Percutian Singkat Bersama Keluarga di Cherating, Kuantan

By | 01/06/2017

Percutian Singkat di Cherating

Seminggu sebelum Ramadhan baru-baru ni, saya bersama suami dan anak-anak pergi bercuti ke Cherating, Pahang. Kami pergi hari Jumaat dan bermalam di Casa Titik, Cherating. Kami duduk tak lama. Sabtu tengah hari pastu check-out. Kemudian kami jalan-jalan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang ada kat Cherating tu juga.

Asalnya kami tak tahu pun ada tempat ni. Tapi Jumaat malam tu waktu kami keluar untuk cari makan seafood, kami lalu ke kawasan ni dan nampak signboardnya jelas tercatat di tepi jalan. Jadi kami pun decide untuk datang ke situ esoknya selepas check-out dari Casa Titik.

Bermalam di Casa Titik, Cherating

Casa Titik, Cherating

Casa Titik, Cherating

Suami saya yang uruskan segala booking untuk penginapan kami di sini. Dia hanya tempah di Booking.com. Sesampainya kami ke sini, bila saya masuk tengok interior, terus teringat macam pernah tengok je tempat ni tapi kat mana yer? Puas saya fikir dan cuba kenang balik kat mana saya pernah tengok. Then dapat jugak saya ingat yang sebenarnya ni adalah juga tempat lokasi penggambaran drama TV3 “Teman Lelaki Upahan”. Saya tahu sebab saya layan drama ni dulu. Walaupun dah lama. Tahun 2016 rasanya. Saya datang ke sini tahun 2017. Hihi. Tapi tak susah nak ingat sebab interior dia sangat sama macam dalam drama.

Lobi Casa Titik, Cherating

Lobi Casa Titik, Cherating

Kalau anda mencari tempat percutian yang privacy, sangat menenangkan, very quiet and peaceful, tempat ni sangat-sangat ok. Di sini memang dekat sangat dengan pantai. Dekat area dia pun memang ada swimming pool siap ada Jacuzzi. Interior design dia memang lawa, ada Spanish design skit. Tempat makan breakfast dia pun sangat la macam duduk kat rumah sendiri. Banyak layan diri and not much like a hotel. Dia macam homestay la tapi ada services dan orang yang sediakan makanan dan minuman.

Swimming pool Casa Titik

Swimming pool Casa Titik

Aktiviti kami di sini, selain daripada mandi-mandi swimming pool, of course la jalan-jalan menikmati pantai dan main air laut skit-skit. Saja nak bagi anak-anak biasa main pasir. Asalnya anak-anak saya tak suka dan tak biasa dengan pasir. Jadi dengan kedatangan kami ni, boleh la kasi diorang biasa dengan pasir. Siap kutip-kutip sea shells lagi. Banyak yang terdampar di pantai. Yang kecik-kecik tu.

Satu perkara yang menarik tentang pantai Cherating tu, sangatla tak ramai orang. Pantai pun putih bersih je. Pemandangan cantik terutamanya kalau kita nikmati awal pagi selepas Subuh tu dan waktu senja semasa sunset. Waktu pagi, angin tak kuat. Suasana pun nyaman. Tapi waktu petang, angin mula kuat.

Sunrise di Cherating

Sunrise di Cherating

Kemudian pada hari Sabtu, kami disediakan sarapan pagi sama macam duduk kat hotel. Cuma banyak yang self-service. Tapi makanan kena order masa check-in supaya diorang dapat sediakan cukup-cukup. Lagipun penghuni Casa Titik tu pada satu-satu masa pun tak banyak. Bilik dia tak la banyak macam hotel tu. Memang boleh kira ngan jari. Sebab tu saya katakan, tempat ni memang aman dan senyap je sebab tak ramai orang sangat. Jadi memang selesa.

Kuda pun ada tau kat Casa Titik ni

Kuda pun ada tau kat Casa Titik ni

Makan malam di Warung Awang Ikan Bakar, Cherating

Suami saya teringin nak cari ikan bakar untuk makan malam. Jadi selepas saya Google, nama kedai ni yang kerap keluar. Jadi kami pun ke sini. Walaupun sebenarnya ada banyak kedai makan seafood on the way kami dari Casa Titik ke Warung Awang tu, kami jalan juga sebab nak cuba try makan kat Warung ni juga. Taklah dekat sangat dengan Casa Titik. Ada la dalam 7km jugak perjalanan.

Kami tak tempah pun meja. Sampai-sampai je dah nak masuk pukul 8pm. Masa tu tak ramai orang lagi. Jadi senang nak dapat tempat duduk kosong. Hanya selepas pukul 8.30pm, kedai tu mula dipenuhi orang. So anda kalau nak makan kat kedai-kedai makan ni, elok la datang lebih awal okay.

Kami order ikan masak steam, lala masak pedas, sayur kailan ikan masin dan nasi kosong je. Ok, sedap. Ikan fresh kan. Memang sedap dan makan sampai kenyang. Nak ikan mana boleh pilih. Kegemaran suami saya adalah ikan ayam-ayam. Ada yang biasa makan ikan ni jugak? Ikan ni memang sedap la. Ada rasa ayam kot sedapnya. Sebab tu dinamakan ikan ayam-ayam.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Cherating

Pusat Santuari Penyu, Cherating

Pusat Santuari Penyu, Cherating

Esoknya kami terus ke sini selepas check-out daripada Casa Titik. Ini adalah tempat penerangan mengenai haiwan penyu, termasuklah spesis-spesis penyu yang mendarat di Malaysia dan semuanya la tentang penyu dan ikan besar lain. Ikan besar yang lain tu kebanyakannya ikan yang tergolong sebagai ikan yang hampir pupus. Sama macam penyu, ikan-ikan ni pun semakin pupus. Jadi ini inisiatif kerajaan untuk adakan pusat konservasi penyu.

Rupa-rupanya memang ada penyu real tau kat sini. Sebab orang awam dah tak dibenarkan datang malam-malam ke pantai dan usha cari penyu yang mendarat. Hanya renjer je yang buat kerja tu sekarang. Pantai tu, selepas 7pm dah dilarang masuk. Tujuan kerajaan tetapkan tempat ni sebagai larangan adalah untuk jadikan ia konservasi penyu. Jadi penyu pun akan rasa selamat untuk mendarat dan bertelur di pantai ni. Penyu-penyu pun dah pandai tau untuk mendarat kat kawasan larangan ni je.

Jadi disebabkan kita tak boleh tengok atau cari penyu LIVE malam-malam kat pantai sini, Pusat Konservasi Penyu ni ada pelihara penyu dalam kolam-kolam yang mereka ada. Ada anak penyu, penyu remaja, penyu dewasa. Ha semua pun ada. Jadi ada jugak peluang kita untuk tengok anak-anak penyu yang real dan comel.

Anak-anak penyu

Anak-anak penyu

Oh ye. Nak masuk ke tempat ni tak perlukan bayaran. Masuk percuma saja. Kamera pun boleh bawa masuk. Nak selfie ke wefie ke sukati uolls. Hehe

It was a good experience. Especially pendedahan kepada anak-anak tentang penyu. Itu lah juga kali pertama kami lihat anak-anak penyu.

Lepas habis tengok penyu, kami sempat jalan-jalan amik angin kat pantai dia. Kalau siang kita boleh datang tengok-tengok. Malam je pantai tu akan ditutup kepada orang awam sebab penyu-penyu nak mendarat dengan aman.

Pantai kawasan penyu mendarat

Pantai kawasan penyu mendarat

Penutup

So kawan-kawan, kalau pergi ke Cherating, jangan ingat boleh main mandi-manda je. Macam-macam kita boleh buat. Makan seafood, tengok penyu, jalan-jalan tengok pantai. Try la pergi Cherating 🙂

Saya pengedar Shaklee yang berminat untuk bantu anda sihat dengan konsultasi yang terbaik. Berminat nak order Shaklee boleh cari saya ok.

Salam sayang,

Wan Syahida

012-6753078

 

2 thoughts on “Percutian Singkat Bersama Keluarga di Cherating, Kuantan

    1. syahida Post author

      ooo ya ker… terima kasih kerana berkongsi 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge