Sambungan Seminar Parenting Gaya Al-Fateh – Puan Lina Karim (Part 2)

By | 19/03/2015
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillahirrahmanirrahiiim..
Assalamualaikum…
Alhamdulillah hari ni saya berpeluang untuk kembali menulis sedikit coretan lagi, sambungan kepada entry sebelumnya… 🙂

Baca Part 1 DI SINI.

Berbalik kepada topik pentingnya Al-Quran yang saya citer dalam entry lepas, Puan Lina Karim banyak menyedarkan peserta tentang kepentingan Al-Quran kepada kita, and especially kita yang hidup dalam zaman yang serba serbi dugaan dan hiburan yang melampau ni…. Dan especially generasi yang bakal kita wariskan ni. Kalau kita tengok generasi kita dah teruk dan melampau2 terikut dan terpengaruh serta terdedah dgn bermacam2 hiburan n gejala tak sihat sekarang ni, apa lah agaknya yang akan terjadi kepada generasi kita pula?? Tak dapat nak bayangkan.. mesti semakin teruk.. n apa lah nak jadi ngan budak2 zaman skarang ni?? Saya plak, selalu istighfar n ingat Allah banyak2 kalau baca news yang sangat takut saya baca… Bimbang kalau perkara yg sama terjadi kepada kita, kepada ahli keluarga kita, sedara mara kita atau kawan2 kita.. Takut…. Kes samun, bunuh, rogol, gaduh, dadah, simbah asid n mcm2 lah.. Takde apa yg mampu dibuat melainkan saya selalu doakan ibu bapa saya, ibu bapa mertua saya, adik beradik, ahli keluarga, sahabat handai semuanya supaya sentiasa diberikan keselamatan n perlindungan oleh Allah selalu…. Especially mak ayah saya yg hanya diorang berdua je di rumah… n saya pula tak di samping mereka selalu… Everytime saya berdoa moga Allah sentiasa memelihara mereka…..
Jadi apa lah peranan kita, generasi belia pada zaman ini? Siapakah yang bertanggungjawab ke atas semua yg berlaku ni? Siapakah yang harus berubah? Semuanya bermula dengan diri kita. Especially kita yg dah bergelar ibu dan bapa. Yang ada anak untuk dididik. Jangan salahkan anak yang terpengaruh dengan budaya tak sihat. Jangan salahkan generasi budak2 muda sekarang yg banyak buat kerja jenayah, sangat jauh dengan agama, n lain2.. Salahkan kita yang tak berjaya mencorak mereka dengan sebaiknya. Jangan pula salahkan ibu bapa kita yang tak didik kita dengan sebaik-baik agama, tapi salahkan kita yang tak cukup kuat mendalami agama walaupun kita berpeluang n mengetahui tentang kepentingannya. 
Saya sendiri pun berada dalam situasi ni.. Saya sendiri pun membesar dengan hiburan… Itu lah nak cakap, mana2 pun godaan dunia n keseronokan jer… Syukur saya memperoleh hidayah pada usia muda. Tapi sebenarnya masih jauh tersasar n masih terlalu banyak tanggungjawab… Dan dalam seminar tu, Puan Lina Karim menyedarkan tentang pentingnya kita mendekatkan jiwa anak2 dengan Al-Quran. Sebab kita tak tahu bila mereka besar nanti, godaan dan hiburan apa yg akan terpengaruh ke dalam jiwa mereka… Bila kita perlengkapkan anak2 dengan Al-Quran, starting from a very early age, may the Quran be in their sub-conscious mind, until they can build a strong wall n guard them from any bad influences… Insya Allah… Puan Lina Karim ada nampak n rasa kelainan kepada anak2 dia bila dah terbiasa dengan Al-Quran sejak bayi n lainnya mereka dengan kita bila dalam tempoh 0-6 tahun sentiasa dengan Al-Quran. Bayi bila dibesarkan dengan Al-Quran semasa proses tumbesaran, Al-Quran itu akan menjadi pelapik di dalam otaknya… Dan itu lah sebabnya, mungkin, orang yg menghafal Al-Quran ni tajam pemikirannya dan kuat ingatannya… 
Melihatkan kepada situasi umat Islam pada masa ni, especially dalam dunia Arab, pergolakan di mana2. Jadi, macamana agaknya kebangkitan Islam tu boleh berlaku? Tentunya tak kan boleh berlaku di sana.. Ada satu hadis mengatakan, kebangkitan Islam itu akan berlaku di Timur… Dan di Timur pada masa kini, hiburan n kemusnahan akhlak…. 
So, it is our responsibilities to raise our generation with Al-Quran n Sunnah n do it more seriously… Kalau kita lihat hebatnya ulama’-ulama’ terdahulu menghafal Al-Quran pada usia muda dan membesar menjadi ilmuan hebat pada zamannya, kita dalam zaman yg lebih teruk ni kenalah usaha dengan lebih baik lagi n hidupkan budaya rapat dengan Al-Quran dengan lebih hebat lagi.. Sebab dugaan zaman kita adalah lebih hebat lagi,… Sama2 kita fikirkan…
Puan Lina Karim tak ajar pun method mendidik anak menghafal Al-Quran pada usia bayi or kanak-kanak. Tapi dia explain kepentingan dan banyak berikan kesedaran. Also kebaikan. Kiranya kalau nak tau method dia mengajar anak2 dia hingga pandai menghafal pada usia sangat muda, korang kena la pi attend Seminar yg dia buat tu. Kami pun tak pi yg tu… 
Tapi semasa solat Zuhur di surau, saya sempat berborak ngan salah sorang peserta yg pernah attend Seminar kaedah menghafal Al-Quran cara DarwishDarwisya yg Pn Lina Karim buat tu. Em basically yg Puan Lina Karim ajar adalah perdengarkan anak dengan Al-Quran, tunjuk flashcards, tunjuk VCD and all those ada duration yg patut kita exposekan kepada anak kita – kalau kaedah DarwishDarwisya tu lah. Dari segi kaedah tu, memang saya nampak usaha Puan Lina Karim dalam mendidik anak2 dia memang serious dan tak jemu-jemu n penuh berdisiplin. 
After the Seminar ended, aku sempat bersalaman dengan Puan Lina Karim. After almost a year dok sentiasa follow email yg dia duk forward dalam email subscriptions tu, akhirnya dapat bertemu mata. Orangnya baik, friendly and typical modern lady. Fluent in English. Very tall person and ceria orangnya. Suka gelak n everytime dia gelak sangat ceria. Niat dia baik untuk berkongsi n dia rasa bertanggungjawab untuk sebarkan ilmu. Very good kan? Dia very nice lah, I would say. Saya sempat ucapkan Terima Kasih kepada Puan Lina Karim for everything yg dia share, and dia pun angguk dan senyum and thanked me too. Puan Lina Karim sempat pesan pada saya, jangan lupa applykan di rumah yer. Betul tu, tu yg penting.. Bukan attend seminar dan terus lupa, tapi attend seminar untuk terus aplikasikan segala ilmu tu dalam bentuk amalan.
Alhamdulillah kami dapat hadiri seminar yg best sangat ni. Banyak ilmu dan kesedaran kitorang dapat. Harap dapat sentiasa ingat dan terus amalkannya. 
Kalau ada apa2 yg korang nak tau lebih lanjut lagi, leh la SMS saya ker. Hohohoho. 
Okay hopefully bermanfaat untuk anda para ibu-ibu.
Sini saya kongsi sedikit gambar yg kami sempat snap pada hari berkenaan.
Ni la Puan Lina Karim
 Ni Ustaz Syaari – penulis buku pasal Sultan Al-Fateh tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge