Resepi Sup Ayam yang Mudah dan Cepat

By | 01/08/2017

Hai Assalamualaikum! Hari ni saya nak kongsi resepi Sup Ayam yang selalu saya sediakan. Sangat simple, sangat mudah, sangat cepat dan sangat digemari anak-anak saya. Biar pun ia sangat simple.

Selalunya, saya akan masak stok ayam terlebih dahulu dan simpankannya di dalam freezer. Simpankan dalam bekas kecil-kecil supaya tiap-tiap kali saya nak guna, senang nak ambil. Saya pernah kongsikan di sini cara saya buat stok ayam. Caranya, hanya gunakan kaki-kaki ayam dan masak macam nak mask sup ayam dengan kaki-kaki tu. Air rebusan tu la yang akan disimpan. Antara khasiatnya adalah kaya dengan kolagen daripada kaki ayam.

Resepi Β Sup Ayam

Bahan-bahan untuk menumis :

  • 3-4 biji bawang merah*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 2-3 cm halia*
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga

*Semua bahan-bahan ni dikisar

Bahan utama :

  • Ayam beberapa ketul, ikut suka nak masak banyak mana. Selalunya saya guna bahagian yang banyak tulang. Sebab yang tulang la sedap dimakan sup.
  • Stok ayam (jika ada)
  • Air

Bahan-bahan lain :

  • Lobak merah – hiriskan bulat-bulat
  • Celery – hiriskan juga
  • Kentang – potong empat
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain ni pilihan masing-masing je. Saya selalunya hanya letak carrot dan kentang sahaja. Sebab itu yang selalu beli. Kalau ada batang saderi atau daun sup, saya akan letak sekali. Bagusnya sup yang dimasukkan carrot dan celery ni, khasiat daripadanya akan masuk sekali ke dalam sup sehingga sup rasa lebih sedap dan berperisa asli dengan masin dan manisnya. Kentang tu kira wajib lah bagi saya sebab anak saya suka makan kentang.

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan minyak. Tak perlu banyak sangat sebab nanti sup akan berminyak pulak. Secukupnya je untuk menumis bahan tumisan dan rempah.
  2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan tumis termasuk bahan rempah.
  3. Bila dah bau harum, masukkan kesemua ayam dan gaulkan.
  4. Terbalik-terbalikkan ayam agar gaul rata dengan bahan tumis dan biar ia dalam separuh masak.

    Gaulkan ayam ketika menumis

    Gaulkan ayam ketika menumis

  5. Kemudian baru masukkan air sehingga paras ayam. Air ni lebih sikit pun takpe sebab nanti kita nak rebuskan dan air tu akan berkurangan.
  6. Masukkan kentang sejak sebelum air tu mendidih lagi. Biar kentang tu sama-sama masak dengan ayam. Sebab kentang ni kan keras. Jadi dia perlu direbus lama-lama agar empuk dan mudah dimakan.
  7. Dah agak-agak mendidih, baru masukkan carrot dan celery. Biarkan ia semua mendidih. Api tak perlu kuat sangat.
  8. Masukkan stok ayam jika ada.
  9. Perasakan dengan garam. Mesti secukupnya ikut banyak mana air kita. Lagi banyak air kita, lagi banyak ayam kita, lagi banyak la garam kita. Saya gunakan garam bukit.
  10. Dah siap, boleh taburkan daun sup.
  11. Lagi best kalau dimakan bersama bawang goreng panas-panas. Tak panas tak best!!
Siap sudah Sup Ayam kita

Siap sudah Sup Ayam kita

Mudah je kan sebenarnya. Dah siap tu boleh terus makan bersama nasik. Sup nya sedap dihirup panas-panas. Kalau nak makan dengan mihun pun boleh jugak!

Khasiat Sup Ayam

Yang bestnya sup ayam ni, ia terkenal dengan khasiat terapi dan penyembuhannya. Biasa kan kita tengok nenek-nenek kita atau orang dulu-dulu yang selalu akan masakkan sup ayam ni kalau anak-anaknya sakit. Kemudian kita pun ikut la amalkannya ke atas anak-anak kita pulak. Ini la yang dikatakan budaya turun-temurun.

Bukannya budaya orang Melayu atau kat Malaysia saja. Tapi terkenal di mana-mana negara pun. Memang common, orang masakkan sup ayam kepada orang sakit. Lagi pula orang dulu-dulu mana la ada Panadol segala. Yang mereka usahakan, makanan dan masakan alami macam ni je lah.

Sup ayam ni bila disediakan kepada orang yang sakit seperti demam atau selsema, ia bukan sahaja mudah disuap dan dimakan, malah ia juga terapi yang baik kerana kesedapan supnya. Kita rasa panas-panas badan gitu. Lagi seronok bila kita makan sup ayam ketika hujan lebat dan cuaca sejuk di luar yang menyebabkan kita mudah selsema dan ada potensi untuk demam.

Siap-siap makan sup ayam kerana ia terkenal sebagai immune booster kepada pesakit. Kalau pesakit sukar nak telan nasik pula, kita boleh masakkan bubur nasik. Kemudian masukkan sup ayam sebagai perisanya. Lagi la sedap bubur tu kan?

Siapa biasa baca buku “Chicken Soup for the Soul?“. Dulu masa saya zaman muda-muda, memang suka sangat baca buku-buku dia untuk kuatkan semangat la kononnya. Sebab di dalamnya ada banyak kisah-kisah benar, kisah-kisah inspirasi tentang kehidupan dan hubungan.Β Tajuknya ditulis sebegitu kerana tulisan yang berinspirasi adalah ibarat penenang kepada hati yang gundah.

Kebaikan Sup Ayam Mengikut Kata Ahli Perubatan

  1. Terdapat kajian saintifik pada tahun 2000 yang mendapati bahawa sup ayam mempunyai ciri-ciri anti-radang.
  2. Memakan banyak sup ayam boleh melegakan simptom bermasalah pada hidung buat sementara waktu.
  3. Memakan sup ayam ketika mempunyai selsema membantu kerana anda menghidu wap daripada sup ayam yang panas, yang mana akan melegakan pernafasan dan tekak yang sedang perit.
  4. Anda juga sedang menghidrasikan tubuh dengan meminum air. Ketika sakit, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas cecair dalam sehari.
  5. Ayam juga mengandungi asid amino yang semulajadi yang dinamakan cysteine, yang mana ia bersamaan dengan kandungan kimia di dalam ubat yang dinamakan acetylcysteine. Doktor selalu memberikan ubat ini kepada pesakit bronchitis dan jangkitan pernafasan untuk membantu menipiskan mucus agar ia mudah dibuang.

Penutup

Menarik jugak kan?

Jadi kalau anda sedang sakit seperti selsema, hingus, bersin tak henti-henti dan demam, atau apa saja masalah dengan hidung dan pernafasan, boleh la amalkan memakan sup ayam ni panas-panas. Sebab banyak khasiatnya untuk pesakit.

Ia tidaklah membuktikan bahawa kita akan lagi cepat sembuh. Tapi waktu kita sakit, kita pun kurang berselera nak makan berat-berat jugak kan? Jadi sebab itulah sup ayam selalu menjadi resepi yang mudah dan sedap untuk pesakit-pesakit.

Dah jadi budaya turun-temurun di banyak negara pun. Sekurang-kurangnya ia melegakan hidung dan tekak yang sakit. Cuba lah. Ia akan sangat membantu Insya Allah.

Semoga bermanfaat. πŸ™‚

Saya Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan Seluruh Malaysia

Berminat untuk dapatkan sebarang produk Shaklee untuk penjagaan kesihatan? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang, ketahui cara mendapatkannya dengan harga yang murah dan ketahui juga cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

26 thoughts on “Resepi Sup Ayam yang Mudah dan Cepat

  1. Ain

    Hehe sy da besar baru pandai makan kaki ayam, tu pun kalo kaki ayam yg dah lembut tu..org cakap ada kolagen tu yg lagi semangat tu hihihi

    Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a memang betul la dalam kaki ayam ada banyak kolagen. sebab tu sangat bagus πŸ˜€

      Reply
  2. Ira

    Sup ayam kalau time tak sihat memang antara menu wajib. Rasa lebih segar dan sihat.

    Reply
    1. syahida Post author

      betul betul. budak-budak kan, senang makan lembut2.

      Reply
    1. syahida Post author

      Wahhh… Ini untuk orang dewasa je la kan…

      Reply
    1. syahida Post author

      Boleh, silakan πŸ™‚ Semoga bermanfaat πŸ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      OK takde masalah. Silakan share… πŸ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehehhe thank u membaca resipi ni. Kena cuba dulu la hihi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge