalau saya recommend gabungan antara Spa dengan Shaklee? Ala macam Spa Sessions kat Spa Saloons tu. Yang korang suka gi buat facial tuuu. Since ramai yang dah sukaaa cintaaa dengan produk Shaklee, why not try Spa yang menggunakan produk Shaklee?

For those yang pernah consume Shaklee, mesti tak pernah dengar lagi pasal Spa dalam Shaklee. Memang tak semua orang yang dah jadi ahli Shaklee tahu pasal adanya Spa combined with Shaklee ni. Gabungan antara Servis Spa dengan Shaklee ni hanya dicipta atas inisiatif kumpulan Shaklee daripada susur galur Master Ainul Shahrazad, iaitu pengasas kepada Projek Spa “The Walking Beauty (TWB)”.

Sebagai peminat Spa sessions di premis-premis spa dan peminat kecantikan, juga merupakan peminat dan pengguna tegar Shaklee, Puan Ainul telah mendapat idea untuk menggabungkan antara spa dengan Shaklee. Iaitu menawarkan khidmat spa yang menggunakan rangkaian produk Shaklee. Bagi setiap peminat dan pengguna tegar Shaklee, mesti rasa teruja kan dengan idea Spa dengan Shaklee ni?

Projek Spa TWB ini telah diwujudkan pada tahun 2015 dan kini masih giat diteruskan. Konsep Spa TWB ini adalah mewujudkan peluang bisnes servis spa yang mampu milik kepada para wanita yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan melalui spa. Tapi dengan gabungan antara spa dengan Shaklee, para usahawan Spa bukan sahaja berpeluang memperoleh pendapatan melalui servis spa sahaja, malahan mereka juga berpeluang memperoleh income melalui up-selling vitamins Shaklee yang SANGAT berguna untuk kecantikan wanita dari dalam.

Jadi dengan gabungan kesihatan, kecantikan dari dalam dan skincare dalam spa TWB ini, setiap client spa TWB pasti akan merasa puas dan gembira dengan khidmat servis spa yang TWB tawarkan. Apabila clients spa datang untuk merawat wajah dengan spa, mereka juga bakal mendapat konsultasi tentang cara-cara menyelesaikan masalah kulit wajah mereka secara dalaman dan melalui nutrisi Shaklee.

Sebagai contoh, team spa TWB kita kerap mendapat clients spa yang mempunyai masalah resdung yang menjadi punca terjadinya jerawat di wajah yang menyebabkan mereka cenderung untuk mendapatkan khidmat rawatan facial. Jadi selain daripada mendapat khidmat facial daripada kami dengan menggunakan rangkaian produk Shaklee, mereka juga boleh mencuba supplemen Shaklee yang sesuai bagi mengatasi masalah resdung mereka. Iaitu dengan mengamalkan Set Resdung : Vitamin C, Alfalfa dan B-Complex. Juga boleh ditambah dengan Garlic Complex sekiranya resdung mereka begitu kronik.

Jadi, selain daripada mendapat rawatan kecantikan facial, mereka juga boleh mengetahui cara-cara mengatasi masalah kesihatan mereka yang biasa menjadi PUNCA kepada masalah luaran mereka iaitu jerawat. After all, adalah lebih baik kita atasi PUNCA kepada masalah daripada hanya merawatnya dari segi luaran atau SIMPTOM luarannya sahaja iaitu jerawat. Kalau nak hentikan  jerawatnya, dah tentulah lebih berbaloi jika kita rawat PUNCA jerawat tu sendiri iaitu masalah resdung. Betul tak?

Dengan itu, cantik pun dapat, sihat pun dapat. Maklumlah, resdung ni seksa tau. Hari-hari bersin pagi-pagi. Dengan jerawat yang takde kesudahannya. Saya faham sebab saya salah seorang penghidap resdung. Dan Shaklee telah banyak membantu saya mengatasi masalah resdung ni. Kalau dulu, saya kerap bersin pagi-pagi, tapi sekarang Alhamdulillah, jarang nak bersin lagi. Jadi bila saya dapat atasi masalah resdung, sah-sah lah saya juga sedang mengatasi masalah dan punca jerawat saya. Haaa, seronok kan? Tak sama kan macam Spa biasa-biasa?

Jujurnya, ramai jugak peminat Shaklee yang teruja dengan idea gabungan Spa dengan Shaklee ni. Tapi maaf bagi mereka yang dah menjadi ahli Shaklee, kerana program Spa TWB ini hanya terbuka kepada mereka yang belum pernah menjadi ahli Shaklee tau. Tapi kalau anda dah pun menjadi ahli Shaklee sebelum ni, kalau nak juga join Projek Spa TWB untuk menjana income melalui bisnes spa dan menjadi usahawan spa, anda perlulah re-sponsor keahlian anda di bawah kami.

Spa dengan Shaklee : Kenapa Projek Spa “The Walking Beauty” Menggunakan Produk Shaklee?

  1. Produk Shaklee sendiri yang berkualiti tinggi kerana bebas bahan kimia, organik, semulajadi, mesra alam dan malah dijamin berkesan serta selamat.
  2. Produk Shaklee mempunyai R&D menyeluruh, kajian saintifik serta ujian secara klinikal yang mengukuhkan lagi kualiti produknya.
  3. Produk Shaklee telah lama berada di dalam pasaran. Produk pertamanya iaitu Vitalea telah pun berusia lebih 100 tahun dan kini produk Shaklee telah diterima oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dengan kesan yang amat positif dan berkesan. Bukti bahawa produk Shaklee sangat berkualiti. Kalau tak, takkan boleh bertahan lama kan.
  4. Produk Shaklee yang kami gunakan adalah selamat dimakan. Jadi kalau dah selamat dimakan, dah tentulah kalau apply kat muka pun lagi lah selamat, kan.
  5. Banyak premis spa yang menggunakan skincare tempatan dan juga produk OEM (produk kosmetik atau skincare yang dikeluarkan daripada kilang yang sama, tapi jenama je berlainan). Jadi kami ingin menciptakan kelainan terhadap bisnes spa kami. Iaitu dengan menggunakan produk berkualiti tinggi seperti Shaklee yang diformulasikan oleh saintis hebat peringkat antarabangsa.
  6. Apabila kami menggunakan produk yang berkualiti tinggi berserta modul kami yang hebat tapi mudah, pastinya clients spa kami selalu berpuas hati dengan servis kami serta kerap ingin mengulangi sesi spa mereka dengan kami. Secara tak langsung, kerja marketing anda semakin mudah. Itulah bezanya servis yang berkualiti dengan yang tidak.
  7. Kami sendiri merupakan pengguna dan peminat Shaklee. Jadi dah tentulah nak guna semua produk Shaklee untuk kecantikan dalaman dan luaran.
  8. Kami ingin mempromosikan kesihatan dan kecantikan. Bukan semata-mata kecantikan. Dan kami juga ingin memberikan kesedaran kesihatan serta kecantikan dari dalam ke luar. Sebab itulah, motto TWB yang terbaru adalah “Beauty with Brain”. Semua yang menyertai Projek Spa TWB akan diberikan ELMU kecantikan, dan juga ilmu kesihatan yang bakal mempengaruhi kecantikan luaran.
  9. Apabila Spa digabungkan dengan Shaklee, para usahawan spa bakal memperoleh pendapatan melalui 4 penjuru banyaknya. Jadi walaupun mereka tak berupaya menjalankan servis kerana sakit atau bercuti, mereka tetap ada cara untuk memperoleh pendapatan.
  10. Spa yang digabungkan Shaklee ini bakal menawarkan “Career Development” kepada setiap Beautician. Tidak selama-lamanya mereka akan sentiasa buat facial atau spa je. Bila tiba masanya mereka dah semakin mahir dan konfiden dengan bisnes ini, mereka boleh menaik taraf kerjaya mereka menjadi Trainer. Kemudian menaik taraf lagi kerjaya mereka menjadi Ketua atau ‘Leader’ dalam perniagaan Shaklee serta Spa dan akhirnya bakal memperoleh pendapatan pasif yang tiada had.
  11. Dengan gabungan antara Spa dan Shaklee, setiap Beautician mampu menggunakan Statement pendapatan bulanan mereka melalui perniagaan Shaklee ini untuk memohon kelulusan bank untuk pinjaman perumahan, kereta, atau lain-lain. Ini kerana Bonus Statement daripada Shaklee adalah sangat dipercayai pihak Bank. Jadi, untung kan bila kita buat Spa, tapi income boleh pakai untuk home loan, car loan dan lain-lain.
  12. Spa yang digabungkan dengan Shaklee membolehkan anda terlibat dalam networking dan keluarga Shaklee yang sangat hebat, sangat supportive dan berada di seluruh Malaysia. Dalam networking ini, kita akan saling bantu-membantu dari segi ILMU spa dan pengalaman, serta tips bisnes serta marketing.

Baca lagi tentang Kelebihan Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai “The Walking Beauty”.

Fuh banyaknya kelebihan Spa dengan Shaklee ni. Rasa-rasa best tak? Yang paling best tu mesti korang suka part income 4 penjuru tu kan? Hehehe. InsyaAllah setelah anda join nanti, anda akan dibongkarkan tentang rahsia income daripada 4 penjuru ini. 🙂

Sebenarnya banyak sangat kelebihannya tau bila anda join buat bisnes spa ni. Bukan saja anda bakal mendapat ilmu kecantikan melalui spa, yang anda boleh apply ke atas diri sendiri sambil menjana wang melaluinya, malahan anda juga bakal memperoleh banyak ilmu kesihatan melalui nutrisi dan pemakanan yang sihat.

Secara automatik, anda akan turut ingin memelihara kesihatan, terutamanya kesihatan untuk menyerlahkan kecantikan secara luaran.

Selain tu, kita jugak suka kongsikan tips menabung, tips menguruskan kewangan, tips membeli hartanah, tips bisnes dan memajukan bisnes, tips mendapat pelanggan yang berulang, dan secara tak langsung akan sangat membantu anda mendapat keyakinan dan mengubahkan diri anda dari rendah diri kepada sangat positif.

InsyaAllah, banyak manfaatnya bila anda dah join nanti. Asalkan anda minat, anda nak ubah kehidupan dan ada keinginan sendiri untuk memajukan diri sendiri. Kerana kami hanya boleh memberikan ilmu serta tips, tetapi yang hanya boleh mengubah diri anda adalah diri anda sendiri.

Penutup

Sekiranya anda terpikat dengan Peluang Bisnes Spa “The Walking Beauty” kami yang memberi peluang kepada anda untuk membuka Spa Bergerak Tanpa Kedai dengan nama sendiri, ditambah dengan menggunakan produk Shaklee serta sistem pemasaran gaya Shaklee, maka anda dialu-alukan untuk menyertai kami.

Untuk mengetahui Pakej Spa TWB mulai Januari 2018, kami menawarkan Pakej Kursus Spa sebanyak 6 courses, ditambah dengan 1 advanced course.

Boleh baca mengenainya di : Pakej Kursus Mobile Spa TWB Tahun 2018 Yang Lebih Hebat.

Nak bagi tambah yakin, baca juga kompilasi Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty”. 

Berminat untuk menyertai Kursus Spa TWB bersama kami? Boleh hubungi saya di 012-6753078.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Ahli TWB dan Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

10 thoughts on “Saya Suka Pergi ke Spa dan Suka Produk Shaklee. Ada Tak Spa dengan Shaklee?

    1. syahida Post author

      Ya betul.. bagi yang mencari dan minat 🙂

      Reply
  1. Zumal

    Bagus Shaklee ni sebab boleh dikembangkan jadi bisnes spa selain jual produk saja…

    Reply
  2. zack

    sekiranya dah jadi ahlee shaklee, tapi berminat untuk join twb yang menawrkan pakej rm1999 tu, boleh diterima utk join ke? dah lama sangat teringin nak buat monbile spa dari sebelum join shaklee tadi.

    Reply
    1. syahida Post author

      Hi Zack.. masih ahli Shaklee yang aktif? ataupun dah expired?

      Reply
  3. Zety

    Hye sis. Sy nak tanya. Sy berminat sgt nK join ..tapi dah pun jd ahli Shaklee. Berminat nk join kelas spa tu.. boleh ?

    Reply
    1. syahida Post author

      Kita akan tanya beberapa soalan dulu :). Boleh hubungi saya di 012-6753078.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.