Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

By | 02/07/2017

Hai Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Camne raya, ok tak?Sementara baru 8 Syawal ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Saya harap semua orang sempat berhari raya bersama keluarga dan mak ayah memasing di kampung. Walau jauh mana kampung mak ayah kita, walau seusang mana pun kampung kita, mesti nak balik jugak kan? Yang penting kita dapat berjumpa dan bersalaman dengan keramat hidup kita, ibu dan ayah.

Hari Raya 2017

Ucapn Hari Raya 2017

For myself, tahun ni saya dan suami beraya di rumah keluarga mertua di KL pada pagi raya, lepas tu baru beraya dengan keluarga saya di Tropicana pada petangnya dan malam pulang ke rumah mak ayah saya di Bangi.

Syukur la walau ada anak kecil, sempat jugak saya sembahyang solat sunat Hari Raya di surau. Ye la kita ni mak-mak, bukannya senang kan nak bersolat jemaah kadang-kadang. Anak meragam la, nak susu la. Jadi untung la kalau dapat solat bersama 🙂

Sambut raya bersama keluarga mertua

Sambut raya bersama keluarga mertua

Lepas tu second day raya, saya duduk jap di Bangi dan menerima tetamu sanak-saudara belah ayah saya yang datang. Abang saya baru dapat baby twins tahun ni, jadi ada la pelawat-pelawat yang nak datang tengok hehe.

Sambut raya bersama keluarga sebelah saya

Sambut raya bersama keluarga sebelah saya

Untuk third day raya, baru la saya travel ke negeri lain. Memula ke Pahang di rumah Makcik di sebelah mak mertua, kemudian ke Negeri Sembilan di rumah makcik sebelah ayah mertua.

Hari Khamis dah kena pulang ke Selangor sebab suami dah kena masuk kerja. Jumaat pula hari untuk saya dan suami saya sibuk mengemas dan mempersiapkan rumah sebab hari Sabtu kami nak buat family gathering di rumah kami.

Jadi sepanjang hari la mengemas, membersih, kemudian petangnya shopping bahan-bahan dapur untuk memasak.

Penat juga mengemas. Esoknya bangun pagi pulak untuk start memasak. Mujur la saya ada Periuk Noxxa yang membantu saya memasak lebih pantas dan sangat mudah. Hehe.

Periuk Noxxa saya

Periuk Noxxa saya

Kawan-kawan kalau suka buat jamuan makan-makan di rumah, saya recommend tau untuk miliki periuk tekanan tinggi Noxxa ni jugak. Bayangkan saya dapat masak nasik 7 minit aje bila nasik dah kehabisan untuk dihidang. Betapa mudahnya kerja saya hihi.

Gathering Keluarga

Jadi malam semalam la gathering dan jamuan bersama family belah husband. Semua adik beradik Ibni Mahat datang ke teratak kami di PJ.

Start dengan aktiviti mandi manda kat swimming pool, then solat Maghrib berjemaah, then makan-makan, and jemaah Isyak.

Bermandi-manda di swimming pool sebelum jamuan makan malam

Bermandi-manda di swimming pool sebelum jamuan makan malam

For the food, always needed to cook and re-cook sebab semua makanan habis n tak cukup ?

Tak pandai la saya bajet masak untuk ramai orang. Ada 17 orang plus plus orang nak dijamu kottt.

Pastu cam biasa la ada photoshoot session. Huru-hara & riuh sangat masa sesi tangkap gambar. Cabaran betul nak amik gambar-gambar raya ?

Sadly saya tak sempat langsung amik gambar juadah raya yang dimasak ?. Niat nak share kat sini patutnya.

Sibuk sangat di dapur dan uruskan rumah.

Tapi lega dah siap semua n semua kenyang. Memang busy sikit sebab husband keje pagi – petang and I needed to manage everything alone for the dinner.

Syukur dengan Syawal yang bermakna. Walaupun kali ni tanpa arwah adik di sisi kami. Alhamdulillah untuk first week of Raya celebration.

Thank you for reading and saya wish semua pembaca saya, Selamat Hari Raya.

 

10 thoughts on “Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

  1. Anuar

    Kena kongsi gambar raya banyak-banyak ni… Baru ramai yang berminat nak baca..

    Reply
    1. syahida Post author

      Selamat hari raya jugak Haidar 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Belum terlambat!! Selamat hari raya Lokman! 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih. Selamat hari raya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.