Perasmian Baby and Kids Spa daripada Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty”

By | 28/12/2017

Hai Assalamualaikum! Pernah dengar tak pasal Spa untuk kanak-kanak? Ataupun Spa untuk bayi? Kalau selalu kita tengok dan dengar orang dewasa atau remaja sahaja yang sukakan khidmat servis rawatan muka dan kecantikan spa ni, sekarang kanak-kanak dan bayi pun dah boleh dapat buat spa-spa ni tau. Ha kalau nak tahu, team spa “The Walking Beauty” kita baru je launch Baby and Kids Spa. Apa ke benda tu? Ha ni nak cerita.

Kids Spa daripada “The Walking Beauty”

Kids Spa "The Walking Beauty"

Kids Spa “The Walking Beauty”

Kids Spa ni agak trending kat negara-negara barat. Tapi dah nak start trending jugak kat sini. Kids Spa ni boleh dianjurkan dalam Birthday Party, Majlis Aqiqah atau apa-apa majlis keraian yang melibatkan kanak-kanak. Jadi selain daripada menyelitkan permainan dalam majlis meraikan hari jadi kanak-kanak, ibu bapa juga boleh anjurkan Kids Spa Party ni. Tujuan dia? Just for kids to have fun :-).

Dalam Kids Spa ni, kita tak berkira jantina. Dua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh sertai. Hanya buat tempahan daripada beautician yang boleh buat Mobile Kids Spa ni dan serahkan sahaja kepadanya untuk mengendalikan Kids Spa ke atas kanak-kanak dalam majlis harijadi ini :-).

Apa yang dilakukan dalam Kids Spa?

Dalam Kids Spa, kita akan lakukan rawatan muka yang asas ke atas kanak-kanak dan rendaman kaki di dalam air. Budak-budak kan suka main air? Kanak-kanak juga boleh relaks dan berehat dengan rawatan muka yang menenangkan.

Kids Spa daripada "The Walking Beauty" Project untuk kanak-kanak berseronok dalam Birthday Party.

Kids Spa daripada Spa “The Walking Beauty” untuk kanak-kanak berseronok dalam Birthday Party.

Sambil tu, have fun dengan kawan-kawan dan enjoy moment yang bermakna =).

Baby Spa daripada “The Walking Beauty”

Spa Baby by TWB

Spa Baby by TWB

Kalau tadi tentang kanak-kanak, bayi pula caranya lain. Bagi bayi, selepas mandian, mereka amat sukakan kita mengurut-urut mereka. Yang bagusnya, ia akan merapatkan hubungan di antara ibu dan bayi. Untuk rapatkan hubungan ibu dan bayi atau ayah dengan bayi, ada beberapa cara.

Merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan bayi

  1. Hubungan melalui pelukan
  2. Daripada bau ke senyuman
  3. Memberi urutan
  4. Bermain bersama anak setiap hari

Apa yang lebih penting, adalah masa yang kita peruntukkan untuk bersama dengan bayi kita. Setiap masa yang kita luangkan untuk bersama dengan bayi kita ini adalah masa yang sangat berharga. Jadi, manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin !

Kebaikan hubungan di antara ibu bapa dan bayi

Hubungan antara bayi dan ibu bapa adalah penting untuk proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal serta perkembangan emosi, mental dan kesejahteraan.

  1. Dari sudut fizikal
    • Pertumbuhan sihat
    • Mencapai pertumbuhan optimum
    • Kuat dan sihat
    • Perkembangan awal minda, motor sensor dan perkembangan
  2. Dari sudut fisiologi (emosi)
    • Mudah sesuaikan diri dengan persekitaran baru
    • Tidur lena dan berselera makan
    • Kurang sensitif terhadap rangsangan luar.

Bagaimana cara untuk membuatkan bayi sihat dan gembira?

  1. Memberi bahan yang selamat untuk bayi anda
    • Kombo sempurna adalah muzik yang lembut dan aroma lavender – menjaga bayi anda supaya tenang dari tab mandi ke tempat tidur.
    • Masa mandi tidak akan menjadi tugas yang ditakuti lagi untuk anda apabila bayi anda mengenali isyarat.
    • Muzik + Bau lavender + susu = Bayi yang gembira dan sihat
  2. Bahan tulen yang akan menjaga kulit bayi anda
    • Kebanyakan bayi Generasi Z tidur di tempat tidur yang berhawa dingin setiap malam.
    • Walaupun nyaman, bayi anda sebenarnya terdedah kepada penghawa dingin yang menjejaskan pernafasan dan kesihatan kulitnya.
    • Shea Butter + Minyak Vanilla = Mengurangkan kegatalan dan kulit kering
    • Minyak Jojoba = Melindungi kelembapan kulit bayi
  3. Memberikan bahan organik terbaik untuk bayi anda
    • Urut adalah cara interaktif yang efektif untuk mandian bayi dengan penuh perhatian dan kasih sayang melalui ikatan, kesenangan, amanah dan kelegaan.
    • Faedah tidak terhad kepada hanya bayi yang berasa tenang, malah sentuhan anda juga boleh membantu bayi anda.
    • Mengelakkan kembung pada bayi + Merangsang perjalanan darah + Membaiki berat badan = Bayi Gembira dan Sihat

Urutan Bayi dalam Baby Spa “The Walking Beauty”

Di dalam Baby Spa yang diperkenalkan oleh team spa TWB, kami menekankan perbuatan urutan bayi atau baby massage yang banyak manfaatnya kepada bayi yang baru lahir dan ibu yang sedang berpantang.

Sambil-sambil beautician spa TWB melakukan spa seperti facial treatment, scrub dan sauna ke atas ibu selepas bersalin, ibu selepas bersalin juga kini boleh mendapatkan khidmat urutan bayi kepada bayi mereka.

Tentunya dengan menggunakan Massage Oil yang sangat istimewa dan bermutu tinggi dalam set penjagaan bayi Shaklee Baby.

Jadi, keistimewaannya jika anda menyertai full package kursus spa bergerak tanpa kedai (mobile spa) di bawah TWB, anda bukan sahaja bakal mempelajari teknik-teknik spa kepada wanita dewasa, malahan juga kepada bayi dalam baby spa dan kanak-kanak dalam kids spa.

Menarik juga, kan?

Kalaupun anda tidak melakukan servis Baby and Kids Spa ini, anda boleh buat ke atas anak-anak sendiri, kan? Sebab ia adalah ilmu untuk diri sendiri juga. Belajar teknik spa pula boleh apply ke atas suami sendiri.

Kami juga menggunakan produk Shaklee Baby yang baru diperkenalkan Shaklee di Malaysia untuk ibu bapa yang sukakan produk bayi yang sangat natural, sangat lembut, bebas bahan kimia, organik, wangi dan mempunyai ramuan berkualiti untuk melindungi kulit bayi yang nips dan sensitif.

Baca lebih lanjut tentang Shaklee Baby di SINI.

Majlis Perasmian Baby and Kids Spa daripada “The Walking Beauty”

Pada 16 Disember 2017 yang lalu, TWB baru sahaja merasmikan Baby and Kids Spa, termasuklah memberi training kepada ahli-ahli beauticians spa TWB tentang cara-cara melakukan Kids Spa dan Baby Spa.

Bermula dengan sesi temuramah bersama beauticians TWB tentang pengalaman mereka menjayakan bisnes spa, kemudian ada Talk daripada Nutritionist Shaklee tentang produk terbaru Shaklee iaitu Shaklee Baby, diikuti pula dengan demo urutan bayi untuk baby spa menggunakan massage oil Shaklee Baby serta demo cara-cara melakukan kids spa.

Perasmian Baby and Kids Spa

Perasmian Baby and Kids Spa

Memang comel je event kita hari tu sebab models kita baby dengan kanak-kanak je semuanya. Hehe. Agak bising la sebab ada ramai budak 😂

Demo Kids Spa dalam Majlis Perasmian Baby and Kids Spa

Demo Kids Spa dalam Majlis Perasmian Baby and Kids Spa

Full Package Spa “The Walking Beauty” mulai Januari 2018

Memandangkan Baby and Kids Spa ni kita telah pun launch pada awal Disember 2017, maka kami akan memasukkan kursus Baby and Kids Spa ini ke dalam Modul Spa TWB mulai bulan Januari 2018.

Dengan tambahan course ni, maka yuran pembelajaran spa kita pun bakal bertambah daripada RM 999 (harga pada bulan Disember) kepada RM 1,199 pada Januari 2018.

Jadi, kalau anda nakkkk sangat belajar spa dan nakkkk sangat berjimat cermat, tak nak sertai kursus spa yang lebih mahal daripada RM 1000, maka ini lah masanya untuk anda serta kursus Mobile Spa “The Walking Beauty” ini. Kerana harga RM 999 ini last sampai akhir Disember 2017 sahaja.

Masuk tahun 2018, harga akan menaik lagi dan pada bulan Mac 2018 pula, harga kursus ini bakal bertambah lagi apabila set penjagaan wajah yang terbaru bakal dimasukkan ke Malaysia setelah Nutriwhite dihentikan penjualannya.

Boleh baca maklumat lebih lanjut tentang Pakej Kursus Spa kami di :

Kursus Mobile Spa Termurah di Selangor dan KL

Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa / Mobile Spa “The Walking Beauty”

Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty”

Berminat untuk sertai Kursus Mobile Spa bersama kami? Boleh hubungi saya dan saya akan terangkan apa-apa yang tak jelas 🙂

Hubungi saya di,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

10 thoughts on “Perasmian Baby and Kids Spa daripada Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty”

    1. syahida Post author

      Hehe.. Mak-mak yang dah ada anak, boleh la memahami 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe. Benda ni benda baru.. So kita pun cam tak terfikir.. Ni baru nak start trending di Malaysia 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Budak-budak kan mmg suka main air, kan. Haha. Baby pula suka diurut. Kami dah tengok. Baby yang tak nak duduk diam, bila urut, dia diam.. 😀

      Reply
  1. Pingback: Nak Cari Kerja Part-Time Dari Rumah Untuk Tampung Perbelanjaan Harian? • SyahidaShukri

  2. Pingback: Pakej Kursus Mobile Spa TWB 2018 Yang Lebih Hebat ! • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.