Rangkaian Set Penjagaan Kulit YOUTH Complex

By | 19/02/2018

Hai Assalamualaikum! Entry lepas saya ada introduce penemuan sains dalam dunia kecantikan dan rawatan kulit iaitu skincare YOUTH yang diusahakan oleh Shaklee! Dan kali ni, saya nak ceritakan apa dia kesemua produk yang ada dalam Rangkaian Set Penjagaan Kulit YOUTH Complex ini. Satu set YOUTH ada kesemua bahan yang melengkapi set penjagaan kulit iaitu cleanser, toner, serum, moisturizer, night cream dan tambahan radiance C+E yang paling istimewa! So, jomm kita tengok apa dia semua item yang terkandung di dalam set YOUTH Complex ni okay!

Youth Complex Skincare

                        Youth Complex Skincare

Kulit Yang Tua Itu Kusam, Tapi Kulit Yang Muda Itu Berseri-seri

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik dan kelihatan muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.

Kulit yang muda akan mampu melakukannya dengan mudah. Lagi muda kulit seseorang, lagi sihat la ia betul tak? Bila ia makin sihat, bermakna ia juga mampu memperbaharui kulit dengan lebih baik dan cepat. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu dan berseri.

Selalu kan kita perasan, masa kita muda-muda, ada parut jerawat je cepat je dia hilang. Tapi bila kita makin berusia, kita akan perasan parut jerawat degil nak hilang. Pastu jeragat pulak makin naik. Tu semua dah petanda la tu yang usia kulit kita dah makin tua, makin rosak dan makin tak mampu memperbaharui kulit dengan cepat lagi.

Bila usia kita makin meningkat, keserian wajah tu akan makin hilang. Lagi tua, wajah kita akan makin kusam. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan juga akan berkurangan.

Kadang-kadang tak perlu usia kita makin tua pun. Tapi bila kita sangat kerap terdedah kepada pencemaran, persekitaran yang tinggi UVA dan UVB, terdedah kepada stress dan gaya hidup yang tidak sihat, semua tu akan mempercepatkan lagi penuaan kulit kita. Sebab tu, ada orang yang muda lagi macam 20-an, tapi dah nampak macam 30-an.

Memperkenalkan YOUTH Complex

Berbeza daripada produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih YOUTH bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang YOUTH tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan sahaja. Tetapi YOUTH juga menyokong fungsi penting sel-sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Set Rangkaian Wajah YOUTH Complex

Step 1 : Luminous Gel Oil Cleanser

Youth Complex - Luminous Gel Oil Cleanser

Youth Complex – Luminous Gel Oil Cleanser

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya.

Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda!

Bahan-bahan utama : Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

Step 2 : Perfecting Skin Toner

Youth Complex - Perfecting Skin Toner

Youth Complex – Perfecting Skin Toner

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah dan lebih berseri. Lakukan lebih daripada kebiasaan iaitu dengan membersihkan sel-sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan utama : Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

Step 3 : YOUTH Activating Serum

Youth Complex - Youth Activating Serum

Youth Complex – Youth Activating Serum

YOUTH Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan utama : YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul.

Step 4 (Siang) : Age Defense Moisturizer – SPF 50

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih daripada sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.

Vitamin dan nutrien botani melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan utama : SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract.

Step 4 (Malam) : Advanced Renewal Night Cream – Light

Youth Complex - Night Cream

Youth Complex – Night Cream

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti-oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. 

Campuran botanikal khas YOUTH Complex membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Bahan-bahan utama : Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Step 4 (Malam) : Advanced Renewal Night Cream – Rich (Akan datang)

Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba yang akan menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti-oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Bahan-bahan utama : Vital Repair+® Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter, Jojoba.

Mengembalikan Keserian – Step 5 : Radiance C + E

Youth Complex - Radiance C+E

Youth Complex – Radiance C+E

Dos sebanyak 20% Vitamin C tulen yang berpaten dan Vitamin E serta ekstrak sel raspberry membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberry. Untuk penggunaan selama 60 hari (bukannya berturut-turut).

Penjagaan Kulit Dengan YOUTH Complex

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH ini direka untuk bekerjasama bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Diformulasi dengan bahan-bahan aktif anti-penuaan dalam setiap produk rangkaian ini, YOUTH Complex memberikan manfaat bersifat rawatan di dalam regimen ini.

Bukan sahaja untuk dapat kulit yang cantik pada luaran, tetapi dapat pakej kulit sihat sampai ke dalam lapisan kulit lagi!

Tingkatkan keserian dengan Radiance C+E. Ianya adalah produk rawatan insentif khas yang menyediakan anti-penuaan tambahan dengan banyak kebaikan, termasuk pengurangan garis halus dan kedutan, penambahbaikan tekstur kulit, mencerahkan kulit, mencerahkan bintik hitam dan untuk mendapatkan kulit lebih muda berseri. 

Kuantiti Dalam Setiap Produk YOUTH Complex

  1. Luminous Oil Gel Cleanser – 125 ml
  2. Perfecting Skin Toner – 177 ml
  3. YOUTH Activating Serum – 30 ml
  4. Radiance C+E (malam sahaja) – 60 kapsul
  5. Age Defense Moisturizer (SPF 50) – 50 ml
  6. Advanced Renewal Night Cream – 50 ml

Penutup

Sangat powerrr setiap khasiat yang dibawa oleh setiap rangkaian produk dalam YOUTH Complex ni! Kalau anda tengok, bahan-bahan utamanya yang hebat bukan sahaja terkandung di dalam serum atau night cream nya saja. Tapi ada juga terdapat dalam cleanser dan juga toner! Selalunya skincare tak kisah tau bab kandungan ramuan hebat di dalam cleanser dan toner. Selalunya yang penting-penting dan hebat ni diorang masukkan dalam serum sahaja. Tapi untuk Shaklee, mereka masukkan sekali dalam cleanser dan toner.

Disebabkan item dan ramuan nya pun premium, maka tak harianlah produk skincare YOUTH ini adalah penemuan sains yang baru dalam dunia skincare. Dan ia berjaya ditemukan dan dikaji oleh Shaklee! Anda pasti takkan dapat skincare yang serupa macam YOUTH di mana-mana. Sebabnya, Shaklee telah menjalankan kajian selama 8 tahun lamanya untuk YOUTH ni, dan telah ada 8 patent dan patent-pending untuknya!

Tambahan lagi ia semulajadi, bebas 1,500 bahan kimia berbahaya dan bahan kimia mencurigakan. Tapi ia masih berjaya membuktikan keberkesanannya dalam mengalihkan kulit wajah penggunanya kepada 10 tahun lebih muda daripada usia biologi mereka. Boleh baca lebih lanjut di : Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Shaklee YOUTH.

So camne? Hebat kan? Berminat nak dapatkan set skincare YOUTH Complex ni? Boleh hubungi saya untuk saya bantu! 012-6753078.

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Beautician Spa ‘The Walking Beauty’

7 thoughts on “Rangkaian Set Penjagaan Kulit YOUTH Complex

    1. syahida Post author

      Hehe. Saya dah apply kat muka husband. Ada kawan2 dah start tegur nampak lain..

      Reply
  1. Pingback: Keputusan Klinikal YOUTH Skincare Tanpa Kompromi • SyahidaShukri

  2. Pingback: Pakej Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai 'The Walking Beauty' Mulai Mac 2018 • SyahidaShukri

  3. Pingback: Kursus SPA The Walking Beauty 2018 - Kursus Spa Termurah! • SyahidaShukri

  4. Pingback: Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa 'The Walking Beauty' • SyahidaShukri

  5. Pingback: Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa Shaklee 'The Walking Beauty' • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.