Pengalaman Anak Saya Terkena Rotavirus

By | 02/11/2016

Assalamualaikum semua.


Awal bulan Oktober yang lalu, selepas cuti Awal Muharram, anak saya yang berusia 2 tahun diuji dengan jangkitan virus selepas mandi-mandi swimming pool di Bayview Hotel, Melaka. Masa tu tengah kecoh isu penutupan Bukit Merah Laketown Resort disebabkan Rotavirus juga. Jadi mungkin la berkait. Wabak Rotavirus merata-rata. Dalam pool masa tu pun memang ramai kanak-kanak lain mandi bersama. Jadi kami syak Ameer terjangkit kat situ.


 

 Hari Ahad. Anak saya Ameer dalam kids pool.

 


 

Si kakak pun mandi sama tapi dia sihat Alhamdulillah.


Untuk melawan virus, memang takde ubatnya. Yang boleh kita buat adalah kawal reaksi yang badan tunjukkan akibat diserang virus tu untuk bantu badan kita lebih bertahan.

Kalau demam, bagi ubat demam. Bila muntah dengan kerap, bagi ubat muntah, ubat kembung perut. Bila kerap cirit pun, bagi ubat cirit. Bila tak makan, tak minum, dehydrated kerana kerap muntah, kena drip. Tapi untuk melawan virus, hanya immunity kita yang boleh melawannya…


 

Hari Isnin. 1st day yang paling teruk dan dimasuki hospital – Muntah hampir 15 kali.


Anak-anak kami memang ambil complete immunisation. Masa jumpe doktor pun, doktor tanya pasal semua ni. Even pneumococcal, meningitis, semua Ameer Ameerah dah pernah ambil. Tapi ni terkena Rotavirus. Ameer Ameerah semua takde immunity lagi terhadap virus nie. 

Jadi untuk bantu Ameer lekas sembuh, perisai yang saya bagi untuk dia lebih kuat lawan virus adalah Nutriferon. Syukur saya memang selalu standby kat rumah. Time ni laa nak pakai banyak.

Kronologi sakit Ameer:

Ahad pagi: mandi kolam

Ahad malam: mula muntah

Isnin sepanjang hari: muntah 10-15 kali.

Selasa: mula demam. Muntah dan diarrhea sekali sekala.

Hari Selasa, Ameer demam sepanjang hari. Tak turun-turun demamnya walaupun keep on rutin bagi Paracetamol. Makan pun dia dah tak selera. Sebab demam, saya dah start bagi Nutriferon bila muntah dah tak sekerap Isnin. Mujur dia tak muntah. Keep on bagi pada waktu pagi, petang n malam. OmegaGuard pun bagi dia sebijik.. mujur masih boleh makan.


 

Hari Selasa. Mula demam. Dah tak bermaya sebab tak mampu makan, cirit birit, tak bertenaga dan masih muntah. Hanya menyusu badan.

 Last bagi dia ubat demam adalah malam tu juga sebelum tidur, sebab demam sampai 39 C. 

Kemudian sepanjang malam tu masa dia tidur, sehinggalah ke paginya (Rabu), syukur la dah tak demam lagi… Tidur pun sangat lena.. Alhamdulillah! 24 jam je demam. 


Bila Rabu dah tak demam, petang yang sama dah bertambah selera makannya.


 

Hari Rabu. First time menjamah makanan selepas sekian lama tak mau makan apa-apa. 

Dalam masa yang sama, saya sendiri kerap ambil Vitamin C ni supaya saya sendiri tak mudah kena jangkit & dapat salurkan khasiat Vitamin C melalui penyusuan badan. Nak harap Ameer makan chewables Vitamin C memang susah sebab dia tak minat.

 


Nutriferon & Vitamin C – dua-dua memang sangat sangat berguna pada waktu macam ni… pada waktu semua orang kena kuatkan pertahanan badan. 

 

Malamnya dah start main-main dalam wad. Drip pun dah cabut.

Alhamdulillah.. Ameer berjaya melepasi tempoh ujian dihidap Rotavirus ni. 


Rabu tu la Ameer dah beransur sihat. Dah mula ceria, mula bermain semula, mula senyum, gelak, main dengan kakak. Betul-betul dah macam sihat. Cirit birit pun dah takde lagi. Demam dah kebah. Yang penting skali, selera makan dah ada! Alhamdulillah… tu tandanya dah boleh balik jadi tak perlu la depend on drip lagi. 


Akhirnya Khamis tengah hari kami check-out. 


Jadi tempoh Ameer sakit adalah bermula Ahad malam sehingga Rabu petang. Dalam tempoh 72 jam.


Sebab tu.. kalau ada sesiapa yang demam, suka saya cadangkan Nutriferon dan Vitamin C serta OmegaGuard fish oil supaya lebih lekas sembuh. Terutamanya untuk anak-anak yang susah nak makan ubat. 


  

Tiap kali anak demam, ini la perisai yang selalu saya berikan untuk anak dan diri saya sendiri.


Bulan ni sedang berlangsung promosi Nutriferon ni tau! 


Beli 6 dapat PERCUMA 1 kotak

Ataupun

Beli 2 dan dapat diskaun 5%


 

 


Berminat untuk order dan tanya tentang Shaklee, boleh hubungi saya ye untuk bantuan.


Saya yakin kerana saya sendiri & anak-anak saya sendiri mengamalkannya. Dan saya yakin untuk berikan konsultasi kepada anda πŸ™‚


Salam sayang,


Wan Syahida Kahar


SID 1143254


012-6753078


Rakan Nutrisi Anda 

17 thoughts on “Pengalaman Anak Saya Terkena Rotavirus

  1. Wan Syahida Kahar

    Ha'a kena tahu isu semasa la. Masa kami bagi mandi ni tak tahu pasal penularan Rotavirus di tempat lain macam Bukit merah tu.

    Reply
  2. Adzim Nurul

    Ok anak dah terkena jugak. Kenapa la saya tak baca info ni. Patot di viral kan ni. Anak saya dah 5 hari warded, bru je discharge smalam.

    Reply
    1. syahida Post author

      Musim cuti-cuti sekolah ni, kanak2 ramai yang bermain bersama.. tu yang mudah jangkit agaknya tu. Alhamdulillah dah discharge. Semoga semakin sihat anaknya πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge