Pentingnya Minda Positif dan Yakin Kita Boleh Berjaya

By | 22/07/2017

Pentingnya Minda Positif dan Yakin Kita Boleh Berjaya

Pernah suatu masa beberapa bulan yang lalu, terdapat satu perkara yang saya baru belajar dan baru sedar berkenaan dengan minda positif. Sebenarnya perkara ni susah nak diterangkan dalam bentuk teori semata-mata. Sebabnya, untuk kita benar-benar memahami, merasai dan benar-benar menguasainya adalah dengan merasainya sendiri dengan hati dan fikiran kita sendiri sahaja. Kalau orang lain cuba terangkan je, susah nak sampai dalam fikiran kita. Hanyalah bila kita sendiri CUBA MENGAPLIKASINYA sendiri, baru lah kita akan rasa.

Tak faham apa benda?

Ia adalah berkenaan dengan KUASA MINDA POSITIF, dan YAKIN TERAMAT BOLEH.. YANG KITA PASTI BOLEH BERJAYA.

Bunyi macam mustahil. Ini yang kebanyakannya yang difikirkan orang. Tak ramai yang nak cuba UBAH FIKIRAN jadi sebaliknya. Mungkin sebab kita dalam budaya Melayu dah selalu dibiasakan dengan kata-kata yang melemahkan semangat macam, “sedarlah diri kita ni siapa”, atau pun “kalau dah dot dot dot tu, takkan ke mana juga”. Lagi biasa, “kalau dah perempuan tu, ke dapur juga.” Biasa tak dengar ayat-ayat macam ni? Seolah-olah kita tidak diberikan harapan. Budaya Melayu kita tak biasa dengan sifat dan habit memberikan motivasi dan galakan. Banyak sindiran dan kutukan lagi ada la, kan?

Minda Positif : Ubah Fikiran Kita Kepada Minda Berjaya

Minda positif akan mengubah segala-galanya!

Minda positif akan mengubah segala-galanya!

Suatu nota penting bagi kita yang telah menanam sebuah cita-cita dan harapan dalam hidup kita. Sebelum memulakan langkah pertama kita nak mencapai sesuatu kejayaan itu, tak kira lah kejayaan apa sekalipun, pencapaian apa sekalipun… Tak kira lah kalau nak capai money-freedom, travel-freedom, the big bungalow idaman, kereta idaman ataupun apa saja.. atau mungkin ada suatu impian kerjaya yang kita nak sangat lakukan seperti menjadi pelakon terkenal, penyanyi terkenal atau seorang yang berprofesion.

Perkara pertama yang kita kena belajar pupuk dan ‘setting’ adalah MINDA KITA SENDIRI terlebih dahulu.

Percayalah ia adalah langkah awal yang teramat penting sebelum anda mula nak melakukan apa-apa sahaja.

Bayangan apa yang anda percaya ANDA BAKAL CAPAI.

Ya, walaupun anda langsung belum ada tanda-tanda nak mencapainya lagi. Walaupun anda belum melangkah pun lagi. Walaupun anda belum ada caranya lagi. Tapi anda tahu apa yang anda INGINKAN sangat-sangat.

Percayalah juga, dengan permulaan MINDA YANG NEGATIF, kita tak akan dapat ke mana-mana sekalipun. Langkah kita akan terhenti. Minda kita akan tertutup. Kita akan terus tak nak mencuba dan kita tak akan berganjak menuju ke arah impian yang kita idam-idamkan itu.

Jadi nampak, kan? Pentingnya permulaan MINDA POSITIF. Ini kerana MINDA POSITIF itulah yang akan menggerakkan anda. Yang akan menjadikan anda tetap FOKUS nak capai impian yang anda idamkan itu. Biar apa pun halangan yang datang menimpa, bagi anda ia tak ada apa-apa effect pun ke atas anda. Anda tetap berfikiran POSITIF yang anda boleh mencapainya.

It is all within our minds. Kalau kita fikir kita boleh, kita boleh. Kalau kita fikir kita tak boleh, maka kita takkan boleh.

Jadi langkah penting dan langkah yang pertama : Correct your mind set.

Change your belief.

Think confidently of what you can achieve.

Feel the achievements in your senses!

RASAI KEMENANGAN ITU.

BAYANGKAN YANG KITA TELAH MENCAPAINYA.

Jika sekiranya kita mengimpikan sebuah kereta BMW, bayangkan yang kita dah drive sebuah kereta BMW.

Jika sekiranya kita mengimpikan sebuah rumah banglo, bayangkan yang kita dah siap duduk dah dalam sebuah rumah banglo.

BAYANGKAN yang KITA dah CAPAI.

Kalau kita boleh visualize, then buat. Look at it everyday. Macam ada orang suka tampal-tampal ‘Vision Board’ dia kat dinding bilik, kan? Itu adalah salah satu cara untuk TERTARIK ke arahnya. Atau orang putih kata ‘Law of Attraction’.

Ni usaha kita dalam bentuk ‘visualization’. Lihat akan impian kita itu setiap hari. Supaya kita sentiasa teringat-ingat yang kita bakal memperolehinya suatu hari nanti. Ingat la selalu, fikiran itu juga suatu doa, kan?

Tapi kalau kita boleh lakukan dengan ‘lebih’ lagi daripada hanya melihat, cuba kita RASAKANNYA. Rasa memiliki. Be there once in a while. Orang punya, milik orang. Takpe. Tapi kita kena konon-konon rasa macam kita dah dapat jugak. Macam kereta BMW, rumah besar dan banglo mewah, travel ke negara yang kita impikan, selalu-selalu lihat video mengenainya, atau sebagainya.

Kalau kita boleh bau, then try hidu. Pergi car showroom. ‘Smell’ the car of your dreams. It’s just a showroom. Touch & feel. Imagine you will finally get it one day.

Kemudian dalam hati kena yakin. KITA PUN AKAN DAPAT SUATU HARI NANTI !

Pastikan Minda Positif, Buang Segala Ragu-ragu

Kalau nak lihat kita ni jenis berfikiran negatif atau positif, kalau kita lihat suatu perkara idaman kita seperti kereta atau rumah besar, cuba lihat reaksi kita YANG PERTAMA apabila melihatkannya. Look at our first impression. Tanyakan diri sendiri, adakah aku boleh mencapainya juga? Are we able to achieve it?

Kalau anda dah TERUS jawab “takkan mungkin aku akan dapat rumah macam ni jugak”.

Maka ini dah terus menunjukkan bahawa MINDA ANDA NEGATIF.

Tapi, kalau anda dah TERUS jawab kepada diri sendiri, “YES! Aku pasti akan dapat jugak rumah macam ni nanti. Kereta macam ni nanti”.

Maka ini dah terus menunjukkan bahawa anda mempunyai MINDA YANG POSITIF !! Syabas!

Tapi jangan sedih. Kalau anda masih ada habit fikiran negatif tu, UBAH SEKARANG.

Jangan la dilayan fikiran tak mampu tu. Buang la tanggapan yang anda bukan siapa-siapa.

Hakikatnya kita semua adalah sama. Punyai peluang yang sama untuk berjaya. Yang membezakan kita semua adalah apa yang kita fikirkan dan apa tindakan kita.

Jadi apa nak buat?

Make the answer YES !

Tukarkan minda negatif ke minda positif.

Then itu lah sebenarnya ‘praktis’ yang anda sedang latihkan minda anda untuk capai. Setiap orang pun boleh berubah. Everybody Can Change. 

Minda positif ni kita kena latih jugak tau.

Kita takkan terus pandai rasa-rasa positif camni tapi kita kena latih. Keep on repeat and repeat fikirkan impian kita dan apa yang kita rasa mengenainya.

What’s the kind of mind setting do we have?

Once we try.. Seriously kita boleh tingkatkan mood & semangat kita tau. Kita akan berubah jadi orang yang lebihhh yakin & semangat! Dan ia akan sangat bantu kita untuk fokus ke mana kita nak pergi. Dan benda apa yang kita nak capai one day.

Kalau next time kita nampak Dato’ tu success. Datin ni berjaya. Perniagaan orang Cina tu maju. Empayar seseorang tu membesar dengan hebat. Founder tu jutawan. Capai money freedom. Freedom of time and freedom of choice. Freedom of giving zakat and freedom of waqaf-ing a mosque.

Pasakkan dalam hati dan minda ini kita yang kita pasti boleh dapatkannya jugak. Kita boleh jugak. Kita akan jadi camtu jugak!

Bukannya dengki. Bukannya iri hati. Bukannya rasa dia je boleh. Bukannya rasa diri kita tak mampu.

Tapi sebaliknya. Pinjam inspirasi mereka dan kutip impian yang sama. Yakinkan dalam hati yang kita akan jadi macam diorang jugak one day.

Ini lah dia ‘minda high-class’ yang saya belajar dalam coaching session bersama mentor saya Master Ainul.

She was living in a hardship one time ago and today, she’s totally different from what she was.

Amazing what our mind can make us be.

It all starts with our mind.

Sebab percayalah. Apa yang minda kita fikirkan, akan menentukan.. hala tuju bisnes kita.

Ya Allah precious sangat ilmu yang beliau sampaikan.

Kalau saya tak fikirkan mengenainya, ia akan berlalu sia-sia saja dan saya pasti tak akan mengingatinya. Bila saya tak mengingatinya, saya pasti takkan cuba untuk melakukannya. Bila saya tak cuba untuk lakukannya, saya takkan ubah minda saya ke arah MINDA POSITIF itu dan mungkin saya akan terus melayan sikap negatif saya selama-lamanya.

Kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk MEMBUKA MINDA kita. Bagitahu kita nak fikir macam mana sepatutnya? Dan bagaimanakah minda orang-orang yang telah berjaya itu?

Kita pun sebenarnya boleh cuba lihat. Sikap-sikap orang-orang yang telah BERJAYA PADA HARI INI. Tak kira siapa, seperti Oprah Winfrey, J.K. Rowling, pencipta Kentucky Fried Chicken, Jack Ma atau sesiapa sahaja. Mereka semua bermula sebagai orang biasa-biasa je dengan sejarah silam yang menyedihkan. Tapi lihat apa yang terjadi kepada mereka dan bagaimana mereka mengubah masa depan mereka bermula dengan mind set yang betul dan yakin mereka sebenarnya boleh?

Minda Positif yang Membantu Kita

Banyak kali kan pakar-pakar motivasi kita seringkali menyebut, kita adalah apa yang kita fikirkan. We are what our thoughts make it.

Fikirkan baik, kita jadi baik. Fikirkan berjaya, kita akan berjaya. Tapi kalau sebaliknya, sebaliknya jugalah kita akan dapat.

Benda tu kena RASA sendiri sangat!

Rasa, nampak, pegang, duduk situ & rasa enjoyyy berfikir mengenai impian yang anda NAK SANGAT capai itu.

Take time for yourself to think. Rasa sedalam-dalamnya. Kemudian pasakkan di dalam MINDA kita. RASA SENDIRI KEJAYAAN ITU.

Because why, bila tiba masa kita down, kita boleh ingat balik perasaan ingin yang kita pernah cuba rasa dulu masa kita pernah experience dulu.

These things will lift us up. Perasaan-perasaan inilah yang akan membantu kita naik semangat semula tau. Iaitu apa yang kita pernah fikirkan mengenai impian yang kita nak capai itu. Kenangkanlah kembali apakah BIG WHY kita.

So guys, penting. Our first mind set before we start something & before we want to achieve something.

Kalau kita rasa kita boleh, kita boleh.

Tapi kalau kita rasa kita tak boleh, kita takkan ke mana-mana. Kalau rasa kita susah nak berubah, berusahalah. Kita kena keluar daripada zon selesa kita.

Bagaimana rasa-rasanya perasaan dan minda anda sekarang? Minda positif tak?

Only you yourself know what you think :-). And it will determine your future.

Sebelum saya mengakhiri artikel motivasi saya ini, saya nak share VIDEO ni yang saya tak sengaja tertonton di Facebook. Ia sangat membuka mata dan persepsi saya tentang FIKIRAN dan MINDA POSITIF.

Selamat menonton!

10 thoughts on “Pentingnya Minda Positif dan Yakin Kita Boleh Berjaya

    1. syahida Post author

      Sama-sama kita berusaha ke arahnya 🙂

      Reply
  1. Farah@ez-vitamin

    Kadang2 kita akan rasa down bila terjadi sesuatu yg kita tak suka..tapi dengan fikirkan perkara yg positif semua masalah tu insylh akan jadi positif jgk =)

    Reply
  2. mrhanafi

    panjang juga artikel motivasi ini…

    apa yang saya dapat tangkap..

    fikirkan boleh..boleh dan boleh

    in shaa Allah

    Boleh berjaya

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul. Jangan sekali2 layan fikiran tak boleh tu..

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya diri sendiri la yang kena usaha. Bukan orang lain.

      Reply
  3. Dedaun Comel

    Betul.. minda yang positif akan membawa kepada kehidupan yang positif.

    Minda yang positif mencari peluang dalam setiap perkara dan minda yang negatif mencari kesilapan dalam setiap situasi 😉

    Semoga kita sentiasa berfikiran positif

    Reply
    1. syahida Post author

      Moga jauh daripada minda negatif macam tu 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.