Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

By | 25/07/2017

Hai Assalamualaikum. Siapa sini suka Travelling atau melancong? Dah tentu semua orang pun angkat tangan, kan? Mana ada orang yang tak suka melancong. Oh jap jap. Saya rasa ada. Orang yang jenis tak suka membazir duit dan menganggap melancong itu hanya membazirkan duit, mungkin iya tak sukakan melancong. Tapi saya yakin, kebanyakan orang pun sebenarnya sukakan melancong kan? Hanya ada pitis ke takde pitis je. Tapi kan, saya berani jamin, orang yang asalnya kata tak suka melancong la bagai, sekali dia dah try rasa, mesti dia akan nak melancong lagi dan lagi. Percaya tak cakap saya ni? Hehe. Saya memang kaki melancong. Jadi oleh itu, sengaja saya tuliskan entry ni untuk mengabadikan pengalaman travelog saya setakat ini.

Bermula dengan tiada pengalaman travelog langsung

Saya berkahwin pada tahun 2010. Sebelum berkahwin, jujur saya katakan, saya tak pernah melancong ke mana-mana bersama rakan-rakan. Atau apatah lagi melancong sendirian. Saya ni jenis yang sentiasa dipelihara ayah. Ayah susah nak benarkan saya ke mana-mana. Even kalau saya nak memandu dari Petaling Jaya ke Ampang pun dikatakan sangat jauh tau? Cam mana la saya nak travel dalam keadaan masih single tu. Memang tidak la. Pernah sekali saya ke Kelantan bersama rakan-rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Agak payah nak dapat kelulusan ayah. Hanya bila bagitahu ada seorang rakan lelaki yang turut menyertai, baru la ayah saya benarkan pergi. Macam tu tau.

So pengalaman saya travel sebelum berkahwin memang almost zero lah. Semuanya melancong bersama keluarga sahaja. Paling jauh saya pernah melancong adalah bersama keluarga saya. Kami terbang ke Perth, Australia ketika cuti ketiga Hari Raya Puasa, tahun 2005. Keluarga saya ada ahli keluarga di sana yang memang menetap di sana. Jadi kami menziarah sambil melancong ke Perth. Masa tu saya baru berusia 21 tahun.

Pengalaman Travelog Bermula Semenjak Berkahwin

Akhirnya tahun 2010 saya berkahwin. Pada masa tu usia saya 26 tahun. Suami saya pun rupa-rupanya kaki berjalan juga. Dia suka berjalan. Hujung minggu pun tak boleh hanya lepak di rumah. Mesti kena keluar somewhere. Kalau duduk rumah masa weekend tu macam membuang masa je bagi dia. So mesti kena keluar buat aktiviti. Tak kisah la kalau yang paling simple sekalipun macam pergi ke Taman Burung ke, Taman Rama-rama ke, Taman Tasik Titiwangsa ke, Lake Gardens ke, plan berpiknik kat tepi tasik Taman Jaya ke, simple holiday ke Port Dickson ke, Bukit Tinggi, Melaka atau mana-mana. Simple simple je. Tapi mesti berjalan.

Bila dah berkahwin, sah-sah la saya dah tak perlu dikongkong ayah saya lagi!! Seronok masa tu. Bayangkan la, first time rasa dah tak perlu minta izin ayah lagi untuk ke mana-mana. Sebab saya dah ada teman yang akan sentiasa jadi body guard saya ke mana-mana. Itulah suami saya sendiri :). Jadi, berkahwin tu bukan saja membina rumahtangga dan keluarga, tapi juga tiket kepada anda travel ke mana saja bersama seorang teman hidup :).

Pengalaman Honeymoon

Syukur Alhamdulillah.. Suami saya gemar melancong juga. Kami decide untuk honeymoon di Sabah. Itu lah tempat pertama kami pergi. Sabah was an amazing experience. Terlalu menarik. We really loved Sabah!! The people, the nature, the forests, the islands, the sea, the gardens, even the zoo, semua!! Hanya makanan dia je tak berapa menarik mana kot. Haha. No offense kawan-kawan Sabah. Sabah banyak kelebihan semulajadi. Memang tak dapat dinafikan.

Di War Memorial Garden, Sabah

Di War Memorial Garden, Sabah

Selepas honeymoon tu, tak banyak pengalaman travelog lagi. Sebab biasalah, baru nak bina kehidupan, kan? Kita pun kena banyak keluarkan duit membina rumah tangga. Peralatan rumah, simpanan untuk masa depan, keperluan keluarga, dan macam-macam la lagi. Jadi nak travel ke mana-mana memang belum ada dalam perancangan kami masa tu.

Tapi kami ada berjalan sedikit-sedikit just to gain experience. Kadang-kadang suami saya kena outstation bagi menghadiri conference. Jadi mana yang saya boleh ikut, saya ikut.

Pengalaman Travelog Kami Mengikut Tahun

Ini senarai pengalaman travelog kami setakat ni. Saya khususkan melancong ke luar negara sahaja. Kalau dalam negara memang banyak lah sampai tak dapat nak senaraikan dah.

Setakat yang kami baru pergi bersama-sama sejak berkahwin, baru :

2012
Brunei
Singapore

2014
Medan, Indonesia

2016
Istanbul & Bursa, Turkey
Mekah & Madinah, Umrah

2017
Ho Chi Minh, Vietnam

Pengalaman Travelog Ringkas : Brunei

Untuk Brunei, kami hanya pergi bertiga dengan anak sulung kami Ameerah yang baru usia 9 bulan masa tu ?

Masa ni belasah je pilih Brunei sebab ada promosi Air Asia kalau tak silap. Saya la tu yang saja-saja pilih. Saya dah lama tertarik dengan Brunei. Macam sebuah negara yang tak berapa dikenali. Banyak rahsia dan kurang publisiti gitu. Tapi terkenal dengan negara Islamnya dan keamanannya. Kebetulan husband pun ada a few kenalan orang Brunei yang sudi jadi tourist guide tempatan untuk kami. Lagipun sengaja cari tempat yang selamat dan dekat la konon, maklum la ada baby kecik.

Biasanya Brunei tak pernah jadi tempat pilihan untuk melancong orang, kan? Mana ada orang nak jalan ke Brunei. Semua lagi sibuk nak ke Krabi la, Bali la, Vietnam la, Bangkok atau Singapore yang lebih menarik. Brunei? Jarang-jarang orang pilih. Betul tak?? Sebab orang akan kata, Brunei mana ada apa-apa kat sana.

Tapi saya dan suami bukannya suka melancong sebab nak berjalan semata-mata. Kami sukakan culture dan sejarah. Suka kenali negara. Biarpun tempat tu tak ada apa-apa yang menarik. Brunei memang tak macam KL langsung. Tapi ada culture yang menarik di sana.

Seronok ke tempat orang yang mana kita dah siap ada kenalan ni. Diorang boleh tolong ceritakan pasal culture di sana, sejarah negara dia, dan lain-lain. Belum masuk bab dijemput makan kat rumah dia ?

Ikuti Travelog saya ke Brunei di SINI :

Brunei Trip (Part 1).

Brunei Trip (Part 2).

Brunei Trip (Part 3).

Pengalaman Travelog Ringkas : Singapore

Untuk Singapore, saja ikut husband yang ada Conference. So I just tag along. Bawak skali Ameerah yang masa tu 11 bulan. Conference tu sekejap je. Selebihnya kami rayau-rayau la kat Singapore tu. Masa Conference, saya lepak je kat hotel, jaga anak. Kemudian malamnya berjalan. Dan esoknya berjalan ke Universal Studios Singapore sepanjang hari. Singapore pengalaman yang menarik untuk melihat kemajuan dan gaya hidup orang di sana.

Pengalaman Travelog Ringkas : Medan, Indonesia

Untuk Indonesia, kami ke Medan mengikut Ayah saya yang ajak kitorang jalan-jalan ke sana ikut tour group Ayah. Ayah memang kerap ke Indonesia so kami ikut skali. Bawa skali Ameerah yang 3 tahun. Saya pulak tengah mengandungkan Ameer masa tu.

Tour group Ayah saya adalah orang-orang yang rajin hadiri Pengajian agama di Jenderam. Mereka memang kerap ke Indonesia untuk melawat pesantren yang ada di sana. Jadi semasa trip kami ni, memang kami turut sama melawat pesantren, menziarah pusara ulama’ terdahulu dan menyampaikan sumbangan juga.

Medan pun best. Yang paling best bila enjoy buah-buahan di sana. Suburnya tanah kat sana.. Memang buah-buahnya pun sedap dia lain macam daripada kat Malaysia. Tapi seperti yang diketahui, sana berisiko untuk terjadi bencana alam. Itu la yang menginsafkan ketika berjalan ke sana. Nature kat sana pun sangat indah dan breathtaking tau. Kami sempat ke Sepiso-piso yang mana terletaknya Lake Toba yang sangat la besarnya. Indah sangat di sana.

Pengalaman travelog : Pemandangan di Lake Toba, Sepiso-piso

Pengalaman travelog : Pemandangan di Lake Toba, Sepiso-piso

Pengalaman Travelog Ringkas : Umrah dan Ziarah Istanbul, Turkey

Pastu untuk Turkey, ini paling mencabar sebab kami bawa 2 orang kanak-kanak, dengan destinasi paling jauh kami pernah pergi, dengan kelengkapan pakaian sejuk, dengan 3 destinasi, termasuk Umrah. Cabaran banyak berjalan, banyak mendukung, banyak pakai tenaga dan banyak masa spent di masjid dengan anak-anak yang payah duk diam macam Ameer ?. Penatt sangat-sangat masa ni hehe.

Tapi bagi kitorang, nak tak nak kami kena usahakan untuk pergi Umrah ni sekarang. Sebelum anak bertambah, sebelum usia meningkat, sebelum Ameer makin besar (makin berat nak dukung) dan sebelum Allah jemput nyawa kami. Kenapa kami bawa juga anak? Sebab kami tak ada sesiapa yang boleh menjaga mereka. Tak sanggup juga nak minta tolong mak ayah menjaga anak-anak kami. Biarlah kami susah sendiri. Bukan senang pergi Umrah bawa anak-anak. Tapi yakini Allah melihat usaha kita dan berkat kita membawa anak-anak kecil.

Alhamdulillah syukurnya rasa bila yang wajib kami lakukan, dah kami tunaikan. Sebelum spend duit bercuti ke negara lain, kami memang tetapkan yang kami kena settlekan Umrah dulu, baru boleh spend duit melancong ke negara lain.

Sebab tu la, kami tetap usahakan walaupun membawa anak-anak kecil. Walaupun kami belum kaya mana. Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan.

Then bila Umrah dah settle, baru la lega nak ke mana-mana. Turkey tu saja selit sebab nak try gi jalan. Lagipun dah ada peluang buat Umrah Ziarah. Tambah skit je daripada basic price Umrah tu. Turki memang negara yang dah lama saya idamkan untuk pergi. Itu pun tak puas pun berjalan Turki. Paling kurang orang kata kena duduk sana 11 hari kot haha.

Di Turkey, pengalaman yang paling menarik bila kami dapat menziarah makam seorang sahabat Rasulullah SAW yang sangat terkenal : Abu Ayyub Al-Ansari. Kemudian dapat melihat segala peninggalan Empayar Turki Uthmaniyyah yang selama ni hanya dapat baca dalam artikel dan buku. Dapat melihat sendiri cebisan cerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka Kota Constantinople.

Dan pengalaman paling berharga kami termasuklah menziarahi Istana Topkapi. Kami kira, ini adalah tempat wajib disinggah oleh setiap yang beragama Islam dan menyayangi Rasulullah SAW. Sebab di sana, tersimpan banyak khazanah dan harta peninggalan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Termasuk juga khazanah silam Nabi-Nabi dan Rasul-rasul sebelum baginda.

Bagi saya personally, saya paling tersentuh hati apabila melihat pedang milik Rasulullah SAW, pedang milik Saidina Abu Bakar As-Siddiq, milik Umar Al-Khattab dan milik Uthman Ibn Affan. Terbayang-bayang pengorbanan mereka mempertahankan Islam. Sebak tau rasa. Bila lihat semua tu secara dekat dengan mata kepala sendiri.

Ada juga ditunjukkan barang-barang peribadi Rasulullah SAW macam selipar, cebisan janggut. Oh ya ada juga dipamerkan baju anaknya Fatimah dan cucu-cucunya Hasan dan Husin. Banyak la lagi, tak dapat saya listkan. Sila lah tanam impian untuk melawat Turkey ya? Oh ya, bagi yang bertanya apa tu Istana Topkapi, ia adalah tempat tinggal rasmi (Istana) kerajaan Turki Uthmaniyyah setelah Sultan Al-Fateh membuka Constantinople.

Eh banyak pulak cerita tentang Turki ni. Best sangat Turki :). Ok cukup lah.

Boleh baca Travelog Umrah Ziarah Turki saya di SINI :

Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 1).

Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 2).

Umrah Ziarah Turkey Bersama Andalusia (Part 3).

Pengalaman Travelog Ringkas : Ho Chi Minh, Vietnam

So then kami pergi ke Vietnam pulak. Vietnam ni pun saja sebab alasan nak shopping. Mak mertua pun suka shopping. Eh memang semua rakyat Malaysia pun suka shopping kan ?. Bab shopping di Vietnam ni sebenarnya bukan keinginan saya. Tapi suami saya. Dia bukan saja suka jalan. Dia juga suka shopping. Sambil-sambil tu jalan-jalan la tengok Vietnam.

Vietnam ni special skit kalau kita pergi. Dia ada sejarah yang sangattttt panjang. Menarik untuk diselami. Tahu kan? Vietnam dijajah selama beratus-ratus tahun dan baru jeee merdeka sekitar tahun 1970-an. Ia juga sebuah negara komunis. Jadi bila ke sana, dapat la tengok sendiri macam mana negara komunis ni sebenarnya. Kena pergi sendiri dan selami tau?

Satu perkara yang saya kena mention kat sini tentang Vietnam, ia sebuah negara Asia yang tidak gah pun. Mereka orang kampung dan orang biasa-biasa. Tak punya apa-apa. Namun sila ambil tahu, Vietnam telah memenangi Vietnam War dan mengalahkan US Army sehingga akhirnya US berundur. Sila kagum ok?

Kat sana, banyakkkkk aset peninggalan US Army yang berjaya Vietnam rampas. Bayangkan berapa banyak US rugi dalam peperangan ni. Tapi kalau dibaca tentang sejarah, US tak mengaku kekalahan mereka. Jadi kita sila ambil tahu sendiri ya, Vietnam yang memenangi peperangan itu. Banyak yang kita boleh pelajari tentang sikap tentera dan rakyat Vietnam ni tau.

Boleh baca pengalaman travelog saya di SINI :

Bercuti ke Vietnam (Day 1). 

Bercuti ke Vietnam (Day 2).

Travelog Seterusnya, InsyaAllah

Then now planning for the next holiday trip before 2018 ?

Saya dah kata dah, sekali kita dah cuba melancong ke luar negara dan rasa sendiri travelling experience tu, kita akan ingin nak berjalan lagi.

Tak rasa pun travelling itu suatu pembaziran. Malah ia sangat berbaloi untuk sebuah pengalaman dan memori. Nothing buys an experience you know? Hanya orang tu sendiri yang perlu merasakannya. Orang lain tak boleh tolong rasakan. Tengok gambar pun lain daripada pergi sendiri tau!

What We Are

Some people wait for the right moment to go wherever they want. But we choose to grab any chances that we can get, no matter when or how.

Kami suka je redah… walaupun masih banyak tak reti bab travel, walaupun duit belum berkepuk-kepuk, tapi kalau nak tunggu waktu yang perfect baru nak berjalan, mungkin kita akan makin tangguh dan tangguh. Nanti anak dah besar, bagi alasan lain pulak. Especially bila anak dah bersekolah dan susah nak skip kelas. Time ni lagi susah nak berjalan, sebab berjalan waktu cuti sekolah, kosnya akan menjadi lebih mahal.

Tambahan pula, apabila bilangan anak mula berderet, kita akan semakin kurang berjalan. Mungkin sebab faktor kelapangan masa dan wang.

I remembered this saying, “Sometimes later becomes never”

Lagi-lagi bila usia mak ayah kita bukannya makin panjang. Tapi tahun demi tahun, mereka semakin tua.

Kalau mereka tak berani berjalan, kita sebagai anak la yang kena encourage mereka dan bawak berjalan. Siapa yang tak nak berjalan kan? Mereka memang suka jalan tapi mungkin tak pandai, takut, tak decided nak pergi mana, dan tak tau bila.

Jadi kalau bukan anak-anak yang usahakan bawak mak ayah berjalan sebagai usaha untuk memberi ganjaran kepada mak ayah, siapa lagi kan nak usahakan?

Sebab nanti bila usia mereka makin tua, takut-takut peluang tu dah makin berkurang dan berkurang.

Kita pun tak tahu, selama mana lagi mak ayah kita akan masih berada di sisi kita, masih sihat untuk berjalan dan masih mampu untuk travel. Jadi si anak, sila lah bawa ibu bapa berjalan. Niat nak gembirakan mereka.

Untuk pengetahuan, Umrah Ziarah Turki dan Vietnam tu, saya travel bersama mak dan ayah mertua juga selain anak-anak. Saja bawa mereka berjalan-jalan.

Syukur la saya ada sikit income sendiri daripada business Shaklee saya. So for my part, saya boleh keluarkan duit sendiri untuk tiket flight, shopping dll. So taklah depend kat duit husband je.

Kalau kita minat nak travel banyak tempat, kita la yang kena usaha sendiri cari duit lebih, kan. Walaupun saya surirumah je, saya percaya saya boleh je cari duit lebih untuk tujuan ni.

Saya tau mesti ramai yang bercita-cita nak bawa mak ayah masing-masing melancong ke luar negara jugak kan?

Dah tentu nak cuba balas jasa mak ayah jugak kan.. Make them enjoy n happy.

InsyaAllah pasti boleh. Kena cari duit lagi dan lagi, supaya boleh bawak ibu bapa berjalan lagi kerap lagi. ?

Apa-apa saja impian anda, saya berharap, anda berjaya mencapainya & sempat tunaikannya selagi Mak Ayah masih ada 🙂

Penutup

Terima kasih kerana membaca pengalaman travelog saya ini yang tak seberapa. InsyaAllah , lebih banyak lagi akan datang. Mengembara ini sebagai kewajipan. Mengembaralah untuk melihat dan meneroka alam serta membuka minda. Kita pasti akan pulang dengan membawa sejuta memori dan pengajaran, setelah melihat negara orang.

Cubalah travel juga 🙂

Baca juga :

Nikmati Kelebihan Jika Kita Mengembara

Persiapan Diri Ketika Travel

Terima kasih kerana membaca 🙂

13 thoughts on “Pengalaman Travelog Ke Luar Negara Untuk Diabadikan

    1. syahida Post author

      Hehe. Cepatnya dah tinggalkan komen. One day akan ke Europe. Tu memang impian. Tapi next trip bukan ke Europe. Ke belah Timur InsyaAllah. Nantikan ya Travelog saya 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Sikit-sikit je ni. Belum banyak lagi 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Kalau dah minat tu, heheheh. Kerap la travel 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Memang seronok.. Kutip pengalaman. 🙂 Boleh lah skit-skit. heheh

      Reply
  1. Amirul

    Rajin berjalan… bestnyaa… semua org suka travel tp itulah dompet tak tebal hehe

    Reply
    1. syahida Post author

      Takpe. Yang penting ada impian daripada takde langsung.

      Reply
  2. anies

    dr pembacaan sy, travel dgn anak2 mmg lain cabarannya..segalanya perlu mendahulukn mereka… tp cabaran itulah yg plg mahal kan sbb x diperoleh di mana2…

    p/s boleh pinjam iti ke brunei sbb rs nyer nk pergi ke sn nnt insya allah…
    anies recently posted…Ke Pameran Muzik Pop Yeh Yeh @ Muzium NegaraMy Profile

    Reply
  3. Pingback: Tips Travel Kalau Suka Bercuti Dan Berjalan • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge