Saat Magika Bersama TWB

By | 31/03/2018

Hai Assalamualaikum! Apa Saat Magika Bersama TWB ni? Saya akan share apa yang magisnya ni hehe.

Saat Magika Bersama TWB

Saat Magika Bersama TWB

Macam tak percaya sekarang ni saya dah terlibat dalam bisnes spa dan kerap promote tentang Bisnes Home & Mobile Spa. Tak pernah terlintas di fikiran saya pun nak join the business. Saya hanya pernah kerap pergi spa dan tadah muka je pi buat facial. Tapi membina spa atas nama sendiri? Saya tak pernah rasa ia possible. Selalu saya fikir ia adalah mahal dan perlukan kos yang sangat besar untuk ada premis spa sendiri. Pastu kena ada background beautician, pergi kursus dan prepare segala barang yang mahal.

Baca apa itu Spa ‘The Walking Beauty’.

Who knows kan bila sekarang saya sendiri dah ada Home & Mobile Spa saya sendiri : Shye’s Beauty Home Spa selepas menyertai Kursus Spa ‘The Walking Beauty’. Apatah lagi, saya sendiri dah menceburi bidang training agen baru spa. Sesiapa yang teringin nak ada bisnes home spa atau mobile spa sendiri, saya boleh tolong. Tapi… Macam pelikkk je! Mai tang mana saya boleh berkecimpung dalam biz nih?!!

Sebab tu.. Penyertaan saya dalam Spa TWB adalah ibarat magical dalam hidup saya. Jadi hari ni saya nak menulis tentang Saat Magika Bersama TWB saya…

Saat Magika Bersama TWB – My Real Background : A Biomedical Engineer

Previously saya ada kelulusan Degree in Biomedical Engineering dari UM. Lepas grad, saya akhirnya jumpa pekerjaan yang memang berkaitan dengan degree saya. So saya bekerja sebagai biomedical engineer merangkap designer dan banyak menggunakan software. Saya design apa?? Saya menggunakan image data processing yang mana images ni diperoleh melalui CT Scan atau MRI yang dijalankan ke atas patient, yang kemudian perlu dialihkan kepada imej 3D, dan dari situ saya perlu design alat bantu dalam pembedahan untuk Orthopaedic Surgeon gunakan ke atas pesakit-pesakitnya.

Saat Magika Bersama TWB – Dari Engineer, Beralih Kepada Spa

Yes. Dari Engineer, kemudian saya beralih kepada menjadi surirumah berpendapatan 4 angka dengan Spa Shaklee ‘The Walking Beauty’.

Jujurnya bukan saya tak pernah cuba bisnes lain. Saya dah pernah. Saya pernah belajar buat kek, saya ambil tempahan buat kek. Kemudian setelah melahirkan anak pertama, saya meminati bidang pendidikan awal kanak-kanak. Jadi saya pun jual lah barangan education untuk kanak-kanak. Termasuklah mainan, buku-buku atau alat bantuan mengajar dan bermain.

Tapi untungnya sangat ciput. Penat saya belajar buat FB ads, saya marketing online, cari customers, pergi ke pemborong dan borong banyak-banyak, pergunakan modal, kemudian stok tak berjaya dijual habis, dan lain-lain. Untung pun sedikit dan saya menjadi penat. Saya rasa ia tak menjadi.

Masa tu saya hamil anak kedua dan seringkali penat. Saya cuba Shaklee dan rasa best. Kemudian terdetik dalam hati untuk berniaga Shaklee pulak lepas tengok ada orang boleh dapat income yang besar dengannya siap boleh beli rumah, beli kereta dengan pay slip Shaklee. Dan paling saya tertarik bila Shaklee ada bagi reward Umrah Trip lagi kat pengedar dia. Hebat! Masa tu saya teringin nak gi Umrah. Jadi tanpa berfikir panjang, saya join. That was my hot button.

Sejak menyertai bisnes Shaklee lah, saya menceburi bidang Spa ini. Mentor saya iaitu Puan Ainul Shahrazad adalah founder kepada Projek Spa ‘The Walking Beauty’ ni. Tanpa teragak-agak, saya turut serta dalam Training Spa untuk Facial je masa tu bila saya nampak yang bisnes ini mempunyai masa depan yang cerah.

Spa TWB ni ditubuhkan pada tahun 2015 dalam bulan Julai. Saya berpeluang menyertai training pada bulan November. Anak kedua saya baru je 5 bulan masa tu dan fully breastfeed. Dengan baby saya sekali saya bawa untuk training. Hehe.

Training Spa dengan TWB

Training Spa dengan TWB

Training spa TWB memang friendly sangat. Dia bukan sahaja muslimah-friendly. Tapi juga mother-friendly. Kita bebas membawa anak-anak kita atau bayi kecil. Sebab selalunya golongan surirumah lah yang ingin belajar ilmu spa ni dan tambah pendapatan kan. Even ibu berkerjaya pun nak pergi belajar pada hujung minggu. Kadang-kadang anak takde siapa nak tolong jaga. Jadi kalau perlu bawa anak, bolehlah bawa.

Saat Magika Bersama TWB – Bermulalah Shye’s Beauty Home Spa

Home Spa saya di rumah. Simple je kan!

Home Spa saya di rumah. Simple je kan!

Alhamdulillah lepas training, terus saya setup spa kat dalam rumah saya. Dah sediakan satu bilik khas dah untuk home spa. Kemudian start lah buat facial ke atas ahli keluarga dan jiran-jiran je mula-mula.

Saya mula memperoleh instant cash dengan buat kerja facial je. Tak susah. Hanya sejam je untuk seorang customer. Suami tolong la jaga anak-anak kejap kan. Duit tu kemudian masuk tabung.

Apa perasaan saya masa tu?? Macam magik ok! Mudahnya dapat duit? Tu la seronoknya bila kita ada ilmu & kemahiran, kita apply.. dan kita dapat lah hasilnya.

Itulah magisnya bila kita join Kursus Spa TWB ni ! Jauh lebih mudah daripada buat kek atau menjual bahan pendidikan kanak-kanak.

Testimoni daripada pelanggan saya

Testimoni daripada pelanggan saya

Saat Magika Bersama TWB – Mengambil Agen Menyertai Spa TWB

Sejak itu saya mula mengajak kawan-kawan dan prospek baru untuk menjana pendapatan dengan spa juga. Saya ajarkan facial yang sama dan mereka juga turut sama apply dan dapat buat bisnes ngan spa. Seronok rasanya bila kita berkongsi ilmu berguna dan berharga ni kepada orang lain dan kemudian mereka pun dapat memanfaatkannya untuk peroleh pendapatan untuk diri mereka pula.

Dalam Spa TWB, kita ada 5 penjuru income yang kita boleh dapat. Sebab tu lah Spa TWB ni sangat sangat istimewa dan sangat berlainan dengan Kursus Mobile Spa yang lain-lain.

Jadi kalau anda sukakan income aktif daripada servis spa dan suka juga dengan idea income pasif dengan Spa ini juga, sesuai join Spa bersama TWB !

Di samping anda dapat extra income, anda jugak boleh membuat pahala bila anda ajak lagi ramai lagi wanita lain untuk turut sama join belajar Spa dengan TWB nih. After all, bisnes hanya akan maju bila kita suka menolong orang lain dan bantu orang lain kukuhkan kewangan mereka macam kita jugak.

Selepas training seorang beautician baru

Selepas training seorang beautician baru

Saat Magika Bersama TWB

Syukur Alhamdulillah.. Dalam TWB ni, saya dapat menjalinkan persahabatan dengan ramai para wanita dan ibu yang turut sama berimpian nak mengubah nasib, berimpian nak mengukuhkan kewangan dan berimpian untuk mencapai cita-cita. Saya dapat bersahabat dengan group yang sangat supportive, sangat happening, sangat bijak, kreatif, dan sangat kelakar jugak. They always make my day! Kadang-kadang kalau saya ada masalah pun, dengan diorang la saya share. Kadang-kadang ngan Mentor. Haha. Rasa dah rapat dan sayang ngan group Spa TWB saya ni. Maklumlah dah namanya surirumah. Mana ada kawan sangat. Haha. Ngan group bisness la kawan-kawan rapat kita. Mereka sangat memahami, sangat supportive.

Penutup

Magical tak pengalaman saya dalam TWB ni? Haha… Tak tau nak cakap lagi dah. Tapi saya rasa sangat seronok. Income best, group best, sistem bisnes best. Kesimpulannya best lah.. Eh lupa. Dengan TWB la saya berjaya kukuhkan lagi pendapatan saya sebanyak 4 angka tau setiap bulan. Seorang surirumah yang mempunyai 4 figures income dari rumah, best kannnn! So guys, don’t wait too long to join us. Semua dah tersedia. Tinggal nak tunggu anda join je. Percayalah, anda juga akan merasai Saat Magika Bersama TWB seperti kami juga. 🙂

Kalau nak join TWB, janganlah segan silu untuk contact saya ye! Ni ha nombor saya : 012-6753078. Atau boleh Add Friend saya di FB: Wan Syahida Kahar.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

Proud member of ‘The Walking Beauty’ Project

Shaklee Independent Distributor

7 thoughts on “Saat Magika Bersama TWB

    1. syahida Post author

      Hehehe.. Tq tq.. Moga dapat berikan inspirasi 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Moga membantu mereka yang memerlukan 🙂

      Reply
  1. Pingback: Kursus SPA The Walking Beauty 2018 - Kursus Spa Termurah! • SyahidaShukri

    1. syahida Post author

      Hehehe.. Mesti kena ada testimoni untuk meyakinkan orang lain 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.