Performance Drink: Minuman Isotonik Tanpa Gas

By | 20/06/2019

Hai Assalamualaikum! Anda pernah menikmati minuman isotonik? Minuman isotonik yang sedia ada selalunya minuman bergas, tinggi gula dan tak begitu menyihatkan. Nak tak kenali minuman isotonik versi yang lebih sihat? Memperkenalkan, Performance Drink! Minuman elektrolit yang dirumus khas oleh Shaklee — syarikat makanan tambahan nutrisi semulajadi Nombor 1 di US.

Apa itu minuman isotonik?

Minuman isotonik adalah pembekal tenaga yang pantas dan membantu mengelakkan dehidrasi akibat kekurangan bendalir di dalam tubuh badan. Kebiasaannya diminum oleh atlit atau penggiat sukan yang kerap melakukan aktiviti lasak dan berpeluh.

Minuman isotonik adalah minuman yang mengandungi kepekatan zat yang sama seperti kepekatan darah. Untuk menentukannya, kita lihat osmolariti minuman yang mestilah berada di antara 270 dan 330 mOsml/liter untuk menjadi isotonik. Oleh itu, minuman adalah hipotonik apabila kepekatannya kurang daripada kepekatan darah dan hipertonik apabila kepekatannya lebih tinggi daripada kepekatan darah.

Mengapa Kita Perlu Meminum Minuman Isotonik?

Tujuan meminum minuman isotonik adalah untuk meningkatkan pengambilan air, mineral dan nutrien untuk menggantikan apa yang tubuh badan gunakan sewaktu melakukan aktiviti. Tubuh badan kita mudah terhidrasi apabila melakukan aktiviti. Maka minuman isotonik ini memudahkan rehidrasi semula tubuh kita dan menyokong asimiliasi yang tepat kepada tubuh dengan cara memberikan glukosa, natrium dan sebagainya.

Minuman isotonik mudah diserap dan cepat melepasi perut untuk memastikan kecekapan optimum dan pencernaan yang selesa.

Minuman hipotonik kurang mudah diserap daripada minuman isotonik, tetapi mungkin berguna dalam cuaca yang sangat panas.

Minuman hipertonik adalah terlalu pekat dan mengambil masa yang terlalu lama untuk melepasi perut, yang boleh menyebabkan masalah pencernaanj. Ia berpotensi untuk menyebabkan dehidrasi apabila perut memerlukan lebih banyak air untuk mencairkan kepekatan.

Adalah penting supaya kita mengambil kira dengan tepat tentang dos yang ditunjukkan pada bungkusan minuman isotonik kita untuk benar-benar memanfaatkan ciri-ciri isotoniknya.

Apakah Kandungan Minuman Isotonik?

  • Air adalah ramuan utama minuman. Ia memastikan penghidratan semasa melakukan aktiviti.
  • Karbohidrat memastikan pengambilan tenaga dan membolehkan aktiviti fizikal yang berterusan. Kuantiti karbohidrat dalam minuman mestilah di antara 60-80g per liter.
  • Natrium untuk mendapatkan semula garam yang hilang daripada peluh. Di samping itu, natrium mencetuskan rasa haus dan menjadikannya mudah untuk menyerap air dan karbohidrat.
  • Vitamin kumpulan B untuk memudahkan transformasi kepada tenaga dan membantu melawan keletihan.
  • Kalium berguna dalam cuaca panas atau agak panas.
  • Magnesium untuk membantu mengurangkan keletihan.
  • Antioksidan untuk membantu tubuh mempertahankan dirinya daripada sisa toksik tertentu yang dihasilkan oleh aktiviti sel.
  • Mungkin ada protein dalam minuman, tapi ini jarang berlaku. Ini boleh membantu dalam tempoh masa yang panjang, iaitu lebih daripada 3 jam.

Bilakah Saya Harus Minum Minuman Isotonik?

Ketika melakukan sukan yang menguji ketahanan, seperti triathlon, yang melibatkan risiko dehidrasi melalui peluh. Peluh terdiri daripada air dan mineral (terutamanya natrium, dan sedikit kalium). Semasa melakukan aktiviti, badan mungkin kehilangan lebih daripada satu setengah liter peluh dalam sejam, dan kadang-kadang sehingga 3 liter sejam. Jadi, melainkan kehilangan ini seimbang dengan minuman, tubuh akan menjadi kekeringan. Lebih-lebih lagi, kita tahu yang otot kita menggunakan tenaga semasa melakukan aktiviti, maka pengambilan karbohidrat biasanya membolehkan kita untuk mengelakkan kehilangan tenaga dan mengekalkan tenaga.

Minuman isotonik adalah penyelesaian terbaik kerana ia membekalkan bendalir, natrium dan karbohidrat. Mereka adalah minum semua dalam satu.

Selepas satu jam melakukan aktiviti, anda perlu meminum minuman isotonik secara teratur. Dos yang diperlukan adalah 1 sudu setiap 10-15 minit dari permulaan aktiviti anda.

Sumber: What is the use of isotonik drinks?

Performance Drink daripada Shaklee

Performance Drink datang dengan 2 perisa iaitu Oren dan Lime.
Performance Drink datang dengan 2 perisa iaitu Oren dan Lime.

Kekal terhidrat sepanjang hari, dengan elektrolit penting untuk memastikan kita terhidrat, contohnya ketika bersukan dan beraktiviti lasak, mahupun sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

Performance Drink adalah minuman elektrolit dengan OPTI-LYTE, gabungan campuran formulasi proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membantu:

  • Menambah elektrolit
  • Membolehkan badannya menghasilkan tenaga segera serta tenaga kekal agar sentiasa aktif
  • Menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.
Paras glukos dalam darah yang konsisten selepas 2 jam, jika dibandingkan dengan air kosong sahaja.
Paras glukos dalam darah yang konsisten selepas 2 jam, jika dibandingkan dengan air kosong sahaja.

Performance Drink mengandungi 6 jenis elektrolit untuk meningkatkan tenaga:

  • Magnesium
  • Kalium
  • Fosforus
  • Kalsium
  • Natrium
  • Klorida

Kelainan Performance Drink dengan Minuman tenaga di pasaran:

  • Tiada perasa tiruan tambahan
  • Tiada pewarna tiruan tambahan
  • Tiada pemanis tiruan tambahan
  • Tiada pengawet tiruan tambahan
  • 100% semulajadi

Kenapa Performance Drink ni laku keras sempena BULAN PUASA?

  • Performance Drink ni adalah air ELEKTROLIT yang berfungsi untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang dari badan.
  • Bila kita puasa, seharian kita bekerja, of coz cecair hilang dan bila badan kekurangan air, akan menyebabkan badan kita dehidrate, so kita akan rasa haus.
  • Di sini lah Performance Drink ni berfungsi, di mana ia akan bantu untuk maintain cecair dalam badan kita dalam tempoh yang lebih lama. So kita akan kurang rasa haus.
  • Bila badan kita maintain hidrate, automatik badan kita dapat maintain energy lebih lama. Takde la tengahari je dah lembik sebab puasa.
  • Terutama IBU MENYUSU sebab badan kehilangan air dengan cepat dengan penghasilan susu, dan mereka yang banyak aktiviti luar dan kerap berpeluh.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita.

Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

Testimoni Para Pengguna Performance Drink

Testimoni Performance Drink bagi cleaner yang berpuasa dan mengamalkan Performance Drink.
Testimoni Performance Drink bagi cleaner yang berpuasa dan mengamalkan Performance Drink.
Pengalaman ibu hamil yang mengamalkan Performance Drink ketika bersahur dan berbuka.
Pengalaman ibu hamil yang mengamalkan Performance Drink ketika bersahur dan berbuka.

Baca juga :

Lain Macam Berpuasa Dengan Performance Drink dan ESP

Masalah Ibu Hamil dan Menyusu : Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

Penutup

Performance Drink dah menjadi pilihan saya dan keluarga apabila berpuasa di bulan Ramadhan. Dah jadi menu wajib ketika bersahur. Sekarang ada perisa Orange dan Lime yang boleh menjadi pilihan kita. Tapi perisa Lime adalah limited pada bulan Ramadhan saja tau. Lepas tu dah takde dah. Yang ada hanya perisa Orange.

Berminat untuk mendapatkan Performance Drink? Boleh hubungi saya, Puan Syahida di 012-6753078.

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee semenjak 2014

SID : 1143254

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge