Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Shaklee YOUTH

By | 15/02/2018

Akhirnya Shaklee YOUTH dah keluar bulan Februari 2018 ni dan berita mengenainya dah mulai tersebar luas! Selepas 8 tahun penyelidikan saintifik dan dedikasi yang tinggi daripada pihak penyelidikan Shaklee, Shaklee telah mengeluarkan produk penjagaan kulit dan anti-penuaan YOUTH.

Produk Shaklee Youth

Keseluruhan Set Produk Skincare Shaklee Youth

Dengan lapan paten dan paten yang belum selesai (patent-pending), Shaklee YOUTH direka untuk membantu anda kelihatan lebih muda tanpa menggunakan bahan-bahan yang berbahaya. Keputusan ujiannya dah dikeluarkan dan ramai orang berasa sangat teruja apabila mereka dapat kelihatan lebih muda pada luaran sebagaimana perasaan muda yang mereka rasakan di dalam.

Memperkenalkan Shaklee YOUTH

Dalam dunia pada hari ini, orang tidak lagi mahu mengorbankan kesihatan mereka demi untuk mendapatkan kecantikan semata-mata. Apa yang mereka inginkan adalah kecantikan yang disertai dengan kesihatan. Buat apa kan kalau berjaya cantik, tapi menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang berbahaya atau mencurigakan, kan? Itu kan dah mengorbankan kesihatan dan membahayakan tubuh badan sendiri?

Oleh sebab itu, dengan Shaklee YOUTH, anda tidak perlu risau akan bahaya produk. Shaklee YOUTH telah direka untuk menyediakan nutrien yang selamat dan berkesan untuk kulit anda sambil membantu anda mengurangkan usia kulit anda kepada satu dekad lebih muda daripada penampilan sebenar kulit anda. Yang paling penting, YOUTH bukan saja berkesan, tapi ia selamat dan semulajadi.

Dalam ujian klinikal Shaklee, didapati bahawa :

  • 2/3 wanita telah berjaya mengalihkan usia kulit wajah mereka kepada satu dekad lebih muda setelah mencuba Shaklee YOUTH.
  • Dan 100% daripada mereka telah berjaya mendapatkan kulit yang lebih muda dan semua ini telah dibuktikan secara klinikal. Bukannya 80% atau 90%. Tapi dijamin 100%. Oleh sebab tu, kalau anda try pun, anda pasti dapat menghapus satu dekad penuaan!

Sains di sebalik Shaklee YOUTH

Kunci untuk kulit yang kelihatan lebih muda berseri adalah dengan pembaharuan sel. Lebih lama usia kulit kita, ia akan mula kurang menghasilkan kolagen dan elastin. Lama-kelamaan ia akan mula kelihatan kusam. Kebanyakan produk kecantikan di pasaran akan fokus kepada permukaan kulit. Tapi dengan Youth, ia akan pelihara hingga ke tahap sel.

Shaklee telah menemui cara untuk menumpukan kepada penuaan kulit kita di peringkat sel dan kita mempunyai fakta sains untuk membuktikannya. Shaklee mempunyai keputusan untuk membuktikan bahawa Shaklee YOUTH dapat mengalihkan penampilan kulit anda kepada satu dekad lebih muda.

Ia benar-benar suatu kejayaan dalam bidang sains (breakthrough). Dan bukan itu saja. Ia merupakan satu kejayaan yang dicapai tanpa perlu menjejaskan keselamatan bahan-bahan yang digunakan Shaklee dalam Shaklee YOUTH.

Satu Dekad Penuaan Berjaya Dipadamkan

Shaklee telah bekerjasama dengan pakar kulit bertaraf dunia untuk membangunkan Indeks Umur Kulit (Skin Age Index) dan membuat langkah untuk mengira usia kulit kita. Indeks ini melihat faktor-faktor seperti :

  • kedutan muka (wrinkles)
  • saiz liang-liang pori (pores)
  • tona kulit (skin tone)
  • keanjalan kulit (firmness)
  • tekstur kulit (skin texture)
  • hiper pigmentasi (hyper pigmentation)
  • keserian wajah (radiance)
  • kendur (sagging)

Apabila Shaklee mengaplikasikan Skin Age Index ke atas peserta dengan melihat kulit mereka sebelum dan selepas menggunakan Shaklee YOUTH, Shaklee mendapati bahawa 100% peserta secara klinikalnya mempunyai kulit yang lebih muda selepas menggunakan Shaklee YOUTH.

Bukan sahaja setiap wanita (100% peserta) dapat melihat perubahan ketara pada kulit wajah mereka, tapi dua pertiga daripada mereka sebenarnya berjaya mengalihkan kulit wajah mereka menjadi satu dekad yang lebih muda! Tu adalah 10 tahun lebih muda tau!

Jom dengarkan apa yang ahli sains terkemuka Shaklee perkatakan tentang sains di sebalik Shaklee YOUTH ini :

Shaklee YOUTH – Beyond Organic

Kalau biasa kita jumpa produk penjagaan kulit yang claim produk mereka organik dan natural,  mereka sebenarnya tetap mengandungi bahan-bahan kimia yang tersenarai sebagai mencurigakan walaupun sedikit. Disebabkan ia hanya sedikit, mereka sudah claim produk mereka organik dan natural. Sedangkan ia sebenarnya ada, hanya peratusannya je yang sedikit.

Sedangkan dalam Shaklee, Shaklee berusaha untuk bebas daripada senarai bahan-bahan kimia yang mencurigakan itu terus. Kalau bahan kimia yang memang berbahaya seperti Paraben dan Sulfates, ia dah tentu dielakkan sama sekali. Tapi dengan Shaklee, dengan bahan-bahan yang mencurigakan sekali dia elakkan. Ini kerana Shaklee sangat mementingkan ketulenan dan kesucian dalam setiap rangkaian produknya.

Di atas dedikasi Shaklee untuk menghasilkan produk yang tulen, suci dan selamat, Shaklee berjaya mencapai kejayaan dalam sains apabila berjaya menghasilkan produk penjagaan kulit yang tiada langsung bahan-bahan berbahaya atau bahan-bahan yang mencurigakan dalam seluruh rangkaian penjagaan kulitnya. Bukan senang ni. 8 tahun punya kerja ni. Huhu.

Tapi bagaimana Shaklee melakukannya? Ramuan utama yang Shaklee gunakan berasal daripada bahan-bahan alam dan berasaskan botanikal termasuklah ekstrak Lotus Japonicus, ekstrak Apple Stem Cell dan Anggur Muscadine.

YOUTH menggunakan penemuan sains baru-baru ini di mana mereka mendapati bahawa protein yang terdapat dalam kulit yang muda membantu memberikan signal kepada sel-sel untuk menghasilkan kolagen dan elastin.

Shaklee YOUTH mempunyai “Senarai Bebas Daripada” 1,500 bahan-bahan kimia yang berbahaya dan mencurigakan yang tidak digunakan langsung di dalam YOUTH. Hakikat daripada pemeliharaan YOUTH daripada menggunakan bahan-bahan kimia ini dan menghasilkan rangkaian produk semulajadi yang tetap berkesan, menunjukkan bukti bahawa ia adalah suatu kejayaan dalam industri penjagaan kulit.

It is truly a BREAKTHROUGH by Shaklee. Hebat, kan?

YOUTH juga diuji selamat. Ia diuji secara :

  • Dermatologi (kulit)
  • Hypoallergenic (tidak menyebabkan alergi ke atas kulit)
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Non-comedogenic (tidak akan menyumbatkan liang-liang pori)
  • Oftamologi (sensitif ke atas mata)
  • Bebas gluten
  • 100% diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan
  • Tidak diuji ke atas haiwan (cruelty free).

Di dalam Shaklee, kita melampaui organik. Ini bermakna bahawa standard kualiti Shaklee melampaui sekadar penanaman yang organik untuk tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Tetapi Shaklee juga menjalankan ujian untuk menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan kekotoran setiap bahan di mana ia adalah 3 kali ganda lebih banyak ujian daripada yang sepatutnya dibuat.

Kenapa hal ini penting? Ini kerana walaupun ramuannya tumbuh di dalam ladang yang organik, tumbuh-tumbuhan ini tetap terdedah kepada toksin yang dibawa melalui laluan air, di dalam tanah, semasa pemprosesan ataupun melalui udara. Dengan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun, kami memastikan bahawa produk kami sentiasa selamat. Inilah yang dikatakan melangkaui organik.

Testimoni Pengguna Shaklee YOUTH

Di dalam gambar di bawah, nampak kan selepas 30 hari, tona kulit nampak dah makin sekata, kedutan yang baru mula nak terbentuk di dahi dan di bawah mata dah mula berkurang dan bintik-bintik jeragat kat atas hidung dah takde. Bukan hanya dia yang melihat hasilnya yang superb tapi banyak lagi testimoni lain yang kita boleh lihat.

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee YouthTestimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Pengguna Shaklee

YOUTH di Malaysia

OK kalau di atas semuanya adalah pengguna kulit wajah Caucasian. Di bawah ni pula saya kongsikan testimoni Sebelum dan Selepas pengguna YOUTH di kalangan pengedar Shaklee Malaysia yang diberi peluang oleh Shaklee Malaysia untuk mencuba produk YOUTH ni sebelum ia mula dijual kepada umum.

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Testimoni Shaklee Youth

Kalau nak tahu, semua pengguna pengedar Shaklee Malaysia ni, mereka hanya gunakan 1 set YOUTH ni dalam masa 25 ke 28 hari je tau. Amazing sangat kan?

Jadi bayangkan kalau mereka habiskan 1 set YOUTH tu selama 2 bulan atau lagi lama. Mesti lagi cantik kesannya. Dalam semua testimoni di atas, ada pelbagai umur. Tak semestinya yang berumur 40-an atau 50-an sahaja. Tapi ada juga ujian ke atas pengguna berumur 20-an supaya kita dapat lihat effect sekiranya orang muda yang mencuba YOUTH.

Berminat untuk dapatkan Skincare Shaklee YOUTH ini? Boleh lah hubungi saya di 012-6753078. Setiap pembelian 1 set YOUTH akan terus melayakkan anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma (worth RM68.90) dan juga postage percuma. 🙂

Salam Mesra daripada saya,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia dan Pengguna YOUTH