Punca dan Kesan Diabetes Semasa Hamil

By | 29/04/2017

Kencing manis semasa hamil atau Diabetes semasa hamil adalah sejenis lagi diabetes selain Diabetes Type I dan Diabetes Type II. Kencing manis semasa hamil turut dipanggil Gestational Diabetes Mellitus atau GDM. Bahasa melayu dipanggil Diabetes Gestasi.

Kenali punca dan kesan diabetes semasa hamil

Kenali punca dan kesan diabetes semasa hamil

Pengenalan Diabetes

Diabetes ini akan berlaku apabila badan kita tak boleh nak hasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin ni pulak dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai 2 tugas, iatu :

  1. Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.
  2. Membolehkan gula yang tidak perlukan segera disimpan.

Diabetes Gestasi atau Gestational Diabetes Mellitus

Diabetes semasa hamil adalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau bahasa melayunya Diabetes Gestasi. Ia terjadi apabila terdapat kerintangan insulin. Insulin ini apabila mempunyai rintangan, ia tidak dapat mengawal atur kawalan paras gula dalam darah untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula dalam darah akan meningkat.

Diabetes Semasa Hamil

Apa Yang Berlaku Ketika Diabetes Semasa Hamil

 Kebiasaannya, Diabetes semasa hamil ini terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan kehamilan.

Diabetes semasa hamil ni agak biasa berlaku. Daripada 100 orang wanita yang hamil, 18 wanita akan menghidapi penyakit ini. Bermakna 18% ibu mengandung akan mengalami masalah ni.

Apakah risiko untuk menghidap Diabetes semasa hamil ini?

Anda berisiko untuk menghidapi Diabetes semasa hamil jika mempunyai salah satu daripada faktor-faktor ini:

  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, iaitu 4kg atau lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes semasa hamil
  • Ibu bapa, adik-beradik yang mempunyai Diabetes

Bagaimana nak tahu saya mempunyai Diabetes Semasa Hamil ini?

Kalau anda mempunyai salah satu faktor seperti di atas, anda akan menjalani Ujian Toleransi Glukosa (GTT) keika mengandung. Ia adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada peringkat awal kandungan dan akan diulang pada usia kandungan dari 24 hingga 28 minggu.

Ujian Toleransi Glukosa (GTT) ini memerlukan anda berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum. Kecuali anda boleh minum air kosong atau air mineral sahaja.

Caranya, pada awal-awal pagi, jalankan ujian darah terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk meminum larutan gula sehingga habis. Berapa banyak gula tu tak tahu la kan tapi saya pernah rasa. Kalau tak tabah, tak boleh tahan jugak nak habiskan air tu.

Kemudian tunggu 2 jam sampai rasa macam nak tertidur hehe. Selepas 2 jam, ujian darah ini akan diulang sekali lagi. Dengar macam mudah aje. Tapi nak laluinya, bukan pengalaman yang menarik.

Jadi, jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan yang sebelumnya, anda akan diminta untuk membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada usia awal kehamilan supaya dapat detect lebih awal. Lagi awal dapat dikesan, maka bolehlah paras gula anda dikawal lebih awal. Ini penting tau sebab tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda adalah masa tempoh ni. Pengesanan lebih awal jugak akan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga pada ibu.

Bila keputusan ujian toleransi glukosa GTT ini normal, ujian ini masih perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Kesan Diabetes kepada kehamilan

Biasanya ibu-ibu yang mempunyai diabetes semasa hamil ni tiada masalah sepanjang proses kehamilan. Kebanyakannya melahirkan bayi yang sihat lagi comel. Tapi ada jugak segelintir kes Diabetes semasa hamil ni yang boleh bawa masalah yang serius kepada ibu dan juga bayi. Lebih-lebih lagi jika Diabetes tidak diksesan lebih awal dan tak dirawat secara optimum. Sebab itulah, pengesanan awal Diabetes ketika hamil boleh mengawal atur paras gula dengan optimum dan dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Manakala kalau paras gula di dalam darah ibu hamil tidak terkawal dan kekal tinggi, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini. Bayi akan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi akan membesar secara berlebihan di dalam kandungan, seterusnya ibu hamil terpaksa diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh EDD (induction). Ataupun berisiko untuk melahirkan secara pembedahan caesaerean kerana bayi yang besar ataupun kerana kegagalan proses induksi (induction). Jika berjaya bersalin secara normal pula, bayi berisiko untuk tersangkut ketika kelahiran dan berisiko untuk mengalami kecacatan saraf.

Selain tu, bayi berisiko untuk mati secara mengejut jika paras gula di dalam darah tidak dikawal. (in utero death)

Bayi yang menghasilkan lebihan hormon insulin ini tadi akan turut mengalami paras gula yang rendah selepas kelahiran. Maka, bayi ini perlu dimasukkan ke dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian doktor pakar Paediatrik.

Secara umumnya juga, bayi yang dilahirkan oleh ibu GDM akan juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan apabila dia meningkat dewasa kelak.

Sebab itu, ibu-ibu hamil perlu mengawal paras gula di dalam darah ini supaya dapat kurangkan risiko dan komplikasi kepada ibu dan juga bayi dalam kandugan.

Bagaimanakah Cara Rawatan Diabetes Ketika Hamil?

Sekiranya anda menghidapi Diabetes semasa hamil ini, anda memerlukan rawatan susulan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, pakar perubatan/endokrinologi, dietitian dan jururawat diabetes. Anda akan diminta untuk membuat rawatan susulan dengan lebih kerap untuk pemeriksaan.

Yang lebih penting semasa menghidap Diabetes semasa hamil ini adalah, sentiasa memastikan tabiat pemakanan yang sihat dan kerap melakukan senaman. Kebiasaannya Diabetes semasa hamil dapat dikawal dengan diet atau pemakanan sahaja.

Tapi daripada 5 ibu hamil yang menghidap Diabetes semasa hamil, seorang ibu memerlukan rawatan insulin untuk mengawal paras gula dalam darahnya. Jika anda memerlukan rawatan Insulin, jujurawat Diabetes akan membantu dan menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh melakukannya.

Tapi ibu-ibu jangan la risau. Masa ni la anda boleh berbincang dengan dietitians tentang pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi. Dalam masa yang sama, dapat mengawal paras gula dalam darah pada tahap yang memuaskan.

Perkara yang perlu dilakukan selepas bersalin

Selepas bersalin dan melalui tempoh berpantang selama 6 minggu, anda akan mendapat appointment untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT. Test ni kena buat sebab nak make sure anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Sebab biasanya, Diabetes semasa hamil ni dapat masa pregnant je. Selepas pregnant, Diabetes ini akan hilang.

Tapi, kalau ujian anda ni tak normal jugak, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawtan susulan Diabetes.

Wanita yang menghadapi Diabetes semasa hamil ini mempunyai kebarangkalian 1 dalam 3 untuk menghidapi Diabetes Type II dalam tempoh 5 tahun berikutnya.

Sebab itulah juga, anda dinasihatkan untuk menjalankan Ujian Glukosa Berpuasa (Fasting blood glucose) setahun sekali.

Kredit info: Diabetes Ketika Hamil : Punca dan Kesannya

Kesimpulan

Haa seram jugak kan kalau ada komplikasi Diabetes semasa hamil ni? Kita ingat seronok la makan banyak-banyak ikut suka tekak semasa hamil ni. Tapi, kita tak tahu sekiranya ia sebenarnya mengundang kepada berat badan yang berlebihan dan masalah Diabetes semasa hamil. Sekiranya kita berasal daripada keturunan yang memang kaya dengan Diabetes, seeloknya langkah pencegahan dan kesedaran awal tu mesti ada. Barulah cara pemakanan kita pun terkawal dan kita tak merana pada kemudian hari, betul tak?

Untuk melengkapkan nutrisi ibu-ibu hamil, terutamanya yang mempunyai Diabetes semasa hamil, saya cadangkan untuk anda amalkan Set Lengkap Hamil Shaklee. Di dalam dia ada nutrisi pelengkap yang dapat membantu mencukupkan keperluan ibu-ibu hamil. Berminat nak tahu lebih lanjut bagaimana Set Lengkap Hamil Shaklee boleh membantu ibu-ibu hamil, boleh lah baca di:

Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

Kenapa Nutrisi Untuk Ibu Hamil Amat Penting?

Checklist Ibu Hamil

Berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya ya.

Salam Sayang,

Wan Syahida

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

 

10 thoughts on “Punca dan Kesan Diabetes Semasa Hamil

      1. syahida Post author

        oo kiranya takleh pandang ringan jugak la ek walaupun lepas dah bersalin dah takde GDM.

        Reply
    1. syahida Post author

      ha’a mmg camtu. lepas bersalin ia akan hilang. tu la peliknya hehehe.

      Reply
    1. syahida Post author

      oo ha’a pelik la jugak ni. kalau camtu kita pun tak tahu apa sebenarnya puncanya.

      Reply
  1. Pingback: 12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

  2. Pingback: Cara-cara Kawal Gula Dalam Darah Bagi Ibu GDM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge