Satu Cerita Pengajaran Yang Menyayat Hati

By | 21/01/2015
Bismillah.

Assamualaikum para pembaca saya yang budiman :-). Cuaca agak panas dan kering pada siang hari sejak akhir-akhir ini. Ramai anak kepada kawan-kawan saya yang alami batuk-batuk kering dan selsema, mungkin kerana berpunca daripada kurangnya minum air menyebabkan sakit tekak, punca kepada batuk dan selsema. Jadi para ibu bapa, silalah pastikan anak-anak kerap meminum air walaupun mereka kata mereka tidak dahaga. Kita sebagai ibu bapa juga mesti banyakkan meminum air supaya badan kita dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Tambahan lagi tubuh badan kita terdiri daripada 70% air, jadi memang sangat penting kita pastikan kita minum cukup air. Bagi anda yang mungkin menggemari minuman kafein seperti kopi, teh dan air bercoklat, maka lagi-lagi la dinasihatkan supaya meminum lebih banyak air ya.

Berkenaan cuaca yang kering dan agak panas ini, saya sebenarnya teringat kepada suatu kisah yang diceritakan oleh pakar nutrisi Shaklee sewaktu saya menghadiri Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee pada tahun lepas. Pada waktu itu, saya belum kenal apa-apa pun mengenai produk-produk Shaklee, malah saya tidak ada kesedaran pun tentang menjaga kesihatan. Bukanlah tak ada langsung, tapi maksud saya, kesedaran itu begitu minimal sekali; seperti kita harus menjaga makan, jaga kesihatan, perlu bersenam, makan makanan yang bersih, semulajadi, kurangkan makanan terproses, kurangkan makanan segera, kurangkan gula, garam, banyakkan makan madu, habbatussauda dan lain-lain seperti itu. Saya seperti orang lain, mungkin sama seperti anda, bila sakit, pergi sahaja ke klinik dan ambil ubat. Pulang ke rumah, makan ubat, berehat dan tunggu sehingga sembuh. (ada macam mengetuk kepala anda juga ke?)

Tapi kan, bila saya hadiri bengkel itu, ia berbeza. Selama ni kita selalu mendapat info dan belajar tentang PERUBATAN; untuk menyembuhkan penyakit. Bukannya NUTRISI, yang mencegah penyakit. Jadi selepas saya mempelajari dunia nutrisi, saya semakin sedar bahawa untuk menjaga kesihatan itu sebenarnya begitu penting kerana ia perlu menjadi suatu amalan harian. Kita perlu mencukupkan badan kita dengan nutrisi dan zat-zat yang diperlukan tubuh untuk kekal sihat. Kita perlu detoks badan kita untuk menyingkirkan toksin yang lama telah berkumpul di dalam tubuh badan kita. Kita perlu amalkan beberapa supplemen penting seperti Omega yang kaya dengan DHA untuk mengurangkan masalah arteri tersumbat akibat kolestrol. Kita perlu ambil supplemen kerana dunia kita yang penuh dengan pencemaran, bahan-bahan kimia yang terlekat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan, suntikan hormon dalam ayam yang kita makan setiap hari, lembu-lembu yang memakan rumput yang tidak berkhasiat, telur-telur ayam yang dihasilkan dengan lebih cepat dan lain-lain perkara lagi dalam dunia makanan. Ini belum lagi ditambah dengan makanan yang banyak mengandungi ajinomoto, bahan pengawet, bahan pewarna dan perisa berlebihan. Semua ini kita didedahkan dan menjadi amalan sewaktu kita kecil sehingga dewasa. Dan tidak hairanlah, pada usia tua kita, pelbagai penyakit yang akan timbul.

Berkenaan cerita tadi, dikisahkan oleh pakar nutrisi tersebut bahawa terdapat seorang pesakit yang merupakan temannya, telah mengalami batuk-batuk kering dalam beberapa hari terawal. Masa ni musim jerebu. Dia memakan ubat batuk seperti biasa. Kemudian setelah tidak sembuh-sembuh, dia telah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rawatan telah diperolehi dan dia diminta pulang untuk melihat progress seterusnya. Keadaan batuknya masih tidak sembuh-sembuh dan makin berlarutan. Diceritakan lagi temannya ini seorang wanita, seorang ibu, mempunyai 3 orang anak kecil (kalau tak silap ingatan saya lah) dan mempunyai suami. Mereka ni agak susah dan sibuk sebab mencari rezeki untuk menampung kehidupan. Dia kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi hospital kata biasa je dan teruskan makan ubat. Wanita ini dan suaminya berasa perlu cuba ke hospital swasta kerana batuk masih lagi berlarutan. Apabila dirawat dan diakses di hospital swasta, doktor berkenaan mengesahkan wanita ini dah ada infeksi di paru-parunya. Dan ia dah di peringkat yang amat serius. Wanita ini perlu ditahan di wad. Suaminya memang ada di sisi. Namun ingin kembali ke rumah kerana perlu mengambil beberapa barang keperluan untuk kegunaan isterinya di wad. Tambahan pula ada anak-anak kecil di rumah yang perlu diuruskan. Doktor memanggilnya, dan menasihatkannya, Encik, tolong jangan ke mana-mana, Please stay by your wife, she has only 1 day to live. (oh ye mereka Chinese)

Dalam keadaan yang amat kritikal dan hiba itu, pada masa itu, dengan rasa berat hati, suaminya perlu menguruskan hal-hal seperti harta, wasiat, peguam dan lain-lain yang berkenaan sementelah wanita ini dah di peringkat tidak dapat diselamatkan. Datanglah peguam ke wad dan uruskan hal-hal penting. Kemudian, sebenarnya tak sampai sehari pun seperti kata doktor, beberapa jam selepas itu sahaja, wanita itu disahkan meninggal dunia.

Does this trigger you? IT DID TO ME. Saya benar-benar terpampan. Bagaimanakah hanya dengan sakit batuk biasa-biasa macam tu boleh berlarutan mendapat infeksi paru-paru dan akhirnya meninggal?

Ya, perkara itu berlarutan. Sakit itu berlarutan. Badan sendiri tak mampu melawan infeksi. Tak bertindak untuk mengubatinya di peringkat awal juga merupakan salah satu faktor utama penyebab penyakit menjadi lebih serius.

Seandainya doktor memberikannya ubat atau antibiotik lebih awal, ia mungkin mampu menyelamatkan nyawa wanita tersebut. Tapi, sembuh atau tidak sembuh, semuanya bergantung kepada keupayaan tubuh badan kita sendiri untuk melawan infeksi tersebut dengan bantuan antibiotik.

Bayangkan sekiranya wanita tersebut mengamalkan sebiji Vitamin C setiap hari berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum terkena infeksi tersebut, mungkinkah kebarangkalian infeksi itu merebak dengan lebih teruk dapat berkurangan, malah mungkin dihapuskan sama sekali?

Vitamin C amat penting untuk kita ambilnya setiap hari kerana tubuh badan kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan Vitamin C. Dan Vitamin C perlu diambil selalu kerana sifatnya yang larut air. Jenis supplemen Vitamin C juga perlu dipilih dengan teliti kerana tidak semua jenis yang mampu bertindak secara Timed Release atau pelepasan secara perlahan-lahan. Pelepasan secara perlahan-lahan atau berperingkat-peringkat ini akan mengelakkan zat Vitamin C itu daripada terbazir ke dalam urin. Jadi tubuh badan kita akan sentiasa mendapat nutrisi Vitamin C pada setiap jap selama 5 jam daripada sebiji tablet Vitamin C Sustained Release. Di dalam sebiji tablet Vitamin C Sustained Release ini juga menyamai khasiat 7.5 biji buah oren. Adakah anda mampu untuk memakan 7.5 biji buah oren setiap hari? Berapa pula harganya? Ia langsung tak sama kos pun dengan sebiji tablet Vitamin C. Jadi sebab itulah, Vitamin C SR ini sebenarnya sangat menjimatkan wang anda. Lebih-lebih lagi ia amat penting untuk menjauhkan diri daripada terkena jangkitan penyakit seperti cerita di atas kerana sifat Vitamin C yang bertindak melawan radikal bebas yang kita selalu terima setiap hari. Begitu juga dengan virus selsema, batuk, sakit demam, sakit tekak, sakit gusi, dan lain-lain.

Saya paling kasihan dengan wanita tersebut yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil. Malah dia mempunyai seorang anak yang masih berusia bayi. Sekarang dia dah tak ada, siapa pula yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya? Sebab itu saya amat galakkan kita semua untuk mengamalkan supplemen. Ia bertindak mencegah penyakit dan anda akan berasa lebih sihat tubuh badan sekiranya membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan anda. Percayalah, gaya makanan seharian kita pada masa kini tidak akan mampu menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Malah sumber alam yang kita makan ini juga sudah banyak dicemari dengan pestisid, udara yang tidak sihat, bahan-bahan kimia, suntikan antibiotik dan hormon penggalak tumbesaran, air yang mempunyai banyak klorin, makanan yang banyak pengawet dan sebagainya.

Jadi, tepuk dada kita selalu. Sayangkan ahli keluarga kita tak? Jika ya, sayangi diri kita dahulu dengan menjaga kesihatan kita sebaiknya. Bagaimana? Iaitu dengan mengamalkan supplemen kesihatan. Terutamanya Vitamin C.

Untuk pengetahuan lebih lanjut dan untuk order, boleh hubungi saya di:

SMS/Whatsapp : 012-6753078
PM saya di FB : www.facebook.com/wansyahida

Saya menjanjikan harga yang terbaik dan full consultation as well InsyaAllah. Repeat customers will forever be my regular customers 🙂

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)
Facebook : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_healthnutrition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge