Projek Memikat Hati Suami Untuk Wanita Yang Suka Manjakan Diri dengan Spa

By | 04/04/2017

Projek Memikat Hati Suami??

Yess! Wanita amat sukakan kecantikan. Wanita dan kecantikan memang takkan boleh dipisahkan. Wanita mahu supaya mereka sentiasa tampil yakin, bergaya dan cantik. Bukan untuk berbangga diri ataupun untuk menunjuk, apatah lagi untuk bersaing. Tapi dengan kecantikan, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan belajar untuk menghargai diri sendiri.  Dengan meyakini dan mempercayai bahawa mereka sentiasa cantik, biarpun orang lain tak rasa begitu, wanita akan sentiasa meyakini dirinya.

Penjagaan kecantikan tu sinonim juga dengan Spa Treatment kan??

Dan itulah apa yang kami ingin bantu kepada wanita-wanita di luar sana! Peluang untuk mereka menikmati pengalaman spa sendiri di rumah, dengan mempelajarinya sendiri. Biar mereka hari-hari pun dapat spa diri sendiri di rumah. Kita akan bantu para wanita ni melengkapkan diri dengan penjagaan kecantikan melalui teknik spa sendiri dari rumah je.

Projek Memikat Hati Suami The Walking Beauty

Projek Memikat Hati Suami di bawah Team The Walking Beauty (TWB) akan datang April ni!

Kita nak ajar para wanita dan isteri:

1) Bagaimana nak lakukan self spa di rumah, termasuklah sauna, mandian susu dan facial. Semua ni ada teknik tau. Sama macam yang kat spa tu. So ladies, ilmu teknikal ni tak perlu depend kepada pusat rawatan kecantikan spa tu je. Kini dah ada peluang untuk anda belajar je buat sendiri! All in one package! So that anda boleh spa selalu-selalu every weekend kat rumah je.

2) Kita nak lengkapkan para wanita dan isteri dengan tips-tips kecantikan, tips-tips kesihatan, tips-tips untuk bijak menguruskan kewangan diri & keluarga, malah tips-tips untuk memikat suami dengan facial! Banyakkk kita nak share. Tapi, pikat suami dengan facial? Ya la, takkan nak bagi suami buat facial kat spa dengan tangan-tangan wanita lain? Biar la kita sebagai isteri yang ‘pamper’ suami kita dengan tangan-tangan kita sendiri. Hehe. Nanti suami kita pun asyik mintak je nak buat facial dengan isteri sebab facial kot.. sekali dah rasa memang nak lagi punya lah. Al-maklumlah, facial ni bukan sekadar mencuci muka atau scrub je. Malah ada sekali urutan muka atau face massage dan juga eye massage! Serius rasa relaks sangat tau bila dapat facial plus massage ni. Tak suka ke suami-suami kita? Mesti suka, gerenti.

3) Dan dalam masa yang sama, kita nak juga bantu para wanita untuk menjaga badan mereka agar lebih slim, lebih sihat dan lebih cantik dari dalam sehingga menyerlah kecantikannya ke luar gitu. Pakej kita ni memang dah complete untuk cantik dari dalam hingga ke luar. Jadi bukan saja mereka dapat menjadi lebih kurus, malah dapat rasa lebih sihat dan terus jadi lebih cantik. Haaa… Lengkap satu pakej! Best tak rasa?

Hasil daripada semua ni, terus dapat transformmm diri jadi lebih attractive kat suami. Diri sendiri pun akan rasa lebih confident, suami pun akan rasa makin sayang dan rumahtangga semakin bahagia, InsyaAllah.

Dan apa yang bestnyer Projek ni??

Jika anda menyertai Projek ini, anda berpeluang:

1) Belajar Ilmu Self Spa seperti Self Beauty Sauna, Self Protein Milk Bath, Self Relaxing Facial, Self Body Massage & Scrub hanya dari rumah!

2) Mengetahui Tips Rahsia Pikat suami melalui sentuhan Self Spa!

3) Berpeluang mengikuti annual Trip TWB ke luar negara!

4) Berpeluang menghadiri “Ladies Tea Party” yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa

5) Berpeluang untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran dengan para wanita di seluruh negeri tentang Tips Kecantikan, Tips Awet Muda, Tips Jana Duit, Tips Rumahtangga Bahagia, Tips Pikat Suami dan macam-macam lagi! Best tau berada dalam komuniti Team TWB!
Siapa yang layak join Projek Memikat Hati Suami ini?

1) Semua SID Aktif di bawah susur galur saya, Supervisor Wan Syahida.

2) Semua wanita yang masih belum menjadi ahli Shaklee lagi.
Pendek kata, semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, tidak kira single atau berkahwin, muda atau tua, sihat atau kurang sihat. Anda sangat-sangat dialu-alukan  untuk menyertai Projek ini.

Boleh hubungi saya terus untuk tahu cara-cara menyertainya okay!

Klik wasap link ni, www.wasap.my/60126753078

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Shaklee Business Leader & Independent Distributor.

6 thoughts on “Projek Memikat Hati Suami Untuk Wanita Yang Suka Manjakan Diri dengan Spa

    1. syahida Post author

      Hehehe…. Itu la. Tapi seeloknya suami ada juga kat rumah untuk jaga anak. Baru isteri boleh buat kerja ni.

      Reply
  1. mrhanafi

    wow…bagus sungguh projek memikat suami..

    biar suami tak terlintas hati untuk ada yang lain..

    sebab suami nie ..pelik..

    makan tua makin ‘hensem’

    lebih-lebih bila dah berduit,berharta dan ada kedudukan
    mrhanafi recently posted…Sistem Bergilir Ala-Ala PoligamiMy Profile

    Reply
  2. Pingback: Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa / Mobile Spa "The Walking Beauty" • SyahidaShukri

  3. Pingback: Perasmian Baby and Kids Spa daripada Kursus Mobile Spa "The Walking Beauty" • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.