Pentingnya Amalkan Supplemen Yang Ada Kelulusan KKM

By | 20/10/2016
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman.
 
Lately banyak kan produk dan supplemen keluaran tempatan? Ada yang mempunyai kelulusan KKM namun ada juga yang tiada. Yang menjadi masalahnya adalah apabila rakyat Malaysia masih ramai yang tak ada kesedaran dan masih tak takut untuk beli dan makan supplemen yang tiada kelulusan KKM ini. 
Ini kerana produk supplemen yang tiada kelulusan KKM ini dibimbangi mengandungi bahan-bahan yang berbahaya dan tidak selamat untuk pengguna.
Please make sure supplemen tak kisahlah jamu atau supplement moden ada KKM ok?
Cara-cara untuk mengenali ubat atau pemakanan tambahan yang mengandungi steroid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi STEROIDS. 
Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi STEROID ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. 
Setelah memakannya beberapa hari, berat badan akan bertambah dan muka menjadi tembam. 
Untuk jangka masa panjang ia sangat merbahaya pada ginjal.
– credit to Master Laila.
Saya share sebab perkara ni sangat sangat penting. Kesedaran rakyat Malaysia tentang keselamatan supplement sebenarnya sangat rendah. Ramai yang alami side effect kerana mengamalkan produk yang tidak dapat menjamin keselamatannya. Mereka rasa sakit tu hilang jadi mereka rasa ia bagus. Kemudian buah pinggang pun rosak dan mula lah menyesal.
So hati-hati. Dapatkan produk yang ada kajian klinikal dan diformulasikan oleh para saintis atau doktor yang ahli dalam bidangnya. Itu jauh lebih selamat. Yang paling penting, pastikan ada KKM certified.
Selepas sesuatu ubat atau supplemen itu mempunyai logo KKM, pastikan juga logo KKM tu original dan bukan palsu. Re-check dengan database BFK ataupun Biro Farmaseutikal Kebangsaan.
Bagaimana pula nak kenal original atau palsu?
Ada 2 ciri:
1) Pertama adalah nombor pendaftaran MAL.
2) Kedua adalah hologram meditag. Tujuan adanya hologram ini adalah untuk counter produk yang palsu.
Kosmetik dan segala produk kesihatan, boleh semak pendaftaran nombor MALnya di database npra.gov.my or formerly known as BPFK.
So hati-hati ye. Jangan la ambil sebarangan sebab kelak anda juga yang bakal merana. Mungkin ada ibu bapa kita yang tak sedar dan tak berpengetahuan tentang perkara ni. Jadi tanggungjawab kita la untuk beritahu dan ajari mereka supaya tak ambil produk yang lebih memudaratkan kesihatan mereka.
Sentiasa juga peka dengan sebarang pengumuman rasmi daripada pihak KKM sekiranya terdapat produk yang diharamkan kerana mengandungi bahan yang tak dibenarkan.
Semoga bermanfaat. Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita baik-baik.
 
Contoh supplemen Shaklee yang mempunyai nombor pendaftaran MAL. Bermakna ia telah mendapat kelulusan KKM.
 
Ini pula adalah contoh hologram meditag yang terdapat pada botol supplemen Shaklee. Bermakna ia bukannya produk palsu dan telah didaftarkan dengan KKM.

2 thoughts on “Pentingnya Amalkan Supplemen Yang Ada Kelulusan KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge